untuk 'merasional'kan kenaikan itu beliau 'cuba' membawa satu analisis tentang tabiat orang malaysia terhadap gula...(nampaknya kempen MOH dilihat tak memberi berkesan tentang obesiti ni sejak dulu lagi dan sudah pun habis berjuta-juta ringgit)
dari utusan online:
Rakyat Malaysia ketagih gula
KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil 25 sudu teh atau 125 gram gula sehari.
Jumlah itu bersamaan dengan 3.75 kilogram atau 750 sudu teh sebulan.
Hasil kajian itu tahun lalu, Kementerian Kesihatan merumuskan kira-kira 95 peratus rakyat di negara ini dikategorikan sebagai penghidap masalah ketagihan gula dalam pemakanan seharian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, corak pengambilan itu juga secara tidak langsung menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna gula yang paling tinggi di Asia Tenggara.
‘‘Masalah ketagihan gula ini dikatakan turut menjadi punca masalah penyakit diabetes yang dihidapi 3.6 juta orang di negara ini.
‘‘Bukan itu sahaja, gula juga menjadi punca 62 peratus wanita serta 48 peratus lelaki di negara ini menghidap obesiti iaitu masalah kegemukan melampau,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai senario pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Minggu lalu, Shahrir mengumumkan harga gula mungkin akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina secara berperingkat-peringkat.
Beliau berkata, langkah itu akan dibuat berikutan harga bagi barangan tersebut telah naik di pasaran antarabangsa.
Sementara itu, menurut Shahrir, gula sekiranya diambil secara berlebihan akan menyebabkan seseorang mudah terdedah dengan penyakit batu karang, kanser, kerosakan gigi dan kencing manis.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya rakyat Malaysia bijak mengawal pengambilan gula dalam pemakanan seharian selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.
Pada masa yang sama, katanya, langkah tersebut boleh dijadikan sebagai persediaan awal setiap individu di negara ini dalam menghadapi situasi kenaikan harga gula pada bulan depan.
Terima kasihlah Pak Menteri. Tak payahlah nak bawa analisis utk merasionalkan kenaikan harga gula yang tetap akan naik nanti... kalau dah nak naik, rakyat marhain boleh buat apa... orang kaya macam Pak Menteri kalau breakfast pun minum air kopi kurang manis (sebab tak nak obesiti) tapi harga air kopi pak menteri tu sama dengan harga 5 kilo gula rakyat marhain...
so malaslah nak cakap kat sini..
bila dipilih oleh rakyat, kenalah jadi 'kuli' rakyat dalam ertikata 'protect & defend' rakyat dari krisis-krisis macam ni...
dan paling penting, kalau dah tak boleh perform dengan baik, jangan pula pusing pada rakyat dan blame itu ini...
lagi satu... minyak bila nak turun? dah lama harga minyak mentah pasaran dunia berlegar di bawah USD50 setong.
jangan buat-buat diam pulak... dan saya masih mengulangi pendirian saya... kalau barang2 lain dah tak boleh kawal kenaikannya dan ada barang pula yang dulu naik dan masih tak turun-turun walau digertak;
maka ubatnya ialah TURUNKAN harga minyak... sekurang-kurangnya keperitan rakyat marhain terubat sedikit...lebih-lebih lagi dalam mengharungi ketidak tentuan ekonomi dan risiko dibuang kerja...
wasalam
5 comments:
adoiiii...
igtkan nak turun la minyak...
rupanya, nak naikkan lg harga brg...
'LOGIK' sungguh alasannya :S
begitulah ceritanya kts...
terhimpit...
dihimpit...
tersepit...
:-)
klu ikt kajian, cme 30% je gula yg ada kt dlm negara ni adlh gula tmptn..70& lg import..punya la kuat mkn gula org m'sia ni kn
yana...
last weekend punya news, depa kata kita import 90% gula utk kegunaan tempatan..
so ini salah satu lagi 'weakest' point dari segi ekonomi.. local punya supply terlalu sikit utk imbangi import...
gula oh gula..utk kita2 ni mmg tak terasa sangat,tp utk org bisnes air/kek cthnye..mmg terasa yang kenaikan harga brg2 camni membebankan.
Emm,nak boikot tak boleh..so,alternatif lain,kita kurangkan ajelah pengambilan gula ni,bagus jgk utk kesihatan kan Sifu Mirza..?
Post a Comment