Wednesday, January 07, 2009

IJN Terselamat dari ditelan SIME Darby?



salam...

pagi tadi semasa memandu saya terdengar info sinar, antara tajuk info ialah pembatalan niat serta hasrat Syarikat Konglomerat dan Perladangan TERBESAR di DUNIA Sime Darby daripada 'mengambilalih' (kununnya istilah lembut 'bekerjasama') dengan Institut Jantung Negara...

alasan yang diberi ialah pihak Sime Darby akur dengan 'kehendak' rakyat yang membantah proses serta niat pengambilalihan itu...

saya teringat satu komen ringkas seorang pakar ekonomi 'bebas' (bebas maksud saya ialah tangan mereka tidak diikat ke belakang untuk berkata-kata)...
komen pakar ni 'simple' ajer.... jika SIME Darby ada wang yang begitu banyak sehingga mampu mengambil alih Insititut Jantung Negara, mengapa SIME tidak gunakan wang tersebut untuk MEMBINA HOSPITAL JANTUNG MEREKA SENDIRI?...

jadi adalah cerita yang rakyat tak tahu... (maknanya ada puzzle yang tersembunyi serta tangan-tangan yang cuba menanguk di air keroh utk buat banyak duit....dan sudah tentu menindas golongan marhain..)

syukur Alhamdulillah..'setakat' ini..hasrat sime itu di batal ke di tunda ke dsbnya kita tak tahu...

tapi apa yang menarik... sebelum Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ini... banyaklah janji, pelan perancangan, dsbnya yang ditabur... dan dengan harga minyak sekitar 45 dollar se barrel... janganlah Dato' Shahrir buat 'bodoh' ajer...

kurang-kurang kena turun lagi 20 sen...

hai... negaraku Malaysia....

6 comments:

yani_worldpeace said...

nasib baik ler tak jadik eh???kalau tak cemana la org miskin yg nak buat rawatan sakit jantung kat ijn, tak patut tul diorg nih...

Sifu Mirza said...

tulah dia yani...

pelik bin ajaib depa semua ni..
semua nak kaya cepat...& dalam masa yang sama tak perasan atau dah hilang deria kemanusiaan apabila perbuatan mereka akan menderitakan rakyat marhain...

:-)

SRISUFI said...

salam bahagia sifu...

huuurrrmmmm...
sekali lagi keluhan dilepaskan....kalo beginilah cara 'depa' manipulasi rakyat cam kita alamat tahun akan dtg kena serang hendap mcm Palestin lah kita....

apa pula nasib kita ye sifu??adakah orang akan doakan kita....

..demo jumaat nih kt dpn masjid negara tu anjuran PPIM wat boikot produk israel..amerika laknatullah...**

KTS said...

agak2 klu sime darby 'ambilalih' IJN, ada lg tak org yg skait jantung :P

aah la... duk tggu bila la nak turun lg harga minyak...
klu bab naik tu, cepat je... banyak plak tu skali naik...

:(

Sifu Mirza said...

salam sri...

beginilah nasib golongan marhain macam kita...

boleh diperas sesuka hati..
boleh digula sesedap rasa..

namun Allah Maha Besar...

masih ramai lagi yang beriman dikalangan kita yang berjuang hanya untuk keredhoan Allah...

:-)

Sifu Mirza said...

kts...

kalau jadi perancangan tu.. ramai yang akan angin ahmar... tergigil-gigil dek penangan bil yang tinggi...

minyak akan turun... mungkin 16hb nanti...(sehari sebelum PRK Kuala Terengganu)..

gula-gula lagi... :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails