Friday, November 28, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa : SRK KGV, Seremban


kira-kira sebulan yang lepas, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita... perbualan kami lebih kurang begini...

"helo, itu mirza ker?"..tanya suara wanita di copong speaker hand phone saya..
"ya, betul..ini mirza cakap.." balas saya... "siapa sana?..." soal saya balik...

"ingat tak?, ini hazida..." kawan sekolah KGV dulu...

"isk...mintak maaf..memang saya tak ingat..." balas saya balik...
"alah, dalam kelas tu ada 2 orang budak perempuan ajer yang rambut panjang..." saya salah seorangnya..." beria-ria wanita itu cuba menghentak kotak memori saya...

"maaflah hazida... saya betul betul tak ingat.."

perbualan yang atas tu telah memulakan siri-siri jejak kasih... maka akhirnya pada 16 haribulan november yang lepas... batch saya ketika sekolah rendah..........ya sekolah rendah pada tahun 1976 hingga 1981 bertemu semula setelah kira-kira 27 tahun terpisah....

majlis di adakan di sekolah kami di ampangan seremban berdekatan dengan gedung lalang...

pastinya dijemput guru besar dan semua guru-guru kami... ada beberapa guru yang hadir termasuk guru besar...

cuma saya jer tak dapat hadir... atas urusan isteri bersalin...

kini rakan-rakan yang dah bertemu semula itu, semuanya mengimbau kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu...

memang beberapa rakan terlalu kuat memorinya sehingga boleh ingat mentol tandas yang tak menyala-nyala (tak ditukarkan beberapa tahun) sehingga kami tamat darjah enam..

kisah 'bumi hijau' yang mana kami kena tanam sayur di tepi sekolah dan bila dapat hasil boleh bawak balik sawi & kangkong yang ditanam, termasuk kacang panjang...

kisah main galah panjang bawah bangsal basikal, kisah main konda kondi... semuanya mengembalikan kami ke zaman tersebut...

sangat dahsyat bila memikirkannya.... dahsyat dari segi kekuasaan Allah yang berkuasa menemukan, memisahkan, dan menemukan semula... semuanya di tangan Illahi...

apapun, kat atas tu adalah foto-foto kami yang berjaya mendapat 5A... ramai kan... dan kesemuanya berjaya masuk kesekolah berasrama penuh...

cuba teka di mana saya...
kalau berjaya..ada hadiah misteri menanti...

wasalam

Wednesday, November 26, 2008

Tenaga Positif & Negatif (Part 1)



salam semua...

suka saya berkongsi sedikit tentang tenaga positif atau negatif yang ada pada diri dan sekeliling kita serta kajian oleh Prof. Dr. Emoto tentang bagaimana air itu sebenarnya dapat merakam segala tenaga ini.

video-video yang lain boleh disaksikan di sini..

moga dapat mencetus minda anda untuk terus mencari ilmu-ilmu selagi hayat dikandung badan..

wasalam

Tuesday, November 25, 2008

Anda Pernah 'Terkena'? Sedih tapi inilah hakikat warna kehidupan..



salam...

mungkin anda pernah menonton ini di youtube.. dan mungkin anda pernah bertemu dengan 'wealthy person from malaysia' ini untuk berubat...

saya tak mahu komen lelebih.. namun masa saya belajar reiki dulu, cikgu reiki saya tu pernah cakap, 'ustaz' @ 'prof' @ 'dr' arief ni pernah belajar reiki dan merupakan seorang reiki master, namun setelah beliau jadi reiki master, beliau 'mencipta' kaedah rawatan sendiri iaitu cakra alam...

apapun, seperti yang saya selalu katakan, sekiranya sesuatu perkara itu jatuh ke dalam kategori 'too good to be true' maka perlulah sedikit berwaspada ya...

biasalah orang melayu.. kalau ada sikit ciri-ciri 'kesaktian' semua minat.. sampai nak naik kelangit melalui 'teko' besar pun orang percaya...

tepuk dada tanyalah sendiri...
nabil raja lawak pun cakap... 'lu pikirlah sendiri'...
jangan sampai terkena...

wasalam

Friday, November 21, 2008

Melunas Janji-Janji Yang Termeteri...

salam semua....

cuti sekolah datang lagi...
sebelum cuti anak-anak giat bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan..

sebagai bapa saya sering memantau prestasi anak-anak dalam setiap peperiksaan mereka..
yang bersekolah ada 3 orang, semuanya lelaki maka motivasi dan dorongan untuk anak-anak lelaki ini sudah pastinya 'hadiah' atau apa sahaja yang berbentuk fizikal dan bukannya emosional..

anak perempuan, kita boleh saikologi dari sudut emosional tetapi lelaki.. perlu tetapkan 'target' dan pastikan mereka mencapainya untuk mendapatkan imbuhan...

maka dipendekkan cerita..

2008 menyaksikan, anak pertama saya (tiada masalah dalam pelajaran sebab memang dia seorang yang scorer) tetapi kedudukan kelasnya adalah di kelas ke tiga... maka cabaran saya pun bermula..

saya mencabar beliau untuk membuktikan bahawa beliau juga setanding, malah lebih hebat dari rakan-rakan beliau yang sama-sama belajar semasa di sekolah rendah dahulu... (anak saya 'miss que' dan tidak berjaya mendapat 5A walaupun dia merupakan 'faveret' untuk mendapat 5A dalam upsr tahun lepas...

maka strategi saya meliputi 4 elemen, mental, emosional, spiritual dan fizikal terhadap anak saya ini... dari awal tahun lagi saya telah membangkitkan semangat beliau untuk bangkit dan berjuang sehingga berjaya..

saya akui memang satu usaha yang hebat... dia memang sedikit down tapi cuba cool... yelah rakan-rakan yang mendapat 5A semua berjaya ke asrama penuh, tinggal dia yang bersekolah di sekolah harian biasa...

alhamdulillah... 2008 memang tahun yang gemilang buat beliau... beliau terus score straigth A dalam setiap mata pelajaran dan setiap peperiksaan dan ujian...

sudah tentu ada umpannya....
umpannya bukan saya yang letak... saya hanya tanya dia apa yang dia mahukan? sekiranya target beliau berjaya di perolehi...

jawapnya handphone... saya tanya jenis apa? dia jawap macam hp mak long dia... mmm itu music express nokia...

saya pun telan air liur....(dalam hati.. berapa harganya pulak....) takpalah... saya akan usahakan... so jawapan saya pada anak saya ringkas... abang capai target tu... abah akan belikan hand phone yang abang nak... deal & set...

alhamdulillah.... abang berjaya dengan cemerlangnya...



hadiah untuk abang (anak pertama) yang berjaya straight A dalam ke semua peperiksaan sepanjang tahun 2008.





ni pula hadiah untuk anak ketiga (acit) yang berjaya dapat tempat lima teratas dan juga naik ke kelas utama..

acit ni prestasinya 'flip-flop' sepanjang 2008... awak tahun memang terer..top ten.. tapi bila nak akhir-akhir tahun..merosot dengan dahsyatnya sehingga dapat no. 26..

maka saya pun memulakan 'rejim' belajar paksa (saya kalau boleh tak nak paksa-paksa anak-anak yang baru di peringkat awal ini) namun, kemerosotannya membimbangkan.. mungkin terlalu banyak menengok astro ceria agaknya...

maka 'rejim belajar paksa' ini saya lakukan 2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun yang lepas... selama 2 minggu, saya memantau dengan ketat proses ulang kaji acit (dan angah), setiap hari kena buat ulangkaji dan buat test-test exam...

alhamdulillah, acit berjaya dan memang dia dah lama idamkan gameboy tu... maka saya kata ok.. no problema.....

tahniah acit... lain kali jgn tengok kartun bebanyak...

yang ni hadiah untuk anak kedua (angah) kerana berjaya mendapat tempat pertama dan juga berjaya naik ke kelas utama... misi beliau tahun 2009 ini ialah 5A dalam upsr...

angah ni dia ada sikit inferiority complex... dan kurang yakin pada diri sendiri walaupun saya lihat dia berpotensi untuk cemerlang...

guru tusyen dia juga risau dengan prestasi beliau yang turun naik...

akhirnya saya laksanakan sesi pembelajaran 'rejim' (sama dengan acit) untuk angah... dan memang memeranjatkan... cikgu tusyen pun tersangat gembira apabila dapat tahu angah dapat tempat pertama dan naik ke kelas utama...

tahniah angah... dan si angah ni imbuhan yang dinantikan ialah psp... (saya ingat murah... adus... makan maggie jawapnya... :-)

anyway, tahniah angah... abah memang tahu angah boleh punya...

satu soalan saya pada angah bila dia dapat keputusan peperiksaan beliau... amacam ada rasa puas tak... ada rasa best tak?....

dia cuma mengangguk dan tersenyum ..... ya lah abah... memang best rasanya..

so saya beritahu angah.. untuk berjaya sebenarnya tidak susah... yang susah ialah untuk mengekalkan kejayaan ... cuba kita lihat Lee Chong Wei dan Nicole David... mereka terus-terusan berlatih dan berlatih...

maka angah juga perlu terus-terusan buat exercise sehingglah semuanya jadi 'finger tip'... atau bahasa mudahnya, sampai kita jadi master of our subject...


ni pula hadiah bonus untuk semua...(kecuali bapanya yang akan drive kerana ada tugasan di kl)

perjalanan pergi balik ke kota baru sempena hari raya korban ini..(tapi dengan Air Asia yer..)

cerita nak flight ni pun cerita janji lama..

maka kebetulan pula isteri baru melahirkan anak ke lima kami... maka eloklah sekiranya baby itu tidak 'penat' dalam perjalanan pulang ke kota bharu...(kesian jugak jika balik ke sana naik kereta, tentu meragam....)

apapun, 'they all deserve them' sebab bapak dia orang ni selalu 'outstation' pergi mengajar...

sengaja ambik flight siang (pergi dan balik) agar anak-anak tu boleh lihat pemandangan dari udara betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ini...

saya harap mereka gembira...
kerana kegembiraan mereka adalah kegembiraan saya...
(perlahan-lahan saya usap rambut di kepala saya...mmmm.. belum botak lagi.. heehehe )

apapun...

syukur ke hadzrat Allah yang telah mengurniakan segala-galanya...taufiq, hidayah, rahmat dan rezki...kepada saya & seluruh hamba-hambaNya...

Ya Allah...

terlalu banyak yang Engkau anugerahkan kepada ku...
terlalu sikit yang aku balas...
ampunkanlah dosa-dosa ku...

Long Distant Energy Transfer utk Saudara Mubin Kamal

salam...

saya mengajak anda yang mengamalkan Reiki agar dapat menyalurkan Long Distant Energy untuk saudara Mubin Kamal yang kini berada di hospital Pantai, Bangsar.

Mubin seorang pemuda yang sihat.. beberapa minggu lepas beliau mengadu kepada saya tentang urin beliau yang mengandungi darah...

saya menyuruh beliau pergi melakukan 'check-up' untuk mendapatkan maklumat lebih..

keputusan check-up tersebut menunjukkan beliau mengalami bengkak pada buah pinggang sebelah kiri dan saluran tersumbat...

seminggu selepas itu beliau masuk ke hospital besar kuala lumpur dan di tahan di wad sana..
setelah seminggu beliau di sana, beliau dikejarkan ke hospital pantai setelah doktor di hkl gagal mengesam punca penyakit beliau...

dan dua hari lepas, sms beliau membuatkan saya sebak... "abang saya kanser..."

masya Allah... terkedu & termenung seketika saya... memori terus menyingkap helaian-helaian kisah-kisah beliau yang lalu bermain di kepala saya...

seorang pemuda yang baik, berhemah, sering membantu ramai orang.... itulah mubin...

apapun... tiada penyakit yang tiada ubatnya...
saya yakin mubin akan kembali pulih... tiada yang mustahil, insya Allah...

sama-samalah kita menadah tangan, mohon doa agar beliau sembuh...
sama-samalah kita menyalurkan energi berfrekuensi tinggi buat beliau, mudah-mudahan ikhtiar ini akan membantu beliau untuk menghadapi virus kanser tersebut...

mubin... bersabarlah..
mubin... yakinlah...
mubin... insya Allah...

wasalam

Thursday, November 20, 2008

Hitam Putih Kehidupan...



mmm.... hitam putih kehidupan dari Dato' Sheila Majid...

so...what's the color of our life? black white or full of colors?..

semoga terhibur...

Orang 'Siam' Yang Sentiasa Kreatif


salam semua...

semalam semasa saya menyusuri jalan kuching, saya terlihat sebuah kenderaan yang agak 'pelik'..
pelik kerana ianya ialah sebuah trak 'pick-up' yang telah diubah suai menjadi 'box van'...

melihat kepada plat kenderaan tersebut, saya jadi kurang pelik kerana ianya ialah kenderaan dari negara jiran, Thailand.

rakyat Thai memang sajak dari dulu lagi terkenal dengan 'innovasi' mereka, dari meniru barangan-barangan terkemuka sehinggalah menghasilkan barangan sendiri yang pelik-pelik...

saya berkesempatan ke Thailand beberapa kali (memandangkan keluarga sebelah ibu ada ramai di sana), saya juga pernah melawat 'disneyland thailand' sebuah taman tema yang meniru disneyland sebenar di Amerika.

apapun, ke'kretivitian' rakyat Thai ini patut dicontohi oleh rakyat negara kita... bukan mencontohi pick-up truck ini... tetapi mencontohi minda kreatif mereka yang sering terus-terusan melahirkan sesuatu yang baru dari masa ke semasa...

wasalam

Rais Yatim : Jgn Lukakan Hati Melayu....

salam semua....

bila Menteri Luar, Dato' Seri Dr. Rais Yatim kata;

"Laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’

ikuti kisah dan kata-kata beliau seterusnya di sini...

saya rasa ramai orang-orang melayu akan terluka dengan nasihat dan kata-kata Pak Rais Yatim ni.. sebab ramai yang masih berpegang kepada konsep ketuanan melayu yang merujuk kepada definasi melayu adalah tuan di bumi tanah melayu yang telah ditukar nama ke malaysia ini.

orang melayu memang tuan di tanah melayu..
orang melayu juga sangat hebat bersaing untuk mendapatkan kecapaian pegangan ekuiti 30% yang masih belum-belum dapat setelah memegang tampuk pemerintahan selama lebih 50 tahun..

apa strategi pemimpin melayu untuk melihat orang melayu mencapai 30% itu?
kita lihat banyak agensi-agensi yang ditubuhkan untuk menjaga serta mengembeling semua resources untuk memcapai target 30% tersebut, namun hasilnya masih diperkatakan sekitar 16 - 20% sahaja...
yang kita boleh nampak ialah segelintir orang-orang kaya melayu yang berbanglow besar, yang berjalar kereta masing-masing, yang menghantar anak-anak ke sekolah international dsbnya...

orang melayu lain, duduklah kat kampung jaga ayam itik....

apapun... Pak Rais Yatim bukanlah setahun dua menjadi pemimpin orang melayu.. beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting negeri & negara...

jadi apa yang keluar dari mulut beliau adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau dalam sepak terajang politik tanahair...

tepuk dada tanya kemana kita lepas ini?

wasalam

Politik Melayu; Politik Wang?

salam semua...

melayari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir...nyata sekali kekecewaan beliau terhadap rasuah, suapan untuk jawatan dan berbagai-bagai lagi yang wujud dalam partai melayu bergelar UMNO...

saya yakin beliau amat arif tentang selok belok perjalanan partai bekas pimpinan beliau itu..
apatahlagi beliau kini bukan lagi menjadi ahli UMNO setelah keluar dari partai tersebut kerana kecewa dengan cucu ulamak, Perdana Menteri sekarang, Pak Lah.

boleh kita baca keluhan dan isi minda beliau yang telah diterjemahkan di dalam satu artikel di dalam blog beliau di sini

saya malas nak beri komen tentang apa yang berlaku sekarang kerana kita semua telah arif tentang fanomena politik tanahair..

membaca akhbar sinar semalam, ada keluhan dari seorang doktor... beliau kata, beliau dah letih dengan perjalanan politik partai UMNO kerana senarai yang akan bertanding akan sudah tentu menjadi pemimpin-pemimpin utama negara...mana mungkin kita mampu bersaing di peringkat global sekiranya senarai tersebut melibatkan calon-calon yang terlibat dengan politik wang atau rasuah atau sogokan?

ikuti sedutan tulisan Tun di hujung artikelnya dan kita sama-sama menghayati apa maksud tersirat dan tersurat yang ada...

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.


sebagai seorang rakyat malaysia yang mendukung perlembagaan negara yang berdaulat dan mahukan negara yang mantap serta hebat bersaing di pentas dunia sudah tentu saya akan terus memerhati, mengamati dan cuba memahami perjalanan setiap sektor atau elemen atau komponen yang melibatkan pembentukan sebuah negara yang kita impikan....

dan saya percaya setiap bangsa yang hebat itu ada tunjangnya...

tunjangnya ialah keyakinan diri, kewarasan mental, kestabilan emosi, kekuatan semangat dan bersih fizikalnya luar dan dalam...

untuk mendapat kekuatan tersebut... kita perlu kembali kepada hakikat kejadian sebagai hamba Tuhan...

apa tugas kita di dunia ini...
dan kemana kita akan kembali dengan berbekalkan segala maklumat atas tingkahlaku serta perbuatan malah percakapan nanti... untuk disoal jawab dan dipertanggungjawabkan...

setiap orang dari kita adalah pemimpin @ khalifah...
adakah kita telah melunaskan tanggungjawab kita yang sebenarnya?
sebagai hamba Tuhan?
sebagai ayah ibu?
sebagai ketua di pejabat?
sebagai pemimpin masyarakat?
sebagai pemimpin negara?

akan sampai masanya nanti..insya Allah..
tetapi masa yang sampai itu tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan barang satu saat...
dan ketika itu, mulut kita terkunci rapat kerana dengan mulutlah badan kita binasa...

wasalam

Wednesday, November 19, 2008

Pure Heart vs Pecah Amanah

salam semua...

suka saya berkongsi dengan semua akan sebuah 'peringatan' untuk semua kakitangan di firma saya.

peringatan ini 'keluar' setelah salah seorang dari kakitangan telah 'berhenti' dengan kerelaan sendiri setelah mengaku terlibat dalam kes pecah amanah..

moga semua mendapat secebis iktibar dari peringatan ini...




Salam to all,

As everybody had known, our friend had left the company.
He had tender his resignation yesterday, and yesterday was his last day with us.

He is a classic case of a highly ambitious personel but had fallen apart due to 'self miss-management'.

We sometime think that we can manage & lead an excellent life all the way; yes indeed we can but we always forgot that 'money' is not everything.
We teach people about siddiq, amanah, tobligh & fatonah, but we fail to understand, comprehend, embrace & adapt the attitudes to ourself.

Our friend fall apart and miss-manage his precious life due to money & woman.
We also believe that our friend is a good slave to God (as he always perform his prayer) and he is a trainer.
We always think that why he cannot handle himself and let his nafs take control his innerself.

This is about sincerity.

First & foremost, we must sincere to our Almighty God.
Then we must sincere to ourself.
Later we must sincere to our family & others.

If we say that we are sincere to God but in actual fact, we have this doctrine; without money or woman we cannot live…. Then we are the great-great liars.
And we might have fall into the 'syirik khafi' trap.

If we say that we are sincere to ourself but in actual fact, we do not perform our ibadah (works etc) accordingly but claims that we had perform tremendously…then we are a stupid liars.

If we say that we sincere to others but in actual fact, we has no balls to lead them, guide them to straight path (instead we follow their crocked path)…then we are the worst than animals.

So, everything is about sincerity…. It's about pure heart…

And SCA is not the place for people that got no Pure Heart…
Because, without pure heart, you definitely won't survive here…
Sooner or later, you yourself will vaporize in the thin air…

We pray our friend will find his pure heart out there…insya Allah.

We are not any God to put any sentences to anybody… but that 'anybody' who's the one who put sentences to themselves.

Regards & wasalam

Tuesday, November 18, 2008

TNA @ Training Needs Analysis

salam semua...

lama jugak tak berkesempatan mencoret buah minda kat sini..
maaflah ya...
bukan apa, saya dalam proses menyiapkan kertas-kertas serta soalan-soalan yang berkenaan dengan TNA untuk sebuah syarikat.

TNA ni antaranya ialah merupakan satu proses untuk mengenalpasti jurang atau gap di antara expectation dan current performance.

TNA ini juga akan mengenalpasti program-program latihan yang bersesuaian dengan kakitangan satu-satu organisasi tersebut...

proses TNA melibatkan soal selidik, analisis serta cadangan untuk jangkamasa satu tahun kehadapan yang mana ianya perlulah sejajar dengan visi, misi, perancangan jangkamasa pendek atau panjang sesebuah organisasi tersebut..

tugasan akan berlansung selama 3 minggu tanpa henti bermula minggu hadapan dan target TNA report itu siap pada minggu ke tiga disember nanti..

insya Allah saya akan menulis sekiranya ada waktu terluang...

apapun, salam hormat buat anda & tersayang...

Sekolah Agama Teknik & Vokasional

salam...

melayari malaysiakini, saya terbaca berita tentang cadangan kerajaan negeri selangor yang mahu mewujudkan sekolah agama teknik & vokasional.

sangat baik cadangan tersebut dan apatahlagi saya setuju kerana ianya membabitkan usaha kearah meningkatkan lagi ilmu pengetahuan anak-anak kita... dan moga-moga ianya mendapat kemudahan sejajar dengan konsep 'berjaya di dunia & akhirat'...

ikuti seterusnya di sini

Monday, November 17, 2008

Analisis UPSR oleh Dato' Kadir Jasin

salam semua....

saya tertarik dengan analsis Dato' Kadir Jasin tentang prestasi peperiksaan terutamanya sekolah kebangsaan...

SEPERTI biasa, media massa hilang akal (went crazy) menguar-uarkan kecemerlangan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Yang mendapat lima A itulah yang diuar-uarkan.Begitu jugalah dengan keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lain. Pelajar yang berjaya dan cemerlang itulah yang diuar-uarkan, diceritakan kisahnya dan dihebahkan nasihatnya.

Tidak salah mengiktiraf kejayaan. Lagi banyak diuar-uarkan, lagi baik untuk menaikkan semangat dan menjana motivasi.

Tetapi kita juga wajib mengiktiraf bahawa yang menjadi masalah bukan murid atau pelajar yang cemerlang. Yang menjadi masalah adalah mereka yang gagal atau rendah prestasinya.

Beberapa tahun lalu, saya membuat analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan membandingkan tiga buah sekolah di Lembah Klang. Semuanya sekolah biasa atau sekolah harian.

Sebuah di kawasan kelas menengah dan profesional pelbagai kaum di mana komposisi muridnya mencerminkan kepelbagaian kaum dan dua buah sekolah lagi di kawasan majoriti Melayu yang bertaraf ekonomi sederhana dan rendah.

Dalam semua aspek dan mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, Inggeris serta Agama Islam, sekolah campuran pelbagai kaum memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.Hatta pencapaian bahasa Melayu dan Agama Islam pun hambar di sekolah majoriti Melayu – sebuah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Petaling Jaya.Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.

Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.

Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.

Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan.

Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?

Kini bukan zaman dulu kala lagi.

Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.

Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.Di sebelah rumah saya ada dua pondok – Pondok Haji Abdul Rahman yang pro Umno dan Pondok Haji Abdullah yang pro Pas.

Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.

Begitu pun apa halnya dengan sekolah bandar yang kaum terbesar muridnya adalah Melayu, tetapi masih hambar pencapaiannya?

Kalau keadaan ini kita terima sebagai kebetulan, maka janganlah kita mengeluh kalau ramai murid yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal itu akhirnya menjadi mat dan minah rempit.

Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.

Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah.

Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

untuk tulisan sepenuhnya di
sini

saya malas nak komen lelebih sebab dah tulis bahagian saya di bawah.
yang ada kuasa & diberi mandat oleh bangsa samada secara sukarela atau paksa rela atau ugutan kenalah mainkan peranan.
jangan asyik pikir periuk nasi sendiri sahaja...

wasalam

Friday, November 14, 2008

UPSR 2008; Tahniah & Syabas

salam semua...

tahniah & syabas buat semua pelajar-pelajar Tahun Enam yang baru menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lepas...

tidak kira apa juga keputusan yang anak perolehi, syabas dari saya kerana anak telah berjaya melepasi satu ujian tahap pertama dari segi perjalanan akademik anak...

janganlah risau jika yang dapat 5A tetapi tidak dapat ke asrama...
janganlah risau jika 'trial' dapat 5A tetapi peperiksaan yang sebenar tidak dapat...

tidak mengapa... kerana perjalanan anak-anak masih jauh...

jika dulu semua berebut-rebut mahu masuk asrama... tapi kini, jika kita amati prestasi sekolah-sekolah berasrama (penuh, separuh penuh dsbnya), kita dapati peratusan pencapaian mereka telah dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah harian biasa...

saya sendiri 'produk' sekolah berasrama penuh dan saya sendiri berpengalaman melihat rakan-rakan yang 'gagal' dalam mengadaptasi perjalanan sistem sekolah berasrama lalu kecundang.. mereka kecundang samada dari segi merosotnya prestasi dalam pelajaran dan ada juga yang kecundang dari segi keruntuhan akhlak...

apapun, ibubapa perlulah menerima hakikat tentang betapa anak-anak perlu bimbingan sepenuhnya (dari segi memantau prestasi anak-anak di waktu usia peringkat awalan ini)...

saya juga 'bertemu' dengan beberapa pelajar yang memang 'terdedah & didedahkan' dengan soalan-soalan 'spot' (kununnya spot tetapi istilah sebenar ialah soalan bocor) dan mereka berjaya ke asrama namun prestasi mereka merosot lalu dibuang dari asrama...

saya juga bertemu dengan ibubapa yang 'memburu' soalan-soalan bocor yang selalunya mereka perolehi dari pusat-pusat tusyen yang mahu menjaga imej pusat tusyen (lalu menggunakan segala 'avenue' untuk memperolehi soalan-soalan spot ini...

untuk anak-anak yang tak dapat soalan spot... biarlah ya...
rakan-rakan awak yang dapat soalan spot lalu dapat 5A itu akan 'suffer' kerana kejayaan mereka bukanlah kejayaan 'real'... dan sudah pasti mereka akan menghadapi kesukaran nanti..

apa yang perlu di buat sekarang ialah... belajar bersungguh-sungguh dan tetapkan matlamat untuk menebus kembali 'ke'terer' an anak-anak di sekolah menengah nanti...

so cuti ni... main tetap main... tapi jangan main berlebih-lebihan... ingat tahun depan anak akan memulakan dunia baru di peringkat menengah..

selamat berjaya bagi yang berjaya betul-betul...
selamat berjaga-jaga bagi yang berjaya dengan bantuan soalan spot...

tidak dapat dinafikan, negara kita kini sedang mengalami keadaan di mana berlaku ketidak seimbangan dalam melahirkan tunas-tunas harapan bangsa...
ketidak seimbangan berlaku apabila elemen spiritual dan emotional diketepikan dalam sistem pendidikan anak-anak...

sebab ceritanya.... anak kau dapat berapa A? anak kau masuk sekolah asrama mana? anak kau tak dapat soalan bocor ker? anak kau dapat masuk u mana? dsbnya...

dan anak-anak yang pandai itu perlu diterap elemen spiritual dan emosional dengan baik agar;

- tiada yang 'bersekedudukan' dengan bebas bila besar nanti,
- agar tiada yang minum arak macam minum jus oren,
- agar tiada yang menengking ibubapa bila bercakap,
- agar tiada yang tidak tahu solat subuh berapa rakaat,
- agar tiada yang berjalan dapan orang tua tanpa menundukkan sedikit kepala dengan meminta izin,
- agar tiada yang kenyang dengan rasuah yang tidak digelar rasuah tetapi hadiah

perhati-hatikan sekeliling...
tepuk dada tanya diri... kemana penghujung hidup ini...

wasalam

Thursday, November 13, 2008

3 Hari 2 Malam di Al-Islam Medical Centre, Kampung Baru, KL

salam semua...

alhamdulillah, semua urusan menyambut kehadiran zuriat @ amanah Allah ke lima saya & isteri selamat & dipermudahkan...

ya selama 3 hari 2 malam, saya berkampung di Al-Islam Medical Centre (dulu dikenali sebagai Kampung Baru Medical Centre @KBMC)...

wad 103 menjadi lokasi saya & isteri serta baby berkampung...

hanya ada satu jendela yang mengadap bahagian tepi hospital dan menyajikan panorama rumah-rumah lama kampung baru berlatar belakangkan bangunan ke empat tertinggi di dunia dan menara berkembar tertinggi di dunia KLCC...

kelihatan juga Menara Kuala Lumpur....

burung yang menemani kami setiap hari... bersiul dan menyampaikan berita gembira akan rahmat Allah buat hamba-hambaNya yang terus redho dalam kehidupan...

bangunan tambahan yang akan menempatkan klinik-klinik kesihatan Al-Islam Medical Centre sedang dalam pembinaan... asyik juga saya memerhatikan pekerja-pekerja indonesia menyiapkan rangka bumbung sehinggalah mereka menutupnya dengan aliminium 'foil'? sebelum memasang genting...
ya, mereka bekerja tanpa sebarang alat-alat keselamatan... mmm.. demi mencari sesuap nasi di bumi malaysia yang bertuah ini...
insya Allah saya akan 'kembali' aktif setelah menyelesaikan beberapa lagi urusan program latihan yang telah tersusun sejak selepas hari raya lagi...
apapun, di mana sahaja anda berada... salam sejahtera buat anda semua..
moga terus memperoleh rahmat serta kasih sayang Ilahi... insya Allah..

Tuesday, November 11, 2008

Amirul Azeez

salam buat semua dari Amirul Azeez....

maaf kerana 'hilang' untuk beberapa ketika...
sebenarnya saya menemani isteri di saat-saat kelahiran Amirul Azeez...

Alhamdulillah, Amirul Azeez selamat 'muncul' di dunia ini pada hari Isnin 10 November 2008 yang lepas selepas waktu Zuhur....

Amirul Azeez adalah zuriat ke lima kami dan 'Amirul' yang ke empat... maka tercapai hasrat kakak beliau (Aliah) untuk jadi 'kakak'...

Syukran Jazilan atas doa kalian semua...
Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Insya Allah kami (saya, isteri & baby) akan pulang ke rumah esok (rabu) setelah urusan berkhatan selesai tengahari tadi dan sengaja mahukan baby 'rehat' sehari lagi di hospital...

Wasalam

Friday, November 07, 2008

Wednesday, November 05, 2008

Presiden Barrack Obama...

salam semua...

akhirnya penantian berpuluh-puluh tahun rakyat berkulit hitam amerika syarikat untuk melihat presiden negara mereka 'sekulit' dengan mereka membuahkan hasil.

Barrack Obama menewaskan John McCain dalam pilihanraya presiden amerika syarikat malam tadi (waktu malaysia).

Barrack Obama adalah berdarah campuran, bapa dari kenya dan ibu dari kansas, amerika.

sebenarnya bagi saya kemunculan seorang 'color' dari kalangan masyarakat amerika menjadi presiden dan bukannya 'white' telah lama kita tontonkan melalui siri televisyen seperti 24 dan beberapa filem lagi.

soal utamanya adakah amerika akan berubah? berubah dari prinsip asas mereka sebagai 'polis dunia'?
adakah amerika akan mengubah dasar luar negaranya? terutama campurtangan di negara-negara seperti afganistan, iraq, iran, korea utara dan lain-lain?

dan paling mencabar, adakah amerika akan pulih dari krisis kewangan paling dahsyat yang sedang mereka alami lalu mengakibatkan ekonomi dunia terjejas?

kita juga dengar tentang 'militan-militan' kulit putih yang ditangkap beberapa minggu yang lepas di amerika apabila mereka mahu melancarkan siri pembunuhan ke atas Obama.. militan yang mengelar diri mereka 'the white militan' ditangkap bersama senjata-senjata sofistikated ketika berada diperingkat akhir operasi mereka...

apapun 'wave' atau gelombang perubahan kini melanda dunia...
tekanan yang diberikan oleh golongan marhain yang telah lama tertindas oleh golongan kapitalis nampaknya tidak boleh dibendung lagi oleh mana-mana kerajaan..

apabila ramai telah pandai menggunakan otak... otak yang dah lama berkarat dengan menerima segala sogokan golongan kapitalis untuk terus berkuasa, kini telah pandai membuat pilihan dan tahu merangka masa depan...

kini rakyat amerika mahukan sinar baru... rakyat amerika mahukan kerajaan yang lebih prihatin dan lebih menitik beratkan soal dalam negara dan bukannya sibuk dengan aktivit kepolisian dunia yang mereka cipta..

ada yang optimis amerika akan melalui satu zaman perubahan melalui pimpinan baru ini.. dan ramai juga yang yakin amerika akan terus mengekalkan dasar-dasar luar negara mereka demi membendung kemaraan kuasa-kuasa dunia yang lain seperti china, india dan iran..

masa terus berlalu... usia terus lanjut...
cerita-cerita idealistik terus didendangkan menjadi halwa telinga setiap hari...

kita di sini... sedikit sebanyak akan menerima tempias akan perubahan dasar amerika yang akan mungkin berlaku...

apapun, pilihan rakyat amerika adalah muktamad.. mereka mahukan pembaharuan.. dan pembaharuan yang mereka sudah lakukan ini menunjukkan satu perubahan yang amat ketara sekali...

ketara?...

ya.. sebuah negara yang didominasi oleh kulit putih kini diperintah oleh seorang kulit hitam...
satu soalan yang tidak boleh diketepikan oleh kita... bolehkah golongan yahudi menerima kulit hitam sebagai rakan selimut mereka?

tahniah Barrack...dan jangan lupa..susur galur anda adalah islam...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails