Tiada apa yang pasti dalam kehidupan ini..
Kecuali Mati.
Sebentar cuma perjalanan kehidupan ini..
Sesaat Tadi.
Sinaran Suka Duka Riang Tawa menghiasi..
Agar Berseri.
Jika tadi si Suka bertandang di tepi hati..
Hayatilah ia.
Jika nanti si Duka membasahi tirai hati..
Usapilah ia.
Jika tadi si Riang mencuit isi hati..
Kecapilah ia.
Jika nanti si Tawa menyelimuti hati..
Nikmatilah ia.
Hidup ini sebentar cuma..
Satu Anugerah Yang Maha Esa..
Untuk hamba-hamba yang dikasihi dan disayangi..
Untuk hamba-hamba yang dirindui dan dicintai..
Hidup ini sebentar cuma..
Bukan Neraka juga Bukan Syurga..
Buat hamba-hambanya yang kenal lagi mengerti..
Buat hamba-hambanya yang memahami lagi menyakini
Hidup ini ribuan kilau warnanya..
Kelabu bagi yang tuli hati..
Gulita bagi yang buta hati..
Sengaja menyiksa raga & jiwa..
Hidup ini Anugerah yang tidak ternilai harganya..
Hayati serta Hirupilah kilauan warna-warnanya..

sifu mirza
ulu yam
dec 08
3 comments:
sangat suka puisi nih..
tanpa sedar,helai demi helai usia berguguran jatuh di halaman kehidupan.kita kutip longgokkan kenangan silam menjadi perca kenangan buat tatapan potret hari2 depan...
terima kasih sri...
lama sangat tak berpuisi.. karat dah..
puisi, sajak serta cerpen dulunya pernah menari di jemari ini..
tetiba semangat tu timbul kembali tatkala menyusuri lembaran blog bergelar 'srisufi diaries'
apapun...terima kasih pada sri kerana mengejutkan...
Salam Sifu...
Subhanallah...indahnya susunan kata-kata ini..
Mohon dikongsikan...
Sy tiada bakat.. tapi sy cukup menghargai hasil pena rakan-rakan yang lain..
Post a Comment