Tuesday, September 29, 2009

Sifat & Hakikat Beraya : Ikhlas ke Hipokrit?

salam semua...

alhamdulillah kita sudahpun masuk syawal ke 10 hari ini.

rata-rata semua telah memulakan rutin harian diri & keluarga.

menyusuri sambutan hari raya puasa (dalam bahasa orang melayu) atau eidul fitr al mubarak (dalam bahasa orang arab), sudah tentu kita memperoleh sedikit sebanyak pengalaman baru atau mengalami peristiwa-peristiwa yang kekal menjadi ingatan diri...

ada suka
ada duka
ada linangan air mata
ada jerit tawa gembira

raya tetap raya walau kita hanya bersinglet dan berkain pelekat.
raya tetap raya walau kita hanya bernasi impit dan berkuah kacang tanpa rendang.
raya tetap raya walau kita hanya bersendirian berkelana di atas bumi ini.
raya tetap raya walau tiada orang yang tersayang di sisi.
raya tetap raya walau kita ponteng puasa dan berlakun ada gastrik.
raya tetap raya walau kita berhutang keliling pinggang untuk barangan keperluan.
raya tetap raya walau kita di halau keluar rumah oleh keluarga.

raya tetap raya walau kita berada di mana sahaja.



apa penghayatan kita terhadap sambutan aidil fitri kali ini?
adakah kita dapat pemahaman tentang sifat serta hakikat aidil fitri?

atau kita sekadar menyambutnya seperti mana sambutnya kita pada tahun-tahun sebelum ini?

malanglah kita jika raya tahun ini lebih teruk dari tahun sebelumnya... ianya ibarat hari ini lebih teruk dari semalam.

jika ianya berlaku maka, kita perlu memeriksa tahap keimanan diri kita kerana orang islam yang beriman perlu memastikan hari ini lebih baik dari semalam.

maknanya kita perlu berusaha memastikan raya kali ini mesti lebih baik dari raya tahun sebelumnya.

rasulullah s.a.w pernah mengingatkan, tidak beriman seorang yang beriman itu sekiranya dia membiarkan dirinya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.

maknanya jika kita tidak melakukan sebarang usaha untuk memastikan hari ini atau raya kali ini lebih baik dari sebelumnya maka perlulah kita segera melakukan muhasabah diri.. mencari ruang atau celahan mana yang perlu diperbaiki...


kata kuncinya ialah 'usaha kemudian bertawakal'lah..' barulah kita temui hakikat keimanan diri.

iman itu percaya serta yakin
taqwa itu usaha
tawakal itu berserah bulat

lupakah kita kepada banyak firman-firman Allah yang menyeru agar orang-orang beriman itu agar bertaqwa...

Allah mahu orang-orang beriman yang yakin serta percaya untuk memanifestasikan keyakinan serta keimanan mereka dengan cara melaksanakannya dengan perbuatan dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja..



makanya apabila kita gagal untuk memahami sifat serta hakikat berhari raya... kita sudah tentu akan tergelincir ke jurang-jurang yang dalam lagi curam.

adakah hari raya kita yang lepas kita penuhi dengan acara menghadiri rumah-rumah terbuka?
apa hakikat kehadiran kita ke rumah-rumah terbuka tersebut? adakah untuk makan & minum sahaja atau menyuburkan silaturraahim?

amalan bersalaman dan memohon maaf sesama kita yang kita mulai dengan ahli keluarga terdekat juga semakin pupus serta hanyut dari segi istilah 'ruh'nya..

bersalaman kita sama seperti perbuatan menyebut 'kosong-kosong yer..' tidak lebih dari itu.
tiada sebarang lafaz atau pengakuan yang dilakukan di antara kita dan orang yang kita salam..

mungkin kerana malu atau kerana takut atau kerana malas atau kerana tak reti atau kerana bodoh?

maka sifat bersalaman dan bermaafan hilang hakikatnya dan jesteru itu, acara bersalaman itu hanyalah bersifat hipokrit atau trend biasa.


ikhlas atau tidak.. hanya empunya diri yang mengetahuinya...

tiada gunanya kita berpakaian indah berseri serta mahal harganya di hari raya jika tiada lansung kepekaan terhadap 'ruh' sambutan hari raya ini.

dek kerana hilangnya 'ruh' berhari raya ini, maka kita akan merasakan semacam sesuatu telah hilang, atau kita dapat merasakan raya ni 'biasa ajer' atau kita sekadar menonton tv melayan kisah-kisah syahdu drama-drama melayu atau cerita-cerita fiksyen atau alasan menghabiskan masa yang ada...sambil menunggu 'laungan salam' dari luar pintu pagar..

begitulah hakikat beraya kita sekarang...
itu kita kena terima...

anak-anak yang entah dari mana datang beraya tanpa ibubapa mereka...
kuih-muih 'tunjuk-tunjuk' yang kita hidangkan kepada tetamu juga melengkapkan hilangnya ruh beraya....sebab itulah kuih yang dibeli kurang 'jalan' berbanding kerepek-krepek yang kita hidangkan..

ruh yang hilang itu adalah ruh kasih sayang... kasih sayang tanpa syarat.

mungkin kita terlupa akan pesan Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai atau menyayangi diri orang lain sebagaimana dia mencintai dirinya..."

itulah yang dikatakan 'unconditional love'...

itulah ruh yang meng'akrab'kan diri kita sesama kita...

wasalam

1 comment:

CITY® said...

salam sifu..

raya saya hanya biasa2 sahaja.
yg perlu di bahagiakan, mak ayah dan adik beradik serta anak2 buah.

mayb mak ayah masih ada, semua berkumpul?
nanti2 kalo mak ayah dah tiada?
masih ada kah ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails