Tuesday, October 20, 2009

Pertama Di Dunia : GoTna




 


salam semua...

agak lama saya tidak menitipkan sebarang entri di sini...
bukan apa, sedikit kesibukan atas beberapa perkara yang berlaku disepanjang minggu lepas sehingga ke hujung minggu..

antaranya;

pelancaran produk keluaran firma saya iaitu GoTna; satu produk perisian (software) yang akan membantu organisasi-organisasi dalam merencanakan program latihan yang efektif, efisyen serta menjimatkan kos malah membantu meningkatkan produktiviti kakitangan.

GoTna juga dapat membantu kakitangan di jabatan sumber manusia serta jabatan latihan dalam melakukan 'assessment' dari sudut prestasi kerja (KPI), prestasi tahunan dan mengukur KRA kakitangan.

GoTna juga lengkap dengan maklumat peribadi kakitangan, latarbelakang sejarah latihan dsbnya..

pendek kata, 'macam-macam ada' pada GoTna ini...

aramak...iklanlah pulak...

anyway saya bersyukur ke hadzrat Allah kerana memudahkan perjalanan kami dalam menghasilkan perisian ini kerana atas 'research & development' yang kami jalankan untuk beberapa jangka waktu, kami tidak menemui produk yang seumpamanya...jika adapun, ianya hanyalah tertumpu kepada sistem perisian sumber manusia yang menjurus kepada 'payroll', cuti, rekod peribadi dsbnya...

yang berminat bolehlah hubungi jabatan pemasaran saya di talian 03-5882 4407 (fahmi)

wasalam

saudara kamal arif maz, jurutera perisian


saudara kamal, saya, saudara rozainy dan saudara ridzuan..memotong reben pelancaran GoTna



saudara rozainy, saudara ridzuan, saudara kamal & saya... sesi memotong kek.

 
memberi kata-kata peransang buat team Baitulummah Holdings

Wednesday, October 14, 2009

Diri Kita : Simple atau Complex?

salam semua...

saban hari kita berhadapan dengan kehidupan yang penuh mencabar.
cabaran yang kita tempuhi adalah mengikut keupayaan dan bacaan diri kita masing-masing.

ada yang menempuh ribuan hutang keliling pinggang sebagai perkara biasa dan tidka memeningkan.
ada pula yang menempuh hutang 3 bulan tak bayar kereta sebagai satu perkara yang sangat hampir dengan kiamat.

begitulah kita melihat satu-satu perkara dengan pandangan yang cukup berbeza...ya berbeza sama sekali.

maka sebab itulah 'husnul khotimah' dan 'hablum minan nas' apatah lagi 'hablum minallah' sangat penting dalam kita mengharungi semua cabaran hidup..

berbaik sangka, menjaga hubungan dengan manusia serta ,menjaga hubungan dengan Allah adalah elemen penting dalam memastikan samada hidup kita 'simple' atau 'complex'.

sikap berbaik sangka sangat perlu ada di dalam diri kita.
berbaiksangka kepada semua manusia, perkara, kejadian adalah dituntut dalam kita memperolehi kehidupan yang simple...namun atas beberapa perkara perlulah kita selitkan 'waspada'. contoh; kita kenal rakan yang sering 'mengencing' bila berjanji... maka kita wajar berbaik sangka kepada beliau tetapi kita perlu berwaspada agar tidak 'dikencing' untuk ke berapa kalinya (seeloknya cukuplah 2 kali terkena).

sikap menjaga hubungan dengan manusia juga adalah penting.
tanpa manusia disekeliling kita tidak mampu untuk hidup. maknanya kita perlu kepada 'jalinan' antara manusia. saya melihat ianya dari sisi di mana setiap manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. dan di sinilah wujud bantuan atau pertolongan untuk 'menyimple'kan masalah yang kita hadapi samada dari sudut nasihat, bantuan wang ringgit, tenaga dsbnya.

akhirnya paling penting sikap menjaga hubungan dengan Allah.
kita amat arif, tanpa Allah maka tiadalah wujud kita. Allah adalah segala-galanya bagi kita. Allah senantiasa ada di mana sahaja kita berada. maka sewajarnya kita terus-terusan bergantung kepada Allah dalam setiap ketika dan masa. selagi nyawa masih berada di dada, pergantungan kita kepada Allah adalah mutlak.
Al-Quran adalah panduan hidup yang ditunjuk contoh carabagaimana menerap pakainya oleh Baginda Rasulullah menerusi Sunnah Baginda.

maka untuk kembali menjalani kehidupan yang simple, kembalilah memgambil Al-Quran sebagai pedoman dan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan luar dan dalam kehidupan kita.

ingat seperkara; musibah (kekusutan) yang menimpa kehidupan kita adalah hasil dari tangan-tangan kita sendiri dan bukannya dari Allah hatta dari Rasulullah.

maka jika kita faham, terhindarlah kehidupan kita dari memfitnah Allah & Rasulullah.

insya Allah kita akan melihat sisi-sisi kehidupan yang lebih ceria lagi simple dan sudah tentu menenangkan diri kita...

wasalam

Friday, October 09, 2009

Bencana Alam VS Bencana Sosial...

salam jumaat buat semua...

dalam pada kita melunaskan kerja atau tugasan hari ini dan bersedia untuk berehat atau mengunjungi rumah-rumah terbuka maka sukalah saya mengajak diri saya dan anda semua sama-sama berfikir tentang 2 bencana yang berada di hadapan kita sekarang..

bencana pertama ialah bencana alam
dan bencana kedua ialah bencana sosial.

bencana alam terdiri daripada 2; satu bencana 'MUSIBAH' akibat tangan kita sendiri dan satu adalah 'AZAB' dari Allah.

(yang MUSIBAH itu merujuk kepada kelalaian manusia, ketamakan manusia- sikap manusia dalam mentadbir alam pinjaman dari Allah ini seperti faktor jerebu, faktor tanah runtuh akibat ditarah-tarah, faktor penyakit berjangkit akibat dari seks bebas dsbnya)

(yang AZAB itu jika kita rajin rujuk pada Al-Quran, ianya adalah bencana yang Allah turunkan akibat dari kemungkaran demi kemungkaran yang manusia lakukan serta berpaling dari Al-Quran dan sunnah serta ajaran para Rasul)

ini adalah KESAN dari bencana alam yang berlaku.






di bawah pula ialah PROSES yang 'mengundang' bencana.



foto bangsa melayu 'punk'...

minum dan berpelukan dengan bukan muhrim adalah perkara biasa bagi orang melayu sekarang..
 
akhbar tempatan yang dikuasai oleh orang melayu, kepunyaan orang melayu dengan 'bangga' menyiarkan foto gadis litar melayu...

lihatlah anak-anak, adik beradik, rakan-rakan yang sebangsa dengan kita iaitu orang melayu dengan bebas bersosial, meminum arak, berpelukan dan malah melakukan hubungan songsang..

lebih parah ada di antara mereka yang menjadi idola serta 'berani' memasuki pertandingan mencari 'gadis melayu'...

masya Allah...

apa masalah sebenarnya?
sampai bila akan terusan begini?
bagaimana mahu di atasi?
mahu mulakan dimana?

kita boleh tertawa riang... kerana mungkin kita dan keluarga tidak kena mengena dengan gejala ini tetapi ingatlah apa yang berlaku di atas kini sedang menjalar ibarat 'kanser' yang mengundang samada 'MUSIBAH' atau 'AZAB'...

mari kita buka Al-Quran dan lihat dalam surah Al-Araf...

sangat jelas Allah berfirman kepada kita hamba-hambaNya..

1. Alif, Laam, Miim, Saad.

2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang Dalam dadamu mengenainya, supaya Engkau memberi amaran Dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang Yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang Yang beriman.

3. (Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin Yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

4. dan berapa banyak negeri Yang Kami binasakan, Iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

5. maka tidak ada Yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya Kami adalah orang-orang Yang zalim".

(ingat! Al-Quran ini diturunkan kepada Rasulullah untuk menjadi pedoman, ikutan, panduan, dan cahaya dalam kehidupan semua ummat dan hamba Allah... maka apabila kita baca, maka hendaklah kita fahami, hayati dan letakkan ianya pada diri kita...barulah kita mendapat intipati sebenar dan mengetahui apa yang tersirat selain dari yang tersurat...)

mudah-mudahan kita sama-sama mendapat ilmu..insya Allah.

selamat berhujung minggu buat semua...

wasalam

Tuesday, October 06, 2009

Hi SHELL..... Bye PETRONAS...

salam semua...

hari ini saya buat satu keputusan 'tak popular' demi beberapa perkara.

antaranya, kesian nengok kereta jadi lembab sejak tukar dari RON97 ke RON95.
antaranya, kesian dengar bunyi deruman enjin yang kasar kesan dari penukaran gred minyak ke tahap rendah.
antaranya, letih dengan 'niat ikhlas petronas' yang sama macam PROTON yang bumbung berkarat kerana 'glue murah'
antaranya, letih bila dapat tahu 26,000 mata ganjaran saya yang saya pindahkan dari realreward mesra ke mesra kad tidak diupdate dari bulan may 2009.
antaranya, letih dengar nasihat customer servicenya yang suruh saya isi borang semula sebab takda rekod dan katanya mungkin borang yang saya isi 'lost in transit'....

mmm... sangat mudah utk kita berubah sebenarnya.. bukan tak patriotik tapi dunia sekarang ialah berkenaan tentang kehidupan yang realistik dan ekonomi serta kecekapan.

maka rumusan saya, PETRONAS tidak berapa cekap lagi..

so pagi tadi saya isi RM50 shell RON95 ke dalam tangki kereta... memang 'mustajab'.. terus dapat rasa perubahan yang ketara.

tengah isi, mat bangla bagi satu 'leaflet' cerita tentang kebaikan minyak SHELL.. leaflet yang sangat simple dan saya boleh terima 'justification' isi kandungannya...

tak mahu cakap lelebih... awak cubalah...










the 'proven' performance fuel...


their logo's transition process....





to PETRONAS... pilihan untuk diisi adalah pilihan terakhir.. itupun sekadar cukup untuk sampai ke stesyen SHELL berhampiran.

sehinggalah awak naik tarafkan kembali minyak RON95 awak... atau kembalikan harga RON97 ke harga asal... yang awak naikkan secara tiba-tiba hari tu.

p/s baru dapat msg kat facebook.. ada rakan yang rosak gearbox kesan dari RON95 Petronas ni... formula mudah; minyak kualiti rendah akan merosakkan engin dan seteruskan akan memusnahkan gearbox..

jaga-jaga cik salmah...

wasalam

Monday, October 05, 2009

Hargailah Yang Menghargai...

salam sejahtera buat semua...

sedikit nasihat buat diri dan semua...

"Hargailah Mereka-Mereka Yang Menghargai Diri Kamu.."

antara mereka-mereka yang kurang menghargai diri kita ialah mereka-mereka yang hampir dengan kita...

bagaimana nak buat mereka boleh menghargai diri kita?

tak perlu buat apa-apa... sebab memang sifat mereka seperti itu...

Thursday, October 01, 2009

Gempa Bumi di Sumatra



Al Fatihah untuk mangsa gempa... mudah-mudahan roh mereka di cucuri rahmat oleh NYA...

ketika berlaku gempa semalam, saya bersama sahabat sedang berdiskusi dan bermuhasabah diri..
tiba-tiba sahabat yang duduk di hadapan saya bertanya, rasa tak ada gegaran? terus terang saya memang tak rasa.. katanya dia sedikit ke'feningan' dan terdiam sebentar..

anyway... perkara gempa bumi ini sebenarnya boleh dilihat dari beberapa perspektif.. antaranya;

1. kita boleh memikirkan betapa janji Allah tentang hari kiamat di mana diberitakan bagaimana keadaan pada hari tersebut...sangat kelam kabut; para ibu yang mengandung terus bersalin, semua sibuk dengan hal sendiri, anak kecil terus beruban rambut dsbnya..

2. kita juga boleh mereflek gempa pada diri kita; tatkala dada kita tiba-tiba berdebar-debar dengan hebat..jantung berdegup kencang... perut tiba-tiba memulas dan kesakitan hendak melepaskan hajat..

3. kita yang jauh dari pusat gempa boleh juga membayangkan keadaan manusia yang berada di pusat gempa... kalau kita setakat pening-pening lalat, apa pula keadaan yang dialami oleh manusia di lokasi...

4. kita juga boleh memikirkan, apa yang Allah mahu sampaikan kepada para hambaNya melalui peristiwa gempa ini? samada hambaNya yang dekat di lokasi mahupun yang jauh.

begitulah...

sekali lagi tahap kepekaan diri kita diuji oleh Allah..

adakah kita jadi hairan dengan gempa itu?
adakah kita mengambil iktibar?
adakah kita berkorban membantu mereka yang menajdi mangsa?
adakah kita terus mempersiapkan diri setelah mendapat ilmu dari peristiwa itu?

adakah kita hanya terus-terusan 'tak kisahlah'...bukan kat sini..

begitulah keadaan manusia... kecuali mereka yang bergelar insan..

wasalam

Tuesday, September 29, 2009

Sifat & Hakikat Beraya : Ikhlas ke Hipokrit?

salam semua...

alhamdulillah kita sudahpun masuk syawal ke 10 hari ini.

rata-rata semua telah memulakan rutin harian diri & keluarga.

menyusuri sambutan hari raya puasa (dalam bahasa orang melayu) atau eidul fitr al mubarak (dalam bahasa orang arab), sudah tentu kita memperoleh sedikit sebanyak pengalaman baru atau mengalami peristiwa-peristiwa yang kekal menjadi ingatan diri...

ada suka
ada duka
ada linangan air mata
ada jerit tawa gembira

raya tetap raya walau kita hanya bersinglet dan berkain pelekat.
raya tetap raya walau kita hanya bernasi impit dan berkuah kacang tanpa rendang.
raya tetap raya walau kita hanya bersendirian berkelana di atas bumi ini.
raya tetap raya walau tiada orang yang tersayang di sisi.
raya tetap raya walau kita ponteng puasa dan berlakun ada gastrik.
raya tetap raya walau kita berhutang keliling pinggang untuk barangan keperluan.
raya tetap raya walau kita di halau keluar rumah oleh keluarga.

raya tetap raya walau kita berada di mana sahaja.



apa penghayatan kita terhadap sambutan aidil fitri kali ini?
adakah kita dapat pemahaman tentang sifat serta hakikat aidil fitri?

atau kita sekadar menyambutnya seperti mana sambutnya kita pada tahun-tahun sebelum ini?

malanglah kita jika raya tahun ini lebih teruk dari tahun sebelumnya... ianya ibarat hari ini lebih teruk dari semalam.

jika ianya berlaku maka, kita perlu memeriksa tahap keimanan diri kita kerana orang islam yang beriman perlu memastikan hari ini lebih baik dari semalam.

maknanya kita perlu berusaha memastikan raya kali ini mesti lebih baik dari raya tahun sebelumnya.

rasulullah s.a.w pernah mengingatkan, tidak beriman seorang yang beriman itu sekiranya dia membiarkan dirinya dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.

maknanya jika kita tidak melakukan sebarang usaha untuk memastikan hari ini atau raya kali ini lebih baik dari sebelumnya maka perlulah kita segera melakukan muhasabah diri.. mencari ruang atau celahan mana yang perlu diperbaiki...


kata kuncinya ialah 'usaha kemudian bertawakal'lah..' barulah kita temui hakikat keimanan diri.

iman itu percaya serta yakin
taqwa itu usaha
tawakal itu berserah bulat

lupakah kita kepada banyak firman-firman Allah yang menyeru agar orang-orang beriman itu agar bertaqwa...

Allah mahu orang-orang beriman yang yakin serta percaya untuk memanifestasikan keyakinan serta keimanan mereka dengan cara melaksanakannya dengan perbuatan dan tidak hanya berpeluk tubuh sahaja..



makanya apabila kita gagal untuk memahami sifat serta hakikat berhari raya... kita sudah tentu akan tergelincir ke jurang-jurang yang dalam lagi curam.

adakah hari raya kita yang lepas kita penuhi dengan acara menghadiri rumah-rumah terbuka?
apa hakikat kehadiran kita ke rumah-rumah terbuka tersebut? adakah untuk makan & minum sahaja atau menyuburkan silaturraahim?

amalan bersalaman dan memohon maaf sesama kita yang kita mulai dengan ahli keluarga terdekat juga semakin pupus serta hanyut dari segi istilah 'ruh'nya..

bersalaman kita sama seperti perbuatan menyebut 'kosong-kosong yer..' tidak lebih dari itu.
tiada sebarang lafaz atau pengakuan yang dilakukan di antara kita dan orang yang kita salam..

mungkin kerana malu atau kerana takut atau kerana malas atau kerana tak reti atau kerana bodoh?

maka sifat bersalaman dan bermaafan hilang hakikatnya dan jesteru itu, acara bersalaman itu hanyalah bersifat hipokrit atau trend biasa.


ikhlas atau tidak.. hanya empunya diri yang mengetahuinya...

tiada gunanya kita berpakaian indah berseri serta mahal harganya di hari raya jika tiada lansung kepekaan terhadap 'ruh' sambutan hari raya ini.

dek kerana hilangnya 'ruh' berhari raya ini, maka kita akan merasakan semacam sesuatu telah hilang, atau kita dapat merasakan raya ni 'biasa ajer' atau kita sekadar menonton tv melayan kisah-kisah syahdu drama-drama melayu atau cerita-cerita fiksyen atau alasan menghabiskan masa yang ada...sambil menunggu 'laungan salam' dari luar pintu pagar..

begitulah hakikat beraya kita sekarang...
itu kita kena terima...

anak-anak yang entah dari mana datang beraya tanpa ibubapa mereka...
kuih-muih 'tunjuk-tunjuk' yang kita hidangkan kepada tetamu juga melengkapkan hilangnya ruh beraya....sebab itulah kuih yang dibeli kurang 'jalan' berbanding kerepek-krepek yang kita hidangkan..

ruh yang hilang itu adalah ruh kasih sayang... kasih sayang tanpa syarat.

mungkin kita terlupa akan pesan Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai atau menyayangi diri orang lain sebagaimana dia mencintai dirinya..."

itulah yang dikatakan 'unconditional love'...

itulah ruh yang meng'akrab'kan diri kita sesama kita...

wasalam

Monday, September 28, 2009

Kartika Sudah Bertudung..

salam aidil fitri buat semua...

apa khabar hari ini?
bagi yang bertugas..mungkin dah memulakan tugas..
sekolah pun dah buka..
rasanya baru ajer raya... dah kena kerja & sekolah semula..

begitulah masa yang pantas berlalu meninggalkan kita semua..

semalam masa membelek-belek 'paper' yang terbaca kisah kartika yang kini sudah bertudung..
alhamdulillah... perjalanan kartika ini nampak molek dari masa ke semasa..

tidak lupa juga bagaimana kartika 'mengupah' 6 orang peguam untuk mempertahankan hak beliau dari diganggu oleh 'penakut-penakut' hukum islam, pelukut di tepi gantang yang terdiri dari orang-orang politik yang mahukan 'milage' dengan berlakun menunjuk simpati yang terdiri dari perdana menteri, menteri dalam negeri hinggalah ke menteri-menteri (samada senator atau yang dipilih rakyat).. sister islam jgn cakaplah...



kartika adalah contoh terbaik bagaimana seorang manusia itu berubah dari manusia biasa hingga ke tahap insan..

dan perubahan selalunya memeritkan.. namun kita sama-sama berdoa agar perubahan yang berlaku ke atas diri kartika atau/dan diri kita sejak hari raya tahun ini berjaya bertahan apatah lagi terus menerus berubah ke arah yang lebih baik lagi..

cerita kartika adalah contoh terbaik batapa kurang atau ceteknya pengetahuan agama di kalangan kita lebih-lebih lagi pemimpin beragama islam negara kita..

malah ada yang meng'kondem' hukum-hukum al-quran tanpa merujuk kepada yang lebih arif lagi bijaksana..

apa penghujung agama islam di negara kita?

suam-suam kuku?
hanya sibuk tunjuk alim masa majlis keraian?

atau kita memang pengecut dengan negara kapir amerika & yahudi yang telah bagi pinjam banyak duit serta kepakaran kepada kita?

atau kita sibuk mengumpul harta dan mencampakkan tulang sahaja pada golongan marhain?

hanya diri kita & Allah Yang Maha Mengetahui..

namun Maha Suci Allah yang memperlihatkan kepada orang-orang beriman bagaimana rupanya serta tingkah laku kaum-kaum, puak-puak atau bangsa-bangsa yang mempersendakan agama Allah tanpa mereka sedari...

syabas & tahniah kartika...

wasalam

Wednesday, September 23, 2009

Raya di Kota Bharu...

salam semua..
salam aidil fitri..

ketika menulis saya masih berada di Bandaraya Islam Kota Bharu.
sekitar selepas asar hari ini, insya Allah saya dan keluarga akan bertolak ke seremban untuk beraya di sana pula..

sekadar mahu berkongsi kisah beraya di kota bharu...


bulan atau matahari?..
ianya ialah matahari yang diselaputi awan tebal pada hari kami ingin bertolak ke kota bharu..

sehari sebelum bertolak ke kota bharu, bandar baru batang kali dilanda banjir kilat...
tak pernah kami mengalami keadaan ini.. walaupun bandar baru ini terletak sekitar 5 kilometer dari rumah kami, bandar ini selalu menjadi tempat kami 'bershopping' dsbnya..

petang tu memang kami merancang untuk berbuka di kfc batang kali...


alhamdulillah, sebaik servis kereta, kami berbuka di kfc...(sengaja melarikan diri dari kebiasaan makan nasi untuki berbuka...) ya..kfc membekalkan kurma untuk kami berbuka..


sabtu - perjalanan pulang ke kota bharu dari ulu yam, waktu : 6.30pm... 'stop over' di mc donald hentian genting sempah.. 'take away' untuk berbuka di dalam kereta...

sesudah subuh pagi raya di kota bharu... suasana mengujakan..
berkumandang takbir serta tahmid dari corong pembesar suara dari surau serta masjid yang berdekatan.

bersama famili...
tahun ni tambah sorang lagi... ahlan wasahlan & welcome amirul azeez (yang dipangku isteri..)

lewat pagi, sahabat saya, saudara rozainy tiba bersama famili beliau..
kali ini kami serentak beraya di kota bharu..

saya bersama keluarga berkunjung ke rumah ibu beliau pada hari raya ke dua.

apa yang kita boleh lihat dari kepulan awan di atas?

raya ke tiga... sengaja bawa famili ronda-ronda kb mall...
pekena 'root beer' float setelah kami hadiri beberapa rumah terbuka...

beca tajaan DiGi..
kami terserempak dengan beberapa beca..uppss... teksi tajaan DiGi..
kat kota bharu..beca di gelar teksi... teksi digelar kereka sewa...

bandaraya islam kota bharu yang telah mengalami sedikit penyusunan hala jalan bagi mengurangkan kesesakan lalulintasnya...

masih tetap 'jem' kerana ramai yang keluar bershopping..

terutamanya di pasar siti khadijah..
satu lagi mercu tanda bandaraya islam kota bharu..

kota bharu trade centre yang baru dibuka..
ada dua anchor tenant di situ..iaitu parkson & giant.

di kb mall, anchor tenantnya ialah pasaraya pacific..
di laluan ke rantau panjang tersergam megah pasaraya tesco..

dan di laluan ke pengkalan chepa, kini pasaraya mydin sedang dalam persiapan terakhir untuk di buka...

amirul yassir & amirul rashid 'posing' dengan ultraman...

ahad hingga rabu... 4 hari kami beraya di sini... rasa tidak puas memang ada..especially part bershopping di wakaf che yeh...

apapun, barang bebudak semua lepas & cover... t-shirt, track bottom dsbnya...

barang bapak budak jer tak sempat nak cari...
apa tidaknya... kena dukung azeez...


apasal ibunya tidak dukung azeez?.... alah bagilah chan untuk kaum ibu bershopping....
saya lain kali boleh no problem...

ok... sampai sini dulu...

kita masih lagi dalam bulan & mood raya..

so.. selamat hari raya untuk anda semua...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri...

saya ingin mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua yang singgah di sini terutamanya 'followers' saya samada yang zahir atau yang batin (ikut sembunyi-sembunyi...).

doa saya anda semua akan 'lahir semula bersih suci' sejajar dengan hikmah eidul fitri yakni 'kembali kepada fitrah' insan ciptaan serta hamba kepada Allah Roobul Jaleel.

raya tetap raya... tidak kira di mana sahaja anda berada..

bersederhanalah dalam sambutan zahiriah (luaran)...

bersungguh-sungguhlah dalam sambutan batiniah (dalaman) yakni mengecapi pengertian ramadhan serta syawal, mendalami maksud yang tersirat yang Allah titipkan dalam setiap perjalanan peristiwa, memahami hakikat ibadah yang kita jalani ini...



saya & keluarga akan menyambut raya di kota bharu (kampung halaman isteri) dan akan ke kampung halaman saya pula di separuh hujung minggunya...

salam eidul fitri sekali lagi...
maaf zahir dan batin..

Sunday, September 13, 2009

7 Likur vs Lailatul Qadar

salam..


Surah Al-Qadr:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

----------------------------------------------------------------

alhamdulillah... lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut satu hari yang diberi nama eid al fitri... iaitu hari kembali kepada fitrah...

setelah hampir 3 minggu kita mengharungi ibadah puasa.. kita terpaksa akur bahawa masa yang berlalu pantas tidak pernah akan menunggu kita yang sering leka dan alpa..

kita perlu terima hakikat bahawa ramadhan al mubaraq akan pergi meninggalkan kita semua..

dan sepuluh malam terakhir ini, mudah-mudahan kita dapat memperkemaskan ibadah kita seharian... walaupun kita tidak larat dan telah cuba untuk bangun malam tetapi gagal di awal 10 malam terakhir ini, namun insya Allah dengan ibadah harian yang bersungguh-sungguh..Allah Maha Mengetahui apa bahagian kita di 10 malam terakhir ini...

dan 10 malam terakhir ini dalam islam, ada di alam melayu... namanya ialah malam 7 likur.



entah macammana dapat nama 7 likur pun tak tahulah... rata-rata info yang saya ketemu ialah malam 7 likur ini ialah malam ke 27 ramadhan.

kununnya, semua rumah kena pasang pelita dan kununnya ruh ahli keluarga yang dah meninggal akan pulang ke rumah malam tersebut..

itulah kepercayaan orang melayu yang begitu jauh menerobos pengertian serta penghayatan malam lailatul qadar..

bunga api serta mercun sudah jadi sebati dengan bulan ramadhan serta hari raya..
sampai ramai ahli-ahli sains muda dari keturunan melayu cedera malah tidak kurang yang hilang jari tangan serta kaki dalam mereka cipta mercun-mercun baru..


alhamdulillah...

alhamdulillah buat hamba-hamba Allah yang begitu tenang dan tenteram disepanjang bulan ramadhan ini...

persediaan hamba-hamba Allah ini lebih kepada persediaan kearah melahirkan diri yang baru sejajar dengan takrifan 'eid fitri'.. atau hari kita kembali kepada fitrah yakni putih bersih mulus serta suci semula..

persoalan bangun malam itu terletak kepada individu hamba-hambaNya..
semua telah arif, ibadah malam yang afdal serta kemuncakknya ialah di antara jam 1 hingga jam 3 pagi...

cubalah dengan sepenuh daya upaya untuk bangun malam dan melakukan ibadah-ibadah seperti solat taubat, tasbih, tahajjud, hajat serta zikir-zkir yang berpanjangan...

mudah-mudahan 5 minit zikir yang kita lakukan selepas solat taubat, sebelum mata benar-benar mengantuk itu diterima dan memperoleh diri kita taufiq, hidayah serta rahmat 1000 bulan sebagaimana yang telah dijanjikan...


namun, hamba-hambaNya yang begitu cinta, rindu dan kasih tidak terhingga kehazrat Allah Robbul Jaleel sudah semestinya tidak mendambakan ganjaran 1000 bulan tersebut sebaliknya hamba-hamba ini mendambakan balasan cinta, rindu serta kasih dari Allah s.w.t..

hatta memperoleh setitis debu cinta dari Allah, itu sudah memadai buat mereka, kerana mereka-mereka ini adalah hamba-hambaNya yang beriman serta benar-benar bertaqwa dan bertawakkal setiap detik dan ketika...

salam al lail al qadar buat semua...

mudah-mudahan kalian mendapat renjisan titisan syurga pada malam tersebut...

insya Allah

Wednesday, September 09, 2009

09-09-09 : Hari Ni Hari Radio...

salam semua...

bila drive ke ofis pagi tadi... dengar radio sinar..ada beberapa perkara menarik;

antaranya kedengaran suara dj prema (dulu kl fm)... kemudiannya diberitahu hari ini malaysia menyambut hari radio, negara ke tiga di dunia yang menyambutnya selepas Rusia & Kanada..

so saya terkenanglah radio kat kampung masa kecik-kecik dulu...

rupanya macam kat bawah tu tapi besarnya 2 kali ganda.. boleh main 'piring hitam' ... so banyaklah piring hitam masa tu, ada sharifah aini, ada p.ramlee, ada rafeah buang, ada ahmad jais dan beberapa piring hitam lagu inggeris dan lagu siam... (di bawa oleh saudara dari sana)..







pendekar mustar : itu si ros main radio, kalau dia tak main satu hari tak senang..

aziz : eh dengarnya macam suara ramlee tu pakcik..

pendekar mustar : suara ada macam-macam, ada suara macam jasmi, ada suara macam kusupi....suara yang garok garok tu suara 'usmanak macansubang'...

he he he...

apapun selamat menyambut hari radio....untuk anda yang gemar melayan radio semasa memandu, semasa buat kerja kat opis tu atau di mana sahaja anda berada...

la ni lagi senang... mp3, 4 & 5 dah ada radio, plus handphone boleh kata semuanya ada radio...

p/s..tiba-tiba teringat lagu headwind : hanya di radio...

:-)

Tuesday, September 08, 2009

UPSR 2009 : Insya Allah Berjaya Amirul Yassir

salam semua..

hari ini pelajar-pelajar tahun 6 mula menduduki peperiksaan UPSR.

termasuklah anak kedua saya, Amirul Yassir.
mudahan-mudahan beliau, rakan-rakan dan semua pelajar memperoleh kejayaan cemerlang..insya Allah.


amirul yassir

bersama tropi juara daerah kejohanan bola tampar bawah 12 tahun

sedang beraksi di perlawanan akhir...

mulut senyap... tapi hati serta minda mesti cergas berzikir & berfikir semasa peperiksaan...

contoh dewan peperiksaan..

Monday, September 07, 2009

Nuzul Quran : Turunnya Al-Quran

salam Nuzul Quran buat semua muslimin serta muslimat di seluruh dunia tidak kira di pelesuk mana anda berada...

sebagai negara Islam, Malaysia turut menyambut hari 'Nuzul Quran' in dengan mengadakan majlis-majlis ibadah di masjid, surau, rumah dan di mana sahaja sebagai menandakan kecintaan hamba terhadap Al-Khaliq Pencipta kita semua..

adapun ada negeri yang bercuti dan ada negeri yang tidak bercuti pada hari ini...
2 perspektif boleh dilihat dari peristiwa cuti ini;

1. memang tiada keseragaman dari segi menyambut peristiwa-peristiwa penting dalam Islam untuk negara Islam Malaysia.

2. tiada usaha tambahan yang giat diambil oleh pemerintah untuk menyemarakkan lagi syiar Islam di negara Islam Malaysia selain dari mewujudkan bank islam, universiti islam, insuran islam, pajak gadai islam dsbnya..

item dua di atas ialah secara fizikal.
jika kerajaan serius, pelan-pelan perancangan perlu diambil dari sudut spiritual namun agaknya dah selesa dengan sistem sekular dan selesa dengan agama sekularisma.

di bawah saya sisipkan cerita Nuzul Quran ini, moga-moga dapat memberi kita sedikit peringatan terhadap agama & tuhan selain peringatan kemerdekaan, perjuangan nenek moyang menuntut kemerdekaan, lagu negaraku dsbnya...

--------------------------------------------------------

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.

Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

-------------------------------------------------------------

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT; Maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

---------------------------------------------------------------


begitulah serba sedikit info yang dapat saya kongsi untuk kita semua...
bolehlah kita hayati, fahami serta yakini maksud yang tersurat serta yang tersirat dalam peristiwa Nuzul Al-Quran ini... mudah-mudahan kita tergolong kedalam golongan hama-hambaNya yang senantiasa tunduk bertaubat dan melakukan ibadah sebagaimana yang Allah kehendakki..

insya Allah..

Sunday, September 06, 2009

15 Bilah Pertama & 15 Bilah Kedua

15 Bilah pertama Ramadhan menjadi saksi
akan kesungguhan hamba-hambaMU
menginsafi diri, amalan dan perbuatan
mencari kudus diri yang baru bak kain putih

15 Bilah pertama Ramadhan menjadi saksi
akan kealpaan hamba-hambaMU
terus-terusan dengan dosa dan noda
seolah semua bulan itu sama sahaja



15 Bilah kedua Ramadhan telah tiba
menjadi saksi buat hamba-hambaMU yang setia
memanjangkan solat & zikir di waktu dini
air mata membasahi hangat sejadah

15 Bilah kedua Ramadhan telah tiba
menjadi saksi buat hamba-hambaMU yang alpa
terus sibuk dengan aksesori dunia fana
dengus dengkuran menghiasi kamar tiduran

15 Bilah kedua Ramadhan sangat istimewa
walau bisikan nurani hanya didengari hati sendiri
terbuka luas pintu langit menanti saat ketika
menjemput diri ke pangkin permata

15 Bilah kedua Ramadhan akan pergi jua
mungkin akan ketemu atau ini yang terakhir
menjadi saksi betapa berbezanya hamba-hambaMu
beza cinta, beza amal, beza iman, beza ikhlas, beza ilmu



sifumirza
uluyambaru
060909

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails