Wednesday, December 26, 2007

Melakar Azam Tahun 2008 : Pastikan ianya 'SMART'!



salam semua....tidak kira dari mana anda 'bersiaran'.... :-)

sudah ada azam untuk tahun depan? 2008

atau masih melakar dan memikir lagi?....

apapun sedikit input apabila kita nak membuat satu azam...
pastikan ianya mengambil kira kaedah "SMART"...

iaitu, ia mestilah

S - Specific
M - Manageable/Measureable
A - Achievable
R - Realistic
T - Timely / Time Bounded

spesifik - pastikan ianya jelas (cth: saya ingin menyambung pelajaran dengan mengambil ijazah dalam bidang perngurusan perniagaan.... jgn sesekali kita hanya cakap, saya ingin sambung belajar.... itu tidak jelas dan tidak spesifik)

manageable - pastikan kita boleh laksanakan azam itu (jika ikut contoh di atas, kita boleh 'bawa' kursus tersebut dan ianya bukanlah suatu yang berat atau tidak mampu utk kita uruskan kerana kelas lanjutan ini perlukan pengorbanan masa dsbnya)

achieveable - pastikan kita boleh capai azam tersebut dengan jayanya dan memperoleh ijazah dengan cemerlang.

realistik - pastikan ianya boleh menjadi 'batu' loncatan utk kerjaya dan sejajar dengan matlamat hidup kita utk berjaya. (jgn ambik kursus yang kita tak minat, tak sesuai dsbnya)

timely - faktor masa adalah penting, dan matlamat serta objektif kita perlu ada 'deadline'nya agar tidak 'open ended' dan tidak berkesudahan... bertahun tahun tak habis habis belajar, asyik extend ajer... so bila kita decide kita akan habis belajar dalam masa 12 bulan, maka itu menjadi sasaran kita utk 'memegang' sesuatu yang dikatakan hasil.

juga pastikan rangkuman azam atau objektif yang hendak kita capai itu mengambil kira 3 elemen penting dalamnya iaitu: Performance, Standard & Condition.

contoh : tahun 2008 ini saya berazam untuk menyambung pembelajaran saya dalam bidang saikologi dan memperoleh ijazah sarjana kelas pertama dengan mengikuti program ijazah saikologi dan kemanusiaan di universiti malaya selama 12 bulan.

performance - sambung belajar & peroleh ijazah dalam bidang saikologi
standard - program ijazah saikologi dan kemanusiaan di universiti malaya
condition - selama 12 bulan

nampak?....

azam yang jelas, padat dan boleh memandu kita untuk mencapainya..insya Allah....

so, taklah kita terus-terusan asyik-asyik sambung azam tahun lepas...

hmmm... saya yakin, dengan azam, objektif dan matlamat yang jelas.... kita semua boleh jadi hebat dan cemerlang...

doa saya, kita semua berjaya di tahun 2008, lebih berjaya dari tahun 2007 yang akan pergi meninggalkan kita beberapa hari lagi...

kisah suka, duka, sengsara, hiba dsbya yang kita alami dalam tahun 2007, jadikanlah sebagai satu ilmu, pengajaran dan episod yang mematangkan diri kita utk maju kehadapan...

saya harap, tips-tips di atas dapat membantu kita untuk berjaya..

ingat, dengan memperbaiki diri...seseorang itu sebenarnya telah mengambil langkah mendekatkan diri dengan Penciptanya, Allah Rabbul Jaleel....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails