salam semua...
melayari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir...nyata sekali kekecewaan beliau terhadap rasuah, suapan untuk jawatan dan berbagai-bagai lagi yang wujud dalam partai melayu bergelar UMNO...
saya yakin beliau amat arif tentang selok belok perjalanan partai bekas pimpinan beliau itu..
apatahlagi beliau kini bukan lagi menjadi ahli UMNO setelah keluar dari partai tersebut kerana kecewa dengan cucu ulamak, Perdana Menteri sekarang, Pak Lah.
boleh kita baca keluhan dan isi minda beliau yang telah diterjemahkan di dalam satu artikel di dalam blog beliau di sini
saya malas nak beri komen tentang apa yang berlaku sekarang kerana kita semua telah arif tentang fanomena politik tanahair..
membaca akhbar sinar semalam, ada keluhan dari seorang doktor... beliau kata, beliau dah letih dengan perjalanan politik partai UMNO kerana senarai yang akan bertanding akan sudah tentu menjadi pemimpin-pemimpin utama negara...mana mungkin kita mampu bersaing di peringkat global sekiranya senarai tersebut melibatkan calon-calon yang terlibat dengan politik wang atau rasuah atau sogokan?
ikuti sedutan tulisan Tun di hujung artikelnya dan kita sama-sama menghayati apa maksud tersirat dan tersurat yang ada...
23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.
24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.
25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.
26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?
27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.
28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.
29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.
sebagai seorang rakyat malaysia yang mendukung perlembagaan negara yang berdaulat dan mahukan negara yang mantap serta hebat bersaing di pentas dunia sudah tentu saya akan terus memerhati, mengamati dan cuba memahami perjalanan setiap sektor atau elemen atau komponen yang melibatkan pembentukan sebuah negara yang kita impikan....
dan saya percaya setiap bangsa yang hebat itu ada tunjangnya...
tunjangnya ialah keyakinan diri, kewarasan mental, kestabilan emosi, kekuatan semangat dan bersih fizikalnya luar dan dalam...
untuk mendapat kekuatan tersebut... kita perlu kembali kepada hakikat kejadian sebagai hamba Tuhan...
apa tugas kita di dunia ini...
dan kemana kita akan kembali dengan berbekalkan segala maklumat atas tingkahlaku serta perbuatan malah percakapan nanti... untuk disoal jawab dan dipertanggungjawabkan...
setiap orang dari kita adalah pemimpin @ khalifah...
adakah kita telah melunaskan tanggungjawab kita yang sebenarnya?
sebagai hamba Tuhan?
sebagai ayah ibu?
sebagai ketua di pejabat?
sebagai pemimpin masyarakat?
sebagai pemimpin negara?
akan sampai masanya nanti..insya Allah..
tetapi masa yang sampai itu tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan barang satu saat...
dan ketika itu, mulut kita terkunci rapat kerana dengan mulutlah badan kita binasa...
wasalam
No comments:
Post a Comment