Thursday, March 08, 2007

Sedikit 'sibukkss'...


salam semua...

maaf kerana menunggu 'benda' baru dari saya...
bukan aper, saya sangat sibuk menyediakan beberapa 'training proposal' serta mengendalikan kursus 'Tenaga Tinggi' ARP buat satu organisasi dalam tajuk "Kemahiran Komunikasi Yang Efektif @ Effective Communication Skills"...

buat nur yang bersemangat... saya hadiahkan sebuah sajak buat anda...

Perjalanan Ini....

Perjalanan ini satu penentuan
Memilih dalam kesamaran yang pasti
Pahit maung harus dihadapi
Walau ianya datang setiap hari

Perjalanan ini bukanlah pilihan
Harus diteruskan dalam kesamaran
Kerana kita insan terpilih
Dari lautan manusia yang sesat

Perjalanan ini adalah muktamad
Tiada undur harus terus
Kerana dalam kesamaran ada cahaya
Cahaya yang kelam tetapi jelas

Perjalanan ini penuh teka teki
Perlukan ilmu untuk pasti
Perlukan faham untuk berdiri
Perlukan yakin untuk sebati

moga terus tabah, yakin dan istiqomah...

wasalam

2 comments:

Anonymous said...

salam sifu...
untuk sayakah sajak tu.. terima kasih bebanyak sifu mirza,
kadangkala bila saat gelita dalam terang myelubungi diri, tangan terkapai2 mencari sinar, ibarat nila tumpah ke santan, walau warna tidak berubah, pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan...

Insyaallah saya akan tabah dan lebih tabah dari hari ini kerana saya yakin pengalaman bnyak mendewasakan diri saya..

syukran jazilla sifu mirza

-Nurulainsha-

Sifu Mirza said...

yer betul...

sajak itu untuk awak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails