Tuesday, December 18, 2007
Teknik Pernafasan Terbaik cara LVT
salam semua...
salah satu teknik meningkatkan tenaga dalaman diri ialah dengan melakukan pernafasan dengan baik.
teknik pernafasan yang baik digelar 'deep breathing' di mana ianya berbeza dengan cara yang biasa kita bernafas.
perbezaannya ialah dari segi kiraan masa sewaktu kita menyedut udara (oksigen), menahan seketika dan menghembus kembali (karbon dioksid).
mengapa kita perlu melakukan 'deep breathing'?
jawapannya ialah untuk menge'caj' semula arus-arus elektrik yang terdapat di dalam dan luar badan kita.
perlu kita tahu, di dalam tubuh kita mengalir arus elektrik yang mengerakkan seluruh sistem tubuh badan... arus elektrik ini dalam satu-satu masa yang normal boleh menyalakan sebiji mentol 40watt.... itu dalam keadaan normal.
dan apabila pengfokusan tenaga dilakukan melalui teknik pernafasan 'deep breathing', tenaga elektrik yang mengalir di dalam tubuh akan meningkat berkali-kali ganda seterusnya memberi tenaga yang sangat luar biasa untuk diri kita.(cth yang paling ketara yang boleh kita lihat ialah seorang ahli sukan dan seorang yang tidak aktif)
perjalanan arus elektrik di dalam badan juga menerbitkan medan 'elektro magnetik' di sekeliling tubuh badan kita.
>"sistem saraf di dalam tubuh yang mengalirkan caj-caj elektrik kepada setiap organ-organ untuk berfungsi dengan baik"
selain dari menerima arus elektrik dari 'pancaran matahari' (ini akan saya sentuh ditopik lain LVT), kita juga menerima caj-caj elektrik dari pernafasan yang kita lakukan.
caj-caj elektrik ini akan menstabilkan keseluruhan sistem tubuh badan dan seterusnya membuatkan seseorang itu terkawal atau seimbang dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal.
cuba kita lihat seorang yang berada dalam keadaan marah.... perhatikan cara dia bernafas....
dan cuba pula kita lihat seorang yang berada dalam keadaan tenang...perhatikan cara dia bernafas...
memang terdapat perbezaan yang ketara dalam pernafasan mereka berdua dan ini membuktikan bahawa teknik pernafasan sememangnya membantu menyeimbangkan tubuh badan kita dari kontek dalaman dan luaran.
setelah menjalankan banyak kajian dalam mengenal pasti teknik-teknik pernafsan yang berkesan, teknik pernafasan LVT adalah antara yang paling baik untuk kita amalkan.
teknik pernafsan LVT ialah seperti berikut.
1) duduk atau berdiri dengan kedudukan minda yang tenang & relaks - fokus pada satu titik di hadapan kita (jika tiada titik, boleh menutup mata dan bayangkan satu titik putih ada di hadapan kita)
2) sedut udara (oksigen) dalam kiraan 4 - di waktu ini minda kita perlu fokus pada menyedut segala perkara-perkara positif seperti sifat sabar, tenang, rajin, amanah, baik hati dsbnya.
3) tahan pernafasan dalam kiraan 2
4) hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 7 - diwaktu ini minda perlu fokus pada mengeluarkan segala perkara-perkara yang negetif seperti panas baran, hasad dengki, cemburu, pemarah dsbnya.
lakukan teknik pernafasan ini setiap hari dan waktu yang sebaik-baiknya ialah di antara pukul 4 pagi sehingga pukul 8 pagi.
waktu-waktu lain juga boleh dipraktikkan, namun waktu di atas adalah waktu terbaik untuk kita mendapat udara yang berkualiti dan mudah untuk mendapat frekuensi minda pada tahap Alpha (8-13 cycles per second - brainwave).
lakukan teknik pernafsan ini dalam masa 3 - 5 minit setiap kali untuk mendapat keputusan maksimum.
"kedudukan receptor frekuensi dalam pernafasan pada hidung kita"
buat yang beragama Islam, saya suka syorkan teknik ini dilakukan sebaik sahaja kita melakukan solat subuh.
selamat mengamalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment