Thursday, January 29, 2009

Memerangi Suami??


tidak kurang juga para isteri yang saban waktu memerangi suami masing-masing...
suami yang dicintai, dikasihi, disayangi sepenuh jiwa & raga satu ketika dahulu kini perlu diperangi..

perlu diperangi?

tolak ke tepi cerita kaum palestine & yahudi yang sentiasa berperang sejak dari zaman Nabi Allah Daud lagi hingga kini...

kita (suami isteri) terkadang sengaja atau terlupa akan hakikat kejadian insan ke muka bumi ini...
walaupun Allah menyatakan bahawa manusia itu adalah sesempurna makhluk ciptaanNya, manusia itu lupa bahawa dalam kesempurnaan itu Allah letakkan satu alat yang dapat membantu manusia itu untuk mencapai tahap kesempurnaan kamil @ insan kamil...

alat yang Allah letakkan itulah bernama nafsu.

setiap manusia pasti mahu menuju kesempurnaan kehidupan.
hanya dengan nafsu manusia dapat membuktikan perjalanan ke tahap kesempurnaan itu tercapai.

sudah pasti ramai yang gagal menggunakan alatan tersebut lalu kecundang malah ditunggangi pula oleh nafsu masing-masing..

berbalik kepada soal memerangi suami.

kita memerangi suami kerana pada pandangan mata kasar kita;

1. suami gagal menyempurnakan tugasan sebagai suami dari segi nafkah zahir & batin.
2. suami gagal membimbing isteri & anak-anak ke arah kebahagiaan ciptaan nafsu kita.
3. suami tidak setia & mula berjinak-jinak hingga ada ke tahap melakukan penzinaan.
4. suami lemah dari segi kepimpinan.
5. suami gagal menyelami hati budi isteri.
6. suami gagal memahami hasrat & kehendak terpendam isteri.
7. suami hilang punca dalam hidup akibat buatan orang.

perlukah kita memerangi suami lantaran perkara-perkara di atas?

ya? tidak?

'role & responsibilities' isteri acapkali diterangkan di dalam kitab suci Al-Quran.
antaranya ialah sebagai pakaian buat suami...
antaranya ialah laksana ladang buat suami...

maka sekiranya cantik isteri maka terserlahlah ke'handsome'man suami...
maka sekiranya sihat, stabil dan mantap 4 elemen diri isteri (mental, emosional, spiritual & fizikal) maka sempurnalah diri suami...

suami seperti juga isteri adalah merupakan manusia yang tidak lengkap...
suami memerlukan isteri untuk melitupi tubuh badan mereka yang 'telanjang'... sebab itulajh isteri digelar sebagai pakaian suami...

jika isteri mula meninggalkan suami, ibarat pakaian yang meliputi tubuh terpecat..maka kita boleh bayangkan bagaimana rupa manusia yang telanjang itu... segala aib dan kemaluan terserlah dan bermulalah siri peperangan di antara suami isteri...

sifir mudah... suami hanya mempunyai kapasiti sebanyak 80% dan kurang sebanyak 20% untuk jadi lengkap sempurna sebagai suami, bapa & khalifah keluarga...

20% itu biarlah isteri yang menokoknya... bukan wanita-wanita diluar sana...

jika isteri gagal menokok atau malas atau ambil lewa, sudah pasti ruang 20% itu akan diisi oleh wanita-wanita lain tidak kiralah apa status mereka...

dan jika isteri memulakan peperangan terhadap suami maka pasti 20% itu akan bertambah dari masa ke semasa sehinggalah ianya tidakmustahil menjadi 100% dan perkara yang paling ditakuti akan berlaku.... perpisahan @ penceraian.

suami baik isteri masing-masing lengkap-melengkapi antara satu sama lain...

suami perlu melengkapi 80% ruang diri isteri...utk isteri lengkap sempurna
isteri melengkapi 20% ruang diri suami...utk suami lengkap sempurna

melalui cara apa agar suami isteri lengkap-melengkapi?...

caranya.... baik sangka dan 'unconditional love'....

13 comments:

Shemmi said...

agaknya..
secara kiasnya..

'barang' yang belum dapat, belum di beli sangat indah sangat best di pandang mata. Tambah best kalau ia jatuh pula dalam dakapan kita.(masa sebelum dapat la).

Bila dah dapat dah dipunya dah di beli, ada saja yang cacat yang robek yang tak best nya barang tu...

mungkin jugak sebelum di beli di dapat di miliki..ia nampak cantik nampak best tersusun di atas rak-rak nan indah...
(dah nama nak di jual..kalo selekeh harus tak laku..ye tak sifu?)

dan yg pasti..manusia tak pernah puas..

hahaha...shemmi tumpang berleter Sifu..betulkan jika shemmi salah...

nadinezuharra said...

wah,bersifir lagi Sifu Mirza hr ni..hehe
mm,betul,susah nak menjadi insan yg sempurna sepenuhnya di mata org lain,tapi dengan sikap tolak ansur dan memahami,nescaya rumahtangga akan kekal bahagia..
*nak memerangi suami biarlah secara halus..kerana semulajadi wanita bersikap lemah lembut dan pemaaf..

SRISUFI said...

salam hebat sifu...

sri penah baca..

kerukunan rumahtangga bisa dikekalkan sekiranya isteri memahami kesolehan suami adalah pada ibu ayahnya dan menetukan nasib suami diakhirat.Jgn menjadi penghalang di situ

kerna

yang membezakan antara berkat dengan tidak ialah adakah anda benar2 bahagia dan bahagia itu benar2 duduknya di hati..

ngeee

;)

Sifu Mirza said...

betul tu shemmi...

manusia kekadang ada penyakit 'alahan' pada nafsu 'ingin memiliki lalu menguasai'...

tanpa mengetahui bahawa segalanya milik Tuhan...

setelah memiliki..dan mengesan ada sedikit calar (yg sebenarnya boleh ditampal utk dilihat cantik)... calar yg sedikit itu menjadi punca kepada luka yang merebak parah...

apapun... manusia memang tak pernah puas shemmi... kerana?

kerana mereka membiarkan 'kepuasan' itu yang tentukan hadnya sendiri.. sedangkan manusialah yang sepatutnya menentukan had utk kepuasan...

:-)

Sifu Mirza said...

betul tu nadine...

'perang saraf' gamaknya... ;-)

perang-perang cinta...
makin perang, makin cinta...

itu bahasa falsafah...

Sifu Mirza said...

salam hebat juga buat sri...

benar & mendalam sekali walaupun simple input sri...

:-)

macam mana projek buku sri?
dah hampir siap?

kuIna said...

nice sifu... tq.
lengkap melengkapi dgn berbaik sangka...

Iliana said...

alamak..topik rumahtangga ke..hummm...

kalau ikut agama, isteri perlu taat kepada suami. cuma boleh dilawan jika si suami bertentangan dengan ajaran Islam.

itu je la yang saya tahu. apa pun, cubalah berharmorni sebaik yang mungkin. bagi saya, pertengkaran tu tak membawa ke mana

Unknown said...

Hmm... saling percaya adalah kunci kebhagian. Alhamdulillah 18 tahun saya hidup bersama suami masih belum terdetik curiga dalam hati. rahsianya, saya awal2 lagi sudah memberitahunya, jika hendak berkahwin lagi maklumkan sahaja kepada saya usah bimbang kerana saya bukan anti poligami :)

Sifu Mirza said...

salam kulna...

:-)

ya untuk sempurna.. perlu ada balancing @ lengkap melengkapi...

Sifu Mirza said...

salam yana...

begitulah sifir rumahtangga..

mudah-mudahan rumahtangga yang bakal awak bina nanti senantiasa diberkati, dirahmati hingga ke akhirnya..

:-)

Sifu Mirza said...

salam & syabas zalisa...

:-)

'clear-cut' dari awal itu antara kunci keharmonian rumahtangga anda..

dan saya yakin, awak & suami bernikah tidak lain dari hanya kerana Allah...

tahniah..

~*as*~ said...

Salam Sifu..

Walaubagaimana pun baik @ celanya suami tu..adalah pilihan terbaik dari allah buat as.. kerana dari istiharah as mendapat petunjuk dariNya..

Jodoh pertemuan ditangan Allah.. selagi hayat dikandung badan As cuba setia tapi takdir penentu segala..

Alhamdulillah..as terima seadanya

Doakan as tabah mengharungi segala dugaan alam rumahtangga ya Sifu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails