Tuesday, December 16, 2008

SepulihKu Berbunga Kelmarin...


Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terdengar suara halus membisik di telinga..
Perlahan-lahan ku menoleh kebelakang..
Siapa itu..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku membelai setiap dedaunan herba di situ..
Terdengar lagi bisikan halus memanggilku..
Siapa dia..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku mencabut anak-anak rumput yang bertunas..
Sayup turun naik suara itu semakin merdu..
Bermadah lagu ia..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terdengar lagi suara berlagu merdu itu..
Suara yang semakin jelas lagi menyegarkan..
Aku tahu..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku menghampiri ke wajah suara itu..
Meliuk halus alunan warnanya..
Aku hayati..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terpesona dengan kemulusan wajahnya..
Putih bersih haruman kesturi..
Sepulihku berbunga..


sifu mirza
ulu yam
dec 08

2 comments:

KTS said...

sepulih ni bukan daun ubat ke?? rasanya macam pernah dengar.. tp tak igt utk ubat apa??

Sifu Mirza said...

benar & tepat sekali kts..

daun sepulih kebiasaannya digunakan untuk mandi (cleansing negetif energy dalam badan)..

selepas mandi dengan daun sepulih, kena mandi limau beberapa kali dan seterusnya mandi bunga...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails