Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009


selamat tahun baru semua...
selamat segala-galanya..
apa yang selamat?
tak apalah ucapkan aja selamat itu...

malam tahun baru itu sama saja..
sama seperti malam-malam tahun sebelumnya..
sana pesta sini pesta merata-rata..
tak kira siapa sahaja...

esok tahun baru...
hari ini tahun lama..
apa yang baru dan apa yang lama..
entahlah, janji ada pesta di mana-mana..

malam tahun baru ini pastinya meriah..
dengan percikan bunga api di mana-mana..
dengan hamburan wiski dan wine..
tumpah bersama mabuknya kepala..

esok tahun baru..
yang mabuk pastinya lewati subuh..
yang berpesta pastinya bangkit luhur..
semuanya bermula di tahun baru...

malam ini ramai yang binasa..
yang dara hilang punca..
yang teruna menjadi raja..
di mana-mana sahaja..

esok tahun baru..
sanggupkah kita terima hakikat..
tahun baru sama sahaja seperti tahun lama..
cuma umurnya yang berbeda..

esok tahun baru..
sanggupkah kita terima hakikat...
berhamburan arak-arak menyimbahi bumi hadhari..
selepas detik 12 nanti..

ahh..
mereka peduli apa..
yang pastinya ada pesta..
pesta meragut segala yang ada...

ahh..
mereka peduli apa..
kerana arak diberi percuma..
di bumi hadhari yang kita cinta..

esok tahun baru...
tidak kira di mana sahaja kamu berada..
yang pastinya semua bahagia...
selamat tahun baru...





sifu mirza
ulu yam baru
31122008

Monday, December 29, 2008

Al-Fatihah Buat Almarhum Tuanku Jaafar..

berita yang memeranjatkan saya...


saya terima berita ini menerusi malaysiakini pada tengahari sabtu lepas ketika sibuk mengemas ofis baru...

tiada apa yang dapat diucapkan selain Al-Fatihah buat baginda, moga roh baginda dicucuri rahmat oleh Allah...

Almarhum Tuanku Jaafar sedang menunaikan zakat... sambil diperhatikan oleh Dato' Mufti Negeri Sembilan (bapa saudara saya, Sahibus Samahah Dato. Haji Mohd Murtaza Sheikh Ahmad)...


Selepas menyaksikan upacara pengkebumian beliau petang tadi..tiba-tiba saya menjadi sedih seketika...

sedih memikirkan bahawa keamanan negara ini, kesejahteraan rakyat yang hidup di negara ini sebenarnya terletak di bahu para Sultan atau Raja yang memayungi semua rakyat jelata..

hanya Raja & Sultan yang dilihat 'neutral' oleh semua pihak dan sewajarnya mereka menjadi tempat rakyat jelata bergantung belas...

nak harapkan pemimpin politik...memang hampeh... dari 10, 2 ajer yang boleh diharap berkhidmat untuk rakyat...
yang lain... entahlah...malas nak cakap... mata ada boleh lihat, telinga ada boleh dengar...


apapun... Al-Fatihah buat Al-Marhum Tuanku Jaafar..

Apa Makna Hijrah Bagi Kita Semua?



salam semua...

dalam kita sibuk mempersiapkan diri untuk;

1. Bercuti sempena cuti umum Maal Hijrah
2. Bersiap untuk pergi surau, masjid dsbnya untuk majlis baca doa akhir tahun dan awal tahun
3. Bersiap pikir apa azam tahun baru hijrah ni
4. Berehat dengan tidur atau pergi jalan-jalan makan angin atau balik kampung...

Tentera Israel telah melancarkan siri terbaru serangan ke atas penduduk Palestine di semenanjung Gaza..

Serangan yang berlaku di saat semua umat Islam seluruh dunia bersedia untuk menyambut kehadiran Tahun Hijrah ke 1430 itu sedah semestinya meragut nyawa ramai rakyat awam dan pastinya umat Islam di sana...

Saban hari sejak berpuluh tahun dahulu... saya masih ingat sejak dari kecil lagi pertembungan serta perjuangan umat Islam Palestine dalam membebaskan negara mereka dari cengkaman regim Zionis adalah merupakan satu perjuangan yang seolah tiada kesudahannya...

Umat Islam Palestine adalah umat Islam berbangsa Arab dan mereka secara lansung menduduki satu kawasan di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam seluruh dunia..

Di tanah tumpah negara mereka ada sebuah masjid yang digelar Masjidil Aqsa dan di sana juga terdapat kesaksian tentang peristiwa Isra' & Mikraj Baginda Rasulullah S.A.W...
apa kesaksian yang kita tahu?.. ya di sana ada sebuah tanda yang terdapat di Kubah Batu di mana di dalamnya terdapat sebuah batu besar yang tergantung di udara.. dan kisahnya ialah batu tersebut mahu mengikuti Baginda Rasulullah naik ke langit...

Kini batu tersebut diletakkan penghadang di kiri dan kanan agar 'para wanita yang mengandung' tidak terperanjat lalu melahirkan anak apabila melihat batu tersebut...

Letak tepi dulu kisah batu tersebut... sebab kalau nak bicara tentang 'keimanan' dan 'keyakinan' batu tersebut terhadap Allah & RasulNya... kita pun kalah.. tak masuk 'book' pun..

Sudah lebih 1400 tahun kita membiarkan diri kira di jajah.. tidak pernah merdeka dan tidak pernah bebas sebagai seorang hamba Allah..

Kita terus membiarkan diri kita terus dijajah oleh nafsu serakah yang ada dalam diri..
Kita terus membiar diri kita terus dijajah oleh pemikiran ortodok dan bawah tempurung..
Kita terus membira diri kita terus dijajah oleh pihak-pihak kafirin yang sememangnya kita tahu bahawa mereka akan terus mencari jalan untuk memastikan umat Islam tunduk kepada meraka...

Tidak perlu pergi jauh untuk mencari kesaksian tentang betapa kita ini sangat hipokrit terhadap Agama, Tuhan & Rasul...

Kita boleh rujuk kepada surah Ummul Kitab... tahu Ummul Kitab?
orang melayu kata surah Al-Fatihah..

apa yang ada dalam surah tersebut?
mengapa kita diwajibkan untuk membaca surah tersebut dalam setiap rakaat solat sebaik selepas takbir?
mengapa solat kita tidak sah jika tidak membaca surah tersebut?

ambil sekeping cermin... tidak kira berapa saiznya... kalau boleh kita boleh melihat wajah kita dengan jelas di dalam cermin tersebut...

dan setelah kita jelas dapat memerhati wajah kita... kita tanya soalan ini...

1. adakah aku seorang muslim yang baik?
2. adakah aku seorang hamba Allah yang taat?
3. adakah aku bersaudara dengan muslim yang lain?
4. adakah aku menjadikan Rasulullah sebagai contoh untuk diri ku?
5. adakah aku telah menghabiskan kebanyakkan masaku untuk beribadah kepada Tuhan?
6. adakah au benar-benar memahami Agama yang aku anuti ini dengan sebaiknya?

cukuplah 6 soalan di atas itu.... sebagai asas untuk berhijrah...

kita boleh laungkan slogan hijrah.. sekuat mungkin..
kita boleh nyanyikan nasyid hijrah.. seberapa lama yang kita mampu..

tetapi adakah kita memahami apa yang tersirat di sebalik hijrah tersebut?

apa yang kita sibuk nak hijrah?
tahukah kita hijrah yang dimaksudkan itu ialah kesinambungan hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah...

memang mulut kita begitu petah berbicara... hijrah & hijrah...

soalan yang sudah bersawang di udara... hangat hijrah kita kali ini sampai bila?...
atau 'tahi ayam' yang hangat itu lebih lama dari semangat hijrah kita semalam...

bersyukur kehazrat Allah atas nikmat yang dikurniakan... ya sahabat muslim di Palestine & Sudan, Afganistan juga bersukur macam kita... sama sahaja...

jadi apa yang bezanya?...

bezanya terletak di dada...
bezanya terletak di hujung bibir...
bezanya terletak di seluruh anggota..

bezanya ialah... niat, lafaz & perbuatan yang seiring..... dengan niat lain, lafaz lain buat lain...

soalan terakhir... adakah niat mahu berhijrah yang ada di hati kita sama seperti yang kita lafazkan dan seiring dengan pergerakkan anggota kita?...

mudah-mudahan seiringlah ianya... kerana jika tidak seiring, kita tergolong kedalam mereka-mereka yang munafik (tahu maksud munafik?.. ianya ialah cakap lain buat lain..apatahlagi niatnya).... masya Allah...

cukuplah perkongsian ini setakat ini...

ianya lahir dari pemerhatian & pengamatan dari diri saya sendiri, seorang hamba Allah yang hidup matinya di dalam genggaman Robbul Jaleel...

dan ianya lahir atas kesedaran bahawa saya tidak boleh memastikan diri ini akan terus bernafas sesaat lagi selepas ini...

mudah-mudahan kita beroleh cahaya @ nur yang menjadi kekuatan untuk kita melakukan hijrah sebenar-benar hijrah... insya Allah...

Sunday, December 28, 2008

Ruang Muhasabah: 4.40ptg 1429H - 7.18mlm 1430H

Petang tadi,
sementara menanti asar berkunjung..
ku lelapkan mata barang sebentar..
Sempat juga ku bermimpi..

Mimpi di datangi tetamu ke pejabatku..
Dua orang jiran,
Bertanya tentang hal semasa dengan beberapa umpan..
Ingin tahu hal yang tersirat..

Sepatah ku tutur kata,
Mereka mengulas dan mengiakan..
Seayat kata ku suratkan..
Mereka meminta lagi dan lagi..

Tiba-tiba aku tersedar,
Azan Asar menyusup ke lorong gegendangku..
Aku bangkit lalu duduk bersila..
Memandang langit menerusi kaca pintu longsor...

1429 sudah sampai ke penghujungnya...
Aku memicit channel 106 tv kabel satelit yang ku langgan..
Ya.. ada doa 'akhir tahun' dipaparkan dengan audionya sekali..
Ku tumpang menadah tangan meng 'amin'kan doa taubat itu..

Habis doa..
Aku terasa diri melayang bagaikan kapas di udara..
Tinggi diriku di bawa angin ke atas sana...
Aku melihat dunia yang berbagai warna dan citra..

Lebih kurang 2 jam 40 minit aku di ruang itu..
Bermuhasabah diri tanpa sesiapa sedari..
Bermonolog dengan diri yang ada di hati..
Rasa tenang menemani aku di ruang ini..

Akhirnya 1430 tiba jua...
Setelah ku tunggu lebih dua jam hampir 3 jam..
Azan maghrib berkumandang..
Tanda yang ditunggu datang bertandang...

Atas meja makan sudah terhidang..
Sedikit jamuan yang ku beli dari tadi petang..
Berjamulah kami sekeluarga..
Memanjat syukur kehadiran hijriah baru..

Salam 1430H buat semua yang aku sayangi..
Tidak kira di mana sahaja kamu berada..



sifu mirza
ulu yam baru
01011430h
28122008m

Friday, December 26, 2008

Merehatkan Diri Sekejap...

salam jumaat buat semua...

setelah bertungkus-lumus mengharungi kerja-kerja konsultansi - 'TNA @ Training Needs Analysis' untuk satu customer... saya kini ingin merehatkan diri sekejap...

re-energize diri utk energy baru..
menjana semula tenaga untuk 'melompat lebih tinggi' (pinjam istilah peterpan) pada tahun 2009 ni..

memang terasa energy di 'absorb' dengan hebat sekali bila terlibat dengan consultancy program ni..

penumpuan, fokus, penelitian, 'endurance', ketahanan, ketenangan adalah antara elemen yang digembling di sepanjang lebih kurang 2 bulan projek ini...

apapun...Alhamdulillah.. sebaik sahaja sesi presentation & penyerahan analysis berlaku pagi tadi.. saya tiba-tiba terasa 'hilang energy'... rasa puas pun ada.. rasa lega pun ada, rasa best pun ada... bak kata aruah pak mat.. "macam-macam adaaaa'...

so nak relaks kejap... sambil layan lagu jepun nyanyian mayumi itsuwa yang berjudul ribaibaru ini...

harap awak juga 'heppy @ di 'energize' dengan lagu ini ya...



Wednesday, December 24, 2008

Langit Tahun Baru : 4 hari Hijriah; 7 hari Masihi

salam semua...

lebih kurang 4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru hijriah..
dan lebih kurang 7 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi..

bagaimana persiapan tahun-tahun baru kita ini?...

jika kita ingin menamsilkan tahun-tahun baru ini sebagai zahiriah & batiniah atau spiritual & fizikal atau luar dan dalam maka selayaknya tahun hijriah itu merupakan tahun batiniah atau spiritual manakala tahun masihi itu sebagai tahun fizikal..

alhamdulillah, tahun hijriah yang baru menjengok kita lebih awal, iaitu awal 3 hari dari tahun masihi.. bermakna, persiapan kita untuk memyambut kehadiran tahun-tahun baru ini kita mulai dengan mengemaskini, melakar dan melaksanakan segala persiapan untuk perjalanan dari sudut batiniah atau spiritual atau dalaman terlebih dahulu..

bercakap tentang elemen dalaman, ianya merangkumi berbagai-bagai aspek & elemen, antaranya ialah persediaan diri dari segi mental, emosional & spiritual...
ia juga tidak dapat lari dari elemen kekuatan diri dari dalam, hubungan dengan tuhan serta hubungan dengan rasul sebagai contoh agung yang terpuji..

mengorak langkah memasuki tahun baru adalah merupakan satu 'titik tolak' atau asas akan hari-hari seterusnya dalam tahun tersebut..

biarpun ianya merupakan seolah-olah hari-hari yang biasa namun kehidupan kita ini memerlukan kepada satu titik perubahan yang akan menajdi asas kepada perjalanan kehidupan yang lebih sempurna..

mat saleh (orang putih) selalu kata ayat ini... "if we keep on doing the same things, we will keep on getting the same result..." maknanya kalau kita tetap melakukan perkara yang sama, kita akan terus mendapat keputusan yang serupa...

maka jika kita tiada sebarang azam, perancangan serta matlamat.. kita akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini malah dikhuatiri kita akan menjadi lebih teruk lagi dari sebelumnya..

agak-agak bolehlah kita mencongak warna langit tahun baru kita nanti?...

saya bukan mahu anda semua membuat ramalan kerana kita sendiri boleh tahu apa warna langit-langit kita tahun baru nanti berdasarkan kepada hasil-hasil yang kita perolehi dari tangan-tangan kita tahun ini...


foto ini saya snap semasa berada di pulau pangkor satu ketika dahulu... saya sebenarnya gemar mengambil foto-foto terutamanya foto-foto langit serta awan.. kerana bagi saya ada cerita yang ingin di sampaikan kepada diri saya disebalik perubahan corak awan-awan tersebut...


foto ini saya rakam semasa memandu menyusuri MRR2 dalam perjalanan ke pejabat.. Maha Suci Allah yang mengerakkan setiap perkara di alam ini dengan kekuasaanNya.. lihatlah bergulungnya awan tersebut menanti untuk melepaskan hujan ke bumi yang semakin tandus.. ya semakin tandus dengan kasih sayang dan pengertian kepada Tuhan..


foto ini saya rakam dua hari lepas, beberapa ketika sebelum memasuki kereta untuk ke pejabat.. ianya langit pagi yang sepoi-sepoi menari dengan tarian angkasa.. juga bercerita tentang masa depan.. untuk saya juga untuk anda... semestinya untuk kita semua...

Tuesday, December 23, 2008

Sabtu, Ahad & Isnin...

salam semua...

phewww.. 'what a weekend...'

bermula sabtu lepas... perjalanan hidup saya, saya dedikasikan untuk famili..
planning nak balik seremban menjengok bonda di sana..

sebelum tu sempat menyaksikan si mawi & ekin ber'ijab kabul'...
bertuah mawi & ekin.. majlis perkahwinan yang mendapat liputan se antero malaysia menerusi astro..
(kesian TV3 yang melukut di tepi gantang... punyalah TV3 tak puas hati, sampai rancangan melodi pun nak mengsensasikan serta meng isukan majlis tersebut)

biasalah TV3, paku dulang paku serpih... dah nama glamour..cuba nak menumpang atau melukut dengan astro, akibatnya tak boleh buat liputan... (astro sebenarnya memulangkan buah serpih; masa dato' siti kahwin dulu, astro tak boleh buat liputan..)

so nak membalas kembali serpih yang diberi astro, dalam nona, TV3 keluarkan semua majlis yang 'kunun'nya wedding of the year... so semua rakaman majlis personalitinya di tayangkan...

inilah dia dunia kapitalis... duit, duit & duit... glamer, glamer & glamer... sensasi, sensasi & sensasi..

apapun mawi & ekin... moga berbahagia ke akhir hayat..

kelihatan mawi yang memang selamba sepanjang hayat.. mendengar khutbah nikah..sambil dijeling ekin...


lepas ajer mawi lafaz nikah... saya & famili pun bertolak ke seremban...
sampai seremban... petangnya abang & angah (anak 1st & 2nd) ajak saya pergi stadium tengok perlawanan hoki...

saya dulunya memang bermain hoki masa sekolah, so ajakan mereka tu saya tunaikan.. sambil nak mereka 'rasa' camner tengok game kat stadium..

so kami pun pergi stadium hoki di seremban 2, menyaksikan perlawanan separuh akhir di antara pasukan korea & jepun (perlawanan ini adalah kejohanan hoki remaja perempuan piala asia, 3 pasukan teratas akan mendapat tempat di kejohanan piala dunia nanti)


acit, abang, abah & aliah asyik melihat kehandalan pemain-pemain kedua-dua belah pasukan..


penuh jugak 'grand stand' dengan penonton menyaksikan perlawanan tersebut... rezki kami, bila habis game, pegawai stadium belanja minum... (katanya, terima kasih sebab abang bawak anak-anak 'penuhkan' stadium...)

semalam (isnin), saya bercuti... cuti pun ada beberapa misi (antaranya pergi bawak amirul azeez (baby) untuk injection & isteri untuk check-up (selepas sebulan bersalin)...

lepas tu saya mengambil kesempatan (kununnya orang dah tak ramai) untuk pergi 'shopping' kelengkapan pakaian sekolah...

so kami ke Alpha Angle, Wangsa Maju...
simple aje... mana-mana baju dan seluar 'last year' yang boleh pakai lagi, akan digunakan lagi... so semalam cuma 'top-up' ajer... (top-up punya top-up... 400 jugak melayang...)


acit, angah & aliah tak lepas peluang bergambar dengan 'prop' bas sekolah kat situ...


'ekspedisi' semalam saya akhiri dengan belanja mereka semua di Old Town White Coffe (kopitiam) di MRR2 berhampiran taman melati...

azeez pun ikut sama ber 'kopitiam'.. acit (amirul rashid) dengan gaya Ben10 nya dan aliah dengan 'peace no war'nya...


angah buat kopitiam tu macam dia punya... sibuk dengan PSPnya.. (nak test wifi PSPnya..)


Alhamdulillah... semua dipermudahkan... 'quality time with family' berjaya dilunaskan dengan izin Allah...

Friday, December 19, 2008

Lidah Yang Tergigit... : Bilakan Sembuh?


salam semua...

Semua pasangan yang bercinta tidak kira yang baru merancang untuk memasuki gerbang perkahwinan ataupun yang telah pun berkahwin pastinya akan melalui selekoh-selekoh percintaan yang mendebarkan...

Mendebarkan dari segi menguji tahap ketahanan diri masing dalam aspek kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, ketulusan, kesabaran, keterbukaan dan sebagainya..

Tiada satupun perhubungan yang tidak akan diuji dan ujian itu sebenarnya mampu diharungi oleh satu-satu pasangan itu dengan syarat:

1. Bersedia untuk memaafkan kesalahan atau kekhilafan pasangan kita,
2. Bersedia untuk memohon kemaafan dari pasangan kita,
3. Bersedia untuk meneruskan semula perjalanan yang terhenti buat seketika,
4. Bersedia untuk belajar dari ujian yang diharungi,
5. Bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri,
6. Bersedia untuk memberikan yang terbaik buat pasangan kita,
7. Bersedia untuk saling belajar & mengajar di antara satu sama lain;

Tiada yang lebih mengembirakan sekiranya saban detik dan ketika, benih cinta yang disemai bersama membesar menjadi sebuah pohon yang segar serta membuahkan hasil sehingga akhir nanti...

Itu idaman setiap pasangan...

Mengambil proses kehidupan ini secara keseluruhan bermula dari detik kelahiran sehingga ke saat kematian, ianya adalah merupakan satu proses yang kompleks lagi unik..

Kompleks dari segi keupayaan diri untuk mengharungi musim-musim yang berlalu, keupayaan diri dalam menghadapi virus-virus yang dicernakan dalam bentuk sakit, demam dsbnya..

Unik dari segi kecukupan elemen-elemen manusia ciptaan hebat Ilahi yang merangkumi keupayaan mental,emosianal, spiritual dan fizikal sebagai faktor untuk jadi hebat dan cemerlang..

Masakan manusia-manusia yang mempunyai hubungan cinta perlu akur dengan himpitan faktor dalaman dan luaran sehingga menyebabkab lidah-lidah itu tergigit..

Faktor-faktor dalaman seperti kegagalan mengurus diri dari segi ketelusan diri, keterbukaan jiwa & raga, turun naik nafsu yang bergelora, hilang fokus atau penumpuan, hilang jati diri serta semangat, tiada tolak ansur dalam egoistika, mementingkan diri sendiri dsbnya...

Faktor-faktor luaran seperti kurangnya sokongan keluarga terhadap hubungan yang dibina, rapuhnya tembok yang memagari cinta suci, ketidak fahaman tentang tugasan dsbnya...

Banyak sebab yang boleh kita pikirkan dalam memperkatakan tentang tahap kemantapan hubungan pasangan yang bercinta...

Seperti yang pernah saya nukilkan beberapa ketika dahulu, tahapan-tahapan yang perlu dilepasi oleh satu-satu pasangan itu bolehlah di ambil kira melalui tempoh perkahwinan satu-satu pasangan tersebut..

Tahap 1; 3 tahun pertama (proses kenal-mengenal antara satu sama lain)

tahap satu ini memang kritikal... ketinggian tahap kesabaran diperlukan dalam proses membina 'tapak' hubungan yang lebih kukuh.

sebarang kegagalan untuk bersikap terbuka akan mengakibatkan krisis yang hebat.

seringlah bersama-sama dalam setiap masa kerana ianya boleh mempercepatkan proses kenal-mengenali antara satu sama lain.

jangan sesekali ambil mudah kerana 'kunun'nya sudah kenal kerana di tahap inilah, perkara yang kecil boleh menjadi besar.


Tahap 2; 3 tahun kedua (proses pemantapan hubungan dan mula fokus)

tahap dua ini, pasangan mula membina 'rangka-rangka' hubungan dan kebiasaannya rancangan-rancangan yang wujud ialah demi kemantapan hubungan yang berpanjangan.

pasangan mula menerima zuriat dan tanggungjawab serta amanah menjadi berat.

pasangan perlu mula membiasakan pembahagian masa yang baik; masa untuk bersama, masa untuk bersendiri, masa untuk bersama keluarga.


Tahap 3; 3 tahun selepas itu (hubungan agak mantap, pasangan mula merancang untuk jangkamasa panjang)

bangunan siap dibina, perlu segera mengisi dengan hiasan-hiasan yang senantiasa segar lagi menyegarkan hubungan.

tiada masa untuk memikir atau membesarkan perkara-perkara kecil yang remeh yang bolek menggugat hubungan (pasangan mula matang)

kecuaian dalam berfikiran bahawa sudah kenal luar dalam pasangan adalah merupakan satu kesilapan besar.

kecuaian dalam 'membiarkan' pasangan lepas bebas juga merupakan mulanya percikan-percikan api yang boleh meranapkan binaan.

terus-teruslah membajai pohon cinta yang ada, terus-teruslah mencantas dedaun yang dimamah ulat, rajin-rajinlah mengembur tanah dan siramilah pohon cinta dengan keimanan di dada...


Lidah anda baru tergigit?...
Itu perkara biasa...semua orang mengalaminya..
Jangan asyik dibelek luka di lidah itu..
Tetapi cepatlah cari penawar agar ianya cepat sembuh...

Penawarnya tiada pada sesiapa... ianya ada pada diri kita sendiri...

Wednesday, December 17, 2008

Hamba Kepada Tuhan : Apa Kata Kita??

Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah... Yang Mencipta setiap kehidupan di langit dan di bumi dan di antaranya...



Alhamdulillah... Segala Kesyukuran Kami Panjatkan di atas segala nikmat-nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami, keluarga, sahabat dan para hamba-hambaMu Ya Allah...


Allah Hu Akhbar... Maha Besar Lagi Maha Menguasai Segala-galanya yang ada dalam genggamanmu Ya Allah tiada yang terlepas satupun walau sebesar zarrah...




Masya Allah.....Ampunilah kami Ya Allah.. Jauhkanlah kami dari bahang nerakaMU Ya Allah.. kami tidak mampu menolaknya Ya Allah.. Apabila tibanya hari perhitungan di mahsyar nanti janganlah ini dijadikan saksi kepada kami Ya Allah...



monolog diri seorang hamba yang terus-terusan berusaha memperbaiki diri, keluarga dan para sahabat yang dicintainya...

moga Allah mempermudahkan perjalanan dan perjuangan kita semua...

Izinkan Dia Pergi



Izinkan dia pergi
Walau ngilu rasa di hati
Kelak kan datang pengganti
Sesempurna idaman di hati

Izinkan dia pergi
Walau kering tandus airmatamu
Kelak kan muncul pengganti
Bakal mengisi tahta di sisi

Izinkan dia pergi
Walau sedih meragut sanubari
Kelak kan hadir pengganti
Semulia iman di hati

Izinkan dia pergi
Walau seolah tiada pengganti
Kelak kan dibuka pintu hati
Meneman sepi selama ini

Izinkan dia pergi
Walau goyah rasanya diri
Kelak kan timbul penyeri
Merembes resah yang memagari

Izinkan dia pergi
Walau remuk rasanya di hati
Kelak kan muncul matahari
Bakal menyinar dinihari

Izinkan dia pergi
Walau pasrah tidak berganti
Kelak kan tiba yang dinanti
Sebagaimana yang dijanji Ilahi...



sifu mirza
ulu yam
dec 08

Tuesday, December 16, 2008

Penantian Berakhir : Pulangnya Sayangku

salam...

akhirnya penantian rinduan saya berakhir semalam..
sayang-sayang saya (isteri dan anak-anak) semuanya selamat sampai ke kuala lumpur jam 4.00ptg semalam..

pesawat terbang dari Kota Bharu tiba mengikut jadualnya..
genap 15 hari mereka balik kampung dengan beberapa 'misi'..

antaranya ; menghantar ibu mertua menjengok rumah yang lama ditinggalkan, cukur jambul dengan TG Nik Aziz di Pulau Melaka, melaksanakan aqiqah untuk Amirul Azeez ketika Eid Adha yang lalu, percutian (breakaway @ un-wind) untuk anak-anak yang bercuti sekolah..

saya bersama mereka untuk 5 hari, sebelum dan selepas hari raya haji yang lalu..

awan yang sedang berbicara dengan manusia di bawahnya...


terminal ketibaan yang tidak pernah tidur dan terus menjadi saksi gelagat manusia yang berurusan dengannya...


isteri tercinta mendukung Amirul Azeez bersama Amirul Yassir serjalan keluar dari ruang ketibaan...


"abahhhhh..." jerit Aliah Nurjannah kegembiraan berlari ke arah saya bersama Amirul Rashid..


Alhamdulillah Ya Allah..
Syukran Jazilan Kathiran..

KepadaMu aku berserah...
KepadaMu aku pohon perlindungan..

SepulihKu Berbunga Kelmarin...


Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terdengar suara halus membisik di telinga..
Perlahan-lahan ku menoleh kebelakang..
Siapa itu..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku membelai setiap dedaunan herba di situ..
Terdengar lagi bisikan halus memanggilku..
Siapa dia..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku mencabut anak-anak rumput yang bertunas..
Sayup turun naik suara itu semakin merdu..
Bermadah lagu ia..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terdengar lagi suara berlagu merdu itu..
Suara yang semakin jelas lagi menyegarkan..
Aku tahu..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku menghampiri ke wajah suara itu..
Meliuk halus alunan warnanya..
Aku hayati..

Kelmarin tika ku menyusuri kebunan istimewaku..
Aku terpesona dengan kemulusan wajahnya..
Putih bersih haruman kesturi..
Sepulihku berbunga..


sifu mirza
ulu yam
dec 08

Monday, December 15, 2008

Yes My All Beloved Ones : I Did It My Way...

salam semua,

sejak dua menjak ni saya gemar melakar puisi untuk tatapan diri dan yang sedang membaca...
saya memang meminati bentuk-bentuk penulisan kreatif dan berseni...

teringat semasa sekolah dulu... cikgu BM saya ada menyelitkan tugasan untuk kami sekelas..
tugasannya ialah kami kena buat 'paper cutting' yang penulisannya berbentuk penulisan seni dan kena tampal dalam satu buku tulis yang bernama 'seni bahasa'...

namun pergerakkan 'kesenian' saya tidak lancar dalam bentuk penulisan seni bagi tatapan umum, maka ianya terbatas hanya kepada orang yang saya sayangi sahaja...

saya cuba & pernah membuat 'comeback' dengan menghantar skrip drama radio..
dan saya juga peramkan beberapa puisi dan cerpen dalam simpanan... mungkin bila diizinkan Allah, keluarnya untuk tatapan umum akan dalam bentuk Antologi..

jadi, perjalanan 'kesenian' diri ini lebih banyak saya hamburkan dalam bentuk seni kraftangan dari sekecil-kecil kraftangan (buat greeting cards etc sehinggalah seni pertukangan)...

di situ saya ketemu kebahagian, ketenangan dan kepuasan...

anway... untuk anda semua..yang saya kenali samada di alam siber atau di alam nyata atau di alam metafizik...

sebuah lagu berjudul "My Way"
lagu asal oleh Frank Sinatra... lagu ni ramai yang dah menyanyikannya semula ikut stail masing-masing... so yang ni, si Robbie William punya stail...

hirupilah senikatanya... hayatilah maksudnya.... alunilah iramanya...





Saturday, December 13, 2008

Hidup Sebentar Cuma : Hayati & Hirupi Warnanya..


Tiada apa yang pasti dalam kehidupan ini..
Kecuali Mati.

Sebentar cuma perjalanan kehidupan ini..
Sesaat Tadi.

Sinaran Suka Duka Riang Tawa menghiasi..
Agar Berseri.

Jika tadi si Suka bertandang di tepi hati..
Hayatilah ia.

Jika nanti si Duka membasahi tirai hati..
Usapilah ia.

Jika tadi si Riang mencuit isi hati..
Kecapilah ia.

Jika nanti si Tawa menyelimuti hati..
Nikmatilah ia.

Hidup ini sebentar cuma..
Satu Anugerah Yang Maha Esa..
Untuk hamba-hamba yang dikasihi dan disayangi..
Untuk hamba-hamba yang dirindui dan dicintai..

Hidup ini sebentar cuma..
Bukan Neraka juga Bukan Syurga..
Buat hamba-hambanya yang kenal lagi mengerti..
Buat hamba-hambanya yang memahami lagi menyakini

Hidup ini ribuan kilau warnanya..
Kelabu bagi yang tuli hati..
Gulita bagi yang buta hati..
Sengaja menyiksa raga & jiwa..

Hidup ini Anugerah yang tidak ternilai harganya..
Hayati serta Hirupilah kilauan warna-warnanya..



sifu mirza
ulu yam
dec 08

Friday, December 12, 2008

Hati Yang Lara : Usahlah Berduka...


ada orang berkata hati lara tiada penawarnya....
ramai orang berkata hati lara bawa merana...

benarkah tiada ubatnya untuk hati yang lara kecewa...
sedang yang berkata itu tidak mengalaminya...

berapa jangkau waktu kita perlu meratap hiba...
tatkala orang keliling hanya menangis pura...

sedalam pasifikkah gaung hati yang lara...
setinggi everestkah hempasan dukacita...

semuanya tiada makna jika kita terus bercerita...
semuanya hanya hama yang mati sebentar cuma...

tahukah kita dalamnya cinta yang satu itu...
tahukah kita rimbunnya kasih sayang si dia...

cuma kita sahaja yang tuli lagi buta...
cuma kita sahaja yang alpa terus lupa...

sedang di atas sana sedang menanti tiba...
hadirnya ciptaan yang istimewa lagi sempurna...

sedang di atas sana sering berbicara di ufuk hati...
sedang hati kita membatu cuma.. tidak menerima..

usahlah berduka wahai hati yang lara...
kerana airmata bukan penawar dukacita...

usahlah berhiba wahai hati yang duka...
kerana tangis bukan ubat sengsara...

cuba lontarkan senyum hati ke atas sana...
pasti airmata menjadi permata...


sifu mirza
ulu yam
2.26pm
dec08

Thursday, December 11, 2008

Tanah Runtuh : 'Wake-up call' dari Tuhan...


salam semua...

cerita tanah runtuh.. di bukit antarabangsa, di ulu yam perdana dan di damansara...

dulu pun pernah berlaku beberapa siri tanah runtuh bertahun-tahun, ianya berulang-ulang dan menjadi kebiasaan kita di malaysia ini...

kita tidak disajikan dengan gunung berapi, kita tidak disajikan dengan kemarau panjang, kita tidak disajikan dengan taufan katrina dsbnya..

kita hanya disajikan dengan peristiwa tanah runtuh... sesuai dengan kesanggupan orang negara kita... Tuhan bagi yang 'mild-mild' ajer ujiannya di sini..Alhamdulillah...

setakat ini, kita dah di'wake-up call' kan oleh Tuhan Robbul Jaleel beberapa kali... kalau ikut tahap kesedaran diri... 80% masih tak sedar diri dan hanya 20% yang sedar dan prihatin serta melakukan langkah-langkah pro-aktif untuk keluar dari 'jurang bencana ulangan'...

memang menyedihkan dan menyayat hati apabila menyusuri hati-hati serta jiwa-jiwa yang terpalit dengan bencana @ ujian Tuhan ini...

apa yang pasti, ujian Tuhan tidak mengenal siapa kita... miskin, kaya, berharta atau kedana..

apa yang pati, ujian Tuhan tidak mengenal apa warna kulit kita, apa jawatan kita dan berapa harga rumah kita...
apabila ujian itu datang, ianya cukup simple....

dan apabila ujian berakhir, ianya juga cukup simple... apa yang kita belajar, apa yang kita fahami, apa yang kita yakini...

Allah sedang berbicara dengan kita semua... bicaranya cukup simple... "kamu semua adalah hamba-hambaKu... maka Aku berkuasa sepenuhnya keatas turun naik nafasmu... maka bertaubatlah menginsafi akan kekhilafanmu...kembalilah kepada fitrah hamba yang sebenar... kepadaKulah kamu semua beribadah..kerana itulah awal mula kejadian kamu di muka bumi..."

mudah-mudahan yang pergi akan bertemu Pencipta mereka dengan keadaan redho diredhoi...
mudah-mudahan yang tinggal akan redho dengan apa yang berlaku...
mudah-mudahan yang lain akan memahami maksud yang Tuhan sampaikan...
mudah-mudahan yang lain akan meningkat keimanan masing-masing...

Eid Adha : Maksud Tersirat...

salam semua...

dalam kita menjalani ibadah korban di aidil adha ini, pada malam raya kita telah mula mendengar sahut-sahutan takbir berkumandang di segenap pelesuk muka bumi ini...

kita juga turut sama bertakbir secara nyata atau diam-diam di dalam hati...

menyusuri maksud disebalik apa yang kita takbirkan itu akan membawa satu dimensi pengertian yang sedikit mendalam di dalam kefahaman kita terhadap agama, keyakinan kita terhadap Allah & RasulNya...

suka saya 'snap' kan maksud takbir yang kita lafazkan setiap kali menjelmanya 'hari raya'.. samada hari raya puasa atau hari raya haji...





makna sepenuhnya....semoga kita dapat menghayati intipati yang sememangnya disampaikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang mahu mengambil untuk iktibar serta bermuhasabah diri...

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar sebesar-besarnya,

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya,

Maha Suci Allah pagi dan petang.”

“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya,

dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya,

yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”

“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar,

Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Monday, December 08, 2008

Hujan, Mangga cecah cili kicap & 'PSP' Aliah...

keadaan langit kota bharu dari angle jalan bayam...
mendung hujan, mendung hujan..
begitulah keadaannya saban hari...


tak boleh tahan melihat setangkai mangga 'sambal' yang ada di atas meja serta 4 bijik mangga cikonan yang tengah mengkal...
saya terus 'kindnap' beberapa biji mangga sambal tu & sebiji cikonan lalu meracik dan buat cili kicap 'simple'....
mmm... best jugak makan memasam ni masa hujan....


sampai ajer ke rumah mertua...
aliah tanya mana 'psp' dia?...
katanya dia tak mau kongsi psp dengan angah.. dia pun taknak kongsi dengan acit...
so... letak tepi penat 'drive' semalaman, saya terus ajak dia dan abang2nya ke kb mall...
misinya, cari gam yang murah utk kanak-kanak yang berusia 5 tahun...
(ada gak test nak beli game 'tetris' yang monochrome..tapi tak jalan... sebab dia dah tengok angah punya psp skrinnya color...)
so jumpalah yang ni... harga kurang RM1, seratus...

yang paling mahalnya ialah.."terima kasih abah sebab beli psp aliah..." terus dia kucup pipi bapaknya ini...

Eid Adha Journey 1

salam semua...

berkongsi perjalanan ke kota bharu (rumah mertua) untuk merayakan Eid Adha bersama keluarga yang telah lebih dahulu berada di sana sejak minggu kepas...
mereka ikut jalan udara...
saya ikut jalanraya...
since saya akan drive sorang maka saya 'swap' kenderaan (unser) saya dengan kereta sahabat (waja)....so kita win-win situation... dia boleh bergembira dengan kenderaan yang besar dan saya dapat 'cost efficient' drive ke kb dengan kereta...

perjalanan ke kota bharu saya mulakan pada Jumaat malam pukul 11.30pm...
bertolak dari ulu yam melalui jalan genting highland (hingga goh tong jaya) dan turun ke lebuhraya exit genting sempah...
disebabkan saya berseorangan maka 'timing' journey ini tidak saya setkan untuk tiba pada bila dan bila...
rulenya simple... kalau penat, ngantuk, lapar dsbnya...just berhenti rehat & take your time mirza..


ya.. saya terpaksa akur dengan keadaan cuaca yang agak hujan pada malam itu..
di tambah lagi dengan kenderaan yang 'berjujuk'...
serta mata saya yang semakin lama semakin kecik...
maka saya 'stop-over' kat masjid gua musang pukul 3.30am...
terus gi toilet..masuk kereta balik..turun cermin empat-empat tingkap..mati enjin, lock pintu, set alarm pada hp, turunkan seat dan ...zzzzzzzzz... hinggalah 6.30am..
bangun subuh dan teruskan perjalanan...

sampai di kuala kerai di sambut dengan cuaca mendung... dan saya bersedia untuk sebarang suasana sekiranya ada berlaku banjir..
dengar radio, menurut jabatan meteorologi, hujan akan turun dengan lebat di pantai timur sehingga hari isnin...
dan berita-berita akhbar menyebut tentang banjir 'pusingan ke dua' yang akan berlaku di pantai timur sehingga utara johor...


sampai di ketereh dalam pukul 8.30am...
selalunya bila lalu kat sini, saya selalu 'mis @ terlepas' peluang untuk ambil gambar buah ketereh itu (buah gajus) yang ada di dataran ketereh...
so peluang kali ini, tengah jem kat situ so saya pun terus zoom & snap...


dalam kul 9.30am saya memasuki Bandaraya Islam Kota Bharu...
dan perjalanan sejauh 400km lebih ini akan berakhir beberapa minit lagi...
terbayang wajah ahli keluarga yang menanti...
mmm..cuaca... sukar di duga... tapi apa yang pasti, bila hujan..lebatnya lain macam...

jalan bayam...
destinasi akhir perjalanan Eid Adha Journey 1 ini...
hujan lebat mula turun menyambut ketibaan saya...
Alhamdulillah..perjalanan ini dipermudahkanNya..

end part one...

Friday, December 05, 2008

Eidul Adha : Erti Sebuah Pengorbanan..

HambaMU datang menyambut panggilanMu Ya Allah
HambaMu datang menyambut panggilanMu Ya Allah

HambaMu datang menyambut panggilanMu Ya Allah
Tiada Sekutu bagiMU

Sessungguhnya Segala Pujian dan Nikmat
Dan Pemerintahan adalah kepunyaanMU

Tiada Sekutu bagiMU


salam semua...




maksud Eidul Adha yang saya petik dari Wikipedia:

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah




Kaabah yang akan menjadi saksi akan ibadah solat yang kita laksanakan seharian.

Kaabah akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak tatkala kita disoal tentang 'solat' @ 'sembahyang' semasa kita bernafas di dunia; kualiti atau kuantiti, bersungguh atau bersahaja, ikhlas atau berdusta, istiqomah atau bersenda loka.

Mudah-mudahan Eidul Adha kali ini akan memberikan kita satu dimensi baru akan maksud serta pengertian kita terhadap apa yang dikatakan sebagai KORBAN dan PENGORBANAN.

Tidak ramai diantara kita yang benar-benar sanggup berkorban. (sangat subjektif ayat ini..)

Dan sangat ramai juga di antara kita yang berdetik-detik atau berkata-kata di dalam hati apabila berhadapan dengan situasi atau suasana atau keadaan yang menuntut kita melakukan pengorbanan... sedang kita amat lupa bahawa kehidupan kita di muka bumi ini adalah merupakan satu perlaksanaan ibadah secara total yang sewajibnya di akhir nafas nanti kita akan terkorban dalam pengorbanan.

Jika kita mampu mangaku bahawa kehidupan kita di dunia ini adalah merupakan satu jihad... maka kita sebenarnya sudah hampir memahami istilah serta maksud pengorbanan yang sebenar..

Para sahabat Rasulullah yang kita sering ikuti atau terdengar atau didendangkan kisah mereka adalah merupakan contoh-contoh yang boleh kita lihat akan tahap pengorbanan mereka tidak lain tidak bukan hanya kepada Rasul & Allah semata-mata..

Apabila kita mengatakan Rasul & Allah maka kita sebenarnya telah bersaksi akan kesanggupan kita berkorban dalam segenap segi di dalam agama kita..

Ayat 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' juga adalah merupakan satu syiar atau seruan jihad di mana semua umat islam yang bersaksi kepada Allah & Rasul telah berjanji sepenuh hati untuk berjuang dan berkorban di atas jalan lurus sebagaimana yang kita diwajibkan membaca surah Al-Fatihah di dalam solat kita...

Maka mereka-mereka yang berjuang di jalan Allah adalah mereka-mereka yang berjihad dan syurgalah tempat kekal abadi buat mereka..

"Peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan melawan hawa nafsu..."

Sabda Rasulullah tersebut juga turut membawa erti pengorbanan dalam maksud yang tersirat.. di mana kita sedaya-upaya berusaha bersungguh-sungguh @ berjihad untuk memerangi hawa nafsu (jahat) yang sering kita biarkan terpengaruh dengan hasutan syaitan.. dan dalam perjuangan jihad melawan hawa nafsu inilah kita perlu berkorban.. korban wang ringgit, korban masa kesukaan kita, korban perasaan dsbnya...

maka di penghujung jihad kita dalam memerangi hawa nafsu ini.. dengan segenap pengorbanan lalu berjaya menumpas dan berjaya mengawalnya.... maka sambutlah kemenangan jihad serta pengorbanan kita ini dengan berita gembira, lalu lakukanlah solat taubat, sujud syukur dan berhiaslah cantik sekadar mampu lalu melangkah ke masjid bersama-sama saudara se islam bertasbih, bertahmid dan bertakbir untuk meraikan kemenangan ini...

SALAM EIDUL ADHA BUAT SEMUA YANG SAYA SAYANGI TIDAK KIRA DI MANA SAHAJA ANDA BERADA..









Thursday, December 04, 2008

REIKI-LVT Healing Center


salam semua...

kini REIKI-LVT HEALING CENTER dibuka untuk semua...
boleh klik di foto di atas untuk maklumat lanjut berkenaan Pusat Rawatan Reiki-LVT tersebut..

mudah-mudahan ramai di antara kita yang akan kembali 'pulih' sepenuhnya dari segi mental, emosional, spiritual dan fizikal..insya Allah..

Wednesday, December 03, 2008

Diri Yang Beribadah...


salam semua....

saban hari kita sering terkeliru atau dikelirukan tentang ibadah yang kita lakukan...

apa itu ibadah?

dari wikipedia...

Ibadat atau Ibadah adalah sebuah kata yang diambil dari bahasa Arab. Arti kata ini adalah:

  1. perbuatan atau penyataan bakti terhadap Allah atau Tuhan yang didasari oleh peraturan agama.
  2. segala usaha lahir dan batin yang sesuai perintah agama yang harus dituruti pemeluknya.
  3. upacara yang berhubungan dengan agama.

Ibadah menurut Al Quran

Pengertian ibadah dapat ditemukan melalui pemahaman bahwa :

  1. Kesadaran beragama pada manusia membawa konsekwensi manusia itu melakukan penghambhaan kepada tuhannya. Dalam ajaran Islam manusia itu diciptakan untuk menghamba kepada Allah, atau dengan kata lain beribadah kepada Allah (Adz-Dzaariyaat QS. 51:56).
  2. Manusia yang menjalani hidup beribadah kepada Allah itu tiada lain manusia yang berada pada shiraathal mustaqiem atau jalan yang lurus (Yaasiin QS 36:61)
  3. Sedangkan manusia yang berpegang teguh kepada apa yang diwahyukan Allah, maka ia berada pada shiraathal mustaqiem atau jalan yang lurus (Az Zukhruf QS. 43:43).

Dengan demikian apa yang disebut dengan manusia hidup beribadah kepada Allah itu ialah manusia yang dalam menjalani hidupnya selalu berpegang teguh kepada wahyu Allah.

Jadi pengertian ibadah menurut Al Quran tidak hanya terbatas kepada apa yang disebut ibadah mahdhah atau Rukun Islam saja, tetapi cukup luas seluas aspek kehidupan yang ada selama wahyu Allah memberikan pegangannya dalam persoalan itu.

Itulah mengapa umat Islam tidak diperkenankan memutuskan suatu persoalan hidupnya sekiranya Allah dan Rasul-Nya sudah memutuskan perkara itu (Al Ahzab QS. 33:36)


maka apa yang kita ketahui sebelum ini jika ibadah itu hanyalah dengan melakukan solat, zakat, puasa serta haji adalah perlu kita perluaskan lagi konsep serta pemahaman kita...

ringkasnya boleh saya katakan, ibadah itu adalah apa yang berlaku di antara turun naik nafas kita di dunia ini dan sewajibnya ianya berlaku dalam jangkauan agama yang kita anuti..

dan ibadah seharian kita ini sudah pastinya dimulai dengan niat yang betul yakni kita melakukan semua ibadah ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah Azza Wajalla...

maka jika kita melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan agama dan perintah tuhan maka pekerjaan itu bukanlah dikira ibadah melainkan ianya menjadi sesuatu amalan yang sia-sia sehingga kita meninggalkannya dan kembali naik ke atas landasan yang sebenarnya...

maka atas dasar luasnya konteks ibadah pada diri kita sebagimana kita mampu menyebut 'Islam Is The Way Of Life' begitulah juga ibadah yang kita lakukan.... ianya akan menyelinap kesegenap pelusuk diri, menguasai semua elemen diri kita iaitu mental, emosional, spiritual dan fizikal...

cuba kita bayangkan mental atau pikiran kita yang sedang beribadah... berfikir hanya kerana Allag Taala...

cuba kita bayangkan emosional diri kita yang berombak turun naik beribadah hanya kerana Allah Taala...

cuba kita bayangkan spiritual diri kita yang bersemangat tinggi beribadah kerana Allah Taala...

dan cuba kita bayangkan betapa fizikal kita yang bergerak walau seinci hanya kerana Allah Taala..

sesungguhnya termasuklah kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang taat...

taat dari segi menuruti perintah Tuhan sejajar dengan hakikat kejadian diri ini yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah Robbul Jaleel...

masya Allah...

adakah mampu untuk kita berpaling kepada selain dari Allah?
adakah kita mampu untuk melanggari perintah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa?
adakah kita mampu untuk memastikan jantung kita bergerak dengan sendiri tanpa izin dari Ilahi?

semua persoalan tentang ibadah adalah persoalan utama atau persoalan pokok untuk diri kita...

jika kita 'terrrrr' lalai sebelum ini... janganlah malu untuk melakukan taubat...
insya Allah kita tergolong ke dalam golongan yang diterima taubatnya...

adakah diri kita merupakan diri yang beribadah?...

cerminlah diri... kita tahu jawapannya...

wasalam

Diri Yang Celaka...

salam semua...

foto di atas adalah foto yang saya rakam semasa berada di Al-Islam Medical Centre, Kampung Baru (dulunya di kenali sebagai Kampung Baru Medical Centre)..

ayat yang tertera adalah ayat dari Surah Asy Syu'ara ayat ke 80;
ayat tersebut adakah sebahagian dari dialog Nabi Allah Ibrahim dengan kaumnya yang menyembah berhala..
ayat tersebut membuktikan betapa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya di atas muka bumi ini...

ayat tersebut juga memperlihatkan betapa ketetapan iman yang perlu ada dalam diri setiap kita tatkala menjalani kehidupan ini dan ianya boleh dirujuk dalam situasi ketika kita mengalami masalah kesihatan seperti sakit dsbnya...

usaha, ikhtiar perlulah kita ambil dalam perjalanan kita untuk sembuh kerana ianya adalah tuntutan kehidupan namun apa yang perlu kita tekankan dan jaga serta pelihara ialah 'taklik' yang ada di dalam hati kita ketika kita berikhtiar itu..

perbuatan ikhtiar dalam mencari penawar bagi kesakitan atau penyakit yang kita alami juga perlulah dilihat dari semua segi... kerana sebarang perbuatan yang melanggari setiap hukum0hakam akan menjerumuskan kita ke lembah nista lalu boleh mensyirikan status kita sebagai hambaNya...

taklik yang disebut tadi ialah 'affirmation' kita atau 'persetujuan' kita atas sesuatu perkara.. sebagai contoh, kita berlanggan dengan sebuah klinik kerana 'doktornya power'... klinik lain yang kita lawati tidak mampu memyembuhkan demam kita, maka lalu kita bertaklik bahawa hanya klinik satu itu yang 'power'... maka halusnya penafian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh ayat 80 surah asy syu'ara tersebut...

sesungguhnya, apabila kita jatuh sakit... ianya semestinya memberi kita seribu satu kenikmatan dan keinsafan..
maka sebaik-baik hambaNya hendaklah beristigfar apabila ditimpa sakit dan memperbanyakkan zikir (memperingati Allah) sepanjang tempoh 'percintaan' itu...

janganlah kita terus meletakkan sesuatu yang lain melainkan Allah...
nampak mudah kan..."janganlah kita meletakkan sesuatu yang lain selian Allah"...

tapi disinilah hamba-hambaNya sering tewas...

kita merujuk kepada pengamal-pengamal perubatan seperti bomoh atau pawang samada mereka pada kulitnya nampak tradisional atau modern dengan pusat perubatan yang penuh dengan jin-jin dan kita perlu bergantung mereka untuk terus 'dilindungi' dari sebarang penyakit dsbnya... masya Allah..

saya ada bertemu beberapa manusia yang agak pada penglihatan mata kasarnya 'alim' namun ada banyak menyimpan tangkal-tangkal yang berupa dari batu-batu, cincin, keris, wang syiling lama dsbnya...

kehairanan juga saya melihat mereka bercakap dan mengupas Al-Quran sesedap halwa telinga kita... mengapa saya bercakap halwa telinga kita? kerana mereka-mereka ini tidak ubah seperti ajen-ajen tukang-tukang sihir serta isteri abu lahab yang membantu meneruskan fitnah ke atas Rasulullah...

jika kita sudah 'terrrrrrrrrr'... sebelum ini dengan selalu berkunjung ketempat-tempat perubatan yang pelik-pelik atau tak pelik, kenalah kita buka mata seluas-luasnya, pekakan hati melihat, mendengar dan mengamati apakah jenis perubatan yang diamalkan..takut-takut kita terjebak lalu mensyirikan diri ini...

maka jika sudah 'terrr'... kembalilah ke pangkuan jalan yang lurus semula... naik balik ke landasan yang sebenar... jangan terus-terusan 'memusnahkan' diri...

lakukan taubat bersungguh-sungguh atas ke'khilafan' kita sebelum ini... dan untuk yang di hadapan, perlulah berwaspada dan berhati-hati... pastikan kita belajar serta faham akan apa yang telah kita lalui sebelum ini...

mudah-mudahan kita tergolong ke dalam golongan yang mendapat keampunan Ilahi... insya Allah....

maka tiliklah balik diri kita... adakah hari ini yang sedang kita lalui di saat ini adalah lebih baik dari semalam?... jika lebih baik..Alhamdulillah & syabas kerana jika hari ini kita lebih teruk dari semalam, maka celakalah kita.... masya Allah....

satu kayu pengukur yang 'simple' yang dibawa oleh Baginda Rasulullah tentang muhasabah diri dan juga sebagai KPI untuk diri...

kalau di ofis kita begitu bijak membuat 'budget' untuk department, division atau syarikat dengan segala kepandaian otak kita yang penuh dengan serba-serbi perancangan maka takkanlah kita begitu 'jahil' atau 'buat-buat jahil' untuk melakukan perancangan ke atas diri agar hari ini, esok dan lusa terus merupakan hari-hari yang cemerlang buat kita....

wasalam

Tuesday, December 02, 2008

Bangkit dari 'tidur'

salam semua...

foto di atas hanya sekadar ingatan betapa kejadian kita dari setitis mani sehingga ke mati adalah merupakan satu perjalanan yang sangat istimewa..

istimewa kerana setiap proses evolusi itu berlaku dengan tepat sekali formulasinya dan sudah tentu ianya merupakan bukti kebesaran Allah Azza Wajalla...

namun setelah kita membesar, amat jarang sekali kita dibawa oleh ibu & bapa untuk melihat kembali asal-usul perjalanan hidup ini untuk dijadikan pedoman dan pegangan serta mendapat kefahaman tentang apa yang tersirat serta apa yang tersurat...

masa-masa yang kita luangkan dibangku persekolahan juga turut membawa kita pergi jauh dari mengenali hakikat sebenar kejadian..

ilmu-ilmu yang diajar terlalu banyak dikaitkan dengan ilmu sains yang sememangnya merujuk kepada formulasi-formulasi yang menuntut logika sepenuhnya... sebab itu kita boleh saksikan betapa ramai ahli-ahli sains yang membelakangkan ilmu agama serta memilih untuk hidup tanpa tuhan...

pengajian tasauf atau sufi terlalu ekslusif pada jangkaan semua lalu ianya semakin terpinggir hingga kepinggirannya itu diambil alih oleh mereka-mereka yang bersifat mahu mengambil kesempatan dengan mengajar ilmu-ilmu songsang yang kununnya berlandaskan ilmu tasauf...

perjalanan para nabi yang terdahulu terutamanya Rasulullah s.a.w bukan menjadi satu pedoman untuk maju, malah ianya hanya sekadar menyedapkan halwa telinga terutamanya pada hari keraian seperti Maulud Nabi...

selain dari hari tersebut, kita tidak betah mendengar putaran-putaran kisah agung Baginda Muhammad s.a.w...

sedangkan kita saban waktu menyebut nama Baginda dalam salawat... kita semestinya tahu betapa besarnya hikmah salawat tersebut tetapi kita tidak memahami mengapa kita perlu mengucapkan selawat...

begitu juga kaitan kita dengan Baginda Rasulullah s.a.w... siapa kita di hati Baginda?

tidur yang panjang ini akan terus-terusan kita dengkuri jika tiada niat dan seterusnya perbuatan untuk bangun darinya...

tidur yang panjang inilah yang membuat kita lalai, leka dan terus hanyut dibaham kehidupan fatamorgana yang ada di hadapan kita sekarang...

tidur yang panjang ini jugalah yang membuatkan kita sering tewas dalam 'berjihad' memerangi hawa nafsu...
dan lebih malang lagi, jihad memerangi hawa nafsu itu telah disalah ertikan sehingga menyiksa jiwa serta raga seorang yang mahu digelar syuhada...
malang mereka kerana tidak mengenali diri serta 'musuh' yang perlu diperangi itu...

bangun dari 'tidur' merupakan satu tuntutan agama... bangun dari 'tidur' yang nyata itu merupakan satu jihad...
dan sememangnya tidak ramai yang sanggup berjihad.. kerana bagi mereka cukuplah apa yang telah ada... tidak perlu lagi nak bersusah payah berperang dan berjihad...
dan mereka-meraka ini telah dikisahkan di dalam Al-Quran dan pelbagai surah yang menerangkan betapa sikap berpura-puraan yang ada dalam diri mereka ini kerana 'mabuk harta, pangkat dan kemewahan'...

bolehkah kita pastikan kita akan terus berjihad jika sudah ada sebungkah intan seberat satu kilo di dalam rumah kita? tidak takutkah kita jika kita keluar berjihad nanti, ada yang datang mencuri... atas adalah kita boleh rasa senang dalam peperangan tanpa memikirkan intan tersebut barang satu saat?...

begitulah kita yang sering mengenepikan Allah... malah jatuh ke tahap syirik kerana cintakan dunia barang sesaat...

bangunlah...
bangkitlah...
masa itu tiada di dalam genggaman kita...
entah esok..
entah lusa..
entah sekejap lagi...

wasalam

Monday, December 01, 2008

Adus Air Asia Flight No. 6324


salam semua...

2 keping foto di atas saya ambil di 'stesyen kapalterbang' tambang murah LCCT, Sepang.
terperanjat jugak saya melihat begitu ramai sekali beratur di kaunter check in di sana tadi..

suasana yang agak kelam kabut memeningkan pasukan polis bantuan yang sibuk men'scan' luggage-luggage utk di bawa (ke dalam perut kapal & atas kapal terbang)..

alhamdulillah, seluruh ahli keluarga saya selamat 'berlepas' ke kota bharu dengan flight no. 6324 yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.40pm tapi biasalah, ada kelewatan dan kapalterbang tersebut meninggalkan sepang dalam pukul 2.30pm

dalam pukul 3.20 saya mendapat panggilan telefon dari anak saya mengatakan mereka telah selamat mendarat ke kota bharu dan sedang menanti luggage yang keluar dari perut pesawat..

sepuluh minit selepas itu, anak saya menelefon mengatakan bahawa beg-beg mereka tidak ada..

adus...

tunggu punya tunggu...tunggu punya tunggu, sampai habis keluar semua luggage, beg-beg mereka takda...

maka teruslah anak saya bersama ibunya membuat lapuran...(kesian jugak, dalam kena dukung baby, kena lari sana sini..)

saya di kl, terus masuk ke laman web air asia dan juga buat report...

teringat saya semasa check-in tadi... kami check-in di kaunter R37 tetapi kena masukan beg-beg ke kaunter R68...

kelam-kabut juga saya menyumbat beg-beg mereka ke kaunter R68 tu...

officer-in charge di kota bharu cuba nak trace luggage tu setelah menerima lapuran dari anak saya..
katanya ada 2 lagi flight dari kl akan tiba ke kota bharu dan dia akan call 'jika' luggage kami sampai...

risau jugak saya... tapi kerisauan itu perlu direndam dengan air sejuk agar ianya tidak menjadi api yang membara...
apapun setakat posting ini dibuat, masih belum ada call dari kaunter air asia di lapangan terbang kota bharu...

kesian bebudak... semua baju mereka ada di dalam beg-beg tersebut...

mudah-mudahan mereka akan dapat luggage mereka as soon as possible..insya Allah...

air asia oh air asia...
memang kau murah (tapi mahal sikit dari firefly yang terbang pakai kipas tu..)
tapi tolonglah jangan buat begini lagi...

mmm.. di sebalik kesusahan ada kesenangan...
apa kesenangannya?... sama-sama lah saya pikirkan...

wasalam

Friday, November 28, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa : SRK KGV, Seremban


kira-kira sebulan yang lepas, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita... perbualan kami lebih kurang begini...

"helo, itu mirza ker?"..tanya suara wanita di copong speaker hand phone saya..
"ya, betul..ini mirza cakap.." balas saya... "siapa sana?..." soal saya balik...

"ingat tak?, ini hazida..." kawan sekolah KGV dulu...

"isk...mintak maaf..memang saya tak ingat..." balas saya balik...
"alah, dalam kelas tu ada 2 orang budak perempuan ajer yang rambut panjang..." saya salah seorangnya..." beria-ria wanita itu cuba menghentak kotak memori saya...

"maaflah hazida... saya betul betul tak ingat.."

perbualan yang atas tu telah memulakan siri-siri jejak kasih... maka akhirnya pada 16 haribulan november yang lepas... batch saya ketika sekolah rendah..........ya sekolah rendah pada tahun 1976 hingga 1981 bertemu semula setelah kira-kira 27 tahun terpisah....

majlis di adakan di sekolah kami di ampangan seremban berdekatan dengan gedung lalang...

pastinya dijemput guru besar dan semua guru-guru kami... ada beberapa guru yang hadir termasuk guru besar...

cuma saya jer tak dapat hadir... atas urusan isteri bersalin...

kini rakan-rakan yang dah bertemu semula itu, semuanya mengimbau kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu...

memang beberapa rakan terlalu kuat memorinya sehingga boleh ingat mentol tandas yang tak menyala-nyala (tak ditukarkan beberapa tahun) sehingga kami tamat darjah enam..

kisah 'bumi hijau' yang mana kami kena tanam sayur di tepi sekolah dan bila dapat hasil boleh bawak balik sawi & kangkong yang ditanam, termasuk kacang panjang...

kisah main galah panjang bawah bangsal basikal, kisah main konda kondi... semuanya mengembalikan kami ke zaman tersebut...

sangat dahsyat bila memikirkannya.... dahsyat dari segi kekuasaan Allah yang berkuasa menemukan, memisahkan, dan menemukan semula... semuanya di tangan Illahi...

apapun, kat atas tu adalah foto-foto kami yang berjaya mendapat 5A... ramai kan... dan kesemuanya berjaya masuk kesekolah berasrama penuh...

cuba teka di mana saya...
kalau berjaya..ada hadiah misteri menanti...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails