Thursday, December 11, 2008

Tanah Runtuh : 'Wake-up call' dari Tuhan...


salam semua...

cerita tanah runtuh.. di bukit antarabangsa, di ulu yam perdana dan di damansara...

dulu pun pernah berlaku beberapa siri tanah runtuh bertahun-tahun, ianya berulang-ulang dan menjadi kebiasaan kita di malaysia ini...

kita tidak disajikan dengan gunung berapi, kita tidak disajikan dengan kemarau panjang, kita tidak disajikan dengan taufan katrina dsbnya..

kita hanya disajikan dengan peristiwa tanah runtuh... sesuai dengan kesanggupan orang negara kita... Tuhan bagi yang 'mild-mild' ajer ujiannya di sini..Alhamdulillah...

setakat ini, kita dah di'wake-up call' kan oleh Tuhan Robbul Jaleel beberapa kali... kalau ikut tahap kesedaran diri... 80% masih tak sedar diri dan hanya 20% yang sedar dan prihatin serta melakukan langkah-langkah pro-aktif untuk keluar dari 'jurang bencana ulangan'...

memang menyedihkan dan menyayat hati apabila menyusuri hati-hati serta jiwa-jiwa yang terpalit dengan bencana @ ujian Tuhan ini...

apa yang pasti, ujian Tuhan tidak mengenal siapa kita... miskin, kaya, berharta atau kedana..

apa yang pati, ujian Tuhan tidak mengenal apa warna kulit kita, apa jawatan kita dan berapa harga rumah kita...
apabila ujian itu datang, ianya cukup simple....

dan apabila ujian berakhir, ianya juga cukup simple... apa yang kita belajar, apa yang kita fahami, apa yang kita yakini...

Allah sedang berbicara dengan kita semua... bicaranya cukup simple... "kamu semua adalah hamba-hambaKu... maka Aku berkuasa sepenuhnya keatas turun naik nafasmu... maka bertaubatlah menginsafi akan kekhilafanmu...kembalilah kepada fitrah hamba yang sebenar... kepadaKulah kamu semua beribadah..kerana itulah awal mula kejadian kamu di muka bumi..."

mudah-mudahan yang pergi akan bertemu Pencipta mereka dengan keadaan redho diredhoi...
mudah-mudahan yang tinggal akan redho dengan apa yang berlaku...
mudah-mudahan yang lain akan memahami maksud yang Tuhan sampaikan...
mudah-mudahan yang lain akan meningkat keimanan masing-masing...

4 comments:

Fiza Nordin said...

sifu, yg pergi kite Al-Fatihah dan takziahkan manakala yg hidup & terselamat, beringat-ingatlah...

Sifu Mirza said...

fiza..

ya alfatihah utk mereka..

SRISUFI said...

salam Sifu...

sungguh tragedi yang berlaku di 'international hill' itu banyak meninggalkan kesan kepada diri yang tahu berfikir...tapi malangnya..iktibar hanya sementara cuma..genap seminggu pelbagai isu pula timbul...

dunia oh dunia...

Sifu Mirza said...

salam srisufi...

begitulah 'adat' dunia..
begitulah 'adat' manusia..

mereka lupa awal mula kejadian..
mereka alpa dengan duniawi..

nafsu yang diberi gagal ditunggangi..
habis hancur zahir & batin..

ibarat melepas anjing tersepit..

ya.. dunia oh dunia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails