salam semua...
semalam... saya decide untuk ke kelinik yang selalu saya sekeluarga kunjungi untuk mendapatkan rawatan susulan akibat dari demam yang tak kebah-kebah lagi ini...
2 biji ubat antibiotik terakhir saya telan pada pagi tu sekitar jam 8pagi.. dan seperti 2 hari sebelumnya, saya dapat meresakan kesannya hanya pada sekitar 6 -7 jam namun arahan pada plastik ubat (2 biji 2x sehari) menyebabkan saya sedikit resah...namun ku turutkan jua...
so..kul 5.30pm...saya tiba ke kelinik dari ofis (saya masuk ofis sebentar semalam)..
setelah diperiksa, suhu saya ada sekitar 39degree...dan saya sekali lagi diberi satu set lagi ubatan yang merangkumi ubat demam/tahan sakit, ubat antibiotik, ubat sakit tekak, ubat/gula-gula tekak...
foto di bawah adalah foto ubatan sebelum ini yang saya perolehi dari klinik di ayer keroh sabtu lepas...
alhamdulillah....
sebaik sampai di rumah dan solat asar, saya terus consume ubatan baru dari klinik syifa' itu...
dan meningkatkan tahap kepekaan diri dalam menerima sebarang reaksi atau tindakbalas dari ubatan baru tersebut.....bukan apa untuk saya bandingkan dengan ubatan dari klinik sebelum ini...
saya bandingkan dosage
saya bandingkan mg
saya bandingkan jenis/brand
sekali pandang memang berbeza ubatan yang diberi...
sudah tentu resultnya juga berbeza...
sudah tentu tindakbalasnya juga tidak sama
hasil analisa saya;
1) saya/kita perlu tahu prescription terakhir medication yang kita consume.
2) saya/kita perlu ada rekod terkini last treatment dalam wallet/etc.
3) doktor/klinik perlu tahu rekod kesihatan sebelum buat treatment/beri medication
4) doktor/klinik perlu tanya perkara 1 & 2 sebelum beri medication
setakat ini dari pengalaman saya yang doktor tanya ialah;
1. ya sakit apa?
2. sakit tekak?
3. ada sakit lain?
4. dah berapa hari sakit?
5. ada alergik apa2?
6. dan seterusnya...
atas dasar pesakit yang telah memberi 'kerjasama' dengan meluahkan hasil-hasil sebahagian dari diagnos diri kepada para doktor yang telah bertahun-tahun belajar sampai dapat jadi doktor dan berpendapatan lumayan maka saya suka syorkan doktor-doktor ini 'lebihkan' sikit 'ESQ' anda pada para 'client' anda yer...
apa 'secretnya' beza antara 2 klinik ini?
'information @ knowledge'.....
klinik syifa' ada maklumat tentang medication saya... klinik ayer keroh tiada dan tak mahu tanya.
itu sahaja....
episode demam ini sudah berada di penghujungnya...insya Allah.
terima kasih atas doa kalian.... doa saya buat kalian; mudah-mudahan kalian terus sihat sejahtera hendaknya dan berada dalam keadaan tenang & yakin...insya Allah..
4 comments:
mungkin juga bila mkn ubat yg kali ke-2..
sifu sudah sampaikan mesej dekat otak..
"aku mkn ubat dah yg ke-2.. klinik yg aku selalu pergi.. maka, aku seharusnya pulih spt biasa"...
maka, itulah hasilnya..hehe..jgn mare...
alhamdulillah dah kebah.. bolehlah memulakan puasa dgn jayanya!
salam shemmi...
mmm..boleh diterima sekiranya ubatnya sama..
namun kuasa minda separa sedar juga memainkan peranannya dalam satu-satu masa..
:-)
awak dah sihat?
Alhamdulillah dah kebah dari demam. Sekarang ni demam sikit kita bimbangkan.
k hanim
salam...
moga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...
kena berhati2
ambik tindakan pencegahan
pakai mask
jaga kebersihan
kurangkan aktivti keluar
=)
Post a Comment