salam semua....
saya tertarik dengan analsis Dato' Kadir Jasin tentang prestasi peperiksaan terutamanya sekolah kebangsaan...
SEPERTI biasa, media massa hilang akal (went crazy) menguar-uarkan kecemerlangan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Yang mendapat lima A itulah yang diuar-uarkan.Begitu jugalah dengan keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lain. Pelajar yang berjaya dan cemerlang itulah yang diuar-uarkan, diceritakan kisahnya dan dihebahkan nasihatnya.
Tidak salah mengiktiraf kejayaan. Lagi banyak diuar-uarkan, lagi baik untuk menaikkan semangat dan menjana motivasi.
Tetapi kita juga wajib mengiktiraf bahawa yang menjadi masalah bukan murid atau pelajar yang cemerlang. Yang menjadi masalah adalah mereka yang gagal atau rendah prestasinya.
Beberapa tahun lalu, saya membuat analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan membandingkan tiga buah sekolah di Lembah Klang. Semuanya sekolah biasa atau sekolah harian.
Sebuah di kawasan kelas menengah dan profesional pelbagai kaum di mana komposisi muridnya mencerminkan kepelbagaian kaum dan dua buah sekolah lagi di kawasan majoriti Melayu yang bertaraf ekonomi sederhana dan rendah.
Dalam semua aspek dan mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, Inggeris serta Agama Islam, sekolah campuran pelbagai kaum memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.Hatta pencapaian bahasa Melayu dan Agama Islam pun hambar di sekolah majoriti Melayu – sebuah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Petaling Jaya.Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.
Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.
Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.
Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan.
Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?
Kini bukan zaman dulu kala lagi.
Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.
Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.Di sebelah rumah saya ada dua pondok – Pondok Haji Abdul Rahman yang pro Umno dan Pondok Haji Abdullah yang pro Pas.
Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.
Begitu pun apa halnya dengan sekolah bandar yang kaum terbesar muridnya adalah Melayu, tetapi masih hambar pencapaiannya?
Kalau keadaan ini kita terima sebagai kebetulan, maka janganlah kita mengeluh kalau ramai murid yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal itu akhirnya menjadi mat dan minah rempit.
Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.
Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah.
Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
untuk tulisan sepenuhnya di sini
saya malas nak komen lelebih sebab dah tulis bahagian saya di bawah.
yang ada kuasa & diberi mandat oleh bangsa samada secara sukarela atau paksa rela atau ugutan kenalah mainkan peranan.
jangan asyik pikir periuk nasi sendiri sahaja...
wasalam
No comments:
Post a Comment