Friday, January 16, 2009

Alhamdulillah; It's Always Friday...

salam semua...

Jumaat seperti yang kita tahu ialah Penghulu segala hari.

atas dasar ianya 'penghulu' maka kebanyakkan negara atau negeri Islam akan mengisytihar hari Jumaat sebagai cuti umum.

kita juga tahu, pada hari Jumaat, semua kaum muslimin akan pergi ke masjid untuk menunaikan sholat Fardhu Jumaat.

Sholat Fardhu Jumaat antara rukunnya ialah khutbah.

Khutbah itu dalam ertikata 'sepatutnya' adalah merupakan 'syarahan ilmu, nasihat, motivasi serta 'updates' terkini tentang perihal agama samada dari segi sosial, ekonomi, fatwa, hukum dsbnya.

Kerana beberapa keistimewaan Jumaat, maka wajarlah umat Islam bergembira menanti hadirnya Jumaat setiap minggu.

(sama seperti negara atau negeri kaum Kristian yang mengutamakan hari Ahad sebagaimana kita mengutamakan Jumaat. Umat Kristian juga pada hari Ahad akan ke gereja dan meluangkan masa hari tersebut bersama-sama keluarga, rakan dsbnya)

Apapun entri kali ini ialah berkisar tentang apa yang berlaku sejak Disember lalu hingga hari ini pada diri saya sebahagiannya dan firma saya khususnya.

Kami 'se ofis' sebenarnya memulakan tahun baru hijriah & masihi dengan berhijrah ke ofis baru.

Setelah 2 tahun berada di ofis lama (yang banyak berjasa kepada kami) akhirnya kami diberi rezqi untuk berhijrah ke ofis yang lebih selesa serta ada pula ruangan untuk bilik latihan.

sekitar foto yang saya ingin kongsikan buat anda semua...


OFIS LAMA...

meja-meja yang telah dibuka & menanti untuk diangkut oleh movers... ruang utama ofis

staff-staff yang penuh efisyen hingga tak sempat nak ambil foto mereka..

bilik saya... dah takda kerusi & meja.. tinggal treatment bed ajer & book shelves

fontage & 'lobby' ofis lama.. tinggal kenangan...terima kasih atas jasamu


OFIS BARU....


ruang ofis utama yang baru... lebih selesa

staff-staff yang dedikasi & berdaya maju...

penyeri firma saya....

ruang latihan yang boleh memuatkan sehingga 20 peserta kursus...

meja-meja serta kerusi yang baru sampai dan baru disusun... tak sempat beli alas meja lagi.. :-)

pandangan trainer dari depan...

ahlan wasahlan... jemput datang ke ruang pejabat saya & partner...

sudut kerja saya ; maaf... masih belum sempat organize (wardrobe locker tak sampai lagi, almari utk beberang dalam kotak tu pun masih tak sampai lagi)... treatment bed untuk Reiki Healing Session...

perkara yang saya bawa ke mana-mana... frame atas - foto dengan partner, frame kedua - wang kertas brunei, frame ketiga - foto dengan wife & last sekali - kalender 'kuda' (senang nak tengok & mark dates utk training & consultancy program)...

last but not least...

Syukur Alhamdulillah Yang Tidak Terhingga Buat Mu Robbul Jaleel kerana mempermudahkan segala urusan, mempermudahkan kehadiran rezqi, rahmat, taufiq serta hidayah buat kami...

dan... yang paling penting everything happened on Friday... (ini bukan co-incidence sebab dalam Islam tiada istilah co-insidence atau 'kebetulan'...) melainkan semuanya rancangan Allah Yang Maha Esa...

:-)

18 comments:

KTS said...

hari ini memang hari Jumaat... :)

Sifu Mirza said...

puteri kts...

:-)

bijak...

kuIna said...

huwa..... sy keja hari jumaat tp suami cuti hari jumaat

opis baru erk... moga lebih succs & murah rezeki.

Sifu Mirza said...

jangan nangis kulna...

suami memang kena cuti hari jumaat sebenarnya... :-)

apapun, terima kasih atas doa awak..

jemputlah datang.. :-)

Anonymous said...

Salam Maju Jaya buat Sifu Mirza...May Allah swt bless your family and you today and always...saya rindu hari JUMAAT di Malaysia...:-)

SRISUFI said...

salam bahagia buat sifu...

tahniah penghijrahan ke pejabat yg lebih luas gamaknya...harapan sri utk dtg ke sana 1 hari nanti..

hehehe....

mahu contohi 'bijak' nya sifu...

:)

Sifu Mirza said...

salam dari kejauhan faiza...

syukran jazilan atas doa anda..

doa saya juga agar awak terus sukses menjadi seorang insan yang berjiwa tenang lagi yakin...

:-)

Sifu Mirza said...

salam buat insan yang bergelar srisufi...

kalungan 7 bunga tanda terima kasih..
buat srisufi yang sentiasa tabah..

pintu sentiasa terbuka menyambut srisufi bertandang..

:-)

Iliana said...

wahhh~ sudut kerja pun ada katil ke sifu...kagum kagum

Sifu Mirza said...

yesszaa yana....

Itu katil Reiki Treatment... :-)

Tapi memang ada kat sebelah.. Tapi kalau stay back, jadilah tempat beradu...

nadinezuharra said...

seronok ya dapat bertukar angin..sempena tahun baru ni moga2 apa yang sifu azamkan utk diri dan jg syarikat tercapai semuanya..insyaAllah..

Anonymous said...

salam, tahniah n selamat

Sifu Mirza said...

salam nadine...

memang seronok bertukar angin...
lebih seronok bila nengok staff heppi kat ofis baru...

thanks atas doa awak...
moga awak juga terus sukses..

Sifu Mirza said...

salam kembali Anon,

syukran jazilan, insya Allah

Anonymous said...

Salam Sifu & frens.....,
Alfu Mabruk...rezki yang lancar, rahmat yang melimpah...syukur yang tak terhingga....
kat mana opis baru tu ya...? mana tahu kot lalu sana , boleh singgah..

Sifu Mirza said...

salam kak lisa..

ofis baru kat pusat bandar puchong, depan plaza perabot 2020, belakang nissan & maybank..

silalah datang...

:-)

Shemmi said...

Semoga terus sukses ye Sifu Mirza..

tahun baru, impian baru, semangat baru, umur baru...wajah tetap lama...(awet muda!)

hehe...

Sifu Mirza said...

salam shemmi...

terima kasih atas doa awak...
doa saya awak juga terus sukses!..

ya..tang wajah tu tetap macam tu.. uban pun masih sama bilangannya..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails