ada orang berkata hati lara tiada penawarnya....
ramai orang berkata hati lara bawa merana...
benarkah tiada ubatnya untuk hati yang lara kecewa...
sedang yang berkata itu tidak mengalaminya...
berapa jangkau waktu kita perlu meratap hiba...
tatkala orang keliling hanya menangis pura...
sedalam pasifikkah gaung hati yang lara...
setinggi everestkah hempasan dukacita...
semuanya tiada makna jika kita terus bercerita...
semuanya hanya hama yang mati sebentar cuma...
tahukah kita dalamnya cinta yang satu itu...
tahukah kita rimbunnya kasih sayang si dia...
cuma kita sahaja yang tuli lagi buta...
cuma kita sahaja yang alpa terus lupa...
sedang di atas sana sedang menanti tiba...
hadirnya ciptaan yang istimewa lagi sempurna...
sedang di atas sana sering berbicara di ufuk hati...
sedang hati kita membatu cuma.. tidak menerima..
usahlah berduka wahai hati yang lara...
kerana airmata bukan penawar dukacita...
usahlah berhiba wahai hati yang duka...
kerana tangis bukan ubat sengsara...
cuba lontarkan senyum hati ke atas sana...
pasti airmata menjadi permata...

sifu mirza
ulu yam
2.26pm
dec08
4 comments:
salam..
Sifu ulu yam dok kat ner??
baru perasan lah sri..
hurmmm...baca bait puisi nih kasi cuci otak yang nyaris hanyut dek arus cinta buta...
salam sri..
ulu yam kat taman desa kaloi, kat simpang 3 jambatan tu, belok kanan..jez before pekan ulu yam..
ya.. cuci jgn tak cuci..
lepas cuci, sirami dengan air 7 bunga..
pasti bertenaga...
:-)
manusia mudah lupa...
ampunilah hambaMu ini ya Allah.. berilah kami kesedaran agar kami tidak terpesong... agar bisa tersenyum ke atas sana :)
insya Allah kts,
tatkala kita yakin dan faham maksud perjalanan hidup ini..
semuanya akan mudah lagi dipermudahkan...
kerana agama itu datang dengan keyakinan dan disahut dengan kefahaman atasnya...
iman kemudiannya islam...
Post a Comment