Friday, August 07, 2009

Hamba Allah Yang Pekak, Bisu & Buta....

salam 'monday blues' buat semua...

alhamdulillah, kita masih lagi dapat terus hidup dan menyedut udara segar di atas muka bumi milik Allah ini.

segala-galanya milik Allah..
kita akan terus diuji oleh Allah untuk membeza-bezakan kedudukan kita sesama hambanya.

kedudukan kita di atas muka bumi ini selalunya secara dasar dibezakan mengikut;

1. jumlah harta kekayaan
2. keadaan kesihatan
3. tahap umur
4. tahap pendidikan
5. jenis pekerjaan

memang manusia sering dibeza-bezakan kerana 5 perkara tersebut.
amat jarang untuk kita pergi 'lebih dalam' di sebalik 5 perkara tersebut kerana kebanyakkan manusia yang 'kununnya' beragama akan lebih memilih untuk 'ainul yaqin' ataupun lihat dulu baru yakin tentang sesuatu perkara atau situasi.

mari kita lihat firman-firman tuhan kita yang kita panggil sebagai Allah, yang kita sembah, yang kita cinta, yang kita serahkan segala-galanya yang kita sujud, yang kita laksanakan ibadah seharian untukNya, yang kita tidak sekutukan dari tuhan-tuhan yang lain...

dalam surah Al-Baqarah, yang diturunkan kepada semua hamba-hambaNya menerusi Junjungan Besar Kekasih Allah Muhammad Rasulullah, diperkatakan tentang rupa, jenis dan sifat hamba-hambaNya yang pekak, bisu serta buta...

----------------------------------

Al Baqarah

8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(ayat ini mudah untuk kita fahami di mana Allah memberitahu kita semua (yang sedang ataupun ambil tak kisah untuk membaca Al-Quran) bahawa di antara kita manusia ini tidak kiralah dia beriman (islam) atau kafir (menolak islam) yang tanpa segan silu menipu dengan mengatakan mereka itu beriman kepada Allah juga kepada hari kiamat walaupun mereka hanya menutur kata-kata manis sahaja dan lupa bahawa; sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa mereka-mereka ini tidak beriman pun)

9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

(dalam ayat ini pula, Allah memberitahu kita bahawa puak-puak ini (yakni yang menipu atau berpura-pura beriman ini) hendak memperdaya serta mempermainkan Tuhan yang mereka gelar Allah dan kumpulan orang-orang yang beriman dengan mengatakan mereka beriman; padahal mereka-mereka itu tak sedar lansung mereka perbuatan menipu mereka itu dan lebih malang lagi perbuatan mereka itu sebenarnya ialah perbuatan yang memperdaya diri sendiri)

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

(masya Allah, Allah memberitahu kita bahawa sebenarnya puak-puak ini di dalam hati mereka ada sejenis penyakit iaitu; syak wasangka dan hasad dengki lagi khianat; lantas Allah tambah lagi sakit yang ada itu dengan berbagai-bagai lagi jenis penyakit hasad sehingga lupa diri akibat pendustaan yang dilakukan itu iaitu berdusta tentang kebenaran)



11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang Yang hanya membuat kebaikan".

(kita lihat bagaimana puak-puak ini apabila ditegur akan perbuatan hasad dengki khianat serta kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh mereka; mereka boleh pula lagi sanggup menjawab dan mengaku kepada semua bahawa mereka hanya berbuat kebaikan di atas muka bumi ini...)

12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

(Allah menegaskan bahawa puak-puak inilah sebenarnya yang membuat kerosakan dan bencana demi bencana namun mereka terus tidak sedar dan terus-terusan melakukan kemusnahan di atas muka bumi ini... apa kemusnahannya? menipu, berdusta, menuduh orang beriman dengan berbagai tuduhan, berperangai hasad lagi dengki dan dalam masa yang sama mengaku beriman..)

13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

(masya Allah, apabila puak-puak ini ditegur untuk beriman dan mengambil contoh caramana orang-orang yang beriman itu beriman dengan sebenar-benar beriman; puak-puak ini pula dengan bangga menjawab, adakah patut mereka ikut orang-orang yang bodoh (puak-puak ini mengelar orang yang beriman sebagai orang-orang bodoh); dan Allah beritahu, puak-puak inilah sebenarnya yang bodoh tetapi pada hakikat (yang sebenarnya) puak-puak ini tidak tahupun akan kebodohan diri mereka itu)

14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".

(lihatlah keadaan puak-puak ini; apabila mereka bertemu orang yang beriman, mereka tanpa segan silu mengaku beriman kepada Allah, namun bila sampai di rumah ajer, puak-puak ini kembali mensyirikkan Allah dengan berbagai cara; seperti menyimpan tangkal, guna khidmat bomoh, simpan azimat dsbnya... malah mereka terus dalam keadaan mensyirikkan Allah dan mengaku terus syirik; maka selagi puak-puak ini masih dengan kehidupan begitu, maka teruslah mereka mensyirikkan Allah)

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

(maka Allah pun membiarkan puak-puak ini terus meraban dalam kesesatan sehingga melampaui batas... sudah tentu mereka akan berada dalam keadaan mendabik dada dan menyakiti hati orang-orang yang benar-benar beriman)

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

(Masya Allah... Allah memberitahu bahawa puak-puak ini telah membeli kesesatan (pergi sendiri mencari tangkal, ilmu, azimat dengan mengeluarkan perbelanjaan samada secara terangan atau sembunyi dsbnya) lantas secara otomatik puak-puak ini meninggalkan petunjuk demi petunjuk yang diberikan....dan Allah khabarkan bahawa tiadalah untungnya pekerjaan yang mereka lakukan itu dan lebih malang puak-puak ini tidak memperoleh petunjuk serta hidayah...)

17. Perbandingan hal mereka (golongan Yang munafik itu) samalah seperti orang Yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka Dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
(Subhanallah...kita lihat Allah membuat perbandingan akan keadaan puak-puak ini; yang berusaha akan sesuatu pekerjaan (contoh perbandingan; menyalakan api) lalu Allah hilangkan cahaya dari apa yang mereka lakukan lantas menjadi gelap gelita sekeliling (tiada seri atas apa yang dilakukan) dan jadi 'hilang' atau 'lost' akan perbuatan mereka tadi seolah hilang punca...)


18. mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; Dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
(dan Allah memberi pebandingan puak-puak ini dengan mereka-mereka yang hilang upaya dari segi pendengaran, penglihatan dan percakapan apabila 'lost' atau 'hilang punca' maka puak-puak itu tadi akan merasa payah serta tidak dapat untuk kembali kepada kebenaran dan terus berada dalam keadaan yang haru biru)

19. atau (bandingannya) seperti (orang-orang Yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama Dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke Dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang Yang kafir itu.
(kita lihat bagaimana 'kejutan demi kejutan' yang Allah berikan kepada puak-puak ini sehingga mereka berada dalam keadaan 'takut mati' yakni terlepas dari segala kekuasaan dunia tetapi takut untuk mengadap Allah dalam keadaan mereka menipu dan mendustakan lagi berhasad dengki terhadap Allah & orang yang beriman..mereka menutup telinga mereka kerana ketakutan yang amat dalam keadaan buta kerana kegelapan yang ada disekeliling)

20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali Kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan Dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu Dengan bingungnya). dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(akhirnya amaran dari Allah tentang kekuasaanNya ke atas setiap perkara; puak-puak ini bergerak dalam ketakutan..berhenti dalam kegelapan lantas sentiasa berada dalam kebinggungan kerana cahaya kilat itu membawa amaran demi amaran kepada mereka-mereka yang mendustakan Tuhan mereka, mensyirikkan Tuhan mereka dan berhasad kepada orang-orang yang beriman... dan amaran Allah termasuk tentang kekuasaan Allah dalam mencabut keupayaan penglihatan dan pendengaran mereka kerana perbuatan mensyirikkan Allah itu tadi)

-----------------------------------

maka bolehkah kita tegur manusia-manusia yang terus-terusan mendabik dada dengan ilmu setinggi gunung serta helaian ijazah terhormat atau phd berlambak?

maka bolehkah kita tegur dan menasihati manusia yang sibuk dengan harta kekayaan melimpah ruah serta mempunyai tembok pagar rumah setinggi 8 kaki serta berkaca di sepanjang tembok itu?

maka bolehkah kita tegur ahli-ahli akademik yang bijak pandai serta menjadi pensyarah di gedung-gedung ilmu yang melahirkan anak-anak pelapis pemimpin negara yang beriman dan beramal soleh?

maka bolehkah kita tegur jiran tetangga yang berstatus ceo di gedung-gedung konglemerat bertaraf antarabangsa yang mempunyai 8 pembantu rumah termasuk 3 orang tukang kebun dan 2 orang pemandu peribadi?

maka bolehkah kita tegur pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlalu sibuk menguruskan perjalanan sistem demokrasi negara sehingga lupa pada golongan miskin merempat yang berumahkan jambatan serta berbumbungkan langit?

maka bolehkah kita tegur saudara mara yang mendabik dada dengan pencapaian masing-masing termasuk ramai anak-anak yang berkelulusan luar negeri dan berpaksikan kepada ilmuan-ilmuan barat yang bijak pandai dengan teori-teori tanpa tuhan mereka?

maka bolehkah kita tegur rakan-rakan yang masih belum kena 'stroke' atau angin ahmar yang sibuk dengan meeting meeting serta temujanji temujanji untuk projek-projek bermillion atau berbillion atas tiket membantu negara dalam masa yang sama mengkayakan keluarga dan anak-pinak untuk 7 keturunan?

begitulah suasananya di akhir zaman....

begitulah....

begitu ramai hamba Allah yang telah menjadi pekak, bisu dan buta...

mereka mengejar dunia tanpa melihat ke kiri dan kanan...

malah mereka mendabik dada mengatakan mereka beriman...

sedang mereka amat takut untuk mati...

mereka pandai berkata-kata... sedang Allah Maha Mengetahui mereka hanya pandai berdusta...
dan terus mempertuhankan syaitan...

dan Rasulullah pernah bersabda "Akhir zaman nanti, keadaan umatku ialah; pagi mereka Islam, petang mereka kafir... pagi mereka kafir, petang mereka beriman.."

adakah umat Rasulullah itu mengetahui perkara tersebut?... hampir kesemuanya tidak mengetahui kerana mereka sedang duduk di dalam fitnah...

dan Rasulullah pernah bersabda "Akhir zaman nanti, umatku akan duduk di dalam fitnah dan fitnah itu samalah seperti seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.."

adakah kita sedar keadaan ini?... mungkin sedar, mungkin tidak... atau sekadar mengikut ramai orang..sedang kita tidak beriman...

tanyalah pada diri...

apa yang kita buat sebelum sampainya ketentuan dari Allah tentang 5 perkara ini;

1. hidup kita? sebelum kita mati...
2. kaya kita? sebelum kita miskin...
3. sihat kita? sebelum kita sakit...
4. masa lapang kita? sebelum kita sibuk..
5. masa muda kita? sebelum kita tua...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails