Thursday, January 29, 2009

Memerangi Suami??


tidak kurang juga para isteri yang saban waktu memerangi suami masing-masing...
suami yang dicintai, dikasihi, disayangi sepenuh jiwa & raga satu ketika dahulu kini perlu diperangi..

perlu diperangi?

tolak ke tepi cerita kaum palestine & yahudi yang sentiasa berperang sejak dari zaman Nabi Allah Daud lagi hingga kini...

kita (suami isteri) terkadang sengaja atau terlupa akan hakikat kejadian insan ke muka bumi ini...
walaupun Allah menyatakan bahawa manusia itu adalah sesempurna makhluk ciptaanNya, manusia itu lupa bahawa dalam kesempurnaan itu Allah letakkan satu alat yang dapat membantu manusia itu untuk mencapai tahap kesempurnaan kamil @ insan kamil...

alat yang Allah letakkan itulah bernama nafsu.

setiap manusia pasti mahu menuju kesempurnaan kehidupan.
hanya dengan nafsu manusia dapat membuktikan perjalanan ke tahap kesempurnaan itu tercapai.

sudah pasti ramai yang gagal menggunakan alatan tersebut lalu kecundang malah ditunggangi pula oleh nafsu masing-masing..

berbalik kepada soal memerangi suami.

kita memerangi suami kerana pada pandangan mata kasar kita;

1. suami gagal menyempurnakan tugasan sebagai suami dari segi nafkah zahir & batin.
2. suami gagal membimbing isteri & anak-anak ke arah kebahagiaan ciptaan nafsu kita.
3. suami tidak setia & mula berjinak-jinak hingga ada ke tahap melakukan penzinaan.
4. suami lemah dari segi kepimpinan.
5. suami gagal menyelami hati budi isteri.
6. suami gagal memahami hasrat & kehendak terpendam isteri.
7. suami hilang punca dalam hidup akibat buatan orang.

perlukah kita memerangi suami lantaran perkara-perkara di atas?

ya? tidak?

'role & responsibilities' isteri acapkali diterangkan di dalam kitab suci Al-Quran.
antaranya ialah sebagai pakaian buat suami...
antaranya ialah laksana ladang buat suami...

maka sekiranya cantik isteri maka terserlahlah ke'handsome'man suami...
maka sekiranya sihat, stabil dan mantap 4 elemen diri isteri (mental, emosional, spiritual & fizikal) maka sempurnalah diri suami...

suami seperti juga isteri adalah merupakan manusia yang tidak lengkap...
suami memerlukan isteri untuk melitupi tubuh badan mereka yang 'telanjang'... sebab itulajh isteri digelar sebagai pakaian suami...

jika isteri mula meninggalkan suami, ibarat pakaian yang meliputi tubuh terpecat..maka kita boleh bayangkan bagaimana rupa manusia yang telanjang itu... segala aib dan kemaluan terserlah dan bermulalah siri peperangan di antara suami isteri...

sifir mudah... suami hanya mempunyai kapasiti sebanyak 80% dan kurang sebanyak 20% untuk jadi lengkap sempurna sebagai suami, bapa & khalifah keluarga...

20% itu biarlah isteri yang menokoknya... bukan wanita-wanita diluar sana...

jika isteri gagal menokok atau malas atau ambil lewa, sudah pasti ruang 20% itu akan diisi oleh wanita-wanita lain tidak kiralah apa status mereka...

dan jika isteri memulakan peperangan terhadap suami maka pasti 20% itu akan bertambah dari masa ke semasa sehinggalah ianya tidakmustahil menjadi 100% dan perkara yang paling ditakuti akan berlaku.... perpisahan @ penceraian.

suami baik isteri masing-masing lengkap-melengkapi antara satu sama lain...

suami perlu melengkapi 80% ruang diri isteri...utk isteri lengkap sempurna
isteri melengkapi 20% ruang diri suami...utk suami lengkap sempurna

melalui cara apa agar suami isteri lengkap-melengkapi?...

caranya.... baik sangka dan 'unconditional love'....

Wednesday, January 28, 2009

3 Hari 2 Malam : Tahun Lembu

baru ajer balik dari cuti yang separa panjang...

1st of all saya nak wish 'Happy Prosperous New Year' pada semua rakan-rakan saya yang berbangsa cina... tidak kira di mana sahaja anda berada... make 'sure' this year 'hoo liang' year... (pinjam dari iklan mee segera yang bukan dari syarikat yahudi)


pastu... Alhamdulillah, kita semua dapat menyaksikan gerhana matahari masa cuti yang lepas... memang cuaca sangat panas ketika itu (saya berada di seremban... seremban kering kontang... kata ibu saya, dah dekat 3 minggu hujan tak turun...)




jalan yang 'jem' masa pulang ke seremban Ahad lepas...

'plan B'.... saya bawak 'kolam' untuk anak-anak dengan sepupu mereka menyejukkan badan... ingat adik-adik ajer yang masuk... habis abang-abang pun join sekali.... (kalau tahu, saya bawak satu lagi kolam yang lebih besar... ;-) )

Ahad juga saya ke Ramuan Cina Kecil, Lubuk Cina, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya belah bapa... so sempatlah 'snap' foto induk-induk yang 'komplen' susah sangat nak jumpa 'dak mirza' ni.... ;)



semalam sebelum pulang ke kl, sebelah petangnya saya 'layan' anak-anak & sepupu mereka di taman permainan & rekreasi di tasik seremban, berdekatan dengan Alson Klana...

ya... seremban memang 'gersang'... sangat kering...

tapi berita yang hangat diperkatakan di seremban ialah..... cuaca panas ini ialah kerana buat masa ini Negeri Sembilan tiada mufti.... (mufti yang ada telah tidak mahu disambung lagi perkhidmatannya oleh si EmBi... katanya mufti dulu (dato' murtadza ialah pilihan Yam Tuan dan bukan pilihan si EmBi.... so bila Yam Tuan Mangkat tempohari, maka si EmBi pun nak pilih orang lain....)

pinjam stail cakap nabil.... 'kalau lu mau pilih orang lain, lu pilihlah... tapi biarlah beradap sikip EmBi oooi'... dengan yang lama lagi telah banyak berjasa kepada umat islam di negeri sembilan...

jumpa lagi...

Friday, January 23, 2009

Minyak Tak Turun ; Gula Pulak Nak Naik...

seperti yang telah diwar-warkan beberapa hari sebelum ini oleh Pak Menteri Ikan Bilis & Asam Keping, harga gula akan naik selepas Tahun Baru Cina.

untuk 'merasional'kan kenaikan itu beliau 'cuba' membawa satu analisis tentang tabiat orang malaysia terhadap gula...(nampaknya kempen MOH dilihat tak memberi berkesan tentang obesiti ni sejak dulu lagi dan sudah pun habis berjuta-juta ringgit)

dari utusan online:

Rakyat Malaysia ketagih gula

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.

Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.

Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.

‘‘Masalah ketagihan gula ini dikatakan turut menjadi punca masalah penyakit diabetes yang dihidapi 3.6 juta orang di negara ini.

‘‘Bukan itu sahaja, gula juga menjadi punca 62 peratus wanita serta 48 peratus lelaki di negara ini menghidap obesiti iaitu masalah kegemukan melampau,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai senario pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.

Minggu lalu, Shahrir mengumumkan harga gula mungkin akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, langkah itu akan dibuat berikutan harga bagi barangan tersebut telah naik di pasaran antarabangsa.

Sementara itu, menurut Shahrir, gula sekiranya diambil secara berlebihan akan menyebabkan seseorang mudah terdedah dengan penyakit batu karang, kanser, kerosakan gigi dan kencing manis.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya rakyat Malaysia bijak mengawal pengambilan gula dalam pemakanan seharian selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

Pada masa yang sama, katanya, langkah tersebut boleh dijadikan sebagai persediaan awal setiap individu di negara ini dalam menghadapi situasi kenaikan harga gula pada bulan depan.


Terima kasihlah Pak Menteri. Tak payahlah nak bawa analisis utk merasionalkan kenaikan harga gula yang tetap akan naik nanti... kalau dah nak naik, rakyat marhain boleh buat apa... orang kaya macam Pak Menteri kalau breakfast pun minum air kopi kurang manis (sebab tak nak obesiti) tapi harga air kopi pak menteri tu sama dengan harga 5 kilo gula rakyat marhain...

so malaslah nak cakap kat sini..
bila dipilih oleh rakyat, kenalah jadi 'kuli' rakyat dalam ertikata 'protect & defend' rakyat dari krisis-krisis macam ni...

dan paling penting, kalau dah tak boleh perform dengan baik, jangan pula pusing pada rakyat dan blame itu ini...

lagi satu... minyak bila nak turun? dah lama harga minyak mentah pasaran dunia berlegar di bawah USD50 setong.

jangan buat-buat diam pulak... dan saya masih mengulangi pendirian saya... kalau barang2 lain dah tak boleh kawal kenaikannya dan ada barang pula yang dulu naik dan masih tak turun-turun walau digertak;

maka ubatnya ialah TURUNKAN harga minyak... sekurang-kurangnya keperitan rakyat marhain terubat sedikit...lebih-lebih lagi dalam mengharungi ketidak tentuan ekonomi dan risiko dibuang kerja...

wasalam

Thursday, January 22, 2009

Kita Serupa Tapi Berbeda....

Dalam Air Ku Renung Biasannya...
Terpancar Wajah Seorang Aku...
Wajah Yang Sering Mendampingi...
Setiap Detik Ketika & Waktu...

Dalam Cermin Ku Renung Kilauannya...
Terpancar Lapisan Cahaya Menerangi...
Cahaya Yang Sentiasa Bersinar...
Setiap Detik Ketika & Waktu...

Dalam Inti Daging Tubuhku...
Bersusun Urat Laksana KalimahMu...
Menyirat Cahaya Ke Pelesuk Rata...
Membawa Berita Setiap Ketika...

Di Dalam Cahaya Ada Cahaya...
Memberi Tenaga Secukup Rasa...
Tidak Terlebih Tidak Terkurang...
Semuanya Tepat Dalam Bilangan...

Di Tengah Dada Timbul Pancaran...
Cahaya Bersinar Menyilau Mata...
Pancaran Sakti Menyusup Sanubari...
Dari Apa Yang DiGelar Mata Hati...

Aku Lihat Engkau Jalan Melintasi...
Susuk Tubuh Persis Di Dalam Bayangan...
Cukup Serba Serbi Dalam Penciptaan...
Namun Ku Gagal Melihat Kilauanmu...

Kau Masih Lagi Berada Di Situ...
Di Pangkal Jalan Di Bibir Bayang...
Terus Terketar Kaki Dan Tangan...
Belum Terensot Seinci Jua...

Kau Lihat Cahaya Di Hujung Jalan...
Memancar Tubuhmu Mencipta Bayang...
Bayang Yang Pasti Musnah Tanpa Cahaya...
Namun Kau Kagum Dengan Kelibatmu itu...

Bayangan Hidup Adalah Fatamorgana...
Tanpa Wajah Tetapi Bersusuk Gagah...
Mempersona Manusia Dalam Kegelapan...
Alpa Terus Kepada Kejadian...

Kau Lihat Kita Serupa Serba Serbinya...
Namun Kau Lupa Pada Tangga Yang Ada...
Tersedia Laksana 7 Tingkat Firdaus...
Menanti Laksana 7 Jurang Jahannam...

Wahai Kawan Yang Masih DiIngatan...
Renunglah WajahMu Di Dalam Air...
Tenunglah RupaMu Di Depan Cermin...
Terimalah Hakikat Walaupun Pahit...

Kita Memang Sekilas Serupa...
Tetapi Memang Pastinya Berbeda...
Cukuplah Sampai Di Sini Sahaja...
Kerna Esok Matahari Kita Pasti Berbeda...


sifu mirza
ulu yam
220109

Get Your Fact/s Right...

(gambar hiasan : akhbar hari ahad selepas PR memenangi PRK P36... sebelah kiri surat khabar 'orang melayu' yang terkenal dengan hati budi serta lemah lembutnya termasuk peratus pengidap sakit PHD yang tertinggi di dunia.... manakala sebelah kanan ialah surat khabar 'orang cina'..... cuba tengok cara mereka melapurkan keputusan prk tersebut... p/s: sebab tu melayu tak maju-maju...)

salam...

antara masalah yang kita semua mungkin kadang-kadang hadapi ialah 'gagal' mengemukakan fakta secara tepat atau hampir tepat.

mat saleh selalu kata 'get your fact/s right' before you open your mouth...
tafsir ayat di atas ialah; pastikan fakta awak betul sebelum mula berbicara..

kegagalan kita mendapatkan fakta dengan tepat atau betul adalah berdasarkan masalah komunikasi, masalah pendedahan kepada situasi, masalah kurang ilmu terhadap topik dsbnya...

jika masalah komunikasi yang timbul maka langkah peningkatan tahap komunikasi perlu diambil seperti mendapatkan maklumat secara tepat atau '1st hand info' atau terus kepada pemberi maklumat itu sendiri bukannya orang kedua, ketiga dsbnya...

jika masalah pendedahan kepada situasi timbul maka langkah penganalisaan dan penilaian secara objektif diperlukan untuk memastikan maklumat yang diterima tepat...

jika masalah kurang ilmu dihadapi, maka cara yang paling mudah ialah mempertingkatkan ilmu dalam bidang tertentu yang berkaitan ataupun hanya memberi pendapat, saranan, cadangan sejajar dengan keupayaan ilmu di dada...

memang ramai manusia yang kita temui gagal membawa maklumat serta fakta yang tepat dalam satu-satu situasi, perbincangan dan perbualan... kebanyakkannya hanya 'cut & paste' sahaja fakta, maklumat yang diterima dan lebih malang lagi fakta & maklumat itu di'tambah perisa' mengikut kesedapan masing-masing...

pepatah menyatakan;

jika kita tahu ilmu sebatang 'alif'... maka pergunakanlah sebaiknya ilmu itu...
dan jangan sesekali nak cerita pasal 'ba' pula...

kerana bila bercerita tentang 'ba' nanti, kita akan membawa fakta serta maklumat yang salah malah dikhuatiri akan menyesatkan orang lain pula...

oleh itu atas 'pre-text' sifir menuntut ilmu yang memerlukan kesinambungan atau proses yang berterusan maka kenalah kita pergi menuntut ilmu 'ba' itu sebelum menceritakan pada orang lain...

moga kita selepas ni tergolong ke dalam golongan yang 'our fact/s are right'...insya Allah

:-)

Pejuang & Mujaddid Melayu Islam?

salam...

entri ini adalah terbuka untuk pemahaman diri masing-masing... :-)





al-kisahnya...

Wednesday, January 21, 2009

Bila Detik Terhenti...


salam semua...

banyak perkara yang berlaku disekeliling saya yang masih ada di kotak memori untuk diluahkan di sini...

namun keterbatasan waktu membuatkan perkara itu dari status 'pokok' bertukar menjadi ranting...

kemenangan Pakatan Rakyat (Parti Pas) di PRK, P36 Kuala Terengganu juga adalah antara perkara yang ingin saya lontarkan sedikit analisis...

malam itu saya 'memaksimakan' input akan analisa keputusan pilihanraya kecil tersebut; dari siaran Astro Awani, saya menjengah ke Bernama TV, merayau di portal-portal berita laman web seperti Malaysiakini, hingga laman-laman blog journo-journo veteran yang mengulas serta memberi pandangan mereka.

apa yang pasti, masyarakat kuala terengganu khususnya telah membuat keputusan menerusi proses demokrasi negara kita untuk memilih wakil mereka di parlimen @ dewan rakyat.

analisis saya: kebosanan corak kempen 'abc' sudah ketinggalan zaman. (abc = ampu, bodek, cucuk)
analisis saya: setiap calon dinilai serba serbi, atas bawah depan belakang termasuk partai politik yang mereka wakili.
analisis saya: penggundi muda sekarang ini adalah penentu kepada corak @ landskap masa depan negara & untuk memenangi satu-satu pilihanraya maka 'penetration' perlu ditujukan kepada kelompok 'meet uncle husin' ini... :-)

ok cukup di situ.

saya sendiri kini sedang mengalami satu keadaan di mana saya merasakan 'detik masa' itu terhenti seketika...

semua manusia pegun dan kaku...
sedang zaman terus berlalu...

mungkin ini satu ilusi...
tetapi ianya benar-benar berlaku...
di dalam dunia saya...
di dalam alam semesta ini...
dalam perjalanan hidup ini...

......

Monday, January 19, 2009

Cerita Last Weekend...

salam semua...

last weekend saya bersama warga MBSB (ibu pejabat) melunaskan program latihan berjudul 'Sikap Kerja Positif'...

Alhamdulillah...program berjalan lancar & banyak ilmu yang dikongsi serta bertukar tangan sepanjang 2 hari tersebut...



ini bukan di gaza..tetapi bangunan (sppk) bersebelahan dengan wisma mbsb yang sedang diruntuhkan.. so adalah sikit gangguan bunyi...

wisma mbsb yang megah berdiri di jalan dungun, damansara...

kumpulan 'G-Hard'

kumpulan 'Setia'

kumpulan 'Go-Ku'

kumpulan 'X-Factor'


to all great participants.... All The Best!

Friday, January 16, 2009

Alhamdulillah; It's Always Friday...

salam semua...

Jumaat seperti yang kita tahu ialah Penghulu segala hari.

atas dasar ianya 'penghulu' maka kebanyakkan negara atau negeri Islam akan mengisytihar hari Jumaat sebagai cuti umum.

kita juga tahu, pada hari Jumaat, semua kaum muslimin akan pergi ke masjid untuk menunaikan sholat Fardhu Jumaat.

Sholat Fardhu Jumaat antara rukunnya ialah khutbah.

Khutbah itu dalam ertikata 'sepatutnya' adalah merupakan 'syarahan ilmu, nasihat, motivasi serta 'updates' terkini tentang perihal agama samada dari segi sosial, ekonomi, fatwa, hukum dsbnya.

Kerana beberapa keistimewaan Jumaat, maka wajarlah umat Islam bergembira menanti hadirnya Jumaat setiap minggu.

(sama seperti negara atau negeri kaum Kristian yang mengutamakan hari Ahad sebagaimana kita mengutamakan Jumaat. Umat Kristian juga pada hari Ahad akan ke gereja dan meluangkan masa hari tersebut bersama-sama keluarga, rakan dsbnya)

Apapun entri kali ini ialah berkisar tentang apa yang berlaku sejak Disember lalu hingga hari ini pada diri saya sebahagiannya dan firma saya khususnya.

Kami 'se ofis' sebenarnya memulakan tahun baru hijriah & masihi dengan berhijrah ke ofis baru.

Setelah 2 tahun berada di ofis lama (yang banyak berjasa kepada kami) akhirnya kami diberi rezqi untuk berhijrah ke ofis yang lebih selesa serta ada pula ruangan untuk bilik latihan.

sekitar foto yang saya ingin kongsikan buat anda semua...


OFIS LAMA...

meja-meja yang telah dibuka & menanti untuk diangkut oleh movers... ruang utama ofis

staff-staff yang penuh efisyen hingga tak sempat nak ambil foto mereka..

bilik saya... dah takda kerusi & meja.. tinggal treatment bed ajer & book shelves

fontage & 'lobby' ofis lama.. tinggal kenangan...terima kasih atas jasamu


OFIS BARU....


ruang ofis utama yang baru... lebih selesa

staff-staff yang dedikasi & berdaya maju...

penyeri firma saya....

ruang latihan yang boleh memuatkan sehingga 20 peserta kursus...

meja-meja serta kerusi yang baru sampai dan baru disusun... tak sempat beli alas meja lagi.. :-)

pandangan trainer dari depan...

ahlan wasahlan... jemput datang ke ruang pejabat saya & partner...

sudut kerja saya ; maaf... masih belum sempat organize (wardrobe locker tak sampai lagi, almari utk beberang dalam kotak tu pun masih tak sampai lagi)... treatment bed untuk Reiki Healing Session...

perkara yang saya bawa ke mana-mana... frame atas - foto dengan partner, frame kedua - wang kertas brunei, frame ketiga - foto dengan wife & last sekali - kalender 'kuda' (senang nak tengok & mark dates utk training & consultancy program)...

last but not least...

Syukur Alhamdulillah Yang Tidak Terhingga Buat Mu Robbul Jaleel kerana mempermudahkan segala urusan, mempermudahkan kehadiran rezqi, rahmat, taufiq serta hidayah buat kami...

dan... yang paling penting everything happened on Friday... (ini bukan co-incidence sebab dalam Islam tiada istilah co-insidence atau 'kebetulan'...) melainkan semuanya rancangan Allah Yang Maha Esa...

:-)

Wednesday, January 14, 2009

Yang Bernama Hati...

Kurang 15 ratus tahun lampau...
Junjungan ada menyatakan tentang satu perkara...
Perkara penting lagi utama...
Yang ada dalam diri manusia.


"Jazman masih lagi di dalam pesawat ringan transit landasan (lrt). Jarum pendek jam di lengan kiri yang dibeli dari pelajar Negro yang curi-curi berniaga sudah mengensot ke angka delapan waktu malam.

Jazman pura-pura tidur. Kelopak matanya dibuka sekitar 1mm, cukup ruang untuk dia menjeling ke kiri atau ke kanan takut-takut ada ibu-ibu yang mengandung atau nenek-nenek tua. Bukan apa, dia akan terus memejamkan mata jika ternampak."


Kata Junjungan Mulia...
Dalam diri manusia itu ada seketul daging...
Baik daging itu, baiklah manusia itu...
Busuk daging itu, begitulah keadaan manusia itu...


"Halooo...assala mualaikum Tuan Kaza, apa khabar? lama tak dengar cerita...ini Syed...Syed lah. kau buat apa sekarang? masih bisnes yang dulu ker? atau dah buat bisnes lain? ker dah kaya ni? diam ajer tak dengar berita....' laungan Syed menerusi copong speaker Nokia N96 Kazar.

Wa alaikum salam.. Alhamdulillah aku masih buat bisnes yang dulu, kau apa khabar? balas Kaza ringkas walaupun rimas dengan tekanan mukaddimah Syed tadi.

Aku camnilah Za.. adalah 2,3 projek.. besar jugak tengah nak 'deal' ni.. kau bila nak turun Tioman, Za? balas Syed sedikit lemah nadanya dan ada sangkutan tonasi suaranya.

Kaza memang arif benar dengan Syed. Cerita yang Syed mahu dengar setiap kali mendail talipon ialah cerita Kaza di zaman kesusahan. Cerita Kaza hutang keliling pinggang. Cerita Kaza tutup bisnes. Itu dulu.

Syed masih macam dulu. Kaza kini ber mercedes 'S Class' baru.
Syed masih ingat Kaza macam Kaza yang dulu. Kaza yang dulu persis Syed sekarang. Itu dulu.

Oklah Syed, nanti aku 'call' kau bila aku turun Tioman. Lagipun sekarang aku tengah uruskan majlis pelancaran produk aku di 38 buah negara seluruh dunia. Alhamdulillah, rezki.


Tanya Sahabat Junjungan..
Apakah daging itu Ya Kekasih Allah...
Daging itu ialah Hati..
Qalbu..


Monday, January 12, 2009

Amerika & Israel Cari USD 7 Trillion

salam semangat dari Gaza...

minggu lepas saya sempat membelek akhbar The Star dan terpaku dengan satu berita dari luar negara.

berita tersebut membawa kenyataan Presiden US yang baru Barrack Obama bahawa Amerika Syarikat berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang akan menyaksikan defisit akaun sebanyak US Dollar 7 Trillion....( Thousand -> Million -> Billion -> Trillion) = 7 Ribu Billion USD = 7,000,000,000,000 (12 huruf kosong dibelakang 7)

tahu atau tidak tahu tentang cara Amerika ini menghadapi kemelesetan ekonomi ini mudah ajer...

apakah cara yang selalu dipraktikan oleh Amerika Syarikat untuk mendapatkan wang dengan cara yang pantas?

2 contoh sebelum ini telah terzahir semasa konflik timur tengah di mana;

1. peperangan saudara selama 7 tahun antara Iraq & Iran.
2. penaklukan Iraq terhadap Kuwait.

utk peperangan di antara Iraq & Iran, Amerika Syarikat adalah merupakan pembekal senjata ketenteraan kepada Iraq... pesanan senjata, peluru serta kelengkapan perang dari Iraq sahaja berjumlah berbilion-bilion USD.
Iraq tiada masalah untuk membayarnya kerana mereka adalah pengeluar minyak dunia (lebih banyak dari Amerika sendiri)

untuk penaklukan Iraq terhadap Kuwait, Amerika Syarikat sekali lagi beruntung kerana mendapat kontrak berbilion USD untuk;

1. kawalan dan senjata peperangan untuk Arab Saudi (Arab Saudi takut akan diserang oleh Iraq)
2. serangan ke atas Iraq
3. sistem pertahanan baru Kuwait

apa yang Amerika Syarikat untung?... angka keuntungan mereka mencecah ke paras trilion USD untuk 3 perkara di atas.

dan lebih menguntungkan ialah kontrak-kontrak 'oil & gas' dari kerajaan Iraq (boneka) yang baru untuk syarikat-syarikat Amerika yang berjumlah trilion USD untuk jangkamasa yang panjang.

angka-angka di atas ialah untuk jangkamasa panjang dan kini untuk menghadapi krisis ekonomi yang baru di bawah pimpinan Obama, Amerika terpaksa mencari jalan serta helah baru untuk mendapatkan wang dengan cepat.

dan kita sudah amat arif tentang penguasaan kaum Yahudi terhadap ekonomi, politik serta budaya Amerika, maka cara yang paling cepat bagi mendapatkan wang ialah dengan cara mewujudkan peperangan baru.

kini di Gaza, tentera Yahudi Zionist sedang 'mengumpan' negara-negara Arab di sekeliling yang kaya dengan minyak untuk turut sama dalam kancah peperangan yang sedang berlansung.

namun seperti yang kita saksikan, 2 negara yang sememangnya Israel & Amerika mahu meraka 'melatah' ialah Iran & Syria (2 negara ini dinobatkab oleh Amerika sebagai paksi kejahatan).

kedua-dua negara ini kaya dengan minyak.

jika Iran melatah maka Amerika & Israel Zionist akan gembira dan akan menghancurkan 'tembok' terakhir Negara Islam Yang Berkuasa (negara Islam lain semuanya habis dicucuk hidung).

Iran & Syria ketika ini sedang dalan keadaan 200% berjaga-jaga.. bersedia dengan segala kemungkinan berlakunya peperangan yang tidak diingini.

Amerika & Israel juga berfikir panjang kerana jika mereka menyerang Iran, maka Rusia & Cina akan turun membantu Iran (negara Islam lain hanya mampu berdoa sahaja lah.. sebab kebanyakkannya sudah jadi lebih Amerika dari Amerika itu sendiri, lebih yahudi dari yahudi itu sendiri)

malangnya Gaza menjadi mangsa...

simpati yang tidak terkata buat saudara Islam kita di Gaza... moga jihad mereka menjadi bekalan yang bakal menempatkan mereka di syurga Allah...Insya Allah..

nak menghantar sebutir peluru kepada mereka pun kita boleh 'terkencing' dalam seluar... inikan pula nak pijak bendera negara Paksi Kekafiran itu...

wama karu mama karullah... wallah hu khairul makirin...

Friday, January 09, 2009

Palestine Oh Palestine...

Sejak Salahuddin Mengembalikan Al-Aqsa & Palestine ke tangan-tangan para muslim...
Sejak itu dendam mereka-mereka semakin membara...
Mereka-mereka menanam tekad dan azam untuk membalas dendam yang menyala...

Hati-hati hitam itu tidak pernah putih terhadap para muslim..
Hati-hati hitam itu tidak pernah lewa terhadap para muslim..

Maka mereka-mereka menyusun corak perang yang baru..
Terus-terusan tanpa disedari oleh para muslim..

Perang itu bermula di saat si bailan & ratu England meninggalkan Palestine..
Dendam itu mereka-mereka sorok di balik senyuman yang mempersona..

Dari saat itu segalanya bermula... strategi menghancurkan Islam dicorak..
Dari saat itulah pula para Muslim mula leka, hanyut dan mula haloba..
Seolah tiada petaka yang akan tiba..

Hari ini warga Palestine dipijak, ditembak, digilis, dihiris, dilenyek sesukanya..
Hari ini warga Palestine kaku, bisu, gamam, lemah, longlai tidak bermaya..
Seolah kiamat bila-bila...

Semua dunia tahu Palestine sedang menderita.. sengsara..
Jiran sebangsa seagama hanya mampu melihat sahaja..
Tidak tergoncang pun iman di dada... kalau ada..

Hanya doa dari kejauhan yang mampu dihantar kesana..
Jauh sekali untuk mengangkat senjata bersama-sama..
Kerana mampu diri sudah tidak ada..


sifu mirza
uluyam
090109

Thursday, January 08, 2009

Mencari 'Mithali' Suami


Ramai Isteri Yang Terperangkap...
Ibarat Terlajak Kata Bukan Perahu...
Manis Janji dikota Masa Lalu...
Rupanya Igauan Datang Bertalu-talu..

Ramai Isteri Yang Menderita...
Tiada Lagi Air Mata Menjurai Di Pipi...
Kering Tandus Dalam Hiba...
Kerana Semua Mimpi Tidak Serupa...

Ramai Isteri Terkapai-kapai...
Mendamba Hadir Seorang Mithali...
Mengharap Hadir Mithali Sejati...
Dari Diri Seorang Suami...

Adakah Tiada Sekelumit Tanda...
Menjadi Pati Hadirnya Mithali...
Dalam Diri Seorang Suami...
Yang Pernah Dilihat Di Dalam Mimpi...

Mana Dia Mithali Suami Itu...
Mustahil Tiada Sekelumit Cebis...
Kerana Ia Bekalan Kehidupan...
Dari Kehidupan Yang Azali...

Mencari Mithali Suami Satu Harapan...
Setiap Isteri Siang Dan Malam...
Biar Kering Air Di Mata...
Mudah-mudahan Bertemulah Ia...

Mungkin Juga Suami Terleka...
Leka Yang Panjang Hingga Terlupa...
Mithali Diri Hilang Kemana...
Sedang Ia Ada Di Depan Muka...

Tanpa Mithali Hilanglah Warna...
Tiada Mithali Lupuslah Kasih...
Tanpa Mithali Lenyaplah Sayang...
Tiada Mithali Geringlah Cinta...

Carilah Mithali Suami Yang Hilang Itu...
Biar Badai Tak Putus Kunjungnya...
Biar Tandus Air Di Hujung Mata...
Kerana Mithali Itu Pasti Menanti...



sifu mirza
uluyam
080109

Wednesday, January 07, 2009

IJN Terselamat dari ditelan SIME Darby?



salam...

pagi tadi semasa memandu saya terdengar info sinar, antara tajuk info ialah pembatalan niat serta hasrat Syarikat Konglomerat dan Perladangan TERBESAR di DUNIA Sime Darby daripada 'mengambilalih' (kununnya istilah lembut 'bekerjasama') dengan Institut Jantung Negara...

alasan yang diberi ialah pihak Sime Darby akur dengan 'kehendak' rakyat yang membantah proses serta niat pengambilalihan itu...

saya teringat satu komen ringkas seorang pakar ekonomi 'bebas' (bebas maksud saya ialah tangan mereka tidak diikat ke belakang untuk berkata-kata)...
komen pakar ni 'simple' ajer.... jika SIME Darby ada wang yang begitu banyak sehingga mampu mengambil alih Insititut Jantung Negara, mengapa SIME tidak gunakan wang tersebut untuk MEMBINA HOSPITAL JANTUNG MEREKA SENDIRI?...

jadi adalah cerita yang rakyat tak tahu... (maknanya ada puzzle yang tersembunyi serta tangan-tangan yang cuba menanguk di air keroh utk buat banyak duit....dan sudah tentu menindas golongan marhain..)

syukur Alhamdulillah..'setakat' ini..hasrat sime itu di batal ke di tunda ke dsbnya kita tak tahu...

tapi apa yang menarik... sebelum Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ini... banyaklah janji, pelan perancangan, dsbnya yang ditabur... dan dengan harga minyak sekitar 45 dollar se barrel... janganlah Dato' Shahrir buat 'bodoh' ajer...

kurang-kurang kena turun lagi 20 sen...

hai... negaraku Malaysia....

Monday, January 05, 2009

Siapa Kawan Siapa Sahabat?


Siapa kawan?
Kata orang kawan tu ramai masa ketawa...
Tapi aku bisa juga ketemu kawan yang tumpang menangis..
Tapi tangisannya 'tak real'... aku tahu...

Siapa sahabat?
Kata orang sahabat ni memadai dengan satu..
Tapi aku bisa juga ketemu orang yang katanya sahabat..
Tapi lakonannya 'tak real'... aku tahu...

Siapa kawan?
Kata orang kawan tu lari masa kita susah..
Tapi aku bisa juga ketemu kawan yang ada masa sedih..
Tapi adanya dia 'tak real'... aku tahu..

Siapa sahabat?
Kata orang sahabat itu susah senang ada di sisi..
Tapi aku bisa juga ketemu orang yang ada di sisi selalu..
Tapi adanya di sisi 'tak real'... aku tahu...

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan tu semua orang yang kita ketemu...
Mungkin lama kita kenal dia..
Mungkin baru kenal sekejap tadi..

Siapa kawan siapa sahabat?
Sahabat tu tak 'declare' dia sahabat...
Mungkin dia tahu dia sahabat kita...
Mungkin dia tak mahu kita tahu...

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan dan sahabat boleh kita kenal...
Cuba tabur sikit 'gula pasir' kat depan kita...
Ramai kawan yang datang tetiba..

Siapa kawan siapa sahabat?
Kawan dan sahabat boleh kita cam..
Cuba buat cerita sedih sikit...
Sahabat akan 'comfort' tapi kawan akan tambah 'cili'...

Siapa kawan siapa sahabat anda?
Cuba periksa balik..
Cuba halusi balik...
List-list nama yang ada...


sifu mirza
uluyam
050109

Thursday, January 01, 2009

Terima Kasih Atas Ingatan..

salam semua...

saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas semua ucapan selamat serta doa yang saya terima samada menerusi ruangan komentar, mesej, khidmat pesanan ringkas (sms), verbal dsbnya sempena Tahun Baru 2009...

doa saya buat anda semua, mudah-mudahan segala perancangan semada jangka pendek atau jangka panjang, semua impian, semua hajat, semua keinginan akan dipermudahkan oleh Tuhan untuk kita gapai... jika tidak semua sekurang-kurangnya 70 - 80% pencapaiannya... Insya Allah..

memenuhi hajat dua rakan yang bersusah payah buatkan kad greeting... saya 'lekatkan' kat bawah tu kad mereka...



yang ni dari srisufi...seorang yang sangat puitis tetapi sensitif tentang kehidupan...



yang ni dari fiza nordin... seorang yang tabah dan pandai memasak...




yang ni pula dari yani yang 'sempoi'... dari negeri bawah bayu...


klik kad tersebut dan anda akan ke blog srisufi, fiza & yani...

terima kasih sekali lagi buat semua yang saya sayangi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails