Friday, December 28, 2007

Benazir Bhutto : Al-Fatihah untuk kamu....





sedang asyik dengan program latihan... saya dikejutkan dengan pemergian ke Rahmatullah, bekas perdana menteri pakistan; Benazir Bhutto Zulfikar Ali Bhutto

saya seolah tak percaya tapi dalam diam sejenak; semenjak dua menjak ini apabila memerhati politik negara pakistan, saya tidak terperanjat perkara ini berlaku

apatah lagi, Benazir sejak pulang dari luar negara telah memberi ucapan bahawa sekiranya beliau takut mati, beliau tidak akan pulang ke pakistan...
katanya lagi, kepulangan beliau adalah untuk memulihkan demokrasi pakistan, berkhidmat kepada rakyat yang telah lama tertindas dan memulihkan ekonomi pakistan.

Benazir adalah anak kepada juga bekas perdana menteri pakistan yang juga mengalami nasib yang sama iaitu Zulfikar Ali Bhutto.....dibunuh: cuma bapanya dibicarakan oleh Zia Ul Haq kerana disabitkan kesalahan merancang penbunuhan musuh politiknya.

apapun.... politik pakistan memang unik....
unik kerana hampir semua perdana menteri-perdana menteri yang akhir-akhir ini digulingkan kerana di tuduh terlibat dengan gejala rasuah.

unik kerana campurtangan para askar dalam pemerintahan negara...
unik kerana mereka suka 'bermain' dengan bahan-bahan letupan...
unik kerana mereka mempunyai kekuatan nuklear...
unik kerana mereka 'berani-berani' belaka...
unik kerana dari Jeneral Tentera boleh jadi Perdana Menteri...
unik kerana dari Perdana Menteri boleh jadi Presiden pulak...

apapun... takziah buat keluarga Benazir... dan saya yakin perjuangan keturunan Zulfiqar Ali Bhutto (yg banyak rakyat pakistan mengatakan kematian beliau di tangan Zia Ul Haq ialah syahid) ini akan terus disambung oleh keturunan-keturunan beliau...

takziah juga buat rakyat pakistan, walau apapun yang berlaku, Benazir tetap telah menyumbang kepada negaranya di sepanjang pemerintahannya...

Al-Fatihah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails