Monday, August 03, 2009

Jiwa Gelora Hati Tersiksa...


Dalam Diri Ada Satu Kisah
Kisah Purba Yang Terus Bermain
Walau Diri Cuba Untuk Mengelak
Kisah Itu Terus Muncul

Bila Kisah Purba Muncul
Jiwa Jadi Gelora
Hati Jadi Tersiksa
Kisah Peduli Apa

Diri Yang Lembik Lagi Longlai
Sering Hanyut Dengan Kisah Purba
Kisah Purba Memang Sengaja
Kerana Telah Dirakam Demikian Rupa

Sesekali Diri Buat Tak Tahu
Tatkala Kisah Purba DiTayang
Bolehlah Bertahan Seketika
Namun Telinga Pula Terpukau Mendengar

Jiwa Terus Gelora Dengan Kisah Purba
Hati Terus Tersiksa Dengan Kisah Purba
Diri Terus Hanyut Tak Berdaya
Tapi Ada Yang Lain Tidak Terpedaya

Siapa Yang Tidak Terpedaya?
Mulut Mungkin?
Wajah Mungkin?
Mata Mungkin?

Mereka Juga Terpedaya Dengan Kisah Purba
Cuma Mereka Berlakun Sahaja
Depan Manusia Yang Lain
Depan Diri-Diri Yang Lain

Kenapa Kita Layan Kisah Purba Ini?
Penting Sangat Ke Kisah Purba Ini?
Bukankah Ianya Hanya Kisah Lama
Bukankah Ianya Hanya Kisah Silam

Peduli Apa Dengan Kisah Purba
Sudah Jadi Sejarah Lama
Yang Datang Hanya Hawa
Bertiup Sesekali Didepan Wajah




sifumirza
030809
puchong

6 comments:

biru said...

SALAM SIFU...

kisah purba
memang kisah lama
walau dilupa
walau dah lama

sekali sekala
malah kadang2 kerap kali
ianya masih bertamu
ianya kekal disitu

salah siapa?
bukan hati ingin segala
minda dah set off kan
namun...

ianya datang juga
walau hanya sejarah..

heheheh
=)

Sis Lin said...

kisah purba??
kisah lama tp mmg akan tggl kesan dn jejak dlm hati..

tp brg purba makin smpan makin berharga...

kisah lama? boleh la di ambil kira kalo kenangan indah,tp klu jd kenangan pahit,makin purba,makin sakit ht....huhuhuhu

Anonymous said...

Kadang-kadang kesah purba manis untuk dikenang.

Sifu Mirza said...

salam biru...

:-)

begitulah kehidupan...

Sifu Mirza said...

sis-lin...

betul tu...

:-)

barang lama boleh simpan, tinggi nilainya...

Sifu Mirza said...

betul tu kak wan...

yang manis elok dikenang..
yang pahit jadi sempadan..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails