Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009


selamat tahun baru semua...
selamat segala-galanya..
apa yang selamat?
tak apalah ucapkan aja selamat itu...

malam tahun baru itu sama saja..
sama seperti malam-malam tahun sebelumnya..
sana pesta sini pesta merata-rata..
tak kira siapa sahaja...

esok tahun baru...
hari ini tahun lama..
apa yang baru dan apa yang lama..
entahlah, janji ada pesta di mana-mana..

malam tahun baru ini pastinya meriah..
dengan percikan bunga api di mana-mana..
dengan hamburan wiski dan wine..
tumpah bersama mabuknya kepala..

esok tahun baru..
yang mabuk pastinya lewati subuh..
yang berpesta pastinya bangkit luhur..
semuanya bermula di tahun baru...

malam ini ramai yang binasa..
yang dara hilang punca..
yang teruna menjadi raja..
di mana-mana sahaja..

esok tahun baru..
sanggupkah kita terima hakikat..
tahun baru sama sahaja seperti tahun lama..
cuma umurnya yang berbeda..

esok tahun baru..
sanggupkah kita terima hakikat...
berhamburan arak-arak menyimbahi bumi hadhari..
selepas detik 12 nanti..

ahh..
mereka peduli apa..
yang pastinya ada pesta..
pesta meragut segala yang ada...

ahh..
mereka peduli apa..
kerana arak diberi percuma..
di bumi hadhari yang kita cinta..

esok tahun baru...
tidak kira di mana sahaja kamu berada..
yang pastinya semua bahagia...
selamat tahun baru...





sifu mirza
ulu yam baru
31122008

2 comments:

SRISUFI said...

salam sifu...

selamat tahun baru buat sifu n famili..

semoga tertunai segala azam..

jemput amik kad nu yer yer sifu...

Sifu Mirza said...

salam sri..

terima kasih bebanyak atas ingatan..

& satu lagi.. kuatkan diri meredah segala ujian..

insya Allah segala usaha sri di permudahkan olehNya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails