


salam semua...
antara filem-filem yang dihidangkan sepanjang aidil fitri ini... saya sangat teruja dengan filem ayat-ayat cinta, sebuah filem yang diadaptasikan dari novel yang sama judulnya.
novel tersebut saya dengar begitu laris jualannya dan saya turut menjengok sinopsis novel tersebut...
maka malam tayangan filem itu, saya mengambil peluang untuk menontonnya dengan hajat mahu membandingkan novel dengan garapan filem tersebut oleh pengarahnya...
memang banyak yang ditinggalkan (tidak dimasukkan ke dalam filem)...
kalau nak bagi rating, saya beri 3 bintang sahaja untuk filem tetapi 4 bintang untuk novel.
apapun, tahniah untuk pembikin filem terutamanya penulis novel yang berani mengenengahkan selitan cerita yang sarat dengan emosi, permainan minda, tekanan rohani dan bolak balik fizikal..
di bawah saya selitkan 'trailer' filem tersebut...
Makam Almarhum Tuan Hj Mohd Said Jamaludin Al-Linggi
(Khalifah /Pengasas Tarekat Ahmadiah Idrisiyah di Asia Tenggara)
Almarhum Tuan Haji Mohd Said Jamaludin Al-Linggi ialah moyang kepada saya (salasilah melalui isteri beliau di Thailand - beliau mempunyai 4 orang isteri, salah seorangnya di Thailand) dan bapa kepada Almarhum Sheikh Hj. Ahmad Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan yang pertama (bapa kepada SS Dato' Mufti Sheikh Murtaza Sheikh Ahmad- Mufti Negeri Sembilan kini...)
membawa anak-anak ke makam dan bercerita mengenai salasilah datuk nenek serta moyang mereka bagi saya adalah satu kemestian buat kita, agar mereka tahu asal usul keturunan dan dapat menjadi panduan untuk 'mencarta' objektif kehidupan mereka...
bersyukur kerana di atas rahmatNya, saya berada di dalam talian 'mereka-mereka' yang alim.. namun atas dasar 'iman tidak boleh diwarisi'... saya juga memikul tugas serta amanah yang lebih besar untuk 'mengisi' serta melaksanakan tugasan atas soalan... "what is next?" buat diri saya...
begitu juga nasihat serta guidance saya kepada anak-anak... dan selalu mengingatkan mereka.. tentang.. ya..moyang, datuk, nenek semua keturunan baik-baik belaka... bagaimana pula dengan kita?.... jangan sampai kita menjadi 'fitnah' buat mereka.... sama seperti umat islam yang mengaku Muhammad Rasulullah sebagai Nabi & Rasul serta menjadi petunjuk tetapi tidak mahu mengikuti segala sunnah Baginda...
maka selalulah bertanya pada diri...."what's next?.."
Allah Hu Akhbar...Allah Hu Akhbar....Allah Hu Akhbar...Walillah Hilham...
keduanya...
Al-Fatihah untuk semua ahli politik tanahair... semua maksud saya semuanya... tidak kira dari parti apa sekalipun...
rimas melihat suasana politik tanahair... serimas melihat bagaimana Perdana Menteri 'Chef' Samak dari Thailand 'bersilat' untuk terus kekal berkuasa... serimas melihat bagaimana Mindanao bergolak kembali setelah perjanjian damai yang sepatutnya dimeteri di KL gagal...
rimas melihat bagaimana semangat 'merdeka' tidak lagi dirasai tatkala tanah melayu @ malaya menjengah ke pintu 51 nya.
rimas melihat percakaran antara parti-parti politik terutama di antara pemimpin-pemimpinnya..
ketiganya....
jenuh menanti 'kapan' harga minyak akan kembali ke RM1.92 seliter... tatkala harga minyak dunia kini sekitar USD110 setong..
masih tidak lupa, bagaimana kenaikan 78 sen seliter dahulu berlaku ketika paras minyak dunia berada pada USD145 setong..
penurunan sekitar 15 sen sebelum PRK Permatang Pauh hanyalah sekadar menguntungkan segelintir pihak sahaja tidak pada rakyat marhain...
keempatnya...
siapa yang 'jaga' hal ehwal pengemis?
bukan apa, bila baca akhbar pagi tadi...saya teruja apabila laporan menyebut ada pengemis yang 'berpendapatan' RM400 sehari dan menginap di hotel serta memiliki telefon bimbit yang canggih bernilai ribuan ringgit...(rasanya N95 kot...)
kelimanya....
dunia memang dah terbalik, malah dah lama terbalik sejak Rasulullah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu...
seorang manusia yang beragama islam, berjantina wanita mengaku kepada suaminya yang dia telah berkahwin dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua lelaki tersebut..
wanita yang berasal dari negeri terengganu itu bekerja di luar daerah dan hanya bersama suami pertamanya dari hari isnin hingga khamis dan bersama suami keduanya pada hari jumaat hingga ahad...
bagaimana ini boleh terjadi? cetek sungguh ilmu agama yang ada di dada? atau memang 'jahil' sangat?
apa yang suami beliau ajarkan selama berkahwin?
masya Allah....
selamat memasuki 10 hari kedua Ramadhan... hayati serta renunglah detik-detik yang berlalu..
pastinya hamba-hambaNya yang engkar dan terus mendabik dada menunjukkan kuasa akan dicuci atau tercuci di bulan suci ini...
wasalam