Monday, May 21, 2007

Musim 'Rumahtangga' Bergelora.....gggrrrr...

salam semua...

wahhh..tajuk gempak sikit...

bukan aper.... semenjak dua menjak ni, saya banyak menerima kes-kes berkenaan dengan rumahtangga yang bergelora...

ada yang dah berkahwin 21 tahun; isteri mahu failkan penceraian...
ada yang baru kahwin 8 tahun; suami dah cari 'girlfriend' baru...
ada yang dah kahwin 13 tahun; suami mula 'minum' dan berpacaran dengan wanita kabaret (gro lah tu)...

saya pun memulakan teori atas kes-kes itu; ibaratnya musim rumahtangga bergegar kot sekarang ni....

utk kes 1; si isteri sudah tak tahan dengan sikap suami yang menuduh beliau 'pelacur' dan mula mengungkit kisah-kisah lama...
saya kenal suami dan isteri tersebut..... sedih jugak...tapi lepas selidik lebih jauh..ianya 'merely' kes tak cukup duit perbelanjaan.....

utk kes ke 2: saya kenal suami dan hanya kenal isteri sikit-sikit ajer.... dan lepas selidik lebih jauh.....ianya lebih kepada 'queen control'.... suaminya baik sekali dan ikut sahaja cakap isteri...tapi akhirnya, 'tak tahan' tahan jugak kerana terlalu diikat.... dan paling best, si suami ni begitu gembira sekali dengan teman wanita barunya dan wanita itu sanggup bermadu.....mmmmm..

utk kes ke 3; saya kenal suami dan isteri sekali.... dulu sewaktu diperkenalkan kepada pasangan ini, saya lebih fokus kepada suami yang berperwatakan agak 'ranggi' sedangkan sudah ada 2 anak..... masa tu saya tak mahu 'terjah' lebih-lebih kerana menghormati pasangan itu... dan selepas 5 tahun tak jumpa.... cerita yang sampai tidaklah mengejutkan saya sangat.... dan saya lihat si isteri masih menjaga bentuk badan dan penampilan utk suami rangginya yang (mungkin demand tinggi).... namun, itu rupanya tak cukup bagi si ranggi ini..... so si isteri sekarang hanya menanti takdir... dalam masa yang sama sudah punya 4 anak dan masih menanti suami pulang pukul 3 pagi....

hujung jatuh..... ke tiga-tiga kes di atas, merujuk kepada 'pemahaman' tentang islam dalam diri masing-masing.... dan sudah tentu ilmu rumahtangga serta penekanan tentang tugas dan tanggungjawab masing masing.... di dalam rumahtangga....

apa kesudahannya?.... kita tunggu dan lihat nanti...

wasalam

2 comments:

Anonymous said...

waima, ketiga-tiga kes diatas adalah merujuk kepada suami yang tidak mahu berusaha lebih rajin (biasalah lelaki melayu), penakut (sebab tak berani bergirlfriend depan isteri) dan pentingkan diri sendiri.

Dan rasanya, tidak rugi ketiga-tiga isteri tersebut tidak "bersuamikan" lelaki begitu.

kalau nak isteri seperti Siti Aishah, belajarlah menjadi Saidina Ali.

Sifu Mirza said...

salam...

mmmm..dari satu sudut...ya...

anyway..its Siti Fatimah dan Saidina Ali... manakala Siti Aisyah & Rasulullah...

syukran...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails