Thursday, December 27, 2007
Banjir ; Apa Hikmahnya?
salam semua....
menyoroti akhbar semalam.... ada 2 berita yang menarik perhatian saya;
1. Sindiket gores & menang kaut untung RM30 billion
2. Pesawah rugi RM27 juta banjir di Kedah
berita pertama.... kita dihidangkan kisah bagaimana sendiket gores dan menang ini telah berjaya 'memperdaya' dengan menggunakan taktik yang 'kemas' dalam menjalankan 'penipuan' dan telah mengaut untung sebanyak RM30 billion setakat ini.
saya juga pelik... dalam pada telah banyak kes-kes seumpamanya dilaporkan menerusi media-media, masih banyak lagi mangsa yang terjerat dengan sindiket ini... nak kata tak baca 'paper', takkan tak baca lansung... nak kata tak tengok tv..takkan tak tengok lansung...
apapun, panjang-panjangkanlah cerita perihal sindiket licik ini pada sesiapa sahaja yang kita jumpa... mudah-mudahan dengan input dari kita, sindiket ini akan lumpuh dengan sendirinya... (sebab nak tunggu undang-undang menarik mereka ke mahkamah, akan memakan masa....belum dicampur penguasa yang buat macam tak nampak walau perkara berlaku di depan hidung...uppss, di depan mata..)
berita kedua, adalah berita yang menyedihkan...menyebakkan... taktahu nak kata apa...
kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir di negeri kedah terutamanya pesawah menjangkau RM27 juta... itu kerugian akibat padi yang rosak... belum campur kerugian harta benda sendiri dan awam...
saya menganggarkan kerugian akibat banjir diseluruh negara, kedah, kelantan, pahang dan johor... boleh mencecah ke angka RM300 juta atau lebih...
masya Allah....
buat mangsa banjir, saya doakan anda semua diberi kesabaran yang mantap..sejajar dengan surah Al-Baqarah: 286..."Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupannya..."
rata-rata kita lihat, mangsa adalah rakyat 'marhaen'.. rakyat jelata...
apa hikmahnya?...
adakah Tuhan sedang memberitahu sesuatu pada kita?
adakah Tuhan sedang memberi peringatan kepada kita?
adakah Tuhan sedang memberi amaran kepada kita?
adakah kita sudah terlanjur dalam perbuatan?
adakah kita sudah hilang pegangan dalam agama?
adakah kita sudah lupa pada Tuhan?
ada banyak hikmahnya....
hikmah buat rakyat marhaen...juga hikmah buat para manusia yang digelar pemimpin...
namun Allah juga berfirman dalam Al-Quran: Al-Mulk: 23
--------------------------
Say: “It is He Who brought you into being and gave you hearing, sight, and hearts. What little thanks you show!’ (Surat al-Mulk, 23)
--------------------------
firman tentang kurnia Allah pada kita... cukup segalanya untuk menjadikan kita sempurna, boleh berfikir, mempunyai deria dan hidup...
namun Allah juga menegaskan...sesungguhnya manusia itu tidak pernah bersyukur sedikitpun....
rakyat tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...
pemimpin tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...
kebanyakkan cerita kesyukuran ini adalah berkenaan dengan kurnia Allah pada diri...kerana hakikat kehidupan adalah antara kita dengan Allah... dan belum dicampur amanah yang dipikul....
maka,
bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur....
iaitu syukur pada niat, lafaz dan perbuatan...
dengan sebenar syukur... barulah kita boleh memahami apa hikmah disebalik setiap kejadian....
buat para pemimpin....
mungkin Allah ingin memberitahu.... wang yang banyak itu belanjakanlah utk rakyat yang kamu pimpin..tidak kita siapa sahaja... dan bukan untuk dikitar disekeliling kamu dengan alasan projek pembangunan dsbnya yang memang memberi kesan.... tapi kesannya tidaklah sepantas kesan akibat banjir....
yang Allah hanya perlu berfiman "Jadi!..maka Jadilah."
kadang-kadang manusia itu perlu untuk dikejutkan... bukan oleh manusia lain tetapi oleh apa yang mereka gelar Tuhan.... yang mereka 'gunakan' bila perlu sahaja...
Tuhan tahu... Maha Mengetahui apa yang ada disebalik hati-hati kita....
dan kita janganlah buat-buat tak tahu yang Tuhan tahu apa yang kita niatkan, lafazkan dan lakukan...
moga nasib mangsa banjir di seluruh negara menjadi lebih baik selepas ini...
sabarlah, jika dapat pampasan..terima dengan hati terbuka & redho.... soal cukup atau tidak, jangan pertikaikan...sebab kalau tak cukup... Allah akan 'mengajar' mereka-mereka yang men'tidak cukupkan' itu...
kerana doa orang-orang yang dizalimi dan ditimpa bencana amatlah mudah diperkenankan oleh Allah...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment