Saturday, December 29, 2007

Proton GEN.2 di eksport ke Republik Cina



salam semua...

Laporan NST (BizNews, mukasurat 36) melaporkan sejumlah 1,600 unit GEN.2 akan dihantar ke Negara Cina penghujung bulan Januari 2008.

Syabas buat Proton!

cuma hati kecil tertanya-tanya mengapa nama Proton atau nama Model GEN.2 di tukar kepada 'EuropeStar'....?

setelah berhempas pulas mempertahankan syarikat nasional ini dari tersungkur muflis dan dibungkus zaman kerana ianya adalah syarikat kebanggaan negara, saya hairan mengapa kita tidak mempertahankan namanya di pasaran luar?

saya boleh terima nama Proton Iswara Icare di tukar kepada Proton Catalyst untuk dipasarkan ke pasaran Eropah, namun menamakan model GEN.2 kepada EuropeStar adalah sedikit menimbulkan tandatanya....

antaranya, ia mungkin strategi untuk pasaran luar.
antaranya, ia mungkin strategi untuk survival proton.
antaranya, ia munkin strategi untuk mengabui para pembeli Republik Cina yang 'mungkin' ingat ianya berkualiti eropah.
antaranya, ia mungkin 'tak laku' jika diletak nama Proton atau GEN.2

apapun, pihak pengurusan proton lebih arif tentang hal ini... mereka telah diamanahkan untuk berkhidmat dengan cemerlang untuk negara dan sudah tentu segala pemikiran, usaha ditumpukan untuk keterbilangan proton di persada pasaran otomobil dunia.

namun dari segi semangat 'Malaysia Boleh'...nama EuropeStar tidaklah 'boleh' dibanggakan... dalam pada masa kita telah 50 tahun 'bertungkus lumus' membebaskan negara, rakyat, diri dan pemikiran dari penjajahan orang Eropah.

apapun... untuk makluman semua mengenai pasaran otomobil dunia;

Dilaporkan Toyota telah mengeluarkan sejumlah 9.36 juta kereta untuk tahun 2007.
Jumlah ini telah membuatkan Toyota menjadi peneraju industri otomobil mengatasi GM Motors.

Dilaporkan juga Hyundai akan membelanjakan USD11 billion untuk menaiktaraf segala fasiliti bagi peningkatan pengeluaran keretanya.

Maruti Suzuki India Ltd pula telah memotong harga kereta mereka dari 192,124 rupees (RM8.85 = 100 rupees) kepada 100,000 rupees (lebih kurang RM8,850) untuk kekal kompetetif.

Kereta buatan Republik Cina Chery QQ yang berharga RMB29,000 (lebih kurang RM14,000) dan Chery dijangkakan mengeluarkan keretanya yang ke 2 juta pada tahun 2009.
Chery mula memasarkan kereta mereka pada 1999 dan berjaya memasarkan kereta mereka yang ke sejuta pada Ogos 2007

untuk pasaran Cina, model GEN.2 atau EuropeStar ini, laporan NST menyebut sejumlah 1,600 unit akan dihantar ke sana.....dan
laporan StarBiz pula, 408 unit telah dihantar dan akan menghantar sebanyak 1,500 unit lagi setiap bulan selama 20 bulan (jumlah keseluruhan 30,000 unit)

mmmm... saya teringat pengurusan proton yang lama pernah menghantar beberapa ribu unit Proton untuk pasaran Timur Tengah dan dijual dengan cara 'consignment' (laku bayar, tak laku ambil balik)...
mmmm... tapi saya tak dengar pula bagaimana kisah selanjutnya; laku ker, atau write-off ke?....

apapun, all the best untuk Proton... go Global or Glokal?

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails