Wednesday, January 21, 2009
Bila Detik Terhenti...
salam semua...
banyak perkara yang berlaku disekeliling saya yang masih ada di kotak memori untuk diluahkan di sini...
namun keterbatasan waktu membuatkan perkara itu dari status 'pokok' bertukar menjadi ranting...
kemenangan Pakatan Rakyat (Parti Pas) di PRK, P36 Kuala Terengganu juga adalah antara perkara yang ingin saya lontarkan sedikit analisis...
malam itu saya 'memaksimakan' input akan analisa keputusan pilihanraya kecil tersebut; dari siaran Astro Awani, saya menjengah ke Bernama TV, merayau di portal-portal berita laman web seperti Malaysiakini, hingga laman-laman blog journo-journo veteran yang mengulas serta memberi pandangan mereka.
apa yang pasti, masyarakat kuala terengganu khususnya telah membuat keputusan menerusi proses demokrasi negara kita untuk memilih wakil mereka di parlimen @ dewan rakyat.
analisis saya: kebosanan corak kempen 'abc' sudah ketinggalan zaman. (abc = ampu, bodek, cucuk)
analisis saya: setiap calon dinilai serba serbi, atas bawah depan belakang termasuk partai politik yang mereka wakili.
analisis saya: penggundi muda sekarang ini adalah penentu kepada corak @ landskap masa depan negara & untuk memenangi satu-satu pilihanraya maka 'penetration' perlu ditujukan kepada kelompok 'meet uncle husin' ini... :-)
ok cukup di situ.
saya sendiri kini sedang mengalami satu keadaan di mana saya merasakan 'detik masa' itu terhenti seketika...
semua manusia pegun dan kaku...
sedang zaman terus berlalu...
mungkin ini satu ilusi...
tetapi ianya benar-benar berlaku...
di dalam dunia saya...
di dalam alam semesta ini...
dalam perjalanan hidup ini...
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam sifu..
waaa...tepat sekali. kini, rakyat dah semakin membuka mata. dan pengancam utama bagi saya adalah mahasiswa. seperti di Indonesia, mahasiswa berkuasa lebih berbanding kerajaan..
Pihak yg kalah masih belum sedar daripada mimpi indah mereka. Bahawa zaman semakin pantas bertukar. Pengundi dewasa dulu2 sudah tua2, yang dulu2 kecil sekarang sudah dewasa. mereka melalui proses belajar dan dapat menilai buruk baik calon tanpa perlu disogok2 :)
salam yana...
ya begitulah putaran atau evolusi penduduk di negara ini...
roda yang semakin naik ini ialah roda part rakyat muda-mudi menguasai komposisi utama...
:-)
salam zalisa...
yang masih tak reti bahasa.. sebenarnya ada tempat yang menanti mereka sedikit masa nanti...
tempat itu ialah 'muzium negara'..
kat sana nanti boleh pamir bahan sejarah berkenaan mereka seperti; bendera, logo, senjata dsbnya...
:-)
Analisis saya :
Mereka tidak pernah mahu belajar dari kesilapan, malah keris yang berkarat itu juga yg mahu di julang, berpantang maut sebelum ajal namum nak mengalah sebelum berjuang itu bukan anak Melayu namanya..kononnya...
analisis awak memang benar shemmi...
ada jenis orang yang berprinsip 'alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan'
prinsip yang baik dalam melaksanakan tugasan untuk mencapai objektif..
tapi tanpa disedari, tugasan serta objektif yang tersasar juga menggunapakai prinsip yang sama..
so, yang salah bukan prinsip tapi perbuatan, niat serta lafaz seseorang itu..
:-)
Post a Comment