Monday, December 31, 2007
Selamat Tinggal 2007; Ahlan Wa Sahlan 2008
salam hormat buat semua...
dalam beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan tahun 2007.
sambutan tahun baru masihi ini lebih rancak berbanding sambutan tahun baru hijriah.
sambutan tahun baru 2008 masihi penuh dengan taburan bunga api di angkasa, pesta-pesta di sana-sini, konsert demi konsert, rancangan tv yang padat (lintas lansung, imbasan, sampaikan dsbnya), 'lepaking' di sana-sini dan sebagainya...
sangat dan jauh berbeza dengan sambutan tahun baru hijriah yang mana ianya dilaksanakan dengan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dan diikuti dengan solat sunnat serta bacaan Yasin.... tiada sambutan, tiada rancangan tv khusus (sampaikan tahun baru atau imbasan dsbnya...)
itulah yang nyata...
nyata dari segi kenyataannya hidup di negara yang berbilang kaum serta masyarakat majmuk... dan pesta adalah merupakan 'pendekatan' terbaik untuk menyambut satu-satu perkara yang dilabel sebagai 'universal' seperti sambutan Tahun Baru.
dalam menyusuri sambutan serta acara yang telah dirancang sekian lama... apalah yang dapat kita sebagai muslim lakukan selain dari menutup mata, menutup pintu hati dari terjebak ke dalam perkara-perkara yang boleh 'menghampirkan' diri dari zina atau dosa-dosa besar...
mengambil satu langkah menghampiri pesta-pesta yang telah dirancang merupakan satu tindakan untuk menghampiri zina... kerana ianya boleh mencetuskan bibit-bibit 'kebebasan' hidup... walau pada pandangan mata kasarnya tidak kelihatan namun jika dianalisa secara mendalam dan terperinci... ianya merupakan langkah-langkah ke kiri dan memulakan palitan hitam di hati yang bersih serta suci...
bagaimana sambutan anda tahun ini?
di dataran-dataran?, di kelab-kelab?, di tapak-tapak konsert?
di masjid & surau?, di program-program ilmu?
di depan tv?, di dalam kereta; pusing-pusing hanya utk nengok bunga api?
dan berbagai cara lagi....
apa cara sekalipun, kalau boleh... letakkanlah Tuhan di hadapan... jauhi segala yang mungkar dan halusi yang ma'aruf...
jika di hadapan tv sekalipun.... bersederhanalah.... kita boleh mengawalnya...
jika meronda nengok bunga api... tidaklah perlu sampai ke dini hari...
banyak cerita 'sedih' yang kita dengar setiap kali, muncul pagi tahun baru...
banyak gadis hilang 'mahkota'...
banyak teruna muntah-muntah kerana kemabukan 'kencing syaitan'...
dsbnya....
melakukan muhasabah beberapa jam sebelum detik 12 malam sangat baik untuk kita melihat kembali kejayaan walau sedikit juga ruang-ruang yang boleh dikemaskini...
melakar azam baru beberapa jam (termasuk perancangannya...dan ditulis dengan pena di atas sekeping kerta) sebelum detik 12 malam adalah langkah-langkah orang hebat...
jadilah seorang yang lebih bertanggungjawab tahun hadapan (2008)...
jadilah seorang yang lebih peka dengan hubungan dengan Tuhan...
jadilah seorang yang lebih aktif menimba ilmu-ilmu...
jadilah seorang yang senantiasa berjihad di jalan Tuhan....
dan seterusnya...
apapun... di mana sahaja anda berada...
salam tahun 2008 dari saya sekeluarga buat anda...!
buat tahun-tahun yang datang dan pergi.....
.....selamat jalan 2007, ahlan wasahlan 2008!.....
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment