Saturday, August 29, 2009

Ambang 2 Hari Merdeka...


" Di atas Robohan Kota Melaka,
Kita Dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatulah Melayu Seluruh Baka,
Membela hak keadilan Pusaka"




bait kata-kata hikmat di atas adalah pesan Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, salah seorang pejuang kemerdekaan yang dilupakan dan mahu dipadamkan dari sejarah negara oleh pihak-pihak yang tidak boleh menerima hakikat akan perjuangan menuntut kemerdekaan adalah satu usaha paduan rakyat tanah melayu tidak kira apa organisasi yang mereka wakili..

sedikit kisah pejuang melayu dan kemerdekaan tanahair kita...

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911-1969)

- Nama sebenar beliau Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor.
- Dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Chankat Tualang, Perak.
- Pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu.
- Dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumater Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
- Mengambil phD di Universiti Aligarh, India, jurusan sastera dan falsafah.
- Kembali bertugas sebagi guru bahasa Arab di Sekolah Al-Juned Singapura.
- Berjaya mendapat Ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad India.
- Membuka klinik di Johor Bahru dan di Jalan Picitan, Singapura.

Seorang aktrivis dakwah dan pilitik. Pembabitan awal beliau,

• Ahli Persatuan Jama’tul Islamiah
• Ahli kesatuan Melayu Muda (KMM),1939
• Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
• Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS),1945
• Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),1945
• Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
• Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia,1947
• Ahli pengasas PEPERMAS,1947
• Ahli pengasas MATA,1947
• Ahli pengasas Hizbul Muslimin,1948
• Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
• Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
• Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya 1955

Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuanagn kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dlm KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.

Sumbangan kepada Gerakan Islam

Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahukui zamannya. Beliau seorang yang progresif, realistik. Berpandangan global serta bertindak berpandukan prinsip2 Islam. Beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonisme. Tujuan utama beliaun dalam perjuangan politik beliau adalah untuk memerdekakan rakyat Tanah Melayu. Bahklan beliau mahu seluruh bumi Asia bebas daripada sebaarang bentuk penjajahan.

Beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 pihak sama parti politik bukan melayu atau bukan berasaskan Islam asalkan ia memiliki cita-cita dantujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.

Beliau mengambil pendekatan yang terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama, iaitu kemerdekaan, telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.

PAS dilihat ada kelainan tetapi Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai tokoh PAS ini tidak lain dan tidak asing bagi mereka yang sama2 mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. Pakatan politik yang diwujudkan oleh beliau dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.

Kelainan inilah yang disebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan . Dalam bahasa Dr Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan. Ini kerana pada masa pemimpin2 UMNO masih terperangkap dengan persoalan politik perkauman dan perjuanagn kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinana Dr Burhanuddin Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.

Karya dan Penulisan

• Buku, Perjuangan Kita, 1946
• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
• Agama dan Politik, 1954
• Ideologi Politik Islam, 1957


”Dalam pergolakan politik di tanah air kita ini, PAS muncul dengan cita-cita kenegaraan Islam, cita-cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup berugama dalam kalangan pendokong PAS. Dinyalakan oleh sinar sejarah Nabi dan sahabatnya yang telah berjaya membentuk negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dalam pentadbirannya”

(Ucapan Dr.Burhanuddin Al-Helmy di Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke-12,1964)


selamat menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu; 31 Ogos 2009
dan selamat menyambut hari Malaysia; 16 September 2009

Friday, August 28, 2009

Mengecapi Ruh Ramadhan?


salam semua...

Alhamdulillah... Syukur ke hazrat Allah..kita telahpun hampir selesai mengerjakan ibadah puasa untuk 7 hari pertama di bulan Ramadhan ini...

7 hari pertama memang merupakan satu tempoh yang mencabar.. walaupun kita telah beberapa tahun berpuasa dan berpengalaman berpuasa..

cabaran yang saya maksudkan ialah cabaran dari beberapa sisi atau sudut diri.. antaranya ialah cabaran mental, emosional, spiritual & fizikal...

namun semuanya saya pasti dapat diharungi dengan sempurna dan baik kerana ibadah puasa yang kita lakukan ini jika kita perasan, ianya kita lakukan secara 'berjemaah' dan bukannya bersendirian.

jika kita berpuasa sunat, kita akan melakukan berseorangan dan natijah atau hikmahnya kita akan dapat sendirian.. namun berpuasa di bulan ramadhan ini, natijah yang kita perolehi ialah ruh ukhwah, ruh kesatuan, ruh islam yang sejati, ruh berjemaah, ruh kesepaduan jihad dsbnya di mana semuanya merujuk kepada saf yang lurus yang sama-sama mengerjakan ibadah dengan penuh kesungguhan..

adakah kita masih bersendirian di bulan ramadhan ini?

Maha Suci Allah yang mengkhususkan satu bulan dari 12 bulan yang ada untuk para hambaNya melaksanakan satu ibadah yang digelar ibadah puasa.

cuba kita hayati secara spiritual akan ibadah puasa yang kita lakukan ini..

adakah ianya sekadar lapar & dahaga?
adakah ianya sekadar bersahur & berbuka?
adakah ianya sekadar bersedia untuk menyambut hari raya?
adakah ianya sekadar satu ritual yang telah lama kita lakukan sejak kecil dulu?

cuba kita ingat semula pesanan Rasulullah s.a.w tentang peperangan di akhir zaman..
Baginda berpesan tentang peperangan menentang hawa nafsu...

hawa nafsu yang ada di dalam diri...
yang datang sesekali mengibarkan bahangnya ke muka kita...
bahang yang merimaskan... dan kita memang tidak boleh lari darinya..

salah satu teknik terbaik untuk kita meredupkan atau menjinakkan nafsu ialah dengan berpuasa...

oleh kerana nafsu ini adalah antara perkara yang kita tidak boleh lihat tetapi boleh merasakan, maka teknik berpuasa ini juga hendaklah dilihat keberkesanannya dalam meredupkan nafsu dari sudut spiritualistik puasa itu sendiri...

apa yang kita boleh fahami dari sudut spiritualistik puasa itu?
sudut spiritualistik bolehlah digelar dengan nama lain iaitu Ruh..

maka apabila kita mengerjakan puasa, maka hendaklah kita sertakan puasa kita itu dengan Ruhnya sekali, iaitu bukan sekadar hanya menahan lapar & dahaga sahaja...

adakah kita telah mengecapi Ruh Ramadhan setakat 7 hari ini?

bagaimana dengan ibadah seharian kita? kerja kita, amanah kita, ibadah malam khusus kita, zikir kita, solat-solat taubat, tahajjud, hajjat dsbnya?

adakah ada sekelumit Ruh Ramadhan terpercik ke dalam hati kita lantas memanifestasikan nikmat kesyukuran yang tidak bersempadan?

sama-sama kita fikirkan...

selamat berbuka..tidak kira di mana sahaja anda berada..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubaraq Buat Semua...

Ramadhan Datang Lagi...
Sudah Kali Ke Berapa Ramadhan Kita?
Adakah Kita Peka
Atau Kita Pekak?

Masya Allah...
Betapa Agungnya Cinta Allah Kepada Kita
Kerana Dalam Tidak Pasti Akan Bertemu Lagi
Rupanya Ramadhan Muncul Di hadapan



Ramadhan Kali Ini Harapnya Lebih Bererti
Kepada Semua Hamba-hambaNya
Kepada Semua Ummat-ummat KekasihNya
Kepada Semua Tidak Kira Di Mana Pelesok Dunia

Jika Ramadhan Kali Ini Lebih Teruk Dari Yang Lepas
Maka Tiadalah Kesungguhan Diri Yang Ada
Maka Sia-sialah Sahaja Jerih Tekak Menahan Dahaga
Maka Sia-sialah Sahaja Lakunan Terawikh & Zikir Bibir

Moga Ramadhan Kali Ini Menjadi Saksi
Cinta Suci Seorang Hamba Kepada Penciptanya
Cinta Murni Seorang Hamba Kepada Tuhannya
Cinta Sejati Seorang Hamba Kepada Allah

Carilah Malam Ganjil Pada Sepuluh Yang Terakhir
Mencari Dengan Diri Yang Bersedia Zahir & Batin
Mencari Dengan Malam Yang Terang Benderang
Terang Dari Cahaya Diri Kesan Zikir Pada Hati

Moga Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Cinta
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Ikhlas
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Yakin

Moga Ramadhan Kali Ini Menjadi Saksi
Betapa Cinta Hamba Dan Pencipta Terbalas
Moga Intan Terus Gemerlapan
Walau Lumpur Menjadi Selimut




sifumirza
uluyambaru
1ramadhan1430h

Wednesday, August 19, 2009

Demam Saya : Satu Analisis...

salam semua...

semalam... saya decide untuk ke kelinik yang selalu saya sekeluarga kunjungi untuk mendapatkan rawatan susulan akibat dari demam yang tak kebah-kebah lagi ini...

2 biji ubat antibiotik terakhir saya telan pada pagi tu sekitar jam 8pagi.. dan seperti 2 hari sebelumnya, saya dapat meresakan kesannya hanya pada sekitar 6 -7 jam namun arahan pada plastik ubat (2 biji 2x sehari) menyebabkan saya sedikit resah...namun ku turutkan jua...

so..kul 5.30pm...saya tiba ke kelinik dari ofis (saya masuk ofis sebentar semalam)..

setelah diperiksa, suhu saya ada sekitar 39degree...dan saya sekali lagi diberi satu set lagi ubatan yang merangkumi ubat demam/tahan sakit, ubat antibiotik, ubat sakit tekak, ubat/gula-gula tekak...



foto di bawah adalah foto ubatan sebelum ini yang saya perolehi dari klinik di ayer keroh sabtu lepas...



alhamdulillah....

sebaik sampai di rumah dan solat asar, saya terus consume ubatan baru dari klinik syifa' itu...
dan meningkatkan tahap kepekaan diri dalam menerima sebarang reaksi atau tindakbalas dari ubatan baru tersebut.....bukan apa untuk saya bandingkan dengan ubatan dari klinik sebelum ini...

saya bandingkan dosage
saya bandingkan mg
saya bandingkan jenis/brand

sekali pandang memang berbeza ubatan yang diberi...
sudah tentu resultnya juga berbeza...
sudah tentu tindakbalasnya juga tidak sama

hasil analisa saya;

1) saya/kita perlu tahu prescription terakhir medication yang kita consume.
2) saya/kita perlu ada rekod terkini last treatment dalam wallet/etc.
3) doktor/klinik perlu tahu rekod kesihatan sebelum buat treatment/beri medication
4) doktor/klinik perlu tanya perkara 1 & 2 sebelum beri medication

setakat ini dari pengalaman saya yang doktor tanya ialah;

1. ya sakit apa?
2. sakit tekak?
3. ada sakit lain?
4. dah berapa hari sakit?
5. ada alergik apa2?
6. dan seterusnya...

atas dasar pesakit yang telah memberi 'kerjasama' dengan meluahkan hasil-hasil sebahagian dari diagnos diri kepada para doktor yang telah bertahun-tahun belajar sampai dapat jadi doktor dan berpendapatan lumayan maka saya suka syorkan doktor-doktor ini 'lebihkan' sikit 'ESQ' anda pada para 'client' anda yer...

apa 'secretnya' beza antara 2 klinik ini?

'information @ knowledge'.....

klinik syifa' ada maklumat tentang medication saya... klinik ayer keroh tiada dan tak mahu tanya.

itu sahaja....

episode demam ini sudah berada di penghujungnya...insya Allah.

terima kasih atas doa kalian.... doa saya buat kalian; mudah-mudahan kalian terus sihat sejahtera hendaknya dan berada dalam keadaan tenang & yakin...insya Allah..

Monday, August 17, 2009

10.03pm17August2009: Masih Belum 'Kebah' sepenuhnya...


salam semua...

sejak isnin lepas... saya sesekali cuba diserapi oleh gelombang panas yang mahu menyerap masuk ke bahagian-bahagian tubuh...

dan akhirnya pada jumaat lepas, gelombang panas itu berjaya menerobos ke dalam tubuh saya sekitar 60 - 70%...

saya cuba menghalang ataupun mempercepatkan proses pemulihan atau peredaan kepanasa tersebut dengan meminum air kelapa, air bali, air cap badak dsbnya... termasuk menelan beberapa belas biji paracetamol 500mg..

walaupun dalam keadaan 50-50 (samada boleh mengajar ataupun tidak) saya tetap turun ke melaka setelah saya berjanji kepada pegawai di organisasi tersebut..

ya.. seperti pengalaman-pengalaman yang lepas, saya memang jarang sekali demam (setahun sekali..) tetapi jika saya demam, maka proses kedemaman itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu...

dan ianya selalu berlaku beberapa minggu sebelum ramadhan... setiap tahun..

dan apa yang berlaku di melaka?...

setibanya di hotel jumaat malam itu sekitar 9.00malam... saya terus 'terkokol'... (kira mengigil kesejukan @ terlalu panas..).. kemaskan diri sekadarnya, terus telan ubat dan tidur...dengan penuh harapan bahawa saya akan bangun dengan segar dan boleh mengajar esoknya (sabtu)...

jam 11.30pm terjaga... saya beritahu partner... kena cari 'replacement trainer' utk saya... saya rasa kepanasan baru menyerap ke sekitar 80% tubuh....

ya... saya terus demam di sepanjang sabtu & ahad semasa berada di melaka... dan kini saya masih 'consume' antibiotik yang diambil dari 'kelinik ayer keroh'...

saya bersyukur kerana sepanjang saya di 'hospital' d'village resort ayer keroh melaka, saya telah di jaga & di rawat sepanjang masa atau berganti-ganti oleh 7 pemuda (sahabat-sahabat dari barisan saf pertama baitulummah)..merekalah yang sibuk membawa saya ke klinik, membeli bubur, membuatkan minuman dsbnya...

hari ini saya berada di ulu yam.. masih meneruskan cabaran demam ini, namun keadaan sudah semakin kebah.. cuma yang tak bestnya ialah bila tekak sudah mula membawa rasa kepahitan hasil pengambilan antibiotik yang berterusan...

rasanya ianya akan berterusan untuk sehari dua lagi.... saya masih merasakan tonsil masih bengkak dan seperti ada luka di tekak... 'teori' saya kerana luka & bengkak itulah 'virus infection' berlaku yang menyebabkan suhu badan naik untuk mencari antibodi melawan serangan virus tersebut...

cerita di atas ialah sekitar cerita luaran atau fizikal sahaja...
saya juga melalui beberapa pengalaman spiritual di sepanjang proses demam ini...

ya sangat mengujakan...

buat semua yang mendoakan kesihatan saya... syukran jazilan buat anda semua...
doa saya anda dan keluarga juga akan terus sihat dan memperoleh rahmat dari Allah sentiasa..

wasalam..

Friday, August 14, 2009

Turun Melaka Lagi....

salam semua...

maafkan saya kerana 'bersendirian' untuk beberapa ketika..
'bersendirian' saya turut melibatkan beberapa panggilan telefon yang saya tidak angkat atau jawab..

tiada marah atau sewaktu dengannya... cuma diri mahu berehat barang sebentar walaupun kaki ini terus melangkah...

dikhuatiri perbualan yang berlaku melalui corong telefon akan menguriskan sesiapa yang berada di corong sebelah sana...

maaf sekali lagi...
-------------------------------

nampak foto di bawah?
kita boleh saksikan satu kumpulan semut mengangkat sekeping biskut atau jajan..

jika di dalam program training; ianya selalu merujuk kepada istilah 'Teamwork'..

dan di dalam pengisian teamwork ini, antara elemen-elemen penting yang ada ialah 'leadership' atau kepimpinan, 'communication' atau komunikasi, 'common goals' dsbnya...

so ceritanya?...

saya akan turun ke melaka petang ini untuk program 2 hari di kilang Daibochi.

dan saya?... sedang demam ketika ini.... baru lepas pekena air kelapa 1 biji dan actifast 2 biji..

insya Allah, saya bersedia untuk program tersebut...



wasalam

Tuesday, August 11, 2009

Tiada Kalam Untuk Aku Bicarakan....

Tiada Kalam Untuk Aku Bicarakan
Bukan Penat Bukan Jerih Letih
Cuma Aku Mahu Bersendiri
Berbicara Dengan Dia

Lebih 4 Dekad Aku Berbicara
Aku Tidak Pasti Apa Buah Butirnya
Kepada Semua Manusia
Rakan Taulan Juga Keluarga

Sudah 4 Hari Aku Pendamkan Kalam
Hanya Berbicara Dengan Diri dan Dia
Butir Yang Keluar Hanya Sekadarnya
Menjaga Jasad Yang Masih Berteman



Memang Tiada Siapa Yang Mengerti
Apa Yang Ada Di Dalam Hati
Apa Yang Terbungkam Di Benak Sanubari
Apa Yang Terpalit Di Jiwa Raga

Memang Tiada Siapa Yang Mengerti
Akan Perjalanan Hidup Aku Ini
Baik Yang Rapat Akrab Lagi Sejati
Kerana Darah Yang Mengalir Amat Berbeza

Apa Yang Ada Di Dalam Lohong Hati
Sebiji Pelita Yang Menyinari
Memberi Cahaya Terperi Sinarnya
Dari Minyak Yang Tersembunyi

Tiada Kalam Untuk Aku Bicarakan
Hati Sedih Kerana Tiada Yang Memahami
Hati Duka Kerana Tiada Yang Peka
Akan Cinta Hati, Cinta Diri dan Cinta Dia

Aku Bersendiri Di Dalam Ramai
Merenung Setiap Jiwa-jiwa Yang Berbicara
Tekak Menahan Loya Hanyir Bicara
Sekadar Meneruskan Syarat Berteman

Aku Lihat, Aku Fikir, Aku Dengar
Gelombang Mual Bicara Nafsu
Memenuhi Segenap Ruang Waktu
Aku Loya Mata Loya Telinga Loya Bicara


Tiada Kalam Untuk Aku Bicarakan
Buat Masa Ini Untuk Semua
Bukan Kerana Membenci Atau Sebagainya
Mungkin Kerana Aku Ingin Rehat

Mampukah Aku Rehat Sebentar Cuma
Dalam Keadaan Dunia Yang Hanyir Loya
Dalam Keadaan Dunia Yang Hiruk Pikuk
Dalam Keadaan Tiada Kalam Untuk Aku Bicarakan


sifumirza
puchong
110809

Friday, August 07, 2009

Hamba Allah Yang Pekak, Bisu & Buta....

salam 'monday blues' buat semua...

alhamdulillah, kita masih lagi dapat terus hidup dan menyedut udara segar di atas muka bumi milik Allah ini.

segala-galanya milik Allah..
kita akan terus diuji oleh Allah untuk membeza-bezakan kedudukan kita sesama hambanya.

kedudukan kita di atas muka bumi ini selalunya secara dasar dibezakan mengikut;

1. jumlah harta kekayaan
2. keadaan kesihatan
3. tahap umur
4. tahap pendidikan
5. jenis pekerjaan

memang manusia sering dibeza-bezakan kerana 5 perkara tersebut.
amat jarang untuk kita pergi 'lebih dalam' di sebalik 5 perkara tersebut kerana kebanyakkan manusia yang 'kununnya' beragama akan lebih memilih untuk 'ainul yaqin' ataupun lihat dulu baru yakin tentang sesuatu perkara atau situasi.

mari kita lihat firman-firman tuhan kita yang kita panggil sebagai Allah, yang kita sembah, yang kita cinta, yang kita serahkan segala-galanya yang kita sujud, yang kita laksanakan ibadah seharian untukNya, yang kita tidak sekutukan dari tuhan-tuhan yang lain...

dalam surah Al-Baqarah, yang diturunkan kepada semua hamba-hambaNya menerusi Junjungan Besar Kekasih Allah Muhammad Rasulullah, diperkatakan tentang rupa, jenis dan sifat hamba-hambaNya yang pekak, bisu serta buta...

----------------------------------

Al Baqarah

8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(ayat ini mudah untuk kita fahami di mana Allah memberitahu kita semua (yang sedang ataupun ambil tak kisah untuk membaca Al-Quran) bahawa di antara kita manusia ini tidak kiralah dia beriman (islam) atau kafir (menolak islam) yang tanpa segan silu menipu dengan mengatakan mereka itu beriman kepada Allah juga kepada hari kiamat walaupun mereka hanya menutur kata-kata manis sahaja dan lupa bahawa; sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa mereka-mereka ini tidak beriman pun)

9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

(dalam ayat ini pula, Allah memberitahu kita bahawa puak-puak ini (yakni yang menipu atau berpura-pura beriman ini) hendak memperdaya serta mempermainkan Tuhan yang mereka gelar Allah dan kumpulan orang-orang yang beriman dengan mengatakan mereka beriman; padahal mereka-mereka itu tak sedar lansung mereka perbuatan menipu mereka itu dan lebih malang lagi perbuatan mereka itu sebenarnya ialah perbuatan yang memperdaya diri sendiri)

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

(masya Allah, Allah memberitahu kita bahawa sebenarnya puak-puak ini di dalam hati mereka ada sejenis penyakit iaitu; syak wasangka dan hasad dengki lagi khianat; lantas Allah tambah lagi sakit yang ada itu dengan berbagai-bagai lagi jenis penyakit hasad sehingga lupa diri akibat pendustaan yang dilakukan itu iaitu berdusta tentang kebenaran)



11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".

(kita lihat bagaimana puak-puak ini apabila ditegur akan perbuatan hasad dengki khianat serta kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh mereka; mereka boleh pula lagi sanggup menjawab dan mengaku kepada semua bahawa mereka hanya berbuat kebaikan di atas muka bumi ini...)

12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

(Allah menegaskan bahawa puak-puak inilah sebenarnya yang membuat kerosakan dan bencana demi bencana namun mereka terus tidak sedar dan terus-terusan melakukan kemusnahan di atas muka bumi ini... apa kemusnahannya? menipu, berdusta, menuduh orang beriman dengan berbagai tuduhan, berperangai hasad lagi dengki dan dalam masa yang sama mengaku beriman..)

13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

(masya Allah, apabila puak-puak ini ditegur untuk beriman dan mengambil contoh caramana orang-orang yang beriman itu beriman dengan sebenar-benar beriman; puak-puak ini pula dengan bangga menjawab, adakah patut mereka ikut orang-orang yang bodoh (puak-puak ini mengelar orang yang beriman sebagai orang-orang bodoh); dan Allah beritahu, puak-puak inilah sebenarnya yang bodoh tetapi pada hakikat (yang sebenarnya) puak-puak ini tidak tahupun akan kebodohan diri mereka itu)

14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".

(lihatlah keadaan puak-puak ini; apabila mereka bertemu orang yang beriman, mereka tanpa segan silu mengaku beriman kepada Allah, namun bila sampai di rumah ajer, puak-puak ini kembali mensyirikkan Allah dengan berbagai cara; seperti menyimpan tangkal, guna khidmat bomoh, simpan azimat dsbnya... malah mereka terus dalam keadaan mensyirikkan Allah dan mengaku terus syirik; maka selagi puak-puak ini masih dengan kehidupan begitu, maka teruslah mereka mensyirikkan Allah)

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

(maka Allah pun membiarkan puak-puak ini terus meraban dalam kesesatan sehingga melampaui batas... sudah tentu mereka akan berada dalam keadaan mendabik dada dan menyakiti hati orang-orang yang benar-benar beriman)

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

(Masya Allah... Allah memberitahu bahawa puak-puak ini telah membeli kesesatan (pergi sendiri mencari tangkal, ilmu, azimat dengan mengeluarkan perbelanjaan samada secara terangan atau sembunyi dsbnya) lantas secara otomatik puak-puak ini meninggalkan petunjuk demi petunjuk yang diberikan....dan Allah khabarkan bahawa tiadalah untungnya pekerjaan yang mereka lakukan itu dan lebih malang puak-puak ini tidak memperoleh petunjuk serta hidayah...)

17. Perbandingan hal mereka (golongan Yang munafik itu) samalah seperti orang Yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka Dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
(Subhanallah...kita lihat Allah membuat perbandingan akan keadaan puak-puak ini; yang berusaha akan sesuatu pekerjaan (contoh perbandingan; menyalakan api) lalu Allah hilangkan cahaya dari apa yang mereka lakukan lantas menjadi gelap gelita sekeliling (tiada seri atas apa yang dilakukan) dan jadi 'hilang' atau 'lost' akan perbuatan mereka tadi seolah hilang punca...)


18. mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; Dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
(dan Allah memberi pebandingan puak-puak ini dengan mereka-mereka yang hilang upaya dari segi pendengaran, penglihatan dan percakapan apabila 'lost' atau 'hilang punca' maka puak-puak itu tadi akan merasa payah serta tidak dapat untuk kembali kepada kebenaran dan terus berada dalam keadaan yang haru biru)

19. atau (bandingannya) seperti (orang-orang Yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama Dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke Dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang Yang kafir itu.
(kita lihat bagaimana 'kejutan demi kejutan' yang Allah berikan kepada puak-puak ini sehingga mereka berada dalam keadaan 'takut mati' yakni terlepas dari segala kekuasaan dunia tetapi takut untuk mengadap Allah dalam keadaan mereka menipu dan mendustakan lagi berhasad dengki terhadap Allah & orang yang beriman..mereka menutup telinga mereka kerana ketakutan yang amat dalam keadaan buta kerana kegelapan yang ada disekeliling)

20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali Kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan Dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu Dengan bingungnya). dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(akhirnya amaran dari Allah tentang kekuasaanNya ke atas setiap perkara; puak-puak ini bergerak dalam ketakutan..berhenti dalam kegelapan lantas sentiasa berada dalam kebinggungan kerana cahaya kilat itu membawa amaran demi amaran kepada mereka-mereka yang mendustakan Tuhan mereka, mensyirikkan Tuhan mereka dan berhasad kepada orang-orang yang beriman... dan amaran Allah termasuk tentang kekuasaan Allah dalam mencabut keupayaan penglihatan dan pendengaran mereka kerana perbuatan mensyirikkan Allah itu tadi)

-----------------------------------

maka bolehkah kita tegur manusia-manusia yang terus-terusan mendabik dada dengan ilmu setinggi gunung serta helaian ijazah terhormat atau phd berlambak?

maka bolehkah kita tegur dan menasihati manusia yang sibuk dengan harta kekayaan melimpah ruah serta mempunyai tembok pagar rumah setinggi 8 kaki serta berkaca di sepanjang tembok itu?

maka bolehkah kita tegur ahli-ahli akademik yang bijak pandai serta menjadi pensyarah di gedung-gedung ilmu yang melahirkan anak-anak pelapis pemimpin negara yang beriman dan beramal soleh?

maka bolehkah kita tegur jiran tetangga yang berstatus ceo di gedung-gedung konglemerat bertaraf antarabangsa yang mempunyai 8 pembantu rumah termasuk 3 orang tukang kebun dan 2 orang pemandu peribadi?

maka bolehkah kita tegur pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlalu sibuk menguruskan perjalanan sistem demokrasi negara sehingga lupa pada golongan miskin merempat yang berumahkan jambatan serta berbumbungkan langit?

maka bolehkah kita tegur saudara mara yang mendabik dada dengan pencapaian masing-masing termasuk ramai anak-anak yang berkelulusan luar negeri dan berpaksikan kepada ilmuan-ilmuan barat yang bijak pandai dengan teori-teori tanpa tuhan mereka?

maka bolehkah kita tegur rakan-rakan yang masih belum kena 'stroke' atau angin ahmar yang sibuk dengan meeting meeting serta temujanji temujanji untuk projek-projek bermillion atau berbillion atas tiket membantu negara dalam masa yang sama mengkayakan keluarga dan anak-pinak untuk 7 keturunan?

begitulah suasananya di akhir zaman....

begitulah....

begitu ramai hamba Allah yang telah menjadi pekak, bisu dan buta...

mereka mengejar dunia tanpa melihat ke kiri dan kanan...

malah mereka mendabik dada mengatakan mereka beriman...

sedang mereka amat takut untuk mati...

mereka pandai berkata-kata... sedang Allah Maha Mengetahui mereka hanya pandai berdusta...
dan terus mempertuhankan syaitan...

dan Rasulullah pernah bersabda "Akhir zaman nanti, keadaan umatku ialah; pagi mereka Islam, petang mereka kafir... pagi mereka kafir, petang mereka beriman.."

adakah umat Rasulullah itu mengetahui perkara tersebut?... hampir kesemuanya tidak mengetahui kerana mereka sedang duduk di dalam fitnah...

dan Rasulullah pernah bersabda "Akhir zaman nanti, umatku akan duduk di dalam fitnah dan fitnah itu samalah seperti seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.."

adakah kita sedar keadaan ini?... mungkin sedar, mungkin tidak... atau sekadar mengikut ramai orang..sedang kita tidak beriman...

tanyalah pada diri...

apa yang kita buat sebelum sampainya ketentuan dari Allah tentang 5 perkara ini;

1. hidup kita? sebelum kita mati...
2. kaya kita? sebelum kita miskin...
3. sihat kita? sebelum kita sakit...
4. masa lapang kita? sebelum kita sibuk..
5. masa muda kita? sebelum kita tua...

wasalam

Tuesday, August 04, 2009

@ CORUS Resort PD...

salam..

saya kini sedang melunaskan program 'Transformational Leadership' untuk warga KPT atau MOHE...

lokasi? di Corus Resort, Port Dickson...

lama juga tak bawa famili ke Port Dickson untuk mandi-manda...
nostalgia meragut kotak memori...
ya..batu 4, port dickson... selalu juga arwah ayah membawa kami sekeluarga untuk mandi laut di sini...

apa yang berbeza?
pembangunannya... kini pantai batu 4, port dickson diterangi oleh lampu limpah...
turut ada gerai-gerai yang berderetan di seberang jalan pantai batu 4...


sineri pantai port dickson di kawasan Corus Resort...
kelihatan 'lagun' yang dibina oleh pihak resort untuk kemudahan 'team building' aktiviti air...

matahari senja di port dickson...
jerebu sangat tebal...

dan saya akan berada di sini hingga khamis tengahari lebih kurang pukul 2.30 ptg..

'transformational leadership'... yaa..tajuk yang agak 'gertak'...dan sedikit mencabar...
sekitar cerita tentang kepimpinan...
sekitar cerita tentang perubahan, pengaruh dan anjakkan paradigma pemimpin...

contoh terbaik 'transformational leader' ialah Rasulullah s.a.w...

wasalam

Monday, August 03, 2009

Jiwa Gelora Hati Tersiksa...


Dalam Diri Ada Satu Kisah
Kisah Purba Yang Terus Bermain
Walau Diri Cuba Untuk Mengelak
Kisah Itu Terus Muncul

Bila Kisah Purba Muncul
Jiwa Jadi Gelora
Hati Jadi Tersiksa
Kisah Peduli Apa

Diri Yang Lembik Lagi Longlai
Sering Hanyut Dengan Kisah Purba
Kisah Purba Memang Sengaja
Kerana Telah Dirakam Demikian Rupa

Sesekali Diri Buat Tak Tahu
Tatkala Kisah Purba DiTayang
Bolehlah Bertahan Seketika
Namun Telinga Pula Terpukau Mendengar

Jiwa Terus Gelora Dengan Kisah Purba
Hati Terus Tersiksa Dengan Kisah Purba
Diri Terus Hanyut Tak Berdaya
Tapi Ada Yang Lain Tidak Terpedaya

Siapa Yang Tidak Terpedaya?
Mulut Mungkin?
Wajah Mungkin?
Mata Mungkin?

Mereka Juga Terpedaya Dengan Kisah Purba
Cuma Mereka Berlakun Sahaja
Depan Manusia Yang Lain
Depan Diri-Diri Yang Lain

Kenapa Kita Layan Kisah Purba Ini?
Penting Sangat Ke Kisah Purba Ini?
Bukankah Ianya Hanya Kisah Lama
Bukankah Ianya Hanya Kisah Silam

Peduli Apa Dengan Kisah Purba
Sudah Jadi Sejarah Lama
Yang Datang Hanya Hawa
Bertiup Sesekali Didepan Wajah




sifumirza
030809
puchong

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails