Tuesday, November 11, 2008

Amirul Azeez

salam buat semua dari Amirul Azeez....

maaf kerana 'hilang' untuk beberapa ketika...
sebenarnya saya menemani isteri di saat-saat kelahiran Amirul Azeez...

Alhamdulillah, Amirul Azeez selamat 'muncul' di dunia ini pada hari Isnin 10 November 2008 yang lepas selepas waktu Zuhur....

Amirul Azeez adalah zuriat ke lima kami dan 'Amirul' yang ke empat... maka tercapai hasrat kakak beliau (Aliah) untuk jadi 'kakak'...

Syukran Jazilan atas doa kalian semua...
Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Insya Allah kami (saya, isteri & baby) akan pulang ke rumah esok (rabu) setelah urusan berkhatan selesai tengahari tadi dan sengaja mahukan baby 'rehat' sehari lagi di hospital...

Wasalam

4 comments:

Razak Bin Ramli said...

Tahniah...
Hidup semakin berseri dan ceria
bersama anugerah besar yang Allah beri.

Sifu Mirza said...

salam bro razak..

syukran...
doa saya, awak sekeluarga juga terus dirahmati oleh Allah, insya Allah...

Anonymous said...

Tahniah Sifu..yg ke-5 dah ya..syukur bertambah generasi bermutu..ameen

Sifu Mirza said...

salam & syukran bibi...

apasal lama tak update blog awak? bz ker?

apapun..

moga awak & famili turut mendapat rahmat Allah yang berterusan.. insya Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails