Friday, January 09, 2009

Palestine Oh Palestine...

Sejak Salahuddin Mengembalikan Al-Aqsa & Palestine ke tangan-tangan para muslim...
Sejak itu dendam mereka-mereka semakin membara...
Mereka-mereka menanam tekad dan azam untuk membalas dendam yang menyala...

Hati-hati hitam itu tidak pernah putih terhadap para muslim..
Hati-hati hitam itu tidak pernah lewa terhadap para muslim..

Maka mereka-mereka menyusun corak perang yang baru..
Terus-terusan tanpa disedari oleh para muslim..

Perang itu bermula di saat si bailan & ratu England meninggalkan Palestine..
Dendam itu mereka-mereka sorok di balik senyuman yang mempersona..

Dari saat itu segalanya bermula... strategi menghancurkan Islam dicorak..
Dari saat itulah pula para Muslim mula leka, hanyut dan mula haloba..
Seolah tiada petaka yang akan tiba..

Hari ini warga Palestine dipijak, ditembak, digilis, dihiris, dilenyek sesukanya..
Hari ini warga Palestine kaku, bisu, gamam, lemah, longlai tidak bermaya..
Seolah kiamat bila-bila...

Semua dunia tahu Palestine sedang menderita.. sengsara..
Jiran sebangsa seagama hanya mampu melihat sahaja..
Tidak tergoncang pun iman di dada... kalau ada..

Hanya doa dari kejauhan yang mampu dihantar kesana..
Jauh sekali untuk mengangkat senjata bersama-sama..
Kerana mampu diri sudah tidak ada..


sifu mirza
uluyam
090109

4 comments:

SRISUFI said...

salam sifu...

hhhuuurrrmmm..
keluhan lagi...baru sempat intai2 blog sekalian...

semoga syurgalah tempat mereka..kredit buat kita semua yang doakan mereka..

lumpuhkan zionis...hapuskan Yahudi laknatullah...hanya menunggu janji NYA...Islam pasti menang

Iliana said...

salam ziarah..

doa buat mereka..semoga mereka di sana terbela

Sifu Mirza said...

salam sri...

sibuknya...
apapun moga kesihatan terpelihara..

:-)

Sifu Mirza said...

ameen yana...

moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi apa yang rakan muslim lain tidak hadapi...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails