Sunday, December 28, 2008

Ruang Muhasabah: 4.40ptg 1429H - 7.18mlm 1430H

Petang tadi,
sementara menanti asar berkunjung..
ku lelapkan mata barang sebentar..
Sempat juga ku bermimpi..

Mimpi di datangi tetamu ke pejabatku..
Dua orang jiran,
Bertanya tentang hal semasa dengan beberapa umpan..
Ingin tahu hal yang tersirat..

Sepatah ku tutur kata,
Mereka mengulas dan mengiakan..
Seayat kata ku suratkan..
Mereka meminta lagi dan lagi..

Tiba-tiba aku tersedar,
Azan Asar menyusup ke lorong gegendangku..
Aku bangkit lalu duduk bersila..
Memandang langit menerusi kaca pintu longsor...

1429 sudah sampai ke penghujungnya...
Aku memicit channel 106 tv kabel satelit yang ku langgan..
Ya.. ada doa 'akhir tahun' dipaparkan dengan audionya sekali..
Ku tumpang menadah tangan meng 'amin'kan doa taubat itu..

Habis doa..
Aku terasa diri melayang bagaikan kapas di udara..
Tinggi diriku di bawa angin ke atas sana...
Aku melihat dunia yang berbagai warna dan citra..

Lebih kurang 2 jam 40 minit aku di ruang itu..
Bermuhasabah diri tanpa sesiapa sedari..
Bermonolog dengan diri yang ada di hati..
Rasa tenang menemani aku di ruang ini..

Akhirnya 1430 tiba jua...
Setelah ku tunggu lebih dua jam hampir 3 jam..
Azan maghrib berkumandang..
Tanda yang ditunggu datang bertandang...

Atas meja makan sudah terhidang..
Sedikit jamuan yang ku beli dari tadi petang..
Berjamulah kami sekeluarga..
Memanjat syukur kehadiran hijriah baru..

Salam 1430H buat semua yang aku sayangi..
Tidak kira di mana sahaja kamu berada..



sifu mirza
ulu yam baru
01011430h
28122008m

4 comments:

SRISUFI said...

salam maal hijrah buat sifu n famili...

semoga kehadiran sinar hijriah 1430 akan membawa lebih sinar kecemerlngan dlm meniti sekolah kehidupan...

terasa byk benar dosa dan khilaf dilakukan...kerdil benar diri ini...

lembaran hijrah ini bagai penuh duri dan liku...semoga kita semua saling menasihati...

salam keaziman drpd
PEMILIK YG TDK MEMILIKI

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

KTS said...

salam maal hijrah, sifu..

semoga hijrah ini berkekalan hingga ke hujungnya

Sifu Mirza said...

srisufi...

mudah-mudahan segala doa serta hajat sri dimakbulkan Allah...


arsaili...

syukran jazilan...


kts...

teruskan perjuangan meniti talian hijrah ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails