Friday, August 28, 2009
Mengecapi Ruh Ramadhan?
salam semua...
Alhamdulillah... Syukur ke hazrat Allah..kita telahpun hampir selesai mengerjakan ibadah puasa untuk 7 hari pertama di bulan Ramadhan ini...
7 hari pertama memang merupakan satu tempoh yang mencabar.. walaupun kita telah beberapa tahun berpuasa dan berpengalaman berpuasa..
cabaran yang saya maksudkan ialah cabaran dari beberapa sisi atau sudut diri.. antaranya ialah cabaran mental, emosional, spiritual & fizikal...
namun semuanya saya pasti dapat diharungi dengan sempurna dan baik kerana ibadah puasa yang kita lakukan ini jika kita perasan, ianya kita lakukan secara 'berjemaah' dan bukannya bersendirian.
jika kita berpuasa sunat, kita akan melakukan berseorangan dan natijah atau hikmahnya kita akan dapat sendirian.. namun berpuasa di bulan ramadhan ini, natijah yang kita perolehi ialah ruh ukhwah, ruh kesatuan, ruh islam yang sejati, ruh berjemaah, ruh kesepaduan jihad dsbnya di mana semuanya merujuk kepada saf yang lurus yang sama-sama mengerjakan ibadah dengan penuh kesungguhan..
adakah kita masih bersendirian di bulan ramadhan ini?
Maha Suci Allah yang mengkhususkan satu bulan dari 12 bulan yang ada untuk para hambaNya melaksanakan satu ibadah yang digelar ibadah puasa.
cuba kita hayati secara spiritual akan ibadah puasa yang kita lakukan ini..
adakah ianya sekadar lapar & dahaga?
adakah ianya sekadar bersahur & berbuka?
adakah ianya sekadar bersedia untuk menyambut hari raya?
adakah ianya sekadar satu ritual yang telah lama kita lakukan sejak kecil dulu?
cuba kita ingat semula pesanan Rasulullah s.a.w tentang peperangan di akhir zaman..
Baginda berpesan tentang peperangan menentang hawa nafsu...
hawa nafsu yang ada di dalam diri...
yang datang sesekali mengibarkan bahangnya ke muka kita...
bahang yang merimaskan... dan kita memang tidak boleh lari darinya..
salah satu teknik terbaik untuk kita meredupkan atau menjinakkan nafsu ialah dengan berpuasa...
oleh kerana nafsu ini adalah antara perkara yang kita tidak boleh lihat tetapi boleh merasakan, maka teknik berpuasa ini juga hendaklah dilihat keberkesanannya dalam meredupkan nafsu dari sudut spiritualistik puasa itu sendiri...
apa yang kita boleh fahami dari sudut spiritualistik puasa itu?
sudut spiritualistik bolehlah digelar dengan nama lain iaitu Ruh..
maka apabila kita mengerjakan puasa, maka hendaklah kita sertakan puasa kita itu dengan Ruhnya sekali, iaitu bukan sekadar hanya menahan lapar & dahaga sahaja...
adakah kita telah mengecapi Ruh Ramadhan setakat 7 hari ini?
bagaimana dengan ibadah seharian kita? kerja kita, amanah kita, ibadah malam khusus kita, zikir kita, solat-solat taubat, tahajjud, hajjat dsbnya?
adakah ada sekelumit Ruh Ramadhan terpercik ke dalam hati kita lantas memanifestasikan nikmat kesyukuran yang tidak bersempadan?
sama-sama kita fikirkan...
selamat berbuka..tidak kira di mana sahaja anda berada..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment