Thursday, December 27, 2007

Dari 'Air Tenang Resort' Janda Baik....


salam semua...

saya sedang ber'bloging' dari 'Air Tenang Resort', Janda Baik, Pahang.
saya akan berada di sini sehingga Jumaat, bersama-sama team S.C.A dan warga JBA Pahang..

tadi baru sahaja selesai aktiviti 'Satu Arah satu Kiblat' atau compass marching bersama mereka.

menarik dan sangat mengujakan...
warga-warga JBA yang didatangkan dari beberapa daerah seluruh Pahang (kecuali Pekan, kerana banjir) berkumpul dan bersama-sama me'renew' semangat & iltizam untuk menjadi insan cemerlang sebaik tamat program..insya Allah.

sebaik habis program, saya dan team saya duduk berbincang sambil mengadakan 'post mortem' bagi aktiviti yang akan dan sudah dijalankan... memang begitu 'resmi' kami...

kami akan mencari jalan, memberi input agar program yang berjalan akan lancar dan mencapai objektifnya...

discuss punya discuss... rupanya jam dah menunjukkan pukul 2 pagi...
tangan pula 'gatal' utk mencoret sesuatu buat semua....

anyway... seperti biasa, discussion kami akan berlarutan dan kandunganya semakin berat... dari aktiviti-aktiviti program membawa kepada topik perbincangan tentang kebesaran tuhan, asas kehidupan, perjalanan para anbiya' dan tips-tips berkenaan LVT.

esok (hari ini) peserta kursus akan mengharungi beberapa siri lagi aktiviti dalam dan luar kelas... dan apa yang pasti, aktiviti kemuncaknya ialah setiap kumpulan perlu mencipta sebuah 'sampan' yang akan memuatkan seorang rakan mereka untuk diuji di sungai bersebelahan resort.... guess they'll enjoy this activity most... tengoklah besok....

mmmm.... oklah...rasanya cukup buat hari ini dulu....
mata dah berat.... bantal dan memanggil...
member lain dah berdengkur...

tadi ingat nak posting pasal '2008 Wish List'....apa hajat untuk tahun 2008 kita...

anda dah ada 'wish list'?..
kalau takda atau belum ada...kenalah set sekarang....
kalau ada 10 perkara pun ok... bila capai..boleh strike-it-out...satu-satu

nanti saya kongsi wish list saya untuk 2008 ya...

till then..

regards & wasalam

2 comments:

Anonymous said...

bestnye......jeles arrrr...

Sifu Mirza said...

memang best mak uda..!
jangan jeles yer... :-)

joinlah progam s.c.a...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails