Monday, December 31, 2007

2008 Wish List....


salam semua...

'menarik keluar' sebahagian 'wish list' saya untuk 2008.

Peribadi;
- memperoleh Phd dalam Bidang Perubatan Supplimentari
- melahirkan lebih ramai Pengamal ARP-LVT untuk berbakti kepada ummat.


Keluarga;
- hubungan yang terus bahagia & mantap.

Kerjaya;
- penubuhan 'ARP College' atau...
- ARP menjadi salah satu module wajib bagi setiap pelajar (rendah hingga universiti).


Syarikat;
- memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan kecemerlangan diri (buku, dvd, brain food, spiritual cleansing etc.)

Para lulusan ARP Program;
- terus mantap dan 'lapar' untuk terus berjaya

Masyarakat;
- mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam menuntut ilmu
- berkongsi ilmu-ilmu di dada sesama anggota masyarakat


Negara;
- terus maju & makmur.

Pemimpin & Bakal Pemimpin (umara);
- mengamalkan dan mengadaptasi sifat-sifat terpuji Rasulullah; Siddiq, Amanah, Tobligh & Fatonah kepada diri & keluarga sebelum memulakan langkah-langkah memimpin rakyat.

Ahli-ahli Ilmu -Semua Bidang (ulama);
- terus melakukan r&d dalam melahirkan masyarakat yang terusan mantap serta berilmu tinggi.

Ummat Islam;
- berusaha bersungguh menghalusi kembali kefahaman tentang Agama.
- berusaha untuk berfikir beberapa 'lapis' ke dalam tentang keyakinan (aqidah).
- keluar daripada pemikiran 'kulit' dan mula melihat dengan mata hati.


Dunia;
- sentiasa 'balance' ke arah positif


-------------------------------------------

begitulah sebahagian dari perkara-perkara yang terkandung di dalam wish list saya yang saya 'tarik' keluar untuk dikongsi bersama tuan-tuan...

wish list anda pula bagaimana?...
bolehlah kongsi di sini....

wasalam

Selamat Tinggal 2007; Ahlan Wa Sahlan 2008



salam hormat buat semua...

dalam beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan tahun 2007.
sambutan tahun baru masihi ini lebih rancak berbanding sambutan tahun baru hijriah.

sambutan tahun baru 2008 masihi penuh dengan taburan bunga api di angkasa, pesta-pesta di sana-sini, konsert demi konsert, rancangan tv yang padat (lintas lansung, imbasan, sampaikan dsbnya), 'lepaking' di sana-sini dan sebagainya...

sangat dan jauh berbeza dengan sambutan tahun baru hijriah yang mana ianya dilaksanakan dengan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dan diikuti dengan solat sunnat serta bacaan Yasin.... tiada sambutan, tiada rancangan tv khusus (sampaikan tahun baru atau imbasan dsbnya...)

itulah yang nyata...
nyata dari segi kenyataannya hidup di negara yang berbilang kaum serta masyarakat majmuk... dan pesta adalah merupakan 'pendekatan' terbaik untuk menyambut satu-satu perkara yang dilabel sebagai 'universal' seperti sambutan Tahun Baru.

dalam menyusuri sambutan serta acara yang telah dirancang sekian lama... apalah yang dapat kita sebagai muslim lakukan selain dari menutup mata, menutup pintu hati dari terjebak ke dalam perkara-perkara yang boleh 'menghampirkan' diri dari zina atau dosa-dosa besar...

mengambil satu langkah menghampiri pesta-pesta yang telah dirancang merupakan satu tindakan untuk menghampiri zina... kerana ianya boleh mencetuskan bibit-bibit 'kebebasan' hidup... walau pada pandangan mata kasarnya tidak kelihatan namun jika dianalisa secara mendalam dan terperinci... ianya merupakan langkah-langkah ke kiri dan memulakan palitan hitam di hati yang bersih serta suci...

bagaimana sambutan anda tahun ini?
di dataran-dataran?, di kelab-kelab?, di tapak-tapak konsert?
di masjid & surau?, di program-program ilmu?
di depan tv?, di dalam kereta; pusing-pusing hanya utk nengok bunga api?
dan berbagai cara lagi....

apa cara sekalipun, kalau boleh... letakkanlah Tuhan di hadapan... jauhi segala yang mungkar dan halusi yang ma'aruf...

jika di hadapan tv sekalipun.... bersederhanalah.... kita boleh mengawalnya...
jika meronda nengok bunga api... tidaklah perlu sampai ke dini hari...

banyak cerita 'sedih' yang kita dengar setiap kali, muncul pagi tahun baru...
banyak gadis hilang 'mahkota'...
banyak teruna muntah-muntah kerana kemabukan 'kencing syaitan'...
dsbnya....

melakukan muhasabah beberapa jam sebelum detik 12 malam sangat baik untuk kita melihat kembali kejayaan walau sedikit juga ruang-ruang yang boleh dikemaskini...

melakar azam baru beberapa jam (termasuk perancangannya...dan ditulis dengan pena di atas sekeping kerta) sebelum detik 12 malam adalah langkah-langkah orang hebat...

jadilah seorang yang lebih bertanggungjawab tahun hadapan (2008)...
jadilah seorang yang lebih peka dengan hubungan dengan Tuhan...
jadilah seorang yang lebih aktif menimba ilmu-ilmu...
jadilah seorang yang senantiasa berjihad di jalan Tuhan....
dan seterusnya...

apapun... di mana sahaja anda berada...

salam tahun 2008 dari saya sekeluarga buat anda...!

buat tahun-tahun yang datang dan pergi.....
.....selamat jalan 2007, ahlan wasahlan 2008!.....

wasalam

Saturday, December 29, 2007

Proton GEN.2 di eksport ke Republik Cina



salam semua...

Laporan NST (BizNews, mukasurat 36) melaporkan sejumlah 1,600 unit GEN.2 akan dihantar ke Negara Cina penghujung bulan Januari 2008.

Syabas buat Proton!

cuma hati kecil tertanya-tanya mengapa nama Proton atau nama Model GEN.2 di tukar kepada 'EuropeStar'....?

setelah berhempas pulas mempertahankan syarikat nasional ini dari tersungkur muflis dan dibungkus zaman kerana ianya adalah syarikat kebanggaan negara, saya hairan mengapa kita tidak mempertahankan namanya di pasaran luar?

saya boleh terima nama Proton Iswara Icare di tukar kepada Proton Catalyst untuk dipasarkan ke pasaran Eropah, namun menamakan model GEN.2 kepada EuropeStar adalah sedikit menimbulkan tandatanya....

antaranya, ia mungkin strategi untuk pasaran luar.
antaranya, ia mungkin strategi untuk survival proton.
antaranya, ia munkin strategi untuk mengabui para pembeli Republik Cina yang 'mungkin' ingat ianya berkualiti eropah.
antaranya, ia mungkin 'tak laku' jika diletak nama Proton atau GEN.2

apapun, pihak pengurusan proton lebih arif tentang hal ini... mereka telah diamanahkan untuk berkhidmat dengan cemerlang untuk negara dan sudah tentu segala pemikiran, usaha ditumpukan untuk keterbilangan proton di persada pasaran otomobil dunia.

namun dari segi semangat 'Malaysia Boleh'...nama EuropeStar tidaklah 'boleh' dibanggakan... dalam pada masa kita telah 50 tahun 'bertungkus lumus' membebaskan negara, rakyat, diri dan pemikiran dari penjajahan orang Eropah.

apapun... untuk makluman semua mengenai pasaran otomobil dunia;

Dilaporkan Toyota telah mengeluarkan sejumlah 9.36 juta kereta untuk tahun 2007.
Jumlah ini telah membuatkan Toyota menjadi peneraju industri otomobil mengatasi GM Motors.

Dilaporkan juga Hyundai akan membelanjakan USD11 billion untuk menaiktaraf segala fasiliti bagi peningkatan pengeluaran keretanya.

Maruti Suzuki India Ltd pula telah memotong harga kereta mereka dari 192,124 rupees (RM8.85 = 100 rupees) kepada 100,000 rupees (lebih kurang RM8,850) untuk kekal kompetetif.

Kereta buatan Republik Cina Chery QQ yang berharga RMB29,000 (lebih kurang RM14,000) dan Chery dijangkakan mengeluarkan keretanya yang ke 2 juta pada tahun 2009.
Chery mula memasarkan kereta mereka pada 1999 dan berjaya memasarkan kereta mereka yang ke sejuta pada Ogos 2007

untuk pasaran Cina, model GEN.2 atau EuropeStar ini, laporan NST menyebut sejumlah 1,600 unit akan dihantar ke sana.....dan
laporan StarBiz pula, 408 unit telah dihantar dan akan menghantar sebanyak 1,500 unit lagi setiap bulan selama 20 bulan (jumlah keseluruhan 30,000 unit)

mmmm... saya teringat pengurusan proton yang lama pernah menghantar beberapa ribu unit Proton untuk pasaran Timur Tengah dan dijual dengan cara 'consignment' (laku bayar, tak laku ambil balik)...
mmmm... tapi saya tak dengar pula bagaimana kisah selanjutnya; laku ker, atau write-off ke?....

apapun, all the best untuk Proton... go Global or Glokal?

wasalam

Friday, December 28, 2007

Benazir Bhutto : Al-Fatihah untuk kamu....





sedang asyik dengan program latihan... saya dikejutkan dengan pemergian ke Rahmatullah, bekas perdana menteri pakistan; Benazir Bhutto Zulfikar Ali Bhutto

saya seolah tak percaya tapi dalam diam sejenak; semenjak dua menjak ini apabila memerhati politik negara pakistan, saya tidak terperanjat perkara ini berlaku

apatah lagi, Benazir sejak pulang dari luar negara telah memberi ucapan bahawa sekiranya beliau takut mati, beliau tidak akan pulang ke pakistan...
katanya lagi, kepulangan beliau adalah untuk memulihkan demokrasi pakistan, berkhidmat kepada rakyat yang telah lama tertindas dan memulihkan ekonomi pakistan.

Benazir adalah anak kepada juga bekas perdana menteri pakistan yang juga mengalami nasib yang sama iaitu Zulfikar Ali Bhutto.....dibunuh: cuma bapanya dibicarakan oleh Zia Ul Haq kerana disabitkan kesalahan merancang penbunuhan musuh politiknya.

apapun.... politik pakistan memang unik....
unik kerana hampir semua perdana menteri-perdana menteri yang akhir-akhir ini digulingkan kerana di tuduh terlibat dengan gejala rasuah.

unik kerana campurtangan para askar dalam pemerintahan negara...
unik kerana mereka suka 'bermain' dengan bahan-bahan letupan...
unik kerana mereka mempunyai kekuatan nuklear...
unik kerana mereka 'berani-berani' belaka...
unik kerana dari Jeneral Tentera boleh jadi Perdana Menteri...
unik kerana dari Perdana Menteri boleh jadi Presiden pulak...

apapun... takziah buat keluarga Benazir... dan saya yakin perjuangan keturunan Zulfiqar Ali Bhutto (yg banyak rakyat pakistan mengatakan kematian beliau di tangan Zia Ul Haq ialah syahid) ini akan terus disambung oleh keturunan-keturunan beliau...

takziah juga buat rakyat pakistan, walau apapun yang berlaku, Benazir tetap telah menyumbang kepada negaranya di sepanjang pemerintahannya...

Al-Fatihah....

Syabas Warga JBA Pahang!

salam semua...

alhamdulillah, syukur....i'm back...!
balik dari janda baik, terus ajer ke ofis...
upload foto-foto ni dan selesaikan beberapa kerja yg dah menanti sejak 3 hari lepas....

sebahagian foto buat tatapan semua...


sampai masa para peserta mencuba sampan buatan sendiri...


khusyuk mendengar saudara zaini memberi motivasi


macam biasa, mereka di'attune' Reiki Level 1 & diajar teknik menyalur tenaga positif pada diri dan rakan-rakan...


antara signboard-signboard yang banyak di janda baik....


rakan-rakan memberi semangat...kelok bang, kelok 'kenu' tu....


memerah otak merekacipta.... tak tahu jadi apa...janji terapung dan boleh kelok ke hilir ya bang....


balance bang, jangan tak balance...


ikat kekuat kayu tu... kang naya kawan tersungkur pulak...


dewan latihan berbumbung minangkabau berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa...

Thursday, December 27, 2007

Banjir ; Apa Hikmahnya?






salam semua....

menyoroti akhbar semalam.... ada 2 berita yang menarik perhatian saya;

1. Sindiket gores & menang kaut untung RM30 billion

2. Pesawah rugi RM27 juta banjir di Kedah

berita pertama.... kita dihidangkan kisah bagaimana sendiket gores dan menang ini telah berjaya 'memperdaya' dengan menggunakan taktik yang 'kemas' dalam menjalankan 'penipuan' dan telah mengaut untung sebanyak RM30 billion setakat ini.

saya juga pelik... dalam pada telah banyak kes-kes seumpamanya dilaporkan menerusi media-media, masih banyak lagi mangsa yang terjerat dengan sindiket ini... nak kata tak baca 'paper', takkan tak baca lansung... nak kata tak tengok tv..takkan tak tengok lansung...

apapun, panjang-panjangkanlah cerita perihal sindiket licik ini pada sesiapa sahaja yang kita jumpa... mudah-mudahan dengan input dari kita, sindiket ini akan lumpuh dengan sendirinya... (sebab nak tunggu undang-undang menarik mereka ke mahkamah, akan memakan masa....belum dicampur penguasa yang buat macam tak nampak walau perkara berlaku di depan hidung...uppss, di depan mata..)

berita kedua, adalah berita yang menyedihkan...menyebakkan... taktahu nak kata apa...
kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir di negeri kedah terutamanya pesawah menjangkau RM27 juta... itu kerugian akibat padi yang rosak... belum campur kerugian harta benda sendiri dan awam...

saya menganggarkan kerugian akibat banjir diseluruh negara, kedah, kelantan, pahang dan johor... boleh mencecah ke angka RM300 juta atau lebih...

masya Allah....

buat mangsa banjir, saya doakan anda semua diberi kesabaran yang mantap..sejajar dengan surah Al-Baqarah: 286..."Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupannya..."

rata-rata kita lihat, mangsa adalah rakyat 'marhaen'.. rakyat jelata...

apa hikmahnya?...

adakah Tuhan sedang memberitahu sesuatu pada kita?
adakah Tuhan sedang memberi peringatan kepada kita?
adakah Tuhan sedang memberi amaran kepada kita?

adakah kita sudah terlanjur dalam perbuatan?
adakah kita sudah hilang pegangan dalam agama?
adakah kita sudah lupa pada Tuhan?

ada banyak hikmahnya....

hikmah buat rakyat marhaen...juga hikmah buat para manusia yang digelar pemimpin...

namun Allah juga berfirman dalam Al-Quran: Al-Mulk: 23
--------------------------
Say: “It is He Who brought you into being and gave you hearing, sight, and hearts. What little thanks you show!’ (Surat al-Mulk, 23)
--------------------------

firman tentang kurnia Allah pada kita... cukup segalanya untuk menjadikan kita sempurna, boleh berfikir, mempunyai deria dan hidup...

namun Allah juga menegaskan...sesungguhnya manusia itu tidak pernah bersyukur sedikitpun....

rakyat tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...
pemimpin tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...

kebanyakkan cerita kesyukuran ini adalah berkenaan dengan kurnia Allah pada diri...kerana hakikat kehidupan adalah antara kita dengan Allah... dan belum dicampur amanah yang dipikul....

maka,

bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur....
iaitu syukur pada niat, lafaz dan perbuatan...

dengan sebenar syukur... barulah kita boleh memahami apa hikmah disebalik setiap kejadian....

buat para pemimpin....

mungkin Allah ingin memberitahu.... wang yang banyak itu belanjakanlah utk rakyat yang kamu pimpin..tidak kita siapa sahaja... dan bukan untuk dikitar disekeliling kamu dengan alasan projek pembangunan dsbnya yang memang memberi kesan.... tapi kesannya tidaklah sepantas kesan akibat banjir....

yang Allah hanya perlu berfiman "Jadi!..maka Jadilah."

kadang-kadang manusia itu perlu untuk dikejutkan... bukan oleh manusia lain tetapi oleh apa yang mereka gelar Tuhan.... yang mereka 'gunakan' bila perlu sahaja...

Tuhan tahu... Maha Mengetahui apa yang ada disebalik hati-hati kita....

dan kita janganlah buat-buat tak tahu yang Tuhan tahu apa yang kita niatkan, lafazkan dan lakukan...

moga nasib mangsa banjir di seluruh negara menjadi lebih baik selepas ini...

sabarlah, jika dapat pampasan..terima dengan hati terbuka & redho.... soal cukup atau tidak, jangan pertikaikan...sebab kalau tak cukup... Allah akan 'mengajar' mereka-mereka yang men'tidak cukupkan' itu...

kerana doa orang-orang yang dizalimi dan ditimpa bencana amatlah mudah diperkenankan oleh Allah...

wasalam

Dari 'Air Tenang Resort' Janda Baik....


salam semua...

saya sedang ber'bloging' dari 'Air Tenang Resort', Janda Baik, Pahang.
saya akan berada di sini sehingga Jumaat, bersama-sama team S.C.A dan warga JBA Pahang..

tadi baru sahaja selesai aktiviti 'Satu Arah satu Kiblat' atau compass marching bersama mereka.

menarik dan sangat mengujakan...
warga-warga JBA yang didatangkan dari beberapa daerah seluruh Pahang (kecuali Pekan, kerana banjir) berkumpul dan bersama-sama me'renew' semangat & iltizam untuk menjadi insan cemerlang sebaik tamat program..insya Allah.

sebaik habis program, saya dan team saya duduk berbincang sambil mengadakan 'post mortem' bagi aktiviti yang akan dan sudah dijalankan... memang begitu 'resmi' kami...

kami akan mencari jalan, memberi input agar program yang berjalan akan lancar dan mencapai objektifnya...

discuss punya discuss... rupanya jam dah menunjukkan pukul 2 pagi...
tangan pula 'gatal' utk mencoret sesuatu buat semua....

anyway... seperti biasa, discussion kami akan berlarutan dan kandunganya semakin berat... dari aktiviti-aktiviti program membawa kepada topik perbincangan tentang kebesaran tuhan, asas kehidupan, perjalanan para anbiya' dan tips-tips berkenaan LVT.

esok (hari ini) peserta kursus akan mengharungi beberapa siri lagi aktiviti dalam dan luar kelas... dan apa yang pasti, aktiviti kemuncaknya ialah setiap kumpulan perlu mencipta sebuah 'sampan' yang akan memuatkan seorang rakan mereka untuk diuji di sungai bersebelahan resort.... guess they'll enjoy this activity most... tengoklah besok....

mmmm.... oklah...rasanya cukup buat hari ini dulu....
mata dah berat.... bantal dan memanggil...
member lain dah berdengkur...

tadi ingat nak posting pasal '2008 Wish List'....apa hajat untuk tahun 2008 kita...

anda dah ada 'wish list'?..
kalau takda atau belum ada...kenalah set sekarang....
kalau ada 10 perkara pun ok... bila capai..boleh strike-it-out...satu-satu

nanti saya kongsi wish list saya untuk 2008 ya...

till then..

regards & wasalam

Wednesday, December 26, 2007

Melakar Azam Tahun 2008 : Pastikan ianya 'SMART'!



salam semua....tidak kira dari mana anda 'bersiaran'.... :-)

sudah ada azam untuk tahun depan? 2008

atau masih melakar dan memikir lagi?....

apapun sedikit input apabila kita nak membuat satu azam...
pastikan ianya mengambil kira kaedah "SMART"...

iaitu, ia mestilah

S - Specific
M - Manageable/Measureable
A - Achievable
R - Realistic
T - Timely / Time Bounded

spesifik - pastikan ianya jelas (cth: saya ingin menyambung pelajaran dengan mengambil ijazah dalam bidang perngurusan perniagaan.... jgn sesekali kita hanya cakap, saya ingin sambung belajar.... itu tidak jelas dan tidak spesifik)

manageable - pastikan kita boleh laksanakan azam itu (jika ikut contoh di atas, kita boleh 'bawa' kursus tersebut dan ianya bukanlah suatu yang berat atau tidak mampu utk kita uruskan kerana kelas lanjutan ini perlukan pengorbanan masa dsbnya)

achieveable - pastikan kita boleh capai azam tersebut dengan jayanya dan memperoleh ijazah dengan cemerlang.

realistik - pastikan ianya boleh menjadi 'batu' loncatan utk kerjaya dan sejajar dengan matlamat hidup kita utk berjaya. (jgn ambik kursus yang kita tak minat, tak sesuai dsbnya)

timely - faktor masa adalah penting, dan matlamat serta objektif kita perlu ada 'deadline'nya agar tidak 'open ended' dan tidak berkesudahan... bertahun tahun tak habis habis belajar, asyik extend ajer... so bila kita decide kita akan habis belajar dalam masa 12 bulan, maka itu menjadi sasaran kita utk 'memegang' sesuatu yang dikatakan hasil.

juga pastikan rangkuman azam atau objektif yang hendak kita capai itu mengambil kira 3 elemen penting dalamnya iaitu: Performance, Standard & Condition.

contoh : tahun 2008 ini saya berazam untuk menyambung pembelajaran saya dalam bidang saikologi dan memperoleh ijazah sarjana kelas pertama dengan mengikuti program ijazah saikologi dan kemanusiaan di universiti malaya selama 12 bulan.

performance - sambung belajar & peroleh ijazah dalam bidang saikologi
standard - program ijazah saikologi dan kemanusiaan di universiti malaya
condition - selama 12 bulan

nampak?....

azam yang jelas, padat dan boleh memandu kita untuk mencapainya..insya Allah....

so, taklah kita terus-terusan asyik-asyik sambung azam tahun lepas...

hmmm... saya yakin, dengan azam, objektif dan matlamat yang jelas.... kita semua boleh jadi hebat dan cemerlang...

doa saya, kita semua berjaya di tahun 2008, lebih berjaya dari tahun 2007 yang akan pergi meninggalkan kita beberapa hari lagi...

kisah suka, duka, sengsara, hiba dsbya yang kita alami dalam tahun 2007, jadikanlah sebagai satu ilmu, pengajaran dan episod yang mematangkan diri kita utk maju kehadapan...

saya harap, tips-tips di atas dapat membantu kita untuk berjaya..

ingat, dengan memperbaiki diri...seseorang itu sebenarnya telah mengambil langkah mendekatkan diri dengan Penciptanya, Allah Rabbul Jaleel....

wasalam

Monday, December 24, 2007

2008; Mari Bebaskan Minda dengan ilmu-ilmu....



salam buat semua yang saya kasihi...

awal mula wahyu yang Allah turunkan kepada Rasul Junjungan Mulia Muhammad S.A.W menerusi Malaikat Jibril A.S di Gua Hira' adalah berkenaan dengan ilmu.

Perkataan pertama yang dilafazkan oleh Jibril dalam bentuk perintah dari Allah S.W.T buat Nabi Muhammad ialah "Bacalah"....

Maha Suci Allah yang memerintahkan Rasul serta KekasihNya untuk membaca adalah intipati atau kunci kepada perjalanan kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

membaca boleh dilakukan secara formal (iaitu membaca melalui sebarang bentuk penulisan) atau informal (iaitu membaca dengan 'matahati' melalui perjalanan, pengamatan, pendengaran serta percakapan...)

pembacaan secara formal (fizikal) amatlah mudah untuk kita dilakukan.... namun pembacaan secara informal lah yang menuntut kekuatan minda, emosi dan spiritual adalah satu skil atau kemahiran yang melibatkan IQ, EQ serta SQ...

mari kita amati surah pertama yang diturunkan oleh Allah Azza Wajalla lebih kurang 1400 tahun yang lepas...

-------------------------------------------

" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,

Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ketahuilah! Sesunguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

kerana dia melihat dirinya serba cukup.

Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu)

Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang

Seorang hamba ketika dia mengerjakan solat

bagaimana pendapatmu jika orang yang di larang itu berada di atas jalan kebenaran,

atau dia menyuruh bertaqwa kepada Allah?

Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendusta dan berpaling?

Tidaklah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?

Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya,

(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),

kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,

sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)

Al-Alaq: 1-19

-----------------------------------

saranan saya, tahun 2008 ini kita semua melipat gandakan usaha dengan penuh kekuatan untuk membebaskan minda kita yang telah lama terjajah oleh berbagai-bagai doktrin, sistem, dakyah, cara berfikir dsbnya selama ini...

kita mulakan pengisian baru... memperbaharui segala ilmu-ilmu di dalam kepala... meneroka ilmu-ilmu baru yang selama ini menjadi 'fobia' atau ketakutan bagi kita... meluangkan masa untuk merenung, mengamati dan mengkaji alam semesta ciptaan Tuhan yang sangat hebat ini.... dan sudah tentu segala ilmu-ilmu itu tadi kita jurus kepada tidak lain tidak bukan iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah, terus sujud menghambakan diri kepadaNYA setiap detik dan setiap masa...

di mana hendak kita mulakan?....

mulakanlah dengan membeli senaskah Al-Quran terjemahan..... dapatkan terjemahan yang mempunyai susun kata yang boleh kita fahami (kerana ada yang terlalu rumit dan berpusing-pusing ayatnya...)

kemudian mulakan azam untuk menyalakan 'pelita diri' ini dengan cara membacanya setiap hari... walau barang sebaris ayat....

saya pasti.... dengan memulakan pencarian ilmu bermula dengan membaca Al-Quran, maka diri kita akan terus mendapat 'Cahaya @ Nur' yang membakar atau menerangi diri secara terus-terusan.

teruskan dengan mencabar minda untuk membaca artikel-artikel yang memberikan ilmu untuk diri.... banyak boleh didapati dari sekeliling kita.... internet salah satunya...

kemudian, dapatkan seorang dua rakan yang boleh kita melakukan perkongsian ilmu... sama-sama berbincang untuk memantapkan diri dengan ilmu... sama-sama mencari ilmu untuk memerdekakan minda....

teruslah berdoa kepada Allah agar kita terus mendapat hidayah, rahmat serta taufiqNya setiap masa.... dalam perjuangan mencari ilmu ini...

ingatlah....ilmu Allah itu sangat luas.... hatta jika ditambah lagi tujuh lautan atas tujuh lautan yang telah sedia ada di dunia ini untuk dijadikan dakwat buat menulis ilmu Allah... masih tidak ia mencukupi lagi.... Masya Allah...Allah Hu Akhbar...

-----------------------------------------------------

"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan solat dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman."

Al-Mu'min: 57-59

---------------------------------------------

surah Al Mu'min ini juga menceritakan tentang kebesaran Allah serta ilmu-ilmunya...
ia juga menceritakan sikap manusia yang engkar, manusia yang beriman, manusia yang ragu-ragu atau was-was, serta manusia yang sedikit sangat mahu mengambil ilmu dari setiap kehidupan.....

betapa pentingnya ilmu bagi setiap insan....(ya..ilmulah yang akan mengubah taraf manusia menjadi insan...)...

adakah kita masih manusia yang lalai?...
atau menuju ke arah menjadi insan sempurna....?

ya...seorang insan itu tidak terjajah mindanya.... tidak terjajah jiwanya.... tidak terjajah raganya....

seorang insan itu merdeka.... dan bebas untuk menjalani kehidupan di bumi Tuhannya tanpa rasa takut, gentar....kepada manusia mahupun syaitan....

apa yang ada padanya hanyalah Allah tempat bergantung segala-galanya dan Rasul sebagai suri taulan @ contoh untuk memandu kearah mencapai tahap insan sempurna... insya Allah

wasalam

Selamat hari Natal....

buat pembaca blog ini yang beragama Kristian...
saya mengucapkan 'Selamat Hari Natal' buat anda sekeluarga..

moga mendapat taufiq serta hidayah dari Allah hendaknya..

"Berkata Isa: Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberi Al Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.

dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;

dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.

Itulah Isa Putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya."

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia.

Sesunguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekelian. Ini adalah jalan yang lurus.

Surah Maryam :30-35

wasalam

Tuesday, December 18, 2007

Aidil Adha; Apa yang kita korbankan?



salam semua...

khamis ini seluruh umat Islam menyambut hari kebesaran yang dikenali sebagai Aidil Adha ataupun Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Qurban.

dari kecil sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir, kita akan melalui hari istimewa ini setiap tahun dengan izinNya.

apa kisah, apa hikmah, apa pelajaran atau natijah, apa kefahaman yang kita perolehi dari sambutan Aidil Adha ini?

kita sering dikumandangkan dengan kisah atau peristiwa yang bersabitan dengan Aidil Adha ini iaitu bagaimana Nabi & Rasul kita Ibrahim a.s telah diuji dengan ujian yang sangat hebat dari Allah s.w.t iaitu mengorbankan anakandanya Nabi & Rasul Ismail a.s.

dengan sifat'empati @ empathy', cuba bayangkan sekiranya kita berada ditempat nabi Ibrahim... sangat hebat, sangat menghibakan, sangat menekan dan berbagai-bagai perasaan lagi.

manifestasi pengorbanan ini boleh kita lihat pada kontek dunia kita disekeliling sekarang bagaimana seorang ayah atau ibu yang 'kehilangan' anak dalam kemalangan jiwa (cth. kemalangan kenderaan, kematian akibat sakit, lemas, dsbnya)...

jika kita selami jiwa kita dalam-dalam, kita akan dapat jawapan kepada pengorbanan sebenar yang dimaksudkan oleh Allah.

apa yang ada pada kita yakni milik kita hanyalah 3 perkara; pertama, apa yang kita makan, kedua apa yang kita pakai dan menjadi lusuh dan ketiga apa yang kita sedekahkan untuk akhirat.

selebihnya bukanlah milik kita, hatta isteri, suami, anak-anak, ibubapa, wang berjuta, harta berpeti-peti dsbnya.

menyusuri lagi kisah pengorbanan seorang isteri yang bernama Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s di tengah-tengah padang pasir...ditingalkan oleh suaminya Ibrahim a.s akibat perasaan irihati Siti Sarah...berbekalkan sedikit makanan yang akhirnya kehabisan, lalu menangis anak kecil kehausan....

dan terbitlah air mata zam-zam, akibat injakkan kaki si ibu setelah berlari-lari anak sebanyak 7 kali di antara 2 bukit dalam mencari hatta setitis air buat anak tersayang.

berikut adalah di antara pengorbanan-pengorbanan yang termaktub di dalam kitab suci kita Al-Quran.

pengorbanan seorang bapa kepada Allah
pengorbanan seorang isteri kepada isteri yang lagi satu
pengorbanan seorang ibu kepada anak tersayang
pengorbanan seorang anak kepada bapa tersayang

siri-siri peristiwa pengorbanan yang perlu kita halusi untuk memantapkan diri.

soalan.... apakah pengorbanan paling hebat yang pernah kita lakukan?

terhadap Al-Khaliq, Allah Azza Wajalla
terhadap suami
terhadap isteri @ isteri-isteri
terhadap anak-anak
terhadap ibubapa
terhadap diri sendiri

kita ada jawapannya....

jika kita 'rasa' kita telah banyak melakukan pengorbanan.... cuba selidiki kembali adakah pengorbanan itu dilakukan kerana semata-mata Allah s.w.t? atau pengorbanan itu hanya berlapikan nafsu semata-mata?

berdasarkan apa milik kita yang saya nyatakan di atas.... adakah berbaloi kita berhempas pulas mengorbankan jiwa & raga selain dari hanya untuk Allah?

lihat kembali pilihan yang ada pada Nabi Ibrahim a.s... antara perintah Tuhan & sayangkan anak...
lihat kembali pilihan yang ada pada Siti Hajar.... antara perintah Tuhan & sayangkan suami...
lihat kembali pilihan yang ada pada Nabi Ismail a.s... antara perintah Tuhan (melalui ayahandanya) & kehidupannya @ dirinya...

lihat pada diri kita.....

antara suruhan Tuhan dan hiburan merata-rata?
antara suruhan Tuhan dan wang-wang sogokan?
antara suruhan Tuhan dan sex bebas & hubungan terlarang?
antara suruhan Tuhan dan harta-harta haram?

dan seterusnya....

suka saya berkongsi bebarapa ayat dalam surah Al Insan:1-3

"Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat menyebut?

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya dengan perintah & larangan, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Sesunguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang menolak (kuff @ kafir)"

begitulah manusia.... ya kita adalah manusia.... dan manusia itu berperingkat-peringkat... dari amaraah hingalah kamilah @ insan kamil...

tiada yang mustahil utk mencapai tahap kamil...
dan ianya memerlukan banyak pengorbanan...

pengorbanan yang dilakukan hanyalah kerana Allah s.w.t

salam Aidil Adha buat anda sekeluarga...

wasalam

Teknik Pernafasan Terbaik cara LVT



salam semua...

salah satu teknik meningkatkan tenaga dalaman diri ialah dengan melakukan pernafasan dengan baik.

teknik pernafasan yang baik digelar 'deep breathing' di mana ianya berbeza dengan cara yang biasa kita bernafas.

perbezaannya ialah dari segi kiraan masa sewaktu kita menyedut udara (oksigen), menahan seketika dan menghembus kembali (karbon dioksid).

mengapa kita perlu melakukan 'deep breathing'?
jawapannya ialah untuk menge'caj' semula arus-arus elektrik yang terdapat di dalam dan luar badan kita.

perlu kita tahu, di dalam tubuh kita mengalir arus elektrik yang mengerakkan seluruh sistem tubuh badan... arus elektrik ini dalam satu-satu masa yang normal boleh menyalakan sebiji mentol 40watt.... itu dalam keadaan normal.

dan apabila pengfokusan tenaga dilakukan melalui teknik pernafasan 'deep breathing', tenaga elektrik yang mengalir di dalam tubuh akan meningkat berkali-kali ganda seterusnya memberi tenaga yang sangat luar biasa untuk diri kita.(cth yang paling ketara yang boleh kita lihat ialah seorang ahli sukan dan seorang yang tidak aktif)

perjalanan arus elektrik di dalam badan juga menerbitkan medan 'elektro magnetik' di sekeliling tubuh badan kita.

>"sistem saraf di dalam tubuh yang mengalirkan caj-caj elektrik kepada setiap organ-organ untuk berfungsi dengan baik"


selain dari menerima arus elektrik dari 'pancaran matahari' (ini akan saya sentuh ditopik lain LVT), kita juga menerima caj-caj elektrik dari pernafasan yang kita lakukan.

caj-caj elektrik ini akan menstabilkan keseluruhan sistem tubuh badan dan seterusnya membuatkan seseorang itu terkawal atau seimbang dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal.

cuba kita lihat seorang yang berada dalam keadaan marah.... perhatikan cara dia bernafas....
dan cuba pula kita lihat seorang yang berada dalam keadaan tenang...perhatikan cara dia bernafas...

memang terdapat perbezaan yang ketara dalam pernafasan mereka berdua dan ini membuktikan bahawa teknik pernafasan sememangnya membantu menyeimbangkan tubuh badan kita dari kontek dalaman dan luaran.

setelah menjalankan banyak kajian dalam mengenal pasti teknik-teknik pernafsan yang berkesan, teknik pernafasan LVT adalah antara yang paling baik untuk kita amalkan.

teknik pernafsan LVT ialah seperti berikut.

1) duduk atau berdiri dengan kedudukan minda yang tenang & relaks - fokus pada satu titik di hadapan kita (jika tiada titik, boleh menutup mata dan bayangkan satu titik putih ada di hadapan kita)

2) sedut udara (oksigen) dalam kiraan 4 - di waktu ini minda kita perlu fokus pada menyedut segala perkara-perkara positif seperti sifat sabar, tenang, rajin, amanah, baik hati dsbnya.

3) tahan pernafasan dalam kiraan 2

4) hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 7 - diwaktu ini minda perlu fokus pada mengeluarkan segala perkara-perkara yang negetif seperti panas baran, hasad dengki, cemburu, pemarah dsbnya.

lakukan teknik pernafasan ini setiap hari dan waktu yang sebaik-baiknya ialah di antara pukul 4 pagi sehingga pukul 8 pagi.

waktu-waktu lain juga boleh dipraktikkan, namun waktu di atas adalah waktu terbaik untuk kita mendapat udara yang berkualiti dan mudah untuk mendapat frekuensi minda pada tahap Alpha (8-13 cycles per second - brainwave).

lakukan teknik pernafsan ini dalam masa 3 - 5 minit setiap kali untuk mendapat keputusan maksimum.

"kedudukan receptor frekuensi dalam pernafasan pada hidung kita"

buat yang beragama Islam, saya suka syorkan teknik ini dilakukan sebaik sahaja kita melakukan solat subuh.

selamat mengamalkan.

Monday, December 17, 2007

ARP-LVT : Terapi Getaran Cahaya - Teknik Penyembuhan Menerusi Otak, Jantung & Spinal Cord

Salam Sejahtera buat semua Tetamu Allah...

salam semua,

detik-detik sayu, hiba, penuh kepasrahan telah menyelubungi jiwa & raga setiap tetamu Allah di tanah suci ketika ini...

esok mereka akan berkumpul di padang Arafah untuk wukuf di sana...
dan dalam jutaan tetamu Allah...masing-masing dengan rasa penuh keinsafan memohon ampun serta melakukan taubat nasuha...

hajat ingin mengembalikan diri menjadi insan kamil... seperti kain putih semula...
dikatakan...

di tanah suci inilah, para tetamu merasakan betapa Allah itu berada sangat hampir dengan mereka....mendengar setiap hajat dan harapan...mendengar setiap taubat dan kesalan...menerima mereka sebagai tetamu agung...

dan kehadiran Rasulullah begitu terasa....

buat semua para tetamu Allah, moga mendapat Haji yang Mabrur..insya Allah


punca mata air telaga zam-zam


melakukan tawaf dan solat di hadapan kaabah


melakukan ibadah sa'i


gambaran satelit yang menunjukkan betapa 2 masjid suci umat islam ini, bersinaran umpana berlian dari angkasa


para tetamu Allah dalam perjalanan ke padang Arafah


ibadah melontar di jamrah (yg lama...kini kawasan lebih besar dan selesa)

buat anda yang telah melakukan ibadah haji atau umrah...pengalaman di sana amat meng'uja'kan diri...

dan harapan agar pengalaman itu terus kekal di dalam diri buat 'kayu pengukur' sangatlah didambakan...

tidak kurang juga yang 'tidak mendapat apa-apa'...sekadar mendapat 'haji shopping' atau 'haji jalan-jalan'... bilamana dapat dilihat tiada sebarang perubahan ketara yang berlaku pada diri selepas kembali ke tanah air masing-masing...
ada juga yang sibuk dengan 'title' haji atau hajjah...

kita tahu, sendiri tahu menilai...dan ramai juga yang tak berjaya menilai diri dalam melakukan perubahan sebab kemungkinan sudah merasakan cukup bagus....

apapun.... yang belum berpengalaman... tanamkan niat...panjatkan doa... kerana tiada apa yang ada pada kita melainkan semuanya atas belas ihsan Allah dan rahmatNya jua...

"labbaikallahhumma labbaik.... labbaikallasyarikala kalabbaik...innalhamda... wannikmata...lakawal mulk...laa syariikalak..."

"Allah Hu Akhbar...Allah Hu Akhbar...Allah Hu Akhbar...
Allah Hu Akhbar Kabiraw...Walhamdulillah Hi Kathiraw...Wasubhanallah hi buqrataw wa asilah..."

wasalam

Thursday, December 13, 2007

Kebesaran Allah : Jangan Sesekali Nafikan...




salam semua...
salam ceria...
salam hebat...

saban hari selepas solat atau waktu-waktu tertentu kita sering memanjat ungkapan takbir, tahmid serta zikir-zikir buat Tuhan...

antara zikir yang seringkali terucap dari mulut kita ialah; SubhanAllah, Alhamdulillah dan Allah Hu Akhbar...

mengamati makna-makna yang tersurat serta tersirat dalam bait-bait zikir tersebut adalah satu nikmat yang tidak terhingga dari Allah buat setiap hambaNya...

apakah makna yang kita dapat fahami dari Subhanallah?
apa pula makna yang kita dapat dalamai dari Alhamdulillah?
dan apa pula makna dari ungkapan Allah Hu Akhbar?

Subhanallah yang kita tahu ialah bererti Maha Suci Allah
Alhamdulillah yang kita tahu ialah Bersyukur Kepada Allah
Allah Hu Akhbar pula ialah Allah Maha Besar....

kita lihat kepada ungkapan Allah Hu Akhbar... saya pernah bertanyakan kepada peserta program saya tentang ungkapan tersebut.... apa yang dimaksudkan Allah Maha Besar... 'bolehkah kita 'describe' kebesaran Allah?' selain dari hanya pandai berkata 'Tuhan aku Maha Besar... Allah aku Maha Berkuasa....dan seterusnya...?

baiklah... saya akan beri satu contoh bagaimana kebesaran Allah itu dimanifestasikan dalam kejadian alam semesta ini....

tahukah kita bahawa bumi yang kita diami ini berada dalam satu sistem planet yang dipanggil 'Solar System'? Solar System mengandungi satu matahari dan beberapa planet mengelilinginya....atau mengikut perjalanan orbit masing-masing mengelilingi mahatari.

tahukah kita bahawa 'Solar System' kita ini adalah salah satu 'Solar System' yang berada di dalam satu lagi system yang besar yang di kenali sebagai Bima Sakti atau 'Milky Way'? di dalam system Bima Sakti atau Milky Way terdapat banyak solar-solar system selain solar system kita...

tahukah kita ada berapa solar system di dalam Bima Sakti?

jangan terperanjat ya... terdapat 200 billion...ya 200 billion solar system di dalam sistem Bima Sakti....

dan lebih menakjubkan lagi...sekaligus memantapkan lagi ungkapan 'Allah Hu Akbar' ialah, terdapat 200 billion sistem Milky Way di dalam satu sistem yang lebih besar di angkasan sana....!

200 billion sistem besar --> 200 billion Milky Way --> 200 billion Solar System

(terdapat lebih kurang 200 billion sistem besar yang setiap sistem besar itu mengandungi 200 billion milky way dan setiap milky way itu mengandungi 200 billion solar system)

Masya Allah....Allah Hu Akhbar..!

siapa kita ini?... siapa Pencipta kita?...

adakah setelah kita mengetahui sebahagian dari kebesaran Allah, kita masih lagi mahu 'melawan' atau men'syirik'kan Allah?...

cuba kita cari tafsir Al-Quran dan buka ayat-ayat ini;

1. Surah Al-Mulk (Kerajaan) ayat: 3-4

"Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang (atau cacat)?

Kemudian pandanglah sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah dan kepenatan"

2. Surah An Nahl (Lebah) ayat: 12

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan dengan perintahNya. Sesunguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi yang memahaminya."

3. Surah Ibrahim ayat: 33-34

"Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.

Dan Dia telah memberi kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya(tidak terhitung banyaknya). Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"

cukuplah beberapa ayat yang saya kongsikan di sini buat semua kita...

ayat-ayat yang menceritakan tentang kebesaran Allah, kebesaran kesempurnaan penciptaan Allah, perjalanan planet-planet, kehadiran bulan dan bintang, kehadiran malam dan siang, manusia-manusia yang mendustai Allah, manusia-manusia yang sangat zalim pada diri sendiri serta manusia-manusia yang mengingkari perintah Allah...

mampukan kita menidakkan apa yang diperintahkan ke atas kita?
mampukan kita 'melawan' firman-firman Allah, Pencipta kita?...

adus.... sama-samalah kita sujud dan beristigfar serta melakukan taubat.... di atas segala ilmu, kesedaran serta keinsafan yang Allah titipkan ke dalam hati kita setiap detik dan ketika....

janganlah lalai serta leka.... cubalah lawan dan kawal nafsu-nafsi kita..agar kita tidak terjerumus ke lembah manusia-manusia yang rugi....

banyak tanda-tanda disekeliling kita.... untuk kita ambil dan jadikan ilmu serta faham di atasnya dan terus mengamalkannya dengan penuh keikhlasan...

kita tiada banyak masa.... malah masa itu tidak bersama kita dan bukan milik kita...

ianya bermula diketika ini.... permulaan untuk menuju ke arah insan sempurna atau kamil...

insya Allah...

wasalam

Wednesday, December 12, 2007

Plaza Tol Jelapang : Kematian yang berterusan...



salam semua....

perasaan sedih & duka menyelubungi saya...

Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan terbaru Plaza Tol Jepapang yang meragut 7 nyawa serta mengakibatkan 4 mangsa parah....

perasaan 'geram' berbaur dengan perasaan 'hairan' apabila memikirkan betapa kemalangan yang lepas juga berlaku ditempat sama turut mengorbankan beberapa jiwa... dan 'geram' itu lebih kepada apabila mengingati janji-janji seorang menteri yang terbabit dengan hal ehwal tol ini bahawa tol jelapang ini tidak selamat dan akan dipindahkan dengan kadar segera...

rupanya janji-janji itu 'perlu' di alas dengan kematian lagi...

inilah rupa bagaimana kita menangangani hal ehwal 'rumahtangga' negara kita...

kita memerlukan 'bencana'...dan bencana itu adalah dalam bentuk 'kematian' dan kehilangan nyawa barulah ada tindakan susulan yang perlu diambil...

pendek kata...kalau tak ada yang mati... takda apa-apa... boleh lagi....

inikah cara kita me'manage' negara serta sistem yang sedia ada?

rupa-rupanya cara menangani dengan adanya korban jiwa tidak lagi menjadi 'titik tolak' kepada perubahan...
rupa-rupanya korban jiwa itu memerlukan lagi banyak korban jiwa barulah ada tindakan susulan.....
nampaknya ini cara terbaru pihak-pihak berwajib menjalankan tugas....

saya pasti soal membina tol plaza baru yang menelan belanja jutaan ringgit bkan satu halangan buat pihak konsesi tol yang sememangnya terus-terusan menaikkan kadar tol tanpa mengambil kira kos perbelanjaan dan pendapatan rakyat....

(kenaikan tol yang berterusan juga merupakan satu perkara 'pelik'...nanti lain kali kita bincangkan hal itu)

so?.... kalau di negara maju... seorang menteri yang bertanggungjawab akan meletakkan jawatan selepas gagal melunaskan beberapa tugasan dan mengakibatkan kesengsaraan buat rakyat....

plaza tol jelapang............kematian demi kematian demi kematian...

menteri tu buat apa?... ooohhh.menteri tu buat 'anouncement' dan 'press conference' lagi bahawa plaza tol jelapang yang baru akan siap dalam masa 6 bulan....

itu ajer?... bukankah lebih 6 bulan yang lalu berlaku kehilangan jiwa di sana, anda juga membuat janji yang sama?....

atau perlu menunggu hingga genap 100 nyawa terkorban di sana baru pindahkan?....

cakap pusing-pusing... orang jadi pening.... kalau dah tak mampu pikul tanggungjawab berhenti sahaja.....

ini bukan marah............nasihatttt.... :-)

apa yang kita pejari dari peristiwa ini?....
fikir-fikirkanlah....
buka mata...buka minda....buka hati...
ingat...minda kelas berapa yang kita buka?....

kita ada prasarana kelas pertama.... minda kelas ketiga.....(itu kata memanda menteri Pak Lah)
bagaimana dengan 'attitude' atau sikap?... kelas ke berapa?.... kelas ke sembilan kut...

wasalam

Monday, December 10, 2007

Program 'Tenaga Tinggi' ARP untuk semua....

salam semua...

firma latihan saya kini dalam proses-proses akhir perancangan dan perlaksanaan untuk menganjurkan Program ARP-Tenaga Tinggi atau dikenali sebagai ARP-LVT (ARP-Light Vibration Theraphy) untuk semua.

Program ARP-LVT ini disasarkan secara umumnya untuk semua lapisan masyrakat dan khususnya untuk;

1) peminat-peminat ilmu sains metafizik
2) peminat-peminat ilmu tasauf modern
3) peminat-peminat terapi-terapi sains perubatan komplementari
4) peminat-peminat motivasi diri
5) usahawan-usahawan yang terumbang-ambing
6) suami-isteri yang sering 'tewas' dengan pancaroba kehidupan
7) pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti
8) pekerja-pekerja yang sering hilang punca masa depan
9) diri-diri yang penuh bermasalah

Program ARP-LVT ini mengandungi pengisian yang padat dengan teori, amali, gerakkerja individu dan berkumpulan serta meditasi-meditasi 'frekuensi tinggi' untuk meng'caj' semula diri yang lemah, lembab dan hilang fokus.

Program ARP-LVT ini juga terbuka buat semua yang ingin terus hebat dan cemerlang.

Program ini dijangkakan akan diadakan pada minggu ke 3 bulan Januari 2008.

Maklumat lanjut boleh di dapati melalu blog saya ini atau talian 03-5882 4407 (nurul)

wasalam

Wednesday, December 05, 2007

Cinta 'Lelaki Hidung Mancung' = Cinta Lara....






salam semua....

ada 3 foto di atas... satu foto lelaki berbangsa arab, foto kedua lelaki berbangsa pakistan dan foto terakhir ialah 'luggage' atau bag pakaian yang melalui 'imbasan x-ray' di lapangan terbang....

apa yang saya cuba utarakan melalui foto-foto di atas?...

ianya lebih dari lapuran-lapuran akhbar yang memberi statistik 'lebih kurang 30 rakyat malaysia' kini di tahan di luar negara kerana kesalahan menyeludup dadah dan ada yang menerima hukuman mati, penjara dsbnya di negara-negara tersebut...

kisah yang paling hangat ialah seorang gadis yang di jatuhkan hukuman mati di negara Cina kerana membawa masuk lebih kurang 2,000 gram dadah... kini beliau sedang diberi tempoh 2 tahun untuk merayu di atas hukuman mati yang dikenakan...

gadis ini selalu berulang alik ke negara Cina di atas 'pre-text' beliau bertugas dengan salah satu syarikat pengedar barang-barang kesihatan.

di jepun pula, seorang gadis dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun kerana disabitkan kesalahan membawa masuk dadah jenis syabu.... gadis ini mempertahankan dirinya atas alasan beliau diperdaya oleh seorang lelaki yang menjanjikan kerja lumayan di jepun...

di satu sudut dalam negara kita pula, ada kisah seorang ibu yang berjaya membawa pulang anaknya dari suaminya seorang warga pakistan setelah diperlakukan dengan berbagai-bagai cara di sana dalam proses beliau ingin bertemu dengan anaknya... kini ibu tersebut begitu 'fobia' untuk melihat warga-warga pakistan yang berkeliaran di sekitar rumahnya...

3 kisah di atas membawa berbagai-bagai kesimpulan dan cerita yang tersembunyi...

antaranya kisah 'cinta dua benua'.... benar cinta tidak mengenal paras rupa dan sebagainya... cinta melenyapkan keresahan sementara.... cinta menjanjikan segala-galanya....

namun apabila sudah 'terhantuk' barulah hendak tergadah....
bilamana nasihat 'orang tua' diendahkan.... malah diherdik pula....
maka jalan 'cinta suci' yang dituruti...

mana pergi lelaki-lelaki malaysia?.... mungkin ada... ramai malah banyak dari segi kuantitinya..... dan apabila dilihat dari segi kualitinya.... adus.... haprak maprak...

lepak, rempit, serenti, syabu, ganja, sex bebas, rambu-ramba, hiburan tanpa kawalan, minuman keras, gangster, ..... adalah 'makanan& dunia' lelaki-lelaki remaja malaysia.... dan mereka ini akan 'memenuhi' ruang-ruang 'pengisisan' rakyat kita 10 tahun ke hadapan...

kita boleh gambarkan...

gadis-gadis malaysia tiada banyak pilihan kecuali memilih untuk membujang, bermadu atau ber'pak we' kan orang luar....

di malaysia kita dapat lihat, setelah pelancaran kempen melawat Malaysia '07... kelonggaran visa telah mengakibatkan kebanjiran ramai 'orang-orang luar' ke sini...

mana-mana kita boleh lihat negro-negro berkeliaran...tidak termasuk pekerja-pekerja dari mynmar, bangladesh, pakistan, india dan indonesia....

apa agaknya statistik mereka-mereka ini dari segi jumlah?... ratusan, ribuan atau jutaan?...

belum kita kira statistik dari segi kes-kes sekedudukan.... kes-kes penculikan, kes-kes pembunuhan, kes-kes penderaan dsbnya....

ianya bermula dari sebuah cinta....

cinta boleh membahagiakan..
dan cinta juga ada deritanya..
selamat bercinta....

wasalam

Tuesday, December 04, 2007

Malaysia: Setiap 330 rakyat, seorang mengidap Aids...

salam semua....

sedikit berita dari laman web UNICEF

..........................
AIDS in Malaysia

Malaysia is home to one of the fastest growing AIDS epidemics in the East Asia and Pacific region with its current rate of HIV infections doubling every three years.

Between the first detected case in 1986 and 2006, 76,389* people have been infected with HIV while 9,155* have died of AIDS. These statistics suggest that an average of 16 people test positive for the virus each day.

Malaysia’s epidemic is largely dominated by injecting drug users who make up about 72% of total cases. There is concern however that heterosexual transmission is on the rise. The proportion of women reported with HIV has increased dramatically in the last decade from 4% of new cases in 1995 to 15% of new cases in 2006. Surveys show that in 2006, more housewives tested HIV-positive than sex workers. At the same time, the percentage of babies born with HIV has also increased from 0.2% in 1991 to 1.4% in 2006.

As in most parts of the world, young people in Malaysia account for an increasing number of HIV infections every year. December 2006 statistics from the Ministry of Health reveal that 36% of infections are amongst people aged between 13 to 29 years old. It is likely that people infected with HIV before the age of 30 were infected in their twenties and sometimes even during their teens.

Gender inequity, stigma, discrimination, silence, denial and ignorance fuel the epidemic in Malaysia.

* Source: Ministry of Health, Malaysia
.....................................................

mmmm....

menakutkan bila meng'digest' analisa di atas...

menakutkan apabila mengetahui dalam 330 orang yang kita berselisih, bertemu, berbual, bersalaman, bermesyuarat, minum teh tarik dsbnya, seorang dari mereka berkemungkinan adalah penghidap AIDS atau pembawa kuman HIV Positif....

kita semua amat arif tentang kewujudan 'institut-institut serenti' di seluruh negara bagi merawat penagih-penagih yang berpotensi besar adalah pengidap Aids...

kita juga amat arif tentang bagaimana 'penagih-penagih' ini mendapat 'produk' keperluan mereka dengan mudah di institut-institut tersebut...

kemana arah tuju negara kita jika gejala ini tidak dibendung dengan baik...?

semua kita amat arif bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti oleh kuman HIV sehingga ke tahap menjadi pengidap Aids.... ia boleh merebak dengan jarum suntikan yang bertukar tangan, ia boleh merebak dengan hubungan sex rambang, ia juga boleh merebak dengan penerimaan darah, ia juga boleh merebak dengan jangkitan luka di badan dsbnya....

sangat-sangat mengerikan...

apakah langkah selain dari penggunaan jarum bersih yang dilancarkan oleh kerajaan melalui kementerian kesihatan kepada para penagih?
apakah langkah selain dari penggunaan kondom yang bermutu tinggi apabila melakukan sex bebas dan rambang?

2 langkah di atas ialah langkah mengurangkan atau menstabilkan kemerebakkan kuman HIV tersebut... namun langkah tersebut adalah diaplikasikan di atas 2 dosa yang manusia lakukan...

pertama, dosa menghisap dadah...
kedua, dosa melakukan seks bebas atau istilah agamanya berzina...

negara kita juga terkenal sebagai pusat penyebaran atau pusat serenti bagi pengedaran dadah seluruh dunia... jika nak guna istilah pelabuhan, negara kita ialah negara 'entrepot'... iaitu dadah keluar dan masuk dengan bebas...

dadah juga adalah merupakan satu teknik atau taktik bagi melemahkan satu-satu negara itu...
dengan melambakkan dadah dalam sesebuah negara, rakyatnya akan jadi lemah... ingat kisah sejarah bagaimana opium satu ketika dahulu menghancurkan negara Cina?...

dari statistik di atas.... ianya amat membimbangkan...

selamatkah kita setiap hari?
selamatkah anak-anak kita setiap hari?
selamatkah masa depan kita esok lusa?

dalam sebuah institusi keluarga, mungkin kawalan boleh dilaksanakan... namun apabila keluar dari rumah, kita memerlukan atau bersandarkan kepada sistem yang sedia wujud dan dikawal selia oleh kerajaan....

adakah sistem yang sedia ada boleh menjamin keselamatan kita semua?...

mari nilai dan pikirkan jalan bagaimana boleh kita membendung gejala ini?....

wasalam

Bank Dunia nasihat IPTA Malaysia 'bangun' dari tidur...

salam semua...

nyambil-nyambil mendengar celoteh HO, SY & KE setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, saya terkezut 'sikit'..(sikit ajer...) apabila mendengar 'Buletin Sinar' yang melapurkan betapa Bank Dunia menyarankan universiti-universiti Malaysia agar melakukan langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan mutu masing-masing agar tidak ketingalan dengan universiti negara-negara jiran.....

antara langkah-langkah yang disarankan ialah bekerjasama dengan sektor-sektor korporat dan lain-lain lagi...

dan lebih 'menyedihkan' lagi...apabila saranan bank dunia ini di 'curahkan ke daun keladi' oleh kementerian yang berkaitan dengan memberi alasan bahawa langkah-langkah telah diambil untuk memastikan universiti malaysia terus berdaya saing....

sedihkan....

untuk jadi yang terbaik, samada individu, organisasi dan apa sahaja, kita memerlukan input-input dari pihak ketiga yang menjadi cermin kepada diri kita... melalui input-input tersebut maka langkah-langkah 'koreksi' serta pelan-pelan jangkamasa pendek dan panjang boleh digerakkan ke arah objektif untuk cemerlang.... namun ada pihak dan kebanyakan pihak mengambil sikap 'defensif'...

sikap 'defensif' ini sebenarnya adalah batu penghalang yang wujud dalam diri untuk berjaya....

saya sendiri berpengalaman menjalankan temuduga semasa bertugas di sektor korporat sedikit masa dahulu....rata-rata, kualiti atau mutu graduan universiti tempatan berada pada level yang sangat menyedihkan...

jangan dikira pasal boleh berbahasa Ingeris.... ambil sahaja beberapa subjek yang mereka pelajari dan soal kembali kepada graduan... kebanyakan mereka tidak mampu 'mengeluarkan' kembali apa yang telah dipelajari....

alasan paling 'common' ialah, mereka belajar dengan cara menghafal untuk lulus peperiksaan...

tiada apa yang boleh dibanggakan dengan mereka kecuali 'terpaksa' memberi mereka peluang untuk mengalami proses pembelajaran semula di alam pekerjaan...

ianya boleh dikatakan betapa 'ilmu' yang difardhukan untuk dituntut oleh Tuhan begitu mudah dipermainkan oleh manusia-manusia ini....

ianya boleh juga dikatakan sebagai mana dulu 'telur atau ayam?'.... nak jaga 'prestij' universiti, kelulusan para graduan perlu diambil kira...kalau banyak 'fail' nanti tak glamour pulak universiti dan pak menteri yang menjaganya... walaupun kualiti terpaksa digadaikan dan dalam jangkamasa panjang menjurus kepada penghasilan graduan-graduan yang tidak bermutu....

inilah 'wajah' bakal-bakal pemimpin negara yang makin hari semakin 'haprak'....

belum lagi nak ulas tentang nilai-nilai EQ dan SQ yang ada pada diri manusia-manusia ini...

di mana amanah yang perlu dipikul?... atau masih belum cukupkah harta untuk dinikmati oleh 7 keturunan si penguasa?....

soalan 'ayam & telur' terus dilaungkan.... dan jawapannya sudah pasti dengan alunan lagu 'bangau oh bangau'....senang cerita.... 'blame ajer orang lain..dan diri terus cuci tangan'....

takpa... dunia boleh lepas... akhirat nanti, tunggulah episod kat sana pulak...bila mulut dah dikunci...dan anggota lain hadi saksi...

wasalam

Monday, December 03, 2007

Merangka "Pelan Diri' untuk tahun 2008



salam semua...

tinggal lebih kurang 27 hari lagi kita akan menyambut tahun 2008.

rasa cunggapan tahun 2007 masih belum hilang...
kini muncul pula tahun 2008 yang penuh dengan seribu satu macam cabaran yang menunggu...

dari kesamaran kos kehidupan yang dijangka akan naik... sejajar dengan kenaikan tol, bahan bakar, bahan asas dan lain-lain yang penting, sudah tentu 2008 bukanlah satu tahun yang boleh menjanjikan apa-apa kecuali cabaran demi cabaran...

bagaimana persiapan kita?...

adakah tenaga diri kita sudah berada di dalam keadaan penuh 'radiasi'...

adakah 'atom' diri kita sedang berada dalam keadaan 'caj' yang hebat getarannya? atau masih berselimut dengan kesejukan dan kesamaran?..

dari sudat sain metafizik... semua perkara di alam semesta ini adalah terdiri dari atom-atom....

pengurusan atom-atom ini akan memastikan kita bergetar pada tahap terbaik dan bersedia untuk menjana tenaga-tenaga positif yang akan mengegarkan 'dunia' kita dan persekitarannya...

saya berpeluang melihat clip video 'the secret'...

ianya berkitar kepada 'law of attraction' dan video ini selalu dimainkan dalam program-program 'membuat duit'.....program-program berfrekuensi tinggi yang melibatkan siri-siri motivasi diri dan kumpulan...

jika diselidiki dengan mendalam.... tersembunyi betapa diri kita sangat hebat dan berkemampuan tinggi untuk berjaya...

ianya bermula dengan berfikiran positif...
fikiran positif itu akan menjana satu medan elektromagnetik yang akan menarik apa sahaja yang kita fikirkan (sudah tentu yang positif)...

dan pemikiran positif ini perlu dilakukan secara 'istiqomah' dan berulang-ulang sehingga ianya menjadi kuat serta berkemampuan menarik 'wang', kemewahan, kebahagiaan dan sebagainya....

nampak mudah tapi itulah realiti....

bermula dengan sebutir atom dalam diri yang begetar dengan hebat...mempengaruhi atom-atom diri yang lain seterusnya menjana satu kehebatan diri yang mampu untuk mengubah kehidupan kita...

so?... 2008 kita bagaimana?... bersedia untuk menghadapinya dengan positif?...

saya yakin kita semua bersedia... dengan syarat kita tahu untuk mengetarkan atom-atom diri... dan mengekal serta mengawalnya agar apa yang dihajati termakbul...

insya Allah...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails