Tuesday, May 15, 2007

Setiap Lepas Kesusahan ada Kesenangan....= Reward Will Come Later..

salam semua.....

kalau kita susuri surah 'Alam Nasyrah'..kita akan temui sepotong ayat yang diulangi sebanyak 2x iaitu.....fainnama'al usriyusro.... innama'al usriyusro...

bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...

mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...

sebabnya ialah....kita sering mengatakan sesuatu usaha itu sukar, susah, perit dsbnya sebelum kita mahu menggerakkan anggota kita untuk melaksanakan tugasan tersebut... dan tidak kurang juga antara kita yang sering 'mengintai' apakah balasan, upah atau reward yang akan kita dapat sebaik selesai melaksanakannya...

memang tidak dapat dinafikan...dewasa ini, itulah 'formula' atau 'sipir' apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara.... dan tanpa kita sedari, ianya amat bertentangan dengan saranan Rasulullah malah ianya ialah ikrar Baginda yang sepatutnya menajdi 'doktrin' perjalanan hidup ini iaitu; 'Samiaqna Wa atoqna...' maknanya..kami dengar kami patuh....

sudah jelas, nyata dan terang sekali iaitu; lakukanlah setiap tugasan itu dengan sempurna, bersungguh dan berikan yang terbaik dilandaskan dengan penuh keikhlasan...maka balasannya akan muncul....

kita sering 'frust' bila rasa dah berikan yang terbaik tetapi balasannya hanya 'ciput'...mengapa ya?.... sebab kita dari awal lagi telah meletakkan 'nilai' kepada pekerjaan kita sedangkan 'nilai' itu sepatutnya datang dengan 'qadar' Allah...

rasa dapat upah RM100.00 tapi rupanya dapat RM30.... dan kita jadi marah.... sebab kita rasa dah bagus...sangat bagus tetapi kita lupa...bagus kita hanya dinilai oleh pihak kedua dan bukannya kita....bagus kita kan dinilai oleh 'cermin' yang kita lihat...

saudara-saudari....

buat saja setiap tugasan ini dengan sebaiknya...insya Allah...'reward' akan datang dengan otomatik...
dan serahkan kepada Allah 'jumlah'nya...dan terimalah dengan dada yang terbuka.. kerana menerima dengan dada yang terbuka, kita akan dapat memperbaiki diri...muhasabah diri....

dan isya Allah dari upahan RM30 tadi akan meningkat ke RM 150...sedangkan kita ingat kita akan dapat RM100.... barulah sejajar dengan 'wamai yat taqillah....'

jumpa lagi...

wasalam

3 comments:

kesturi said...

salam,
saya suka membaca coretan sifu kerana buat saya sentiasa berfikir dan fikir dan terus berfikir... tq.

Sifu Mirza said...

salam kasturi....

fikirlah di atas iman & amal...seterusnya ikhlas di dada...

insya allah ada cahaya yang menyusup masuk ke dada dengan kefahaman yang mendalam....

wasalam

murabbiy said...

Salam wbt,

Mohon diperbetulkan ayat ke-5 & ke-6
yang tulis oleh tuan di dalam artikel ini kerana ianya mengandungi kesalahan.

Ayat ke-5 sepatutnya berbunyi:

FAINNAMA'AL 'USRIYUSRO

dan Ayat ke-6 sepatutnya berbunyi:

INNAMA'AL 'USRIYUSRO.

-murabbiy-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails