Friday, July 31, 2009

Cerita Semalam...

salam semua...

semalam (khamis) saya berada di jalan semantan, damansara (lebih tepat di wisma IBBM).
tugasan?... bersama warga MBSB untuk program Executive Development Program : Positive Work Culture...

saya 'turun' dari ulu yam lebih kurang jam 6.15am... sebaik selepas solat subuh.
saya perlu keluar awal untuk mengelakkan 'tersangkut' dengan kesesakan di jalan kuching.
alhamdulillah, saya sampai di hadapan bangunan IBBM jam 6.50am...

dapatlah parking (complimentary..katanya) di depan bangunan itu..

biasalah saya... sambil duduk-duduk menanti pintu masuk ke wisma buka, saya suka melihat ke langit.... dan Maha Suci Allah Yang sering memaparkan kalimahNya di mana-mana...

jelas kelihatan Kalimah Allah tertera di atas sana... hanya untuk mereka-mereka yang mahu berfikir dan mengambil ilmu di sebalik perkhabaran ini...

wisma IBBM..lokasi program 2 hari bersama warga MBSB...

bersebelahan dengan wisma IBBM, ada bangunan CIMB... dan bersebelahan bangunan CIMB ada satu showroom perabut canggih ala-ala ingeris..

rupanya baru saya perasan, ada signage "Bangunan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur"...
sangat strategik lokasi bangunan perniagaan melayu kuala lumpur ini...

sangat mahal 'agak'nya sewa yang dikenakan kepada tauke kedai perabot canggih ini...
siapa tauke kedai perabut ini? melayu, cina atau india?...

peserta program sedang berdiskusi....

sambil berdiskusi sambil kenal mengenali antara satu sama lain...dan di samping itu sambil menjawab sms... ;-)

sambil trainer Rohaizad mengambil pentas... saya duduk di bahagian belakang bilik latihan menyiapkan beberapa tugasan..

matahari senja... dirakam semasa menghampiri 'traffic light' sri gombak..dalam perjalanan pulang ke ulu yam (mengikut jalan pintas tanpa melalui selayang..)

'jambatan' ????.... ya garisan awan yang membentuk jambatan dari bumi ke langit... :-)

dan selama hampir 8 jam di wisma ibbm, saya berjaya merangka satu lagi module pembangunan insan... tajuknya?... sabarrr...

wasalam

2 comments:

~*as*~ said...

Salam Sifu,
Subhanallah!! Sifu sebenarnya org yg terpilih, x semua org dapat melihat apa yg Sifu rakamkan tu.. terima kasih kongsikannya ya Sifu.. Pada suatu hari tu as solat Maghrib di salah sebuah Masjid di Auckland.. as juga terlihat kalimah 'Allah' yg sgt cantik..ketika itu menjelang Maghrib.Tapi sayangnya as x dpt rakamkan foto tersebut kerana kunci kereta pd suami..nak ambil camera yg tertinggal di kereta.. dia pula berada diruang solat lelaki.. sampai sekarang as x boleh lupa sifu..

Sifu Mirza said...

salam As...

alhamdulillah As..
semuanya tanda cinta Allah kepada hambaNya..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails