Thursday, November 20, 2008

Rais Yatim : Jgn Lukakan Hati Melayu....

salam semua....

bila Menteri Luar, Dato' Seri Dr. Rais Yatim kata;

"Laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’

ikuti kisah dan kata-kata beliau seterusnya di sini...

saya rasa ramai orang-orang melayu akan terluka dengan nasihat dan kata-kata Pak Rais Yatim ni.. sebab ramai yang masih berpegang kepada konsep ketuanan melayu yang merujuk kepada definasi melayu adalah tuan di bumi tanah melayu yang telah ditukar nama ke malaysia ini.

orang melayu memang tuan di tanah melayu..
orang melayu juga sangat hebat bersaing untuk mendapatkan kecapaian pegangan ekuiti 30% yang masih belum-belum dapat setelah memegang tampuk pemerintahan selama lebih 50 tahun..

apa strategi pemimpin melayu untuk melihat orang melayu mencapai 30% itu?
kita lihat banyak agensi-agensi yang ditubuhkan untuk menjaga serta mengembeling semua resources untuk memcapai target 30% tersebut, namun hasilnya masih diperkatakan sekitar 16 - 20% sahaja...
yang kita boleh nampak ialah segelintir orang-orang kaya melayu yang berbanglow besar, yang berjalar kereta masing-masing, yang menghantar anak-anak ke sekolah international dsbnya...

orang melayu lain, duduklah kat kampung jaga ayam itik....

apapun... Pak Rais Yatim bukanlah setahun dua menjadi pemimpin orang melayu.. beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting negeri & negara...

jadi apa yang keluar dari mulut beliau adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau dalam sepak terajang politik tanahair...

tepuk dada tanya kemana kita lepas ini?

wasalam

2 comments:

kesturi said...

salam sifu ,

saya dah jemu dengan gelagat melayu yg semakin hilang jati diri kerana kuasa ...

Sifu Mirza said...

salam kesturi...

bukan awak sahaja yang jemu..
ramai yang dah muntah darah..

semua melayu sudah pasti sayangkan bangsanya sendiri..

namun yang menjadi pengkhianat ialah bangsanya sendiri..
yang diberi kuasa menyalah guna kuasa..
yang diberi kuasa mengenepikan sesama bangsa yang tidak sama partai...

melayu-melayu ini adalah pengkhianat bangsa mereka sendiri..
mereka sanggup bersekongkol dengan tauke-tauke besar demi projek dan kesinambungan kuasa..

rakyat marhain yang teruk ialah bangsa melayu..

sebab itulah saya menekankan tentang kekecekapan diri..

penekanan saya itu adalah untuk pemantapan diri sebagai persediaan di masa hadapan tatkala kita memang tak boleh harapkan sesiapa lagi...

inilah warna kehidupan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails