Ramadhan Datang Lagi...
Sudah Kali Ke Berapa Ramadhan Kita?
Adakah Kita Peka
Atau Kita Pekak?
Masya Allah...
Betapa Agungnya Cinta Allah Kepada Kita
Kerana Dalam Tidak Pasti Akan Bertemu Lagi
Rupanya Ramadhan Muncul Di hadapan
Sudah Kali Ke Berapa Ramadhan Kita?
Adakah Kita Peka
Atau Kita Pekak?
Masya Allah...
Betapa Agungnya Cinta Allah Kepada Kita
Kerana Dalam Tidak Pasti Akan Bertemu Lagi
Rupanya Ramadhan Muncul Di hadapan
Ramadhan Kali Ini Harapnya Lebih Bererti
Kepada Semua Hamba-hambaNya
Kepada Semua Ummat-ummat KekasihNya
Kepada Semua Tidak Kira Di Mana Pelesok Dunia
Jika Ramadhan Kali Ini Lebih Teruk Dari Yang Lepas
Maka Tiadalah Kesungguhan Diri Yang Ada
Maka Sia-sialah Sahaja Jerih Tekak Menahan Dahaga
Maka Sia-sialah Sahaja Lakunan Terawikh & Zikir Bibir

Moga Ramadhan Kali Ini Menjadi Saksi
Cinta Suci Seorang Hamba Kepada Penciptanya
Cinta Murni Seorang Hamba Kepada Tuhannya
Cinta Sejati Seorang Hamba Kepada Allah
Cinta Suci Seorang Hamba Kepada Penciptanya
Cinta Murni Seorang Hamba Kepada Tuhannya
Cinta Sejati Seorang Hamba Kepada Allah
Carilah Malam Ganjil Pada Sepuluh Yang Terakhir
Mencari Dengan Diri Yang Bersedia Zahir & Batin
Mencari Dengan Malam Yang Terang Benderang
Terang Dari Cahaya Diri Kesan Zikir Pada Hati
Mencari Dengan Diri Yang Bersedia Zahir & Batin
Mencari Dengan Malam Yang Terang Benderang
Terang Dari Cahaya Diri Kesan Zikir Pada Hati
Moga Ramadhan Kali Ini Lebih Bermakna
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Cinta
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Ikhlas
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Yakin
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Cinta
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Ikhlas
Buat Hamba-hamba Yang Benar-Benar Yakin
Moga Ramadhan Kali Ini Menjadi Saksi
Betapa Cinta Hamba Dan Pencipta Terbalas
Moga Intan Terus Gemerlapan
Walau Lumpur Menjadi Selimut
Betapa Cinta Hamba Dan Pencipta Terbalas
Moga Intan Terus Gemerlapan
Walau Lumpur Menjadi Selimut
sifumirza
uluyambaru
1ramadhan1430h
12 comments:
selamat menunaikan ibadah pose bt sifu & family....
salam ramadhan sifu
bersama2lah kita mengimarahkan bulan yg penuh berkat ini ya..
semoga amal kita diterimaNya.. amin
salam ramadan. bang sifu mirza. semoga kali ini lebih bererti
salam ramadan buat sifu...
salam Sifu..
selamat berpuasa buat seisi keluarga.. moga amal ibadah kita di bulan mulia ini diberkati dan dirahmati olehNya..
salam sis lin..
ya...terima kasih..
begitu juga ucapan buat lin & famili..
moga peroleh rahmat Ilahi sepanjang ramadhan ini..
:-)
salam puteri kts...
moga awak terus bertambah kecintaan pada Ilahi di sepanjang Ramdahan Al-Mubaraq ini..
:-)
salam ramadhan ryann...
moga terus hebat di sepanjang Ramadhan ini...
:-)
salam ramadhan juga buat ryann sekeluarga..
salam ramadhan al- mubaraq juga buat Qasih sekeluarga...
moga bertemu qasih cinta sejati di bulan penuh berkat ini..
:-)
salam nadine sekeluarga...
moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat awak sekeluarga..
:-)
Allah sentiasa memberi kita peluang dan ruang...
cuma kdg2 kita ni pekak dan buta...
salam ramadhan Sifu!
ya shemmi..
salam ramadhan buat awak & keluarga..
:-)
Post a Comment