Tuesday, August 04, 2009

@ CORUS Resort PD...

salam..

saya kini sedang melunaskan program 'Transformational Leadership' untuk warga KPT atau MOHE...

lokasi? di Corus Resort, Port Dickson...

lama juga tak bawa famili ke Port Dickson untuk mandi-manda...
nostalgia meragut kotak memori...
ya..batu 4, port dickson... selalu juga arwah ayah membawa kami sekeluarga untuk mandi laut di sini...

apa yang berbeza?
pembangunannya... kini pantai batu 4, port dickson diterangi oleh lampu limpah...
turut ada gerai-gerai yang berderetan di seberang jalan pantai batu 4...


sineri pantai port dickson di kawasan Corus Resort...
kelihatan 'lagun' yang dibina oleh pihak resort untuk kemudahan 'team building' aktiviti air...

matahari senja di port dickson...
jerebu sangat tebal...

dan saya akan berada di sini hingga khamis tengahari lebih kurang pukul 2.30 ptg..

'transformational leadership'... yaa..tajuk yang agak 'gertak'...dan sedikit mencabar...
sekitar cerita tentang kepimpinan...
sekitar cerita tentang perubahan, pengaruh dan anjakkan paradigma pemimpin...

contoh terbaik 'transformational leader' ialah Rasulullah s.a.w...

wasalam

3 comments:

biru said...

salam sifu,

biru mmg kerap gak ke pd, batu 4 dan sekitar. biasalah kan, gomen kalo berkursus, senang di PD.

mmg cuaca dan sekitaran kita dah tak sihat. area kajang juga nampak kabut, kelabu jerubu.

dunia makin kelam.
dunia makin kalut.
dunia makin serabut
dunia makin marak lagi parak

manusia?
masih disini?
masih selesa?
masih terlena?
masih leka?

hmmmm
=)

Sis Lin said...

salam sifu..
salam bc tu ingatkan Tranformer td..hehehehe

semuga semuanya berjln lancar ye sifu...

KTS said...

kat kl ni jerebu smpi mata ni pun rasa berjerebu.. gatal memanjang..

semoga sifu sihat sentiasa :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails