Friday, September 26, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Manusia Yang Tamak Lagi Haloba: Awas Susu Anak....

Friday, September 19, 2008
Ramadhan pun ada suami isteri yang berpisah jua....

alhamdulillah dengan izin Allah kita telah menyempurnakan hampir 20 hari puasa kita dan kita dalam perjalanan untuk memasuki 10 malam/hari terakhir Ramadhan...
menurut firmanNya, sabda kekasihNya dan riwayat, 10 malam terakhir inilah yang tersembunyi sesuatu yang istimewa buat hamba-hambaNya yang beriman...carilah malam itu pada bilangan yang ganjil.. berjagalah dengan persiapan diri yang sepatutnya... korbankanlah sedikit masa untuk melaksanakan ibadah yang paling 'berkualiti' di antara ibadah-ibadah sebelum ini...
doa saya anda berjaya memperoleh kesejahteraan dan kerahmatan untuk meneruskan 'kuliah penyucian diri ramadhan' ini dengan jayanya...insya Allah.
beberapa hari yang lepas saya terkejut apabila mendapat berita dari seorang rakan bahawa beliau dan isterinya sedang dalam /proses urusan untuk berpisah...
perkahwinan dicampur perkenalan selama 14 tahun sejak dari bangku sekolah rupanya tiada maknanya jika tiada lagi persefamanan di antara kedua-duanya...
saya turut memberi beberapa tips buat beliau sebelum ini... namun kita hanya sekadar memberi pandangan, untuk melaksanakannya masih tertakluk kepada si empunya diri...
memberi pendapat kepada rakan, adik beradik dan siapa sahaja adalah salah satu ibadah dan 'effort' yang terpuji... namun perlulah diingat, janganlah kita merasa 'tak best' atau 'tak syok' jika orang yang kita beri pendapat itu tidak menurut saranan yang diberi...
kerana.. kita yang memberi pendapat ini tidak dapat menyaksikan 'the bigger puzzle or picture', permasalahan atau isu yang dikongsi bersama kita mungkin hanya 5% atau 10% sahaja dari keseluruhan 'gambar' sebenar yang di hadapi oleh empunya diri..
kita jangan rasa hairan lalu meluahkan; "isk degil betul dia ni, tak mahu dengar nasihat aku.." kerana, percayalah..saranan kita itu bukan tidak diterima pakai, ianya mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan pada masa itu...
anyway, akhirnya saya mendapat tahu bahawa isteri rakan saya ini sudah ada yang lain... walaupun pada awalnya saya 'dapat rasakan' perkara itu dan memberi 'hint' namun mungkin kerana ianya tidak ada dalam 'thinking set' rakan saya itu, hint itu hanya sekadar hint... sehinggalah rakan saya itu melalui sendiri 'curve' atau selekoh perit itu...
begitulah resmi manusia... kita sering untuk menerima hakikat bahawa apa yang dilalui oleh orang lain tidak akan kita laluinya...
percayalah, sebab itulah muncul istilah 'orang tua makan garam dulu'.... ianya lebih merujuk kepada pengalaman melalui 'curve' yang 'seakan' atau 'mirip' yang dilalui oleh orang lain yang mana 'hikmahnya' boleh dijadikan pedoman buat yang muda...
anyway, nasihat saya ketika beliau 'down' ditinggalkan isteri tempohari ialah..... "you know what is best for your life... but make sure that you are moving forward in whatever you do..."
mmm... dalam terdiam memikirkan perjalanan hidup rakan saya yang sorang ini... saya menerima satu lagi berita dari sahabat saya tentang adik beliau yang khabarnya mahu berpisah dengan isteri kerana ada yang 'lain'...
adus... seorang kena tinggal isteri... seorang lagi nak tinggalkan isteri...
ya Tuhan.... mmm... apabila alam mencari keseimbangan... apabila caj-caj positif perlu stabil dan sama dengan caj-caj negatif....
wasalam
Tuesday, September 16, 2008
Superhero Malaysia/Melayu? : Pepaya atau Tain..3T?
jika kita amati dengan teliti, amerika syarikat; di antara dakyah-dakyah mereka untuk meletakkan negara mereka sebagai kuasa dunia di samping kekuatan ekonomi, tentera dsbnya adalah dengan cara melahirkan 'superhero'...
hampir semua superhero berasal dari amerika.. superman, batman, spiderman, wonderwoman, six million dollar man, bionic woman, american hero..
british juga cuba untuk melahirkan superhero juga dengan mengenengahkan 'james bond' mereka....
dan secara kita tidak sedari..pengaruh superhero ini adalah dakyah yang paling berkesan dan ianya menerobos ke minda anak-anak sejak dari kecil lagi untuk memperakui kehebatan hero-hero ini...
negara kita juga tidak kurang untuk cuba melahirkan superhero kita walau secara tangkap muat atau asal ke boleh...
antaranya; hang tuah dengan taming sarinya, badang dengan muntah hantunya, mat kilau, datuk bahaman, hang jebat dsbnya.. mereka-mereka itu hero yg real (kecuali badang...)
namun hero-hero kita ni sudah lapuk ditelan zaman...
maka muncullah cicakman.... dan syarikat penerbitannya kru berjaya memberikan satu perspektif baru tentang superhero malaysia walaupun cerita tersebut memang bukan cerita negara malaysia, cuma bahasa/cakapnya ajer guna bahasa melayu...
tiba-tiba... negara kita mendapat satu lagi superhero... pepaya(man)
saya pernah menonton siri pepaya ini beberapa kali dan average 10 minit setiap episod kerana nak tengok plot dan kreativiti yang ada dalamnya...
walau tangan si yaya tu nampak kurang real.. tapi good try lah...budget pun ciput..
lagipun orang malaysia ni.. sumbat ajer apa citer... semua boleh nangis... buat siri sampai beratus..tetap ada pengikut...
itu cerita yaya...
yang paling saya sedih ialah bila 'tertengok' cerita 'tain 3 t'... lakonan wahid senario... masya Allah... selepas 'tertengok' cerita itu, saya terus 'haram'kan anak-anak saya dari menontonnya...
saya katakan, dari tengok tain, lebih baik tengok cerita si pepaya tu..
anak saya tanya kenapa?...
saya cakap pada mereka, cerita si yaya tu at least ianya 'science fiction' dan ada unsur heroism di dalamnya...
cerita si tain ni... bagi saya teruk... menunjukkan betapa melayu ni mundur serta bodoh... kita dah merdeka lebih 50 tahun... jika masih ada yang tak pandai kira lagi, maka gagallah segala deb, gagal lah segala pemimpin melayu dsbnya...
cerita tain ni takda apa-apa motivasi disebaliknya... melainkan ianya memalukan... menunjukkan melayu yang malas, bodoh serta 'haprak'....
anyway, itu adalah pandangan peribadi saya....
dalam kalut senario politik tanahair.... bagi saya malaysia memang memerlukan superhero...
fikir-fikirkanlah.... buatlah research sikit.... keluar duit sikit...
sebab, superhero malaysia ini nanti akan menjadi bahan 'propaganda' untuk menaikkan semangat semua rakyat... untuk bersatu, bersama dan berjaya dalam mengapai objektif negara...
jangan silap propaganda... sebab?..
sebab rakyat malaysia dah pepandai belaka...
bak kata iklan berita harian di tv... "zaman dah berubah...."
dulu lain sekarang lain...
dulu bolehlah cerita makan ubi kayu kat anak-anak..
sekarang mana boleh.... tak jalan punya...
sekarang kena 'up to date'... sentiasa berada kehadapan dengan info dan ilmu utk memastikan kita 'survive' dalam perlumbaan ini...
'duit-duit rasuah' tak mainlah... dah lah masuk neraka... keluarga nanti huru hara... makan duit haram... (tapi saya sedih sebab banyak melayu yang makan rasuah ni...)
jumpa lagi
wasalam..
Sunday, September 14, 2008
Beberapa kisah manusia....
lewat dinihari sambil mengikuti berita dari astro awani, saya masih lagi mengadap skrin laptop ini...
menjengah ke sana-sini alam siber...
sesekali terdengar bunyi letupan mercun sayup...
ada juga bunyi meriam 'buluh' kedengaran juga sayup...
malam/pagi ini saya agak lewat beradu... (mungkin kerana siang tadi lena selepas zuhur untuk hampir 2 jam...) dan sudah pasti saya memang seorang yang jika berjaga melebihi jam 12 malam..maka kepayahan untuk melelapkan mata akan muncul....
seperti tahun-tahun hijrah yang lepas... saya sering mengambil peluang untuk berada di luar rumah di antara jam 2 hingga 3.30 pagi sesekali....
mendongak ke langit sesekali...
berbicara dengan Al-Khaliq di kala sunyi pagi...
memanjat ketaubatan kehazratNya..
mensyukuri Rahmat serta TaufiqNya...
dan saya sering melihat kembali 'episod-episod' yang berlalu...
melihat perlakuan manusia-manusia...
melihat perjalanan kisah-kisah mereka...
satu ketika dahulu... dan di saat ini...
kisah manusia satu;
manusia yang gemar berjudi...
manusia jenis ini tidak menyedari bahawa dia sedang berjudi...
contohnya;
tidak melakukan apa-apa tindakan untuk memperbaiki mutu kehidupan diri, keluarga dsbnya..
manusia jenis ini hanya menanti bantal-bantal yang akan disorongkan ke kepalanya kerana mereka-mereka ini senang berada dalam keadaan mengantuk...
manusia ini akan 'jelira' dengan janji-janji manis yang berjenis 'fatamorgana'...
manusia jenis ini akan bersemangat dengan impian-impian hidup kaya raya, senang lenang..
tanpa mereka sedari mereka telah 'memperjudikan' diri, keluarga dan kehidupan seluruhnya..
mereka-mereka ini lagaknya mengalahkan 'profesor-profesor' universiti...kerana mereka merasakan diri mereka 'hebat'...
kisah manusia dua;
manusia yang tidur tetapi mata terbuka...
manusia jenis ini ibarat cicak sesumpah atau iguana...
melekat dengan manusia-manusia lain mengikut suasana dan keperluan diri...
manusia jenis ini boleh dikatakan sebagai 'mayat hidup'...
tanpa mereka sedari mereka sebenarnya telah memati diri sendiri sebelum kematian sebenar datang menjemput..
mereka-mereka ini hanya mencukupkan jumlah manusia di dunia dan menanti kedatangan maut yang sebenarnya...
kisah manusia tiga;
manusia jenis ini adalah manusia yang keliru dengan diri serta matlamat kehidupan..
manusia-manusia ini sangat rakus dalam melayani nafsu yang tidak putus-putus membisikan kepada mereka agar terusan memuaskan kehendak serta kemahuan selagi hayat di kandung badan...
manusia-manusia ini sanggup berbunuhan sesama sendiri demi memastikan hajat nafsu tercapai..
mereka-mereka ini lah yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini serta banyak menyusahkan kehidupan manusia lain...
ada banyak lagi jenis manusia yang akan saya kongsi...insya Allah
Saturday, September 13, 2008
Rempah Ratus 13 hari Ramadhan 1429H....

keduanya...
Al-Fatihah untuk semua ahli politik tanahair... semua maksud saya semuanya... tidak kira dari parti apa sekalipun...
rimas melihat suasana politik tanahair... serimas melihat bagaimana Perdana Menteri 'Chef' Samak dari Thailand 'bersilat' untuk terus kekal berkuasa... serimas melihat bagaimana Mindanao bergolak kembali setelah perjanjian damai yang sepatutnya dimeteri di KL gagal...
rimas melihat bagaimana semangat 'merdeka' tidak lagi dirasai tatkala tanah melayu @ malaya menjengah ke pintu 51 nya.
rimas melihat percakaran antara parti-parti politik terutama di antara pemimpin-pemimpinnya..
ketiganya....
jenuh menanti 'kapan' harga minyak akan kembali ke RM1.92 seliter... tatkala harga minyak dunia kini sekitar USD110 setong..
masih tidak lupa, bagaimana kenaikan 78 sen seliter dahulu berlaku ketika paras minyak dunia berada pada USD145 setong..
penurunan sekitar 15 sen sebelum PRK Permatang Pauh hanyalah sekadar menguntungkan segelintir pihak sahaja tidak pada rakyat marhain...
keempatnya...
siapa yang 'jaga' hal ehwal pengemis?
bukan apa, bila baca akhbar pagi tadi...saya teruja apabila laporan menyebut ada pengemis yang 'berpendapatan' RM400 sehari dan menginap di hotel serta memiliki telefon bimbit yang canggih bernilai ribuan ringgit...(rasanya N95 kot...)

apa nak jadi?... apa tindakan selanjutnya?
kelimanya....
dunia memang dah terbalik, malah dah lama terbalik sejak Rasulullah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu...
seorang manusia yang beragama islam, berjantina wanita mengaku kepada suaminya yang dia telah berkahwin dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua lelaki tersebut..
wanita yang berasal dari negeri terengganu itu bekerja di luar daerah dan hanya bersama suami pertamanya dari hari isnin hingga khamis dan bersama suami keduanya pada hari jumaat hingga ahad...
bagaimana ini boleh terjadi? cetek sungguh ilmu agama yang ada di dada? atau memang 'jahil' sangat?
apa yang suami beliau ajarkan selama berkahwin?
masya Allah....
selamat memasuki 10 hari kedua Ramadhan... hayati serta renunglah detik-detik yang berlalu..
pastinya hamba-hambaNya yang engkar dan terus mendabik dada menunjukkan kuasa akan dicuci atau tercuci di bulan suci ini...
wasalam
Friday, September 12, 2008
'Pedang' Baru saya.....

Thursday, September 04, 2008
Bila 'Malaun' tiba-tiba jadi 'Alim' bulan puasa ni....

Friday, August 29, 2008
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubaraq....
Wednesday, August 27, 2008
MALAYA: MERDEKA & KEMERDEKAAN
Permatang Pauh Oh Permatang Pauh : 'DEJAVU'
sama seperti kebanyakkan rakyat malaysia... saya juga mengikuti pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan penuh minat...
minat kerana... ada seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim bertanding di situ...
minat kerana... seluruh jentera atau mekanisme yang bertanding melawan Anwar sangat hebat digembling...
sudah saya katakan dalam beberapa posting sebelum ini...bahawa Malaysia kita ini sedang menuju kepada perubahan dalam segenap segi; ekonomi, politik dan sosial... dan rata-rata rakyat kini sedang dan telah melakukan perubahan kepada diri, keluarga dan masyarakat...
saya sangat pasti golongan teknokrat dan ilmuan yang ada sangat hebat dan mampu mencurahkan kepakaran bagi membentuk Malaysia 'baru' yang boleh bersaing di persada dunia terutamanya dengan jiran tetangga asia atau paling hampir singapura...
namun ketidak matangan dalam menangani perubahan serta tidak mahu menyahut pembaharuan telah menjumudkan kotak pemikiran sebilangan para ilmuan... sangat sedih.
sangat sedih lagi apabila melihat berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk memastikan calon yang bertanding menang.. sedang diserata negara ramai lagi rakyat marhain yang memerlukan bantuan...
saya tersentak pagi tadi apabila saya 'stop over' di sebuah restoran utk 'breakfast' pagi tadi... chef yang sedang sibuk menyusun lauk menghampiri saya lalu berkata "menang jugak orang tua tu yer...."....rakyat dah nak berubah..." dia sambung lagi... saya sahut.."ya..ya.."... "alhamdulillah.. tertebus dan pulih semula maruah dia yer..." saya sahut.."ya..ya..."
mmmm... saya tak kenal chef tu... dan saya berbisik kepada isteri saya.... muka saya ni muka 'orang Pakatan Rakyat' ker?...
isteri saya menjawab.... orang sekarang dah boleh kenal orang BN...
mmm... saya pun sambung makan mee hoon yang memang sepatutnya saya berhajat utk makan pagi semalam...
anyway...
marilah kita sama-sama belajar sekurang-kurangnya satu atau lebih ilmu yang kita boleh dapat dari Permatang Pauh ini.
1. belajar untuk berkempen dengan isi-isi kempen yang memberi kepentingan kepada rakyat serta membina negara.
2. belajar untuk berkempen dengan memfokus kepada perancangan-perancangan calon-calon yang bertanding (lihat cth. negara maju apabila pilihanraya, perdebatan berlaku dan fokusnya kepada plan-plan perancangan masing-masing)
3. belajar untuk muhasabah diri sebelum menegur...
4. belajar menganalisa perkembangan sekeliling dan melakukan penyelidikan atau s.w.o.t analisis sebelum membuat keputusan.
5. belajar untuk menerima kelemahan diri dan mencari jalan serta berusaha memperbaikinya.
apapun....
syabas buat pengundi Permatang Pauh yang berani untuk berubah.
syabas buat Saudara Anwar Ibrahim yang 'femes' dengan ungkapan "jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai".
syabas buat seluruh Rakyat Malaysia kerana kesabaran dan istiqomah inginkan pembaharuan.
juga tahniah buat Saudara Arif kerana menyahut cabaran dan bersedia untuk berubah.
anda semua memang hebat...
wasalam
Tuesday, August 26, 2008
Siapa kena belai siapa?
dalam kemaruk suasana 'kegilaan' pilihanaraya kecil permatang pauh.. saya dihubungi oleh seseorang...
dia bukan nak bertanya atau minta pendapat tentang pilihanaraya tersebut...
dia cuma nak pandangan dari saya tentang isu suami isteri...
dia dan isteri dah lebih kurang 20 tahun berkahwin...(dikurniakan 5 anak)...
namun kini dapat dirasakan kurang elemen kasih sayang di dalam perhubungan antara beliau dan isteri...
saya hanya mendengar luahan beliau selama lebih 20 minit...
kebanyakkannya menyalahkan isteri yang kononnya tidak sensitif dengan dia lagi..
sensitif dari segi belaian dsbnya..
saya tanya dia, adakah awak juga belai isteri awak? maksud saya selalu terusan membelai?
dia terdiam sejenak...
saya tanya lagi...adakah isteri awak masih menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik?
dia menjawab..ya..
takda sebarang masalah lain selain belaian?....
dia menjawab...ya..
saya tak mahu menyerabutkan kepala dia dengan soalan-soalan saikologi yang lain lalu memberi beberapa tips...
1. jika kita rasa belaian makin berkurangan.... maka nyatakannya secara baik kepada isteri.
2. jika kita inginkan belaian yang 'x-tra'... maka sama juga, kita kena nyatakan..
3. jika kita inginkan belaian yang berterusan...maka kita kena terus juga memberikan belaian kepada pasangan kita...
tips tambahan kepada beliau...
jgn layan 'pemikiran negetif' itu terlalu sangat... kerana 'anasir ketiga' iaitu syaitan dan iblis memamng menanti ruang utk 'masuk jarum' dan akibatnya akan memberi anda 'solusi-solusi' yang akan menjerat diri... seterusnya membuatkan diri kita terjerumus ke lembah hina...
moralnya...
berterus terang dan ikhlas lah dalam perhubungan suami isteri...
dan saya saja 'gertak' dia... saya akan memantau kes awak ni dari masa ke semasa.....
:-)
wasalam
Hei 'Ali' : Bangunlah! Kerja! Jgn Malas! Jgn Tidur!
Saturday, August 23, 2008
Terlalu banyak sangat 'CO-INCIDENCE' laaa...
banyak sangat keluhan yang berterbangan di udara negara kita yang tercinta menjelang sambutan hari kemerdekaan yang ke 51 ini....
saya hanya nak bawa topik tu dan ulanginya dengan penambahan kata 'oh'...
senarainya tidak ikut sebarang peraturan... hanya ikut apa yg 'pop-out' dari minda ni lewat petang dengan renyaian hujan di luar sana..
Friday, August 22, 2008
Fotografi : Antara hobi saya...





antara hobi saya ialah mengambil foto atau fotografi... subjek yang saya ambil kebanyakkannya ialah langit dan awan... kerana saya percaya ada cerita di sebalik 'tarian angin dan awan' di langit itu...
Ulu Yam - Cameron - Gua Musang - Kota Bharu





adakah kita mampu untuk memastikan anak-anak mendapat masa yang berkualiti dengan hanya duduk berfikir sahaja?...
saya syorkan...jika kita mampu utk pulang ke kampung utk sebarang acara atau sesaja... maka rancanglah untuk singgah di mana-mana dalam perjalanan itu walau sebentar cuma... kerana 5 minit masa yang kita luangkan untuk anak-anak... amak berharga bagi mereka dan akan dikenang untuk sekitika... insya Allah...
wasalam
Friday, August 15, 2008
Tuesday, August 12, 2008
Pesanan Terakhir Rasulullah kepada kita semua...

salam semua....
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
---------------------------------------------------------------------------
sekadar mengingatkan diri dan kita semua...
dan jika diamati....Rasulullah mengunakan istilah 'manusia'... maka ianya termasuk ke segenap kategori yang bergelar manusia.
moga mendapat iktibar...
wasalam...
SATU KISAH: Yang DULU dan Yang KINI.... Di Antara Dua Darjat...
Untuk hidup kaya,

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI