Tuesday, December 18, 2007

Aidil Adha; Apa yang kita korbankan?



salam semua...

khamis ini seluruh umat Islam menyambut hari kebesaran yang dikenali sebagai Aidil Adha ataupun Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Qurban.

dari kecil sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir, kita akan melalui hari istimewa ini setiap tahun dengan izinNya.

apa kisah, apa hikmah, apa pelajaran atau natijah, apa kefahaman yang kita perolehi dari sambutan Aidil Adha ini?

kita sering dikumandangkan dengan kisah atau peristiwa yang bersabitan dengan Aidil Adha ini iaitu bagaimana Nabi & Rasul kita Ibrahim a.s telah diuji dengan ujian yang sangat hebat dari Allah s.w.t iaitu mengorbankan anakandanya Nabi & Rasul Ismail a.s.

dengan sifat'empati @ empathy', cuba bayangkan sekiranya kita berada ditempat nabi Ibrahim... sangat hebat, sangat menghibakan, sangat menekan dan berbagai-bagai perasaan lagi.

manifestasi pengorbanan ini boleh kita lihat pada kontek dunia kita disekeliling sekarang bagaimana seorang ayah atau ibu yang 'kehilangan' anak dalam kemalangan jiwa (cth. kemalangan kenderaan, kematian akibat sakit, lemas, dsbnya)...

jika kita selami jiwa kita dalam-dalam, kita akan dapat jawapan kepada pengorbanan sebenar yang dimaksudkan oleh Allah.

apa yang ada pada kita yakni milik kita hanyalah 3 perkara; pertama, apa yang kita makan, kedua apa yang kita pakai dan menjadi lusuh dan ketiga apa yang kita sedekahkan untuk akhirat.

selebihnya bukanlah milik kita, hatta isteri, suami, anak-anak, ibubapa, wang berjuta, harta berpeti-peti dsbnya.

menyusuri lagi kisah pengorbanan seorang isteri yang bernama Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s di tengah-tengah padang pasir...ditingalkan oleh suaminya Ibrahim a.s akibat perasaan irihati Siti Sarah...berbekalkan sedikit makanan yang akhirnya kehabisan, lalu menangis anak kecil kehausan....

dan terbitlah air mata zam-zam, akibat injakkan kaki si ibu setelah berlari-lari anak sebanyak 7 kali di antara 2 bukit dalam mencari hatta setitis air buat anak tersayang.

berikut adalah di antara pengorbanan-pengorbanan yang termaktub di dalam kitab suci kita Al-Quran.

pengorbanan seorang bapa kepada Allah
pengorbanan seorang isteri kepada isteri yang lagi satu
pengorbanan seorang ibu kepada anak tersayang
pengorbanan seorang anak kepada bapa tersayang

siri-siri peristiwa pengorbanan yang perlu kita halusi untuk memantapkan diri.

soalan.... apakah pengorbanan paling hebat yang pernah kita lakukan?

terhadap Al-Khaliq, Allah Azza Wajalla
terhadap suami
terhadap isteri @ isteri-isteri
terhadap anak-anak
terhadap ibubapa
terhadap diri sendiri

kita ada jawapannya....

jika kita 'rasa' kita telah banyak melakukan pengorbanan.... cuba selidiki kembali adakah pengorbanan itu dilakukan kerana semata-mata Allah s.w.t? atau pengorbanan itu hanya berlapikan nafsu semata-mata?

berdasarkan apa milik kita yang saya nyatakan di atas.... adakah berbaloi kita berhempas pulas mengorbankan jiwa & raga selain dari hanya untuk Allah?

lihat kembali pilihan yang ada pada Nabi Ibrahim a.s... antara perintah Tuhan & sayangkan anak...
lihat kembali pilihan yang ada pada Siti Hajar.... antara perintah Tuhan & sayangkan suami...
lihat kembali pilihan yang ada pada Nabi Ismail a.s... antara perintah Tuhan (melalui ayahandanya) & kehidupannya @ dirinya...

lihat pada diri kita.....

antara suruhan Tuhan dan hiburan merata-rata?
antara suruhan Tuhan dan wang-wang sogokan?
antara suruhan Tuhan dan sex bebas & hubungan terlarang?
antara suruhan Tuhan dan harta-harta haram?

dan seterusnya....

suka saya berkongsi bebarapa ayat dalam surah Al Insan:1-3

"Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat menyebut?

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya dengan perintah & larangan, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Sesunguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang menolak (kuff @ kafir)"

begitulah manusia.... ya kita adalah manusia.... dan manusia itu berperingkat-peringkat... dari amaraah hingalah kamilah @ insan kamil...

tiada yang mustahil utk mencapai tahap kamil...
dan ianya memerlukan banyak pengorbanan...

pengorbanan yang dilakukan hanyalah kerana Allah s.w.t

salam Aidil Adha buat anda sekeluarga...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails