Friday, July 20, 2007

Tahniah Warga SPNB (2nd group)....

salam semua,

selama 3 hari 2 malam yang lepas saya bersama-sama 29 pegawai (eksekutif hingga senior engineer) dari Syarikat Perumahan Negara Berhad berada di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negri Sembilan untuk Program Motivasi dan Semangat Kerja Berpasukan dalam topik Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat, Organisasi Cemerlang...

semua peserta hebat-hebat belaka dan pastinya mereka akan meneruskan kehebatan diri di hari-hari hadapan....

alhamdulillah....tahniah & syabas buat mereka....





Wednesday, July 18, 2007

Cerita Nahas Nuri..... 'Cuaca Buruk' faktor penyumbang...

salam semua....

ketika mengikuti 'paparan akhbar' melalui MHI, TV3 pagi ini...
saya tertarik dengan satu laporan sebuah akhbar....

"Cuaca Buruk penyumbang kepada nahas......"

saya hanya mahu memberi sedikit input tentang 'persepsi' manusia yang seringkali jengkel, janggal dan 'bodoh sombong' dalam menghadapi sesuatu yang tidak dikawalnya...

cuaca adalah salah satu situasi yang tidak boleh manusia kawal....

cuaca adalah dalam kawalan Tuhan manusia itu.... jika Tuhan dia ialah Allah..maka Allah lah yang mengawal.....

soalannya.... adakah kita patut mengatakan 'cuaca buruk'? adakah setiap pemberian Allah kepada hambanya dibalas dengan mengatakan ianya buruk?.....

begitulah manusia.... kalau hujan kata cuaca buruk, kalau panas...mintak hujan.... kalau hujan mintak panas....

so apa yang tak buruk bagi manusia?..... jawapannya ialah..... terletak pada bahagian 1/2 inci di tekak..... iaitu apa yg 'sedap' ajer bagi dia... yang tak sedap akan di kata buruk, tak best, tak nak dsbnya....

masya Allah..... sampai hati kita memfitnah Tuhan kita.... sanggup kita buat macam tu?.....

namun ianya tak pelik....itulah ummat akhir zaman....

wasalam
eagle ranch resort, pd

Al Fatihah utk mangsa nahas helikopter Nuri...

Al Fatihah buat semua mangsa nahas helikopter Nuri...yang telah kembali ke rahmat allah....

Moga Allah mengampuni & merahmati mereka hendaknya..insya Allah...

Monday, July 16, 2007

PERHATIAN: KURSUS REIKI ADVANCE LEVEL DI TUNDA KE 28 JULAI 2007

salam semua...

Perhatian kepada semua yang dah mendaftar untuk kursus Reiki Advance Level pada 21 Julai ini...

Kursus tersebut di tunda ke tarikh baru iaitu 28 Julai 2007.

Penundaan ini adalah desebabkan saya terlibat dalam satu program ARP di luar kawasan.

Harap Maklum

Maaf & Terima Kasih

Wasalam

Saturday, July 14, 2007

Asia Cup: Pasukan Malaysia amat menyedihkan!




salam semua....

saya turut 'mengambil tahu' sedikit tentang cerita Asia Cup yang sedang berlansung...

sikap 'ingin tahu' kerana saya mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia lebih dari sudut pengurusan & pentadbiran badan induk (FAM), perkembangan pasukan negeri dan sedikit sebanyak prestasi pasukan negara...

entahlah.... bila menyaksikan kekalahan pasukan negara kepada pasukan cina 1-5, saya hanya mampu menyatakan bahawa tidak ada perubahan dari segi mutu permainan pemain kita...

ini hanya pandangan peribadi saya....

beberapa bulan sebelum pertandingan, begitu hebat sekali promosi yang diadakan.... peminat-peminat bolasepak negara di'pujuk' untuk memberi sokongan padu kepada pasukan negara... dan pemain-pemain mengaharap agar mereka diberi peluang kedua dan tiada yang 'mengutuk' sebaliknya datang ke stadium dan terus berikan sokongan padu...

sebelum malaysia menentang cina.... pasukan vietnam telah menentang pasukan bahrain dan berjaya mengikat pasukan teluk itu.... pasukan thailand menang dengan pasukan oman..... dan kisah jiran kita yg juga host Asia Cup membangkitkan semangat pasukan negara....

maka akhirnya tidak bertemu pun buku dengan ruas..... ianya perlawanan di antara pasukan darjah enam dengan pasukan bawah 18 tahun....(ini pandangan saya..)

Malaysia mungkin berubah dari segi pengurusan & prasarana bolasepaknya tetapi tidak dari segi teknik dan skil...

banyak negara jiran berlumba-lumba setiap empat tahun untuk berebut ke Piala Dunia... namun Malaysia masih di takuk lama.... Thailand, Korea, Indonesia dan kini Vietnam sudah mampu mengimbangi pasukan-pasukan teluk yang memang akan mewakili asia ke Piala Dunia setiap 4 tahun.... Malaysia?.... entahlah....

terus-terang saya sedih bila melihat pemain pertahanan kita menahan bola dan bola itu melantun jauh dari kakinya dan pergi ke kaki pemain lawan.... bukan pemain pertahanan sahaja... hampir semua macam tu.....

saya cuba juga perhatikan 'rambut' mereka.... pergh...memang macam 'star' semuanya... rambut panjang.... baju keluar (tak tuck-in) pun.... pastu saya cuba tengok pemain2 hebat dunia... zidane, becham, ronaldo, robinho dll.... takda pun yang rambut macam player kita?.....

entahlah.... mungkin saya silap atau 'bias' tapi itulah pandangan peribadi saya.... kerana bagi saya disiplin adalah faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang dan pasukan....

dan saya menulis ni pun setelah 'mendapat tahu' pasukan kita tewas kepada pasukan Uzbekistan......!! tewas 0-5......

apapun, permainan pasukan Indonesia mengubat sedikit sebanyak hati yang lara..walaupun Indonesia tewas kepada Arab Saudi dengan gol pada masa tambahan namun permainan mereka memang 'dahsyat' dan menghiburkan.... (terpikir juga saya kalau Malaysia menentang Arab Saudi..berapakah agaknya 'score'....)

oklah....cukup setakat ini 'pandangan peribadi' saya...
Pasukan Malaysia ada pengurusnya.... ada pentadbirnya..... mereka telah diberi amanah dan tanggungajawab masing-masing...termasuk pemain yang terpilih utk menyarung jersi 'harimau'....

buatlah apa yg patut..... pastikan niat, lafaz & perbuatan anda semua seiring...
dan landaskan dengan sifat agung Rasulullah; Siddiq, Amanah, Tabligh & Fatonah...

wasalam

Syabas & Tahniah Warga MIDA...





salam...

2 hari yang lepas (Khamis, 11/7 & Jumaat, 12/7) saya diberi Allah peluang untuk bersama-sama warga MIDA untuk program ARP Enhancement Telephone Techniques....

bunyi program tu macam gempak pun ada.... macam 'biasa' pun ada...
biasalah...telephone technique... perkara paling asas sekali dalam berorganisasi... apatahlagi organisasi yang saya 'kunjungi' ini ialah salah satu organisasi penting negara....

penting?... ya penting kerana mereka-mereka inilah yang diberi amanah dalam 'melancarkan' atau 'melicinkan' proses kemasukan pelabur-pelabur dari luar negara....

peserta program begitu 'majmuk' sekali...dari 'super senior' yang akan pencen tidak lama lagi sehinggalah yang semuda 4 tahun bekerja (jika tidak silap saya...)...

apapun program 'enhancement telephone technique' itu saya seperti biasa mem'blend' kan dengan penekanan 'sikap terpuji' insan cemerlang.... dan peserta berpeluang belajar aura, reiki serta sedikit penjelasan tentang tingkatan nafsu manusia, muhasabah diri dan paling penting sikap-sikap terpuji Rasulullah; siddiq, amanah, tabligh & fatonah....

pelikkan?... kursus telephone technique ada bebenda tu.... dan paling istimewa, mereka semua telah mendapat 'attunement Reiki Level 1' pada hari kedua program...tahniah....semuanya dah boleh meyalur energi dah....

begitulah...hakikatnya....... 'at the end of the day....which is now & today..., only those who has the right attitude will excel in life....'

right attitude.... yes....right attitude...positive....!!
kalau takda right attitude.... apa kursus masuk pun...hampeh jadinya... hantuk kepala kat dinding sampai pecah pun..tak berubah jugak.....

namun....di MIDA ini, saya memanjatkan kesyukuran dan yakin hampir keseluruahan peserta akan mendapat menafaat untuk diri, kerjaya & keluarga serta kehidupan di masa hadapan....

tahniah & syabas sekali lagi buat anda!!

wasalam

Wednesday, July 11, 2007

Muhasabah Diri & Taubat.....

salam sejahtera buat semua.....

kali ni nak bincang perihal muhasabah diri dan taubat....

seringkali kita ucapkan "aku kena muhasabah diri aku...." atau "kau kena muhasabah diri kau tu..."...

apa sebenarnya yang nak dimuhasabahkan?
apa sebenarnya yang nak di'checklistkan'?

mana kita punya 'bench mark'?

tak tahu nak start nak mana?...

ok, saya beri sedikit tips....

untk melakukan muhasabah....memula kita kena lihat diri kita berada di tahapan nafsu yang mana.....

seperti yang kita ketahui, nafsu mempunyai 7 tahapannya...

tahapan paling atas ialah tahapan nafsu kamilah
tahapan ke enam ialah tahapan nafsu radhiyah
tahapan ke lima ialah tahapan nafsu muthmainnah
tahapan ke empat ialah tahapan nafsu qonaah
tahapan ke tiga ialah tahapan nafsu mulhimah
tahapan kedua ialah tahapan nafsu lawwamah
tahapan yang pertama atau yang paling bawah ialah tahapan nafsu ammarah...

sedikit penjelasan mengenai 'keadaan' seseorang itu di tahapan di atas....

tahapan kamilah = penyerahan secara total kepada Allah...
tahapan radhiyah = diri redho dan diredhoi oleh Allah
tahapan muthmainnah = memiliki jiwa yang tenang lagi yakin kepada Allah
tahapan qonaah = merasakan syukur dan cukup seadanya atas segala kurniaan Allah
tahapan mulmimah = khusyuk dengan diri sendiri (ibadah) tetapi masih meletakkan diri sebagai salah satu punca dalam setiap kurniaan Allah (ada unsur ujub dalam diri)
tahapan lawwamah = ada kesedaran dan bertaubat tetapi masih kembali melakukan kesilapan dan bertaubat semula
tahapan ammarah = penuh dengan sifat-sifat mazmumah (marah, hasad dengki, khianat, tamak, sombong, takbur dsbnya)

so....kita kihat di mana tahapan kita berada?....
kita wajib memerangi 'nafsu' ini sejajar dengan saranan Rasulullah yakni 'peperangan akhir zaman nanti ialah peperangan melawan hawa nafsu....'

naikilah tahapan tersebut dengan istiqomah serta yakin pada diri.....
penuhilah diri dengan segala ilmu pengetahuan yang diperlukan....

insya Allah dengan ilmu, kefahaman, keyakinan maka kita akan berjaya menduduki tahapan paling atas sekali....

lakukan penyerapan sifat-sifat agung Rasulullah pada diri yakni siddiq, amanah, taobligh dan fatonah.....
penyerapan secara total iaitu penyerapan dari segi niat,percakapan dan perbuatan....

dan awasilah setiap pergerakan kerana terdapat ujian demi ujian pada setiap tahapan tersebut....

ingat....

islam itu mudah...
tetapi tidak semudah yang disangka...
mudah bagi yang memahami...
tetapi janganlah dipermudah-mudahkan....

moga berjaya.....saya doakan....

wasalam

Tuesday, July 10, 2007

'Alah..aku pun boleh buat....'

salam buat semua.....

pernah dengar ungkapan......"alah...aku pun boleh buat macam dia buat..."....?

pernah dengar ungkapan......"aku akan cuba buat macam yang dia buat..."....?

ada beza tak?....

memang ada bezanya, beza dari segi susun atur serta penggunaan perkataan dan ayat...
namun maksudnya berlainan....

ayat pertama penuh dengan hasad dengki...
ayat kedua adalah ayat motivasi....untuk melonjak lebih jauh dengan berpandukan satu pencapaian insan lain....yang dijadikan ukuran dalam merangka strategi yang lebih baik dan insya Allah kejayaan kita kelak akan cuba diperbaiki oleh insan lain pula....

cerita hasad dengki ini memang bergelumang setiap detik dan setiap saat.... penuh dan sarat di dalam dada manusia....

begitulah.....

ubat memang pedih dan pahit.... ubat pedih akan kena pada luaran...ubat pahit akan kena pada dalaman....
ubat pedih apabila disapu ke kulit...
ubat pahit apabila masuk ke tekak...

ubat yang saya maksudkan ialah teguran..... amat sukar bagi manusia secara rata-rata untuk menerima teguran.... kerana teguran memang amat memedihkan serta memahitkan...

namun manusia yang berfikiran terbuka serta bersikap daya maju akan meneliti setiap teguran dengan positif malah berterima kasih dengan si pemberi teguran....

oleh itu awas dalam setiap pertuturan kita kerana ianya adalah perangkap nafsu yang akan menarik kita terus kekal di tahapan 'nafsu amarah'....

ulangkaji sikit; apa kandungan sifat nafsu amarah?.... dengki, hasad, pemarah, tak puas hati, tamak, takbur, bongkak dsbnya.....

dan perlu diingat juga....terkadang kita mengungkapkan di mulut bahawa kita tidak dengki dan hasad pada seseorang, tapi hati kita amat hitam serta penuh dengan kesumat hingga terzahir pada tindakan.....

wasalam

Monday, July 09, 2007

Di Penghujung....umat buihan....




salam sejahtara buat semua 'umat Muhammad'....

di padang mahsyar..... diberitakan kepada kita semua bahawa hanya seorang yang layak untuk memberi 'syafaat' ataupun 'endosement' untuk kita ke syurga.....
seorang itu ialah Muhammad Rasulullah...Kekasih Allah....

hatta Nabi Musa pernah berdoa & memohon untuk menjadi umat Muhammad namun permintaan Baginda ditolak....
mengapa Nabi Musa ingin menjadi umat Muhammad?... kerana keistimewaan umat Baginda yang 'dibenarkan' bertaubat ataupun diterima taubatnya di saat akhir..disamping berpeluang mendapat 'syafaat'....

namun.... Baginda Muhammad Rasulullah juga menyatakan kerunsingannya tentang perilaku dan keadaan ummat Baginda di akhir zaman nanti....

Baginda menzahirkan keadaan umat Baginda seumpama buih-buih di lautan yang banyak dari segi kuantiti namun 'jauh ke bawah' dari segi kualiti....

kita di mana?....

di mana kefahaman kita tentang keRasulan Baginda?
di mana kefahaman kita tentang keBesaran Allah Azza WaJalla?

kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berbangga dengan pencapaian serta pemahaman yang kita ada....
sewajibnya kita bertanya pada diri akan apakah langkah seterusnya jika sudah ada kefahaman?....
akan datangkah keyakinan?.... adakah kita begitu 'firm' dengan keyakinan atau cukup sekadar menyerahkan segalanya pada Allah....dengan mengatakan 'wallah hu aklam' sedangkan kita telah berkongsi ilmu dengan ramai rakan serta taulan atau anak murid?

wallah hu aklam itu amat jarang sekali diungkapkan oleh para 'ainul yakin' dan 'haqqul yakin' kerana ia boleh menyesatkan..... menyesatkan?... ya menyesatkan...

menyesatkan pada siapa?.... ia boleh menyesatkan kepada si penutur dan juga si penerima ilmu....

di mana timbulnya sesat itu?.... kesesatan itu timbul apabila 'hilangnya keyakinan' akan ilmu yang dikongsi.... kesesatan itu timbul apabila tiada kefahaman yang boleh meletakkan keyakinan dalam diri tentang perihal sesuatu itu....

mat saleh kata kita tak 'certain' & 'firm'.....

telah dipesan oleh Rasulullah.... apabila kamu menyembah Allah.....sedaya mungkin hendaklah kamu dapatkan rasa seolah-olah Allah berada di hadapan kamu.....

bagaiman nak dapat 'rasa' itu?.... sudah semestinya dengan ilmu.....dari ilmu datangnya kefahaman...dan kesinambungan dari kefahaman datanglah keyakinan.... lalu keyakinan itu akan menbuatkan kita 'firm' & 'certain'.....

satu lagi contoh;...... Allah Maha Besar..... apa buktinya?..... bolehkah kita datangkan bukti kebesaran Allah?.....

atau kita sekadar mengatakan buktinya ialah kejadian alam ini..... wallah hu aklam...

senangnyer..... begitu mudah kita menutur dan terus mencuci tangan...atas dasar kurangnya kefahaman apatah lagi 'cuba' untuk berkongsi kefahaman kita dengan 'insan dahaga' yang lain....

begitulah 'cabaran'akhir zaman....yang akan memerangkap umat Muhammad untuk menjadi buih.....

saranan saya..... sejajar dengan hadis Rasulullah yang meletakkan ketinggian ilmu dalam kehidupan umatnya...maka untuk datang ilmu, untuk dapat kefahaman dan untuk bulat keyakinan maka.... tuntutlah ilmu itu sehingga ke liang lahad.... tuntutlah ilmu itu sehingga ke negeri cina.....

insya Allah...bertemu 'kemanisan' ainul yakin & haqqul yakin'....

wasalam

070707 = .V.V.V



salam....

semalam (ahad) ramai pasangan melansungkan perkahwinan...sempena mengambil tarikh 'istimewa' 070707 atau tujuh haribulan july tahun 2007.....

kalau dalam abjad nombor arab ia akan lebih kurang camni .V.V.V

dalam sebuah akhbar saya menyusuri 'research' yang dijalankan....

ya, memang tidak dapat dinafikan nombor tujuh memang ada signifikasi dalam kehidupan samada kita sedari ataupun tidak....

contoh;

- 7 petala langit, 7 petala bumi
- 7 lapis syurga & 7 lapis neraka
- 7 lapisan warna diri (dari putih hingga merah - saksikan warna pelangi)
- 7 lapisan warna putih (setelah dipecah dengan 'prism')
- 7 tingkatan nafsu
- 7 keupayaan manusia
- 7 lautan yang besar
- 7 anggota manusia
- 7 hari dalam seminggu

dan banyak lagi.....

memang angka 7 mempunyai rahsianya yang tersendiri.... hanya Allah s.w.t yang mempunyai segala pengetahuan mengenainya...

kita manusia hanya menerima cebisan atau serpihan yang dimenifestasikan dalam bentuk dan kejadian agar kita mengambil iktibar dari peristiwanya....

apapun kepercayaan....pastikan ianya dimulakan dengan segala puji bagi Allah.... dan pastikan tiada 'kesyikrikan' di dalamnya..... dan tiada 'ketaksuban' melainkan tunduk patuh serta taat kepada Al-Khaliq Yang Maha Besar....

wasalam

Friday, July 06, 2007

KURSUS REIKI 'ADVANCE LEVEL' 21 JULY 2007


salam buat semua....

insya Allah saya akan menganjurkan Kursus Reiki 'Advance Level' pada 21 July 2007 ini..

lokasinya ialah di No. 34-2C, Jalan Bandar Tujuh, Pusat Bandar Puchong, Selangor...berhampiran Tesco, Puchong...

kursus ini adalah gabungan Level 1, 2 dan 3 sekaligus....
yuran kursus ialah RM350.00 sahaja....
kursus akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada pukul 3 petang..

yang berminat bolehlah menelefon saya atau sms ke talian 016-206 7469 atau mailkan ke sifumirza@sca-insan.com

tempat adalah terhad; tempahan awal adalah digalakkan....

mengapa advance level?... tidak level 1?...

kerana masa amatlah terhad untuk saya menetapkan kursus reiki ini... dan saya alhamdulillah dapat meng'slot'kan tarikh ini untuk anda semua...

jangan risau tentang keberkesanannya kerana, dalam kursus tersebut ianya mengandungi teori & practical serta teknik 'hands-on'....

insya allah anda yang hadir akan mendapat menafaat dan dapat menggunakan ilmu Reiki tersebut untuk kegunaan sendiri, keluarga dan sesiapa sahaja...

wasalam

Air Asia memang 'murah'....




salam...

sebaik selesai program bersama warga perodua rabu 4 july lalu saya terus bergegas ke lcct, klia sepang untuk 'menangkap@catch' flight ke kota kinabalu...

kursus 'planning & organizing' untuk warga perodua tersebut berlansung selama 2 hari dan berakhir pada pukul 5.00 petang tersebut... (syabas & tahniah warga perodua yang mengikuti kursus tersebut....)

flight ke kota kinabalu saya dijadualkan bertolak pukul 9.15 malam...
kali ini saya memilih untuk menaiki pesawat kendalian syarikat 'tambang murah' Air Asia...

ramai juga yang beratur di kaunter check-in semasa saya sampai...
beratur punya beratur...sesampai saya di kaunter, selepas mengambil kad pengenalan saya, petugas air asia itu memberitahu saya ada 'pending payment'.... isk..saya jelaskan saya telah membayar penuh tambang tersebut di alliance bank, puchong pada minggu sebelumnya....

saya diminta untuk merujuk ke kaunter yang lain.....
oklah saya akur.... dan pergi ke kaunter yang diarahkan....
di kaunter tersebut, saya 'terperanjat' dan sedikit geli hati.....

kerana?... kerana setelah diperiksa dengan komputer.... memang saya ada pending payment..... dan jumlahnya membuatkan saya dengan murah hati berkata pada gadis bertugas agar 'keep the change'...

berapa amount yang pending?.... percaya atau tidak... jumlahnya ialah 2 sen.... ya betul 2 sen....!

dan saya membayar 10 sen dan menyedekahkan 6 sen kepada mr. tony fernandez....

pengalaman pertama sangat berharga.... dan saya sertakan 2 keping foto; satu menunjukkan seat cover yang dah terkopek.... dan kedua, panel di hadapan penumpang (utk makan dsbnya) di cat dengan menggunakan berus tangan....(bukan spray)..so nampaklah urat-urat cat putih yang tak rata...

anyway.... air asia ialah macam 'bas'.... dan saya akui bahawa tambangnya murah sedikit dari mas.... dan 'next time'.... saya akan 'expect for the worse' kalau memilih untuk naik air asia.....

namun harapan saya....keselematan janganlah dikompromi seperti seat dan panel tersebut...

wasalam

Di Gunung Kinabalu bersama warga JPPH





salam semua...

masa menulis ni, saya berada di negeri di bawah bayu....

3 hari bersama warga JPPH (Jab. Penilaian Harta)...
mereka semua dalam ekspedisi menakluk puncak Gunung Kinabalu dan menetapkan 'penaklukkan' itu berlaku pada subuh 7.7.07....

sebelum mendaki, mereka bersama-sama saya dalam satu program "Waja Diri"... dan mereka turut di 'attune' ke tahap Reiki Level 1...

setakat ini, program ini telah meyaksikan saya meng 'attune' seramai 60 orang warga JPPH untuk menerima Reiki Level 1....tahniah & syabas buat mereka...

saya 'terliur' jugak untuk mendaki bersama-sama mereka, namun tugasan yang sudah menanti di Kuala Lumpur membuatkan saya harus akur dengan ungkapan....'maybe next time'...

pengalaman berada di kinabalu park sangat bermakna....
bersama-sama warga JPPH yang bersemangat...
bersama rakan se firma yang sentiasa hebat...(awe & sam..... mereka mendaki & mengiringi Ketua Pengarah JPPH...)

doa saya mereka semua selamat berjaya 'menakluki' puncak tertinggi asia tengara... dan selamat kembali semula dengan kenangan yang cukup manis....

wasalam

Monday, July 02, 2007

Giliran si 'CTOS' kena Jotos...

salam...

lately ni sibuk pasal cerita si CTOS kena pulun atas bawah, kiri kanan, depan belakang...

saya 'curi-curi' dengar dan 'ambil tahu sedikit' perihal ceriteranya...

rupanya dah lama cerita ini berkumandang di udara.....

perihal syarikat persendirian yang membekalkan rekod kewangan peribadi kepada institusi-institusi yang berminat... ramai juga yg berminat seperti bank, finance house, syarikat telekomunikasi dan sbgnya...

rupanya isu utamanya ialah ada pelanggan institusi ini yang 'terkantul' dengan CTOS walaupun rekod 'hutang' lama telah selesai....

jadi si CTOS gamaknya tak 'update' rekod mereka.... so kira teraniaya lah pelanggan tadi....

dulu pemantau rekod ialah si CRISS.... pastu untuk menguatkan lagi, muncul si CTOS.... so pelanggan yang dah clear si CRISS rupanya sangkut dengan si CTOS.... kesian gamaknya....

isu boleh selesai dengan si CTOS mengemas kini rekod kewangan yang dimilikinya dan 'memutihkan' nama orang yang teraniaya..... cakap senang tapi si CTOS ini kenalah kerja lebih sedikit.... iaitu dengan menyemak semua rekod-rekod kewangan 'orang' yang memang si CTOS ini tiada keistimewaan untuk melihatnya kecuali me'refer' balik pada si CRISS....

CTOS sudah banyak 'untung'......
sekarang si CTOS perlu dicukai keuntungannya itu sedikit dengan membuat kerja lebih masa.... agar rekod kemaskini dan tiada orang yang teraniaya....

wasalam

Friday, June 29, 2007

Tahniah & Syabas Warga SPNB....




salam buat semua...

hari ni kembali semula ke ofis setelah 3 hari 2 malam bersama warga-warga SPNB untuk program peribadi Mantap, Kerjaya Hebat & Organisasi Cemerlang di Eagle Ranch, PD, N. Sembilan...

sambil menanti sesi 'coaching' bersama pimpinan Hicom Yamaha, saya suka berkongsi foto-foto semasa di PD...





Sunday, June 24, 2007

Sepapan Uphamol.....

salam semua....

sejak Jumaat pagi minggu lepas, sebaik saya pulang dari sekolah anak saya bertemu guru kelas dan mengambil kad laporan prestasi..... saya rasa 'panas' badan sudah berada di kemuncakknya....

meletak belakang tapak tangan ke atas dahi sendiri.... tak rasa panas pun.... tapi hembusan nafas yang hangat sekali, dan sendi-sendi agak sengal... merupakan 'indicator' kepada kemunculan 'demam panas' yang panjang.....

saya jarang 'demam' tapi jika mengidap 'demam'..maka untuk 'kebah', paling kurang saya perlukan 3 - 4 hari... dan untuk ok sepenuhnya...saya perlukan at least 7 hari.... anyway hari ini dah masuk hari ke 3....

uphamol yang saya terus-terusan telan sekali 2 bijik setiap 4 jam nyata tak memberikan kesan, ia hanya mem'fluctuate' suhu badan saya sahaja...dan habis sepapan saya kerjakan...

lalu saya dibawa isteri ke klinik petang sabtu dan bertemu dengan doktor...
seperti biasa, doktor yang belajar begitu lama untuk 'doctorate'nya... bertanyakan saya tentang penyakit yang saya alami....

so... saya katakan, demam, batuk sikit, pening sikit, sakit tekak, ada ulser di dalam mulut...

doktor tu pun ambil 'kayu ais krim' yg besar, tekan lidah dan suluh anak tekak saya...pastu, ambil termometer plastik...mmmm, panas lagi 39.5 katanya...

"ya... tonsil bengkak, ada flam, masih panas.... so saya bagi ubat, kalau masih panas on monday, datang utk check darah...."(saya tahu, sekarang sibuk kes denggi...)

ok...thanks doc.... wasalam...

itu cerita demam....atau kepanasan badan.....

namun dalam kepanasan itu..... saya merasakan ini adalah penyucian buat diri ini... cerita pasal dosa..... banyak dosa yang dilakukan....samada kecil atau besar.... paling dirisaukan, dosa kepada Allah.... dosa mensyirikkan Allah......

teringat kisah Nabi Allah Ayub ketika diuji akan kesakitan yang membuatkan seluruh tubuh Baginda dimakan ulat.... dan baginda sendiri mengutip ulat yang jatuh dan diletakkan semula di badan Baginda.......

terus-terang, saya memang 'flat' habis.... dan ketika menulis ni... adalah sedikit tenaga kembali..... kepala masih berpinar.... sendiri masih sengal sikit-sikit....

alhamdulillah..... saya pasti, setiap perjalanan yang meruntut kekuatan rohani dan jasmani pastinya memerlukan proses penyucian yang berterusan....samada berkala atau tanpa diduga oleh kita....

sedia atau tidak.... 'pedang jihad' tidak perlu ada dalam sarung sekarang....ia per diangkat tinggi.....

jihad?...ya jihad melawan hawa nafsu....
jihad....mendaki tingkatan nafsu dari Amarah hingga Kamilah...
jihad....menggunakan sepenuhnya 7 keupayaan manusia kurniaan Allah...

insya Allah....

apalah sangat harga sepapan Uphamol (RM2.40) berbanding ketaqwaan, keampunan, kerahmatan dan keredhoaan Allah pada hambaNya...

wasalam

Lagi Jiran Kembali Ke Rahmatullah....

salam semua,

minggu lepas, saya dikejutkan oleh satu berita pemergian seorang jiran saya ke rahmatullah...

ustaz khairuddin, yang saya kenali meninggal dunia selepas 4 hari di hospital kuala lumpur.... punca kematian ialah sakit jantung...

al fatihah buat beliau.....

dan malam hari beliau meninggal, saya bermimpi bertemu beliau dan bertanya khabar... khabarnya beliau sihat-sihat belaka...

mmmm....dalam termanggu di hari ahad ini selepas 'pekena biskut lemak cecah nescafe'... saya duk kira...rupa-rupanya sudah masuk 3 orang jiran selorong saya meninggal dunia..di tahun ini....

begitulah putaran alam....

isteri ustaz khairudin (semasa menziarahi beiau)..berulang2 kali menceritakan 'tabiat' akhir ustaz... di mana ustaz baru membeli tanah kebun, beli mesin rumput..dan bercadang untuk balik ke kota bharu untuk cari anak pohon buah....

rentetan hari...(diceritakan oleh ustazah kpd saya..)

jumaat = ustaz selesai bayar 'cash' duit kebunnya.... dan dinamakan atas nama ustazah sebagai hadiah....
sabtu = beli mesin rumput.....
ahad = bercadang untuk balik ke kota bharu hari jumaat akan datang untuk beli anak pokok....
isnin = 'collapse' dalam perjalanan menghantar ustazah...(ustaz dah pencen, ustazah masih mengajar..)
selasa - khamis 1.10pm.... = di hospital..koma & tiada respon...
khamis 1.20 (zuhur)... menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga...
khamis 8.00pm = selamat dikebumikan di tanah perkuburan, taman desa kaloi ulu yam...

dari Allah kita datang...
kepada Allah kita kembali...

ajal maut, jodoh pertemuan, rezki telah ditentukan....
redho?... insya Allah redho...

wasalam

Thursday, June 21, 2007

Ego: Sifat Nafsu Amarah...

salam semua...

berbicara tentang ego adalah perbicaraan yang meruntut masa yang tidak berkesudahan..

cukup sekadar kita tahu bahawa ego adalah salah satu sifat yang paling Allah benci dan kedudukan ego adalah di tahapan nafsu yang paling bawah iaitu nafsu amarah..

ego boleh dikawal dan boleh juga hilang kawalan...
setiap manusia tidak mengira lelaki atau wanita mempunyai tahapan ego masing-masing...

ego yang terpimpin memang diperlukan agar seseorang itu tidak mudah diperlekeh atau diperkotak-katikkan....
manakala ego yang hilang kawalan ialah 'bencana' bagi seseorang manusia itu...

ego ada yang terbit secara kasar dan mudah untuk dilihatnya.. dan ego juga boleh lahir secara halus dan ianya berbentuk ujub....

ego adalah 'lagak' atau perlakuan seseorang itu.... dan sudah semestinya lagak itu dipertontonkan kepada orang lain...
ego 'halus' atau ujub, tidak diketahui oleh orang lain namun diri sendiri juga terkadang 'tidak perasan' ianya wujud dalam diri....

mengawal ego memerlukan ilmu, pemahaman serta pengertian....
apa itu ego?
apa akibat jika ego?
apa baik buruknya bersikap ego?

nafsu amarah ialah level yang paling bawah.... dan jika mengikut turutan warna-warna diri ianya berwarna merah dan berfrekuensi rendah... sama rendah dengan frekeunsi 'hantu serta syaitan'....

so?....dari segi ilmu mantiq..... jika kita ego sesangat.... maknanya macam 'hantu & syaitan' lah kita....

wasalam

Manusia Yang Tegar....

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana langkahnya makin karut
langkah karut itu menyemakkan emosi
emosi yang tersemak menjadi kabut

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana lidah memacul kemaksiatan
lidah tanpa tulang terus bergetar tanpa henti
hingga getaran itu di panggil Illahi

sesekali manusia itu tersedar
tersedar kerana sombong, riak dan takbur
didatangai pula si ujub dari dalam diri
terus-terusan memuji dengan lahapnya

sesekali manusia itu tersedar
tersedar betapa kerdilnya kejadian
namun bisikan hawa nafsu terus-terusan
meninggalkan Tuhan jauh di belakang

sesekali....janganlah degil..

Wednesday, June 20, 2007

P.Ramlee.....Siapa penggantinya?.....



salam semua...

pagi ini sewaktu menghabiskan 'nescafe tarik' bersama rakan, tiba-tiba tajuk perbualan ringkas berkisar kepada cerita Allahyarham Prof. Dr. Tan Sri P.Ramlee... kami membandingkan 'moral' of each film yg P.Ramlee lakonkan dan arahkan.... perbandingan antara kualiti 'moral of the story' beliau dan 'moral of the story' cereka-cereka zaman sekarang....

kesimpulannya, 'Tanah Melayu' atau Malaysia masih belum menemukan pengganti Tan Sri P.Ramlee...

Filem-filem P.Ramlee nampak ringkas tapi sarat dengan moral dan pengajaran...
filem-filem beliau apabila memperlihatkan 'seorang isteri melawan suami' terus melapikkan situasi tersebut dengan pengajaran yang perlu kita ambil...

cereka sekarang penuh dengan impian.... mimpi yang indah-indah belaka.... kekayaan, kereta hebat, swimming pool, perabut jati, langsir itali, vase kristal dsbnya... dan keegoan lelaki dan kekurang ajaran isteri yang engkar..... namun, kosmetik-kosmetik tersebut hanya 'membuai' hati dan perasaan kita....lalu lewat atau tiada pengajaran lansung apabila ada 'scene' si isteri berkurang ajar dengan suami atau suami tidak bertanggungjawab dengan isteri.....

saya suka mengkategorikan filem-filem P.Ramlee di buat atas dasar memberi tunjukajar, pengajaran, ilmu dan sedikit hiburan.... manakala cereka sekarang lebih banyak mengenengahkan nilai komersial yang masyuk dengan penuh 'energy-energy negetif'...

jika kita perasan cereka-cereka atau drama-drama bersiri yg sedang atau sudah habis penayangan...kita akan dapati acapkali, setengah atau satu jam yang di'bazir'kan untuk menonton adalah masa yg sia-sia.....

dalam suasana sekeliling yang haru-biru, tekanan perasaan, tekanan kehidupan, masalah remaja yang kelam-kelibut, seks bebas, seks sumbang (isteri & suami orang)...dan banyak lagi.... kita sebenarnya memerlukan insan-insan yang ada sifat-sifat cemerlang untuk memimpin kita...memberi tunjukajar melalui 'channel-channel' masing-masing....

seorang pengarah filem yang benar, amanah, berkongsi ilmu dan bijaksana...
seorang guru yang juga benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang imam yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang ahli korporat yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana...
seorang pemimpin yang benar, amanah, berkongsi dan bijaksana....

bukan seorang....kalau boleh ratusan atau ribuan....

susah untuk kita cari sekarang.... sebab?...sebab sejajat dengan hadis Rasulullah, umatku di akhir zaman, mereka asyik dengan kekayaan yang tidak cukup-cukup, mereka ayik melayan hawa nafsu yang tidak habis-habis... dan mereka umpama buih-buih di lautan, banyak dari segi bilangan namun terlalu sedikit dari segi kualiti...

mana dia Abu Bakar As Siddiq?
mana dia Umar Al Khattab?
mana dia Uthman Affan?
mana dia Ali Abi Talib?
mana dia Abdul Rahman Al Auf?
mana dia Umar Abdul Azeez?
mana dia Salahuddeen Al Ayubbi?

jangan dicari mana dia mereka..... kerana pancarian hanyalah sia-sia.... kerana kehebatan diri yang dilupa.... membangga hingga lupa dunia...

tak perlu di cari mana dia Al-Ghazali...
tak perlu di cari mana dia As-Syafie...
tak perlu dibongkar kitab suci...

jika mata yang ada sudah tidak boleh menilai mana yang haq dan mana yang batil...
jika telinga yang ada sudah pekak dari nasihat-nasihat.....

layanilah nafsu serakah hingga ke liang lahad...
kelak ketahuilah balasannya jika tiada taubat...

wasalam

Tuesday, June 19, 2007

Awas Perangkap Nafsu....

salam petang hari....

sebelum berangkat pulang, sudi saya menitipkan sedikit nasihat buat diri saya dan semua yg saya sayangi....

semua sudah tahu bahawa nafsu ada 7 lapis atau tingkatan....

paling bawah ialah amarah
atas satu tangga ialah lawwamah
atas satu tangga lagi ialah mulhima
atas satu tangga lagi ialah qonaah...

sepatutnya kita berada di tangga qonaah di mana penyerahan 'total' berlaku di sini dan keredhoan kepada Pencipta adalah amalan harian....

di atas qonaah, ialah tangga nafsul muthmainnah... iaitu jiwa yg tenang lagi yakin...

apa yg nak saya titipkan ialah.... walau kita sudah berada di level 'qonaah'.... jgnlah sesekali beranggapan bahawa kita sudah tidak diuji dengan rasa marah, bongkak, sombong dan takbur.... malah di sinilah ujian 'ujub' sering bermain...

ujub?... ya, ujub ialah rasa 'bagus' yg terbit dalam hati dan tidak diketahui oleh orang lain selain diri kita & Allah...

ujub ialah perangkap yg berbisa dan sering menjunamkan ahli-ahli ibadah ke jurang bawah semula....

namun begitu....atas dasar telah melalui semua level bawah hingga ke qonaah maka, pendakian untuk naik semula tidaklah sepayah peringkat awalan pendakian...

namun, tekanan ujub itu tetap datang dan tidak ramai yg berjaya mengharunginya...

ingat.... jika kita sudah merasakan kita sudah bersih.... dan Allah melindungi kita... mari kita periksa semula.... periksa dengan teliti... kerana ada perangkap memfitnah Allah di sana..... dan manusia akan beralasan.... 'aku sudah ok ya Allah, kenapa aku diuji lagi dengan ujian peringkat 'bawahan'...?...

ingatlah, tidak Allah jadikan jin dan manusia itu selain dari menyembahNYA dan melakukan ibadah kepadaNYA siang dan malam....

dan sesungguhnya, kehendak Allah itulah perlu kita lunaskan saat demi saat... bukannya asyik sibuk melunaskan kehendak diri serta nafsu serakah yg tak habis-habis kesudahannya....

sama-sama kita mengambil iktibar...
moga mendapat kesedaran dan bertaubat serta memahami setiap ilmu dan pengetahuan...

wasalam

Jangan suka beralasan...nanti jadi bangau...

salam semua....

'lately' ni saya banyak jumpa manusia-manusia yg banyak sangat alasan....

contoh;

kalau dah ok dari segi ekonomi....baru nak bantu orang
kalau sihat & segar...............baru nak double-up effort buat ibadah
kalau tenang......................baru nak menuntut ilmu
kalau dah kahwin..................baru nak berhenti merempit
kalau jalan ak jem................baru tak tension kerja
kalau ada kereta 2................baru mudah nak bergerak tambah rezki
kalau, kalau, kalau.....macam-macam kalau lah....

dan bila kita tengok sekali pandang...memang 'macam' logik kalau-kalau tu...

tapi bila selitkan iman bila memikirkannya..... memang 'haprak'lah si kalau-kalau ni...

persoalan?...sampai bila nak ber'kalau'?

saya selalu bertanya pada peserta kursus saya..... agak-agak sekiranya kita berniat untuk melakukan perubahan..contoh, start minggu depan aku nak ubah sikap aku yg pemalas.... agak-agak boleh ubah tak?

ramai yg tak berani jawap.....

dan saya tolong mereka jawapkan....

jawapan saya mudah.... 'sekiranya hari ini, kita malas...dan niat nak jadi rajin minggu depan ker atau bulan depan ker atau lepas kahwin ker.... memang tak akan tercapailah cita-cita itu!'....

jawapan saya berdasarkan Hadis Rasulullah iaitu...berusahalah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya....

so?.... kalau nak berubah.... perubahan itu perlulah dibuat sekarang! now! la ni!... bukan kejap lagi.... bukan 3 hari dsbnya....

sebab?...

sebab, kita tak boleh 'confirm' bahawa kita akan hidup sekejap lagi.....

siapa yg boleh confirmkan saya bahawa kita boleh hidup sekejap lagi?.... kalau boleh, hebatlah awak yer.....

then?.... nak berubah, kenalah berubah sekarang!...jgn tunggu-tunggu.....

jangan jadi bangau yg beralasan...
jangan jadi bangau yang relaks ajer...

bangun... bingkas.....

mulakan perubahan anda hari ini juga...sekarang....

insya allah...berjaya...

Masuk 'opis' semula.....

salam semua...

hari ni pepagi lagi dah masuk opis...
mengeledah 'benda-benda' administration yg perlu diselesaikan...

biasalah...asalkan ianya atas 'choose to' bukan 'have to'...

minggu ni 'relax' sikit...relaks dari segi takda program...namun, kena prepare jugak untuk minggu hadapan dan minggu seterusnya yang sudah tersusun program-program..antaranya 3 hari 2 malam di eagle range, pd.... 2 hari di perodua dan 2 hari di kota kinabalu, sabah untuk inspen.....

oleh kerana firma saya tidak megamalkan 'cut & paste' maka setiap program itu memang perlu dirangka khusus untuk menepati matlamat dan objektifnya.... dan persediaan dari segi nota-nota dan slide presentation memang menjerihkan....

namun apalah sangat jika nak dibandingkan dengan dakwah Rasulullah dahulu....

kata orang, 'ini baru sikit....'....
ya saya akur....perjuangan yang saya lalui ini amatlah sekelumit dari perjuangan besar Rasulullah dalam meneruskan dakwah....

'me re-tune' peserta agar memulakan langkah-langkah melakukan perubahan adalah satu usaha yang berterusan dan memerlukan kekuatan minda, emosi, spiritual dan fizikal yang mantap....

mmmm.... rehat jap...

nanti sambung yer...

Monday, June 18, 2007

Bersama adik-adik dari Miyazu (M) Sdn. Bhd....

salam...

dari Jumaat hingga Ahad lepas, saya bersama rakan-rakan mengendalikan sesi 'The Power Of Team Building' untuk kakitangan 'fresh' Miyazu (M) Sdn Bhd.

sesi yang melibatkan 80% aktiviti dan 20% kuliah sangatlah menakjubkan...

menakjubkan dari segi saya perlu 'menyesuaikan' diri semula dengan keadaan 'eco resort' tersebut (Riverstone Resort, Sungai Tua)...dan kembali ke alam ambang merdeka....suasana kampung, toilet di luar (jarak 70 meter)..., bekalan elektrik hingga 12 malam sahaja... turun naik bukit untuk ke dewan makan, bilik kuliah, surau dan bilik tidur...

di tambah dengan suasana yg 80% hujan di sepanjang program...

anyway.... 'redah saja...', 'lalu saja....'..byk hikmah tersembunyi...

paling penting....semua peserta program mendapat menafaat 200% dari apa yg disampaikan...

tahniah untuk anda semua...!!
saya doakan anda semua terus cemerlang, hebat & mantap...

wasalam

Tuesday, June 12, 2007

Selsema Bangau....uupsss..selsema burunglah...

salam....

belum habis cerita negeri Selangor dilanda demam denggi...kini ada pula unggas di negeri ini yang membawa penyakit selsema....

alhamdulillah...tiada rakyat yang terjangkit buat masa ini....

virus tersebut di bawa oleh unggas dari negara jiran (Mynmar ada beberapa kes manusia dihinggapi selsema itu di sana...)

tetiba saya terdengar satu saranan agar penternak-penternak atau bakal penternak dibuat satu undang-undang untuk mengawal selia unggas ternakan mereka....

ini pun kes bangau oh bangau.....

kesian Pak Mat yang duduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul..... nampak gayanya Pak Mat kena pergi klinik haiwan setiap bulan untuk dapatkan 'suntikan' pada ayam, itiknya..agar tak dijangkiti oleh penyakit selsema....

so Pak Mat kenalah gunakan teknik 'bercakap' pada ternakannya....."kau janganlah sakit selsema..nanti aku rugi...."...tetiba ayamnya bercakap..."Manalah aku tahu, dah aku nak kena selsema....."...

kesian Pak Mat...

wasalam

Smart Tunnel : Yang Tak Berapa Smart....

salam semua....

saya sambung cerita simpati pada mangsa banjir...
dan saya sedih bila dengar penjelasan pihak pengurusan 'Smart Tunnel' yang hanya mengatakan bahawa 'tunnel' itu hanya boleh sedut limpahan air sungai kelang dan di limpahkan ke sungai kerayung....

so sapa-sapa yang duduk kat sungai gombak...mintak maap lah yer...

tertarik dengan kos pembinaan tunnel tersebut yang melibatkan RM1.9 billion...

juga tertarik dengan para pengguna jalan raya yang dah 'cuba' tunnel tersebut tetapi masih terperangkap di penghujung jalan Tun Razak.....

kalau inilah gamaknya..berlaku 'bottle neck' sebaik keluar dari tunnel tersebut maka suka saya sarankan...lebih baik buat tunnel air sahaja utk sedut limpahan itu dari buat tunnel 3 tingkat yang boleh sumbat kereta dalam tu sekali....

anyway..tolnya RM2 ringgit...sebab kata Menteri yang terlibat...kosnya mahal so rakyat jelata kena tanggunglah...

adios...wasalam

Monday, June 11, 2007

Banjir....mari nyanyi lagu bangau oh bangau...

salam semua....

alhamdulillah bertemu kita lagi hari ini...
syukur atas segala peluang, rezki, taufik dan hidayah NYA...

pagi tadi saya mengikuti Buletin Pagi dan Warta Pagi sambil bersiap untuk ke pejabat dan terpanggil untuk meneliti berita perihal 'banjir kilat' yang berlaku di Kuala Lumpur...

banyak visual yang menyaksikan 'kesusahan & kepayahan' yang di alami oleh mangsa-mangsa banjir tersebut...

hari tu.... bila Brickfield kena banjir...banyak mempersoalkan terowong SMART... dan keesokkan harinya, jurucakap terowong SMART mengatakan bahawa terowong itu hanya untuk kegunaan 'Thunder Flood' dan bukannya 'Flash Flood'.... dan muncung penyedutnya terletak di 2 sungai di Kuala Lumpur dan berfunsi untuk menyedut limpahan sungai tersebut....

barulah saya tahu, terowong 1.9 bilion ringgit itu hanya mampu menyelesaikan masalah banjir yang berskala besar dan bukanya kecilan.... (kecik-kecik tak main... sebab dia mahal dan hanya untuk banjir besar ajer...)

jadi mangsa banjir dipersalahkan kerana tidak menjaga longkang-longkang dan pemaju hartanah di seret sama untuk bertanggungjawab 'menyumbatkan' longkang-longkang kecik dan besar di sekitar Kuala Lumpur...

itu cerita 2,3 hari lepas....
semalam...Kampung Baru dilanda banjir...., kalau tengok visual..dalam jugak sehingga ada mangsa yang dipindahkan....
dan seperti biasa... lagu bangau oh bangau berkemundang... mencari salah siapa...

beginilah ceritanya..kalau semua pihak bukan mahu mencari solusi..tetapi terus mencari salah atau fokus pada masalah sahaja....

maaflah kepada penguasa-penguasa yang terpaksa dikejutkan dari tidur yang lena di tilam empuk banglo-banglo mewah....
maaflah kepada petugas-petugas bandaraya, perbandaran dan bandaran yang hanya mengikut arahan demi arahan yang terus berubah-rubah yang terus-terusan menyentap motivasi dan semangat bekerja....

bangun dan sedar diri....sedar akan beza tanggungjawab dan amanah....

Saidina Umar adalah seorang contoh penguasa yang begitu amanah sehingga 'melakukan penyamaran' untuk mengetahui masalah masyarakatnya... dan bukannya menimbun harta dan mencari kontrak serta projek berjuta ringgit untuk memenuhi tembolok yang tak pernah-pernah penuh....

dan saya pasti begitulah sikap manusia yang lupa dan tak reti matlamat kehidupan ini... dan ianya akan berterusan hingga ke hari kiamat....

apa yang pasti lagu bangau oh bangau akan terus berkemundang setiap kali ada masalah yang timbul.....

manusia oh manusia....
bilalah kamu semua mahu menjadi 'insan'?...

wasalam

Friday, June 08, 2007

Jangan susah hati dengan ujian....Tapi kena terus melakukan perubahan..!!

salam buat semua....

apa khabar anda hari ini?...
doa saya...anda semua hebat dan berjaya mengharungi hari semalam dengan jayanya...
dan pastikan hari ini lebih baik dari semalam...kerana ia adalah petanda kehebatan diri seseorang itu....

nak bercerita sedikit tentang kesusahan hati atau kehidupan...

sejajar dengan firman Allah dalam surah Al-Baqaroh: 286..."Tidak Aku uji seseorang itu selain dari kesanggupannya..." ianya bermaksud..Allah Yang Maha Adil tidak akan memberi ujian-ujian ke atas kita sekiranya kita tidak berupaya untuk mengharunginya...itu sudah pasti....

dan atas sifat Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Memahami.... Dia tahu 'degree' ujian yang patut dan mampu kita harungi dan lepasi berdasarkan kemampuan diri kita masing-masing....

itu belum lagi dipertontonkan 'buku perjanjian' kita dengan Allah di Loh Hul Mahfuz di mana segala-gala perjalanan hidup ini telah kita redho dan diredhoi oleh Allah...

dan 'buku perjanjian' itu berdasarkan perjalanan hidup kita dari saat ke saat... hatta ke milisaat..atau perhitungan sebesar zarrah.... begitu detail sekali...amat detail.... percayalah..

selepas kita memahami akan ujian yang datang itu sememangnya kita mampu untuk harungi...maka perlulah kita bersedia dengan segala kemampuan yang ada....sertakan seluruh tujuh anggota kita untuk digembeling bersama dan sudah tentu dengan tujuh keupayaan diri iaitu qudrat, iradat, ilmu, hayat, samaq, basar dan qalam....

sudha pasti Allah permudahkan segalanya...dengan syarat...berserta niat dan dilakukan secara siddiq, amanah, tobligh dan fatonah....

dan perlu juga diingat.... jangan sesekali 'duduk diam', buntu, atau 'stalemate'... dalam erti kata mudah...dah tak tahu nak buat apa....
kerana itu adalah sifat-sifat manusia yang kecewa seterusnya menafikan kekuasaan Allah dan boleh jatuh 'syirik' secara tidak disedari....

kenapa jadi begitu?...

kerana ianya bertentangan dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad:11 ..."Tidak Aku ubah nasib seseorang itu KECUALI dia yang mengubahnya sendiri...."

Perubahan yang dimaksudkan itu ialah perubahan dalaman dan luaran.... perubahan dalaman adalah aspek penting iaitu ianya melibatkan perubahan SIKAP....

sikap yang paling memusnahkan manusia ialah sikap Malas dan Marah... kedua-dua sikap itu tidakakan membantu dalam proses melakukan perubahan demi perubahan ke arah kebaikan diri....

payahlah kalau kita masih bermain dengan sikap atau sifat malas dan marah itu...

dan tanpa kita sedari ianya terletak di lapisan paling bawah antara 7 lapisan nafsu iaitu Nafsu Amarah....
dan dari segi sains metafizik ianya terletak dilokasi 'buntut'...paling bawah dan berfrekuensi rendah sekali......

sekali lagi saya berpesan.... jangan rasa letih, penat atau kecewa dengan ujian yang sememangnya kita boleh harungi....
dan pastikan diri kita terus melakukan perubahan demi perubahan....

insya Allah dengan niat yang baik, tulus dan mulus..... segalanya dipermudahkan oleh Allah....

wasalam...

salam hebat...

Thursday, June 07, 2007

Kesaktian : Buruan Manusia....

salam buat semua.....

nak cerita pasal minat dan 'buruan' manusia.....
'spesifikali' bab-bab kesaktian....

telah menjadi lumrah bagi setiap manusia yang senantiasa tidak pernah puas dengan apa yang ada....

sikap ketidakpuasan itu jika di'manage' dengan baik...maka baiklah jadinya...
dan jika tidak dimanage dengan baik.... hancuslah akibatnya.....

contoh ketidakpuasan positif;
1. ketidakpuasan dalam 'menyedari' betapa perlunya penambahan ilmu di dada...
2. ketidakpuasan dalam mempertingkat mutu ibadah kepada Allah...
3. ketidakpuasan dalam memperbaiki kefahaman dalam hubungan dengan Allah...
4. dan seterusnya senarai 'baik' atau positif ketidakpuasan terhadap diri & kehidupan...

contoh ketidakpuasan 'tak baik' atau negetif;
1. ketidakpuasan kerana tidak 'terer' melebihi orang lain...
2. ketidakpuasan kerana harta yang sikit beranding jiran tetangga..
3. ketidakpuasan kerana tidak ada 'ilmu sakti' yang boleh orang lain kata kita hebat...

oleh kerana diri melayan 'ketidakpuasan' negetif tersebut maka manusia akan 'resort' kepada mencari-cari di mana boleh belajar ilmu-ilmu....

akhirnya....bertemulah ilmu-ilmu yang 'menjanjikan' kesaktian yang boleh membuatkan diri nya 'atas' sikit dari orang lain..... dan ilmu tersebut boleh memastikan seluruh manusia memuji-muji diri dia....

masya Allah.....!!

sedangkan segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah s.w.t....

apa yang kita perlu dalam hidup ini?... puji-pujian?.... sanjungan?....

soalan yang perlu ditanya kepada diri dan perlu dijawab dengan ikhlas...

sama-samalah kita 'check' balik diri.... muhasabah diri....

paling penting kalau tak tahu tanya..... sebab kalau tak bertanya nanti sesat jalan....

wasalam...

Reiki : Antara Realiti, Fantasi dan Mistik....

salam sejahtara buat semua.....

ramai di kalangan anda yang mungkin tahu perihal Reiki....
ramai juga yang pernah dengar dan ramai juga yang tak pernah dengar...

Reiki adalah satu kaedah atau teknik penyembuhan menggunakan tenaga dalaman diri.
atau secara ringkasnya 'self healing technique' through internal force....

Reiki = Rei adalah 'Universal Life Force' dan Ki adalah 'Energy'

kita manusia yang hidup ini mempunyai 'Tenaga Dalaman' yang kuat dan mampu melakukan berbagai-bagai perkara...dan yang pasti ianya adalah bertujuan untuk memastikan tubuh atau diri seseorang itu terus memberi tindakbalas kepada setiap perkara meliputi 4 elemen-elemen diri iaitu; Mental, Emosional, Spritual dan Fizikal.

tenaga dalaman yang ada pada diri ini di 'charge' atau menerima penambahan aliran tenaga dari tenaga alam semulajadi.... atau Universal Life Force...

universal life force boleh dirujuk kepada tenaga-tenaga luaran yang wujud seperti tenaga cahaya matahari atau lebih tepatnya cahaya atau pun 'NUR'....

tenaga matahari atau NUR tadi adalah bersifat lutsinar dan ianya 'menerobos' kedalam diri manusia melalui 7 poin penerimaan yang ada pada diri kita....

poin-poin tesebut terletak di ubun-ubun, antara kening, leher, dada, perut, kemaluan dan dubur...

dan poin-poin tersebut mempunyai keupayaan penerimaan mengikut kadar-kadar tertentu atau frekuensi-frekuensi tertentu...

poin yang paling tinggi kadar penerimaan tenaga ialah ubun-ubun atau lebih dikenali sebagai crown poin.... dan cahaya atau Nur yang akan masuk ke situ juga adalah Nur yang mempunyai frekuansi yang paling tinggi iaitu Nur berwarna putih atau silver atau emas....

seterusnya purple, biru, hijau, kuning, oren dan yang paling bawah atau frekuensi yang paling rendha ialah warna merah...

kita boleh melihat warna-warna Nur tersebut melalui percikan air di udara (sama seperti kita membuat pelangi tiruan).... dan perlu diingat warna pelangi itu ialah refleksi turutan warna yang sebenar....maksud saya, pelangi itu adalah 'terbalik' atau pembalikan kepada susunan warna sebenar.... di mana turutan warna Nur yang sebanar ialah bermula dengan putih di atas dan seteursnya purple hinggalah merah di bawah...(sama seperti turutan warna diri manusia...) tetapi oleh kerana pelangi ialah pembalikan warna Nur tadi maka ia akan meletakkan merah di atas dan seterusnya putih di bawah....

ini baru bab menggenal warna..... dan apa kaitannya dengan Reiki?....

para pengamal Reiki, berupaya dengan izin Allah menyalurkan tenaga Nur tadi melalui 2 tapak tangan...malah mereka berupaya 'memindahkan' tenaga yang lemah atau lebih dikenali sebagai negetif vibration keluar dari tubuh manusia....

apa kaedahnya?.... contoh...seseorang itu mengalami 'migrain'.... dan simptom migraine itu dikenali sebegai 'negetif vibration ' atau 'tenaga lemah' yang wujud di dalam diri oleh kerana beberapa faktor.... dan dengan meletakkan tapak tangan di lokasi migrain itu...(tenaga akan mengalir dari tapak tangan masuk menuju ke destinasi tenaga lemah itu dan memberikan 'charging' yang diperlukan....' secara otomatiknya tenaga lemah tadi akan keluar atau hilang dari lokasi tersebut....

kaedahnya memang mudah....tetapi 'praktis' will make u perfect!...

saya selalu berjumpa dengan master-master reiki yang masih belum berupaya menyalurkan energi dengan baik.... ini berlaku 'mungkin' kerana faktor keyakinan, kurang mahir, kurang sensitif atau kurang praktis.....

dan paling sedih..mereka-mereka mereka ini mencipta satu ajaran reiki yang baru dan diberi nama lain.... dan mereka mula memasukkan 'teori-teori' sendiri yang kesudahannya 'memeningkan' anak-anak buah...

ok setakat ini...

nanti saya sambung lagi......

berminat utk belajar Reiki?....

saya akan mulakan kelas Reiki dalam masa yang terdekat.... sila alert dengan memasuki blog saya untuk mengetahui tarikhnya....

kos?... hanya RM150 untuk Reiki Level 1.....

jumpa lagi..wasalam....

Meneruskan Misi Memberi Kefahaman kepada Manusia....

salam ceria buat semua....

alhamdulillah saya baru sahaja selesai pulang dari satu 'medan jihad'...
sememangnya niat untuk 'gugur syahid' tetap ada di dada sebaik memulakan langkah pertama keluar dari pintu rumah setiap kali hendak ke medan jihad...

namun saya terima ketentuan Allah bahawa saya masih lagi bernafas....

medan jihad terbaru saya ialah di Perodua, Sungai Choh, Rawang...

bersama-sama sekumpulan 'pelajar-pelajar' yang hebat juga.... variasi komponen yang hadir mewarnai medan tersebut.... dari status penolong pengurus hinggalah ke eksekutif....

khususan medan kali ini ialah tentang 'Perancangan dan Pengelolaan'.....atau bahasa 'mat saleh'nya ialah 'Planning & Organizing'...

rata-rata dari maklum balas yang diterima, Alhamdulillah hampir 90% 'mendapat menafaat' dan menyarankan ianya dihadiri oleh teman-teman.... 10% yang 'tak dapat bersama-sama' meneroka isi kandungan program.....saya hargai 'feedback' anda....

insya Allah, saya doakan anda semua berjaya dunia & akhirat....

dan saya?.... terus tidak puas hati dengan persembahan dan akan terus dengan izin Allah memperbaiki mana-mana 'sektor' yang perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi....

jumpa lagi warga Perodua pada 3 & 4 Julai nanti....insya Allah

wasalam

Monday, June 04, 2007

'Improvising' Self Competency....

salam semua...

wah tajuknya 'macam bagus'....
wa i ma nya...ianya berkenaan dengan peningkatan tahap kecekapan kita...

memperbaiki tahap kecekapan merangkumi tahap ilmu di dada, tahap pengalaman kerja dan kehidupan, tahap kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam suasana kerja atau kehidupan yang semakin mencabar...

kesedaran untuk memperbaiki diri ini adalah sejajat dengan Firman Allah dalam surah Ar-Rad:11........'Tidak Aku ubah nasib............'

sejauh mana timbul kesedaran dalam diri itu bergantung kepada tahap kefahaman dan ketaqwaan serta kehambaan kepada Allah Azza Wajalla....

manusia-manusia yang terolong kedalam kumpulan yang berilmu akan senantiasa diuji dari 'rasa cukup' dan 'rasa bagus'....lalu termasuk kedalam perangkap bahawa 'sudah terer' dan tiada orang yang terer atau bagus sepertinya....

maka apabila tiba di simpang 'rasa cukup' itu...manusia akan menjadi 'malas' dan cahaya keimanan menjadi kelam...tanpa disedari.....

kesedaran menjadi kecelaruan...
kefahaman yang ada menjadi benteng utama untuk maju kehadapan...
tiada manusia yang boleh menegurnya...
sikap rasa bagus mula menguasai jiwa....

akhirnya.... tindakan meng'improve' diri menjadi terbantut.... dan sudah tentu ianya berlawanan dengan saranan Rasulullah iaitu 'Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.....'...

maka manusia itu akan menjadi manusia gagal yang hidup dibawah tempurung yang direka sendiri....
dan paling sedih..mereka akan 'ditinggalkan' bersama teori serta doktrin yang dicipta sendiri....

wasalam

Thursday, May 31, 2007

Kasut Menejemen @ Management......

salam semua....

saya akur ramai yang mengikuti penulisan saya di blog ini...
walau ianya tak sehebat blog-blog 'top hits' malaysia yang lain....
namun sedikit sebanyak saya sedar, penulisan saya tidaklah digemari oleh segelintir anda semua...

apa boleh buat....

just wanna share this feelings....

"i'm writing it right from the bottom of my heart....
whether you like it or not....its up to you...
whether you 'rasa pedas'...its also up to you...
to force you to read...i know, i do not have the right to do so...
but let me remind you this.... all those curves that i went through is worthwhile to share with....
your curve is yours.... you wanna share...i'm ever ready to give input...
but if you think you are great enough....then i shall rest my case...
farewell to you...."

Rasulullah sendiri tidak digemari oleh bangsanya kerana menegakkan Islam dan membawa agama tauhid yang suci... ini kan pula saya.....

but to those yang memang beri semangat untuk i terus berkongsi ilmu dan kefahaman... syukran jazilan saya ucapkan....Allah akan membalas segala pengorbanan keikhlasan anda semua...

reality wise....atau secara realitinya saya mempunyai sebuah firma perunding yang memfokuskan kepada program-program latihan....

sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama merangkap menjadi 'master trainer' sudah tentu 'bebanan' amatlah terasa....

setiap saban hujung bulan...perkiraan gaji menjadi faktor utama....dan sudah tentu 'job-job' yang masuk menjadi faktor penentu akan kesinambungan perniagaan...

inilah yang dikatakan 'kasut menejemen atau management's shoes....

Rasulullah sendiri pernah mengarahkan sahabat membakar sebuah masjid yang dibina oleh seorang sahabat.... Baginda ditanya akan tindakannya itu....jawab Baginda mudah... masjid itu dibina oleh seorang yang munafik..... walau beliau sering dilihat solat dibelakang Rasulullah...namun kepribadian serta sikap munafiknya itu terserlah nyata di mana dalam setiap sesi yang menuntut pengorbanan sahabat...si 'mamat' ini sering berdalih dengan berbagai alasan....

tahu apa itu munafik?.... mulut lain hati lain....namun 'sonner or later'...sikap munafik akan terserlah jua akhirnya kerana apa?... kerana 'usul' diri kita ini adalah hamba dan memang gersang dengan bantuan Allah.... maka terdapat 'ruang kosong' dalam diri si munafik itu yang secara otomatik akan memusnahkan diri sendiri...

penat ker jadi menejemen?.... penat juga namun atas Firman Allah Al-Baqaroh 286... saya sahut saranan, tugas,tanggungjawab serta amanah.... dengan dada yang terbuka dan akan mempertahankan haq haq menejemen dengan sebaiknya...

nak try jadi menejemen?... boleh..bukaklah 'company' sendiri...dan ambil staf bekerja......tapi kalau 'family' masih agak kelam kabut.... pikirkanlah empat lima kali.....

so jangan banyak cakaplah.... sebab nanti akhirat, mulut itu akan terkunci rapat....

maaf atas perkongsian ini....
perkongsian ini adalah atas rasa sedih di dada kerana tindakan yang tidak difahami oleh orang sekeliling dan sedikit penat kerana pahat yang dipukul rupanya tetap tumpul walau dah guna mesin asah utk asah matanya berkali-kali....

atas dasar Rasulullah yang melakukan hijrah dulu pun ada sahabat yang engkar untuk turuti.... serta beberapa peperangan yang tidak disertai oleh sahabat.... maka

saya akan tetap berlari dan merempuh medan jihad yang terbentang di hadapan...

biarlah saya rebah dalam keadaan merempuh 'rather than' jatuh tersimpuh tanpa bergerak....

wasalam & maaf....

Kesedaran & Keinsafan.....

salam ceria buat semua....

bagaimana anda hari ini?...
sudah pasti ceria & hebat ataupun buat-buat ceria dan buat-buat hebat...

apapun situasinya...pastikan ianya berdasarkan keikhlasan di dada....

saya sering mengingatkan.... jangan sesekali jadi seorang yang hipokrik.... jangan jadi pengadu domba seperti isteri abu lahab....jangan jadi seorang yang masih bermain dengan hawa nafsu yang tiada kesudahannya....

jadilah seorang yang tenang dan yakin....
jadilah seorang yang ceria dan hebat....
jadilah seorang yang redho dan diredhoi...
jadilah seorang yang senantiasa terus memanjat tangga nafsul-nafsul di atas tingkatan 'qonaah'....

pelik tapi benar....

manusia sering gagal dan terus leka dengan diri sendiri yang serba kekurangan...
manusia sering lupa 'taubat' Nabi Allah Yunus tatkala Baginda di telan ikan nun...

ingat kisah Nabi Allah Yunus tersebut?....

Nabi Allah Yunus ada sedikit ego dan tidak boleh menerima keputusan undian yang menetapkan Baginda harus di 'buang' ke laut (untuk meredakan gelora laut).... namun setelah diundi sebanyak 3 kali....keputusannya tetap terletak kepada nabi Allah Yunus...

akhirnya Baginda akur walau dalam hatinya ada sedikit ego dan tidak boleh menerima....

dipendekkan cerita.....

Baginda akhirnya bertaubat di dalam perut ikan nun tersebut.... dan kalimah taubatnya amat 'femes' dan kita sering melafazkannya (namun ramai dan sangat ramai yang tidak mengerti atau mendapat pemahaman dari pengertian kalimah tersebut....)

kalimahnya ialah "La ila Ha Illa Anta Subhanaka, Wa inni kumtum minas zolimin..." bermakna "Tiada Tuhan selainMu Ya Allah, Maha Suci Engkau dan sesungguhnya aku tergolong ke dalam golongan yang menzalimi diriku sendiri...."

kalimah ini adalah zikir yang bertenaga tinggi..... terutamanya bagi yang memahami... namun bagi yang 'loroi' ajer...main hapal ajer, suka saya katakan.....sudah-sudahlah..... tingkatkanlah sedikit pemahaman tentang Islam.... tingkatkanlah sedikit pemahaman tentang Tuhan dan para nabi & rasulNya....

Nabi Allah Yunus telah melakukan kesilapan..... dan akhirnya Baginda akur, ikhlas dan menerima kesilapan tersebut....(sudah tentu walau pada mulanya Baginda meletakkan status Baginda sebagai nabi serta 'tidak mungkin' Baginda silap.....) dan terusnya Baginda bertaubat......sedar dalam keinsafan tersebut..... dan mengakuinya....dan sudah tentu peristiwa tersebut menajdi pengajaran buat semua....

kita?.....

kalau dah buat silap....tidak kira dengan sesiapa....dengan anak, isteri, ibu bapa, majikan, bos besar, bos kecik, rakan taulan...... agak-agak boleh ker menerima kesilapan itu dengan lapang dada dan melafazkan salam kemaafan buat mereka?..... cakap senang kan...namun tak ramai yang mampu melakukannya..... kerana????

kerana ego yang meninggi.......

akibatnya jadilah si luncai...... maka terjunlah dengan labu-labunya....ke dalam 'kawah redho'.... dan ke dalam jurang 'justifikasi-justifikasi' yang bersalut nafsu-nafsi.....

sedikit saranan.....leburkanlah tembok ego itu.... kerana tembok ego tersebut adalah halangan terbesar kita untuk mengenali diri.....halangan terbesar kita untuk mengenali Allah....halangan terbesar kita untuk megenali para kekasih Allah.... dan sudah tentu halangan terbesar kita untuk berubah....

moga mendapat ilmu serta kefahaman....

wasalam

Wednesday, May 30, 2007

3 Hari Yang Amat Padat....

salam ceria buat semua...

masa saya menulis ni.... tamatlah sesi 'quality time' bersama anak-anak yang bercuti sekolah....sekaligus bersama isteri menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke tiga belas....

untuk anak-anak....dari hari isnin lepas, mereka saya bawa ke ioi mall dan (actually) saya tinggalkan mereka bersama isteri sementara saya menyiapkan kerja-kerja penting di firma saya sebelum bercuti...

pagi isnin tu, bersama mereka 'sarapan' di NZ Wangsa Maju.....
petang ambil mereka dari ioi mall dan terus ke tom yam selayang untuk dinner (hajat untuk membawa mereka menjamah 'sea food' tidak kesampaian kerana isteri rupanya 'menindik' aliah di ioi mall (aliah, anak perempuan kami).... so takut 'gatal' hinggap di telinganya....maka sea food menjadi tom yam...anyway aliah hanya makan bubur sahaja....

hari selasa pula...seperti yang telah lama saya janji dengan abang, angah dan acit... saya bawa mereka ke selayang bowl..... isteri ikut sama... dan kami sekeluarga (yang main boling hanya 4 orang saja... saya, isteri, abang-anak sulung dan angah....) sesekali saya beri peluang pada anak ke tiga, acit yang berumur 6 tahun untuk 'merasa' bowl bola seberat 6 paun itu..... akibatnya dia tergelincir dan bola ke longkang.... balik boling, berkejar untuk hantar abang-anak sulung untuk tusyen (dia akan menduduki upsr tahun ini).....

hari ini, rabu (hari ketiga)...juga seperti yang dijanjikan, saya bawa mereka pergi memancing....(walaupun saya bukan kaki pancing dan masih terkial-kial memikirkan bagaimana nak lepaskan ikan dari mata kail, bila terkena nanti...).... so destinasinya ialah....laut....

saya dan sekeluarga bertolak dari ulu yam...dan menuju ke morib..... mmmm..perjalanan ambil masa 2 jam untuk ke sana... dari rumah, pukul 10 lebih..dan sampai buat kali pertamanya saya ke morib dalam pukul 12.30pm.....

pasang khemah, bentang tikar....dan tunggu 'air naik @ pasang'.... dalam pukul 3, air mula pasang dan saya siapkan joran untuk mereka....menukar umpan dan mengganti 'batu' yang terputus dek kena gigit oleh ikan.....

kami pulang lebih kurang pukul 7 malam...sampai di ulu yam semual dalam pukul 9 malam....

saya tatapi wajah semua anak-anak yang kepenatan....nampak kepuasan di wajah mereka...

alhamdulillah.....
syukur pada Allah yang mempermudahkan segala urusan saya.....

dan saya berjanji kepada mereka....sebaik abang habis 'exam' upsr.... kita akan ber'camping' di batu empat, port dickson selama 3 hari 2 malam.....

.....nampaknya umpanan menggena....dan syaratnya, mereka perlu score at least top 5 dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dihadapi....

esok?... insya Allah....kerja-kerja yang menambun sudah menanti di pejabat.....

esok adalah esok....entah tiba entah tidak....
wa i ma nya.... kita kena berikan yang terbaik...pada saat dan ketika ini.... dan bukannya berjanji untuk ok esok atau minggu depan atau bukan depan... kerana itu adalah saranan agama.... dan sejajar dengan "hari ini hendaklah kebih baik dari semalam..... dan esok hendaklah lebih baik dari hari ini..." barulah tidak jatuh ke kawah 'redho' atau masuk ke dalam golongan yang disumpah 'celaka'....

bagaimana anda hari ini?...... jom muhasabah dan buat swot analysis...... kerana nada sendiri kengkadang tak tahu dan perlukan 'teman' untuk menjadi cermin akan prestasi anda..... kalau sendiri 'suluh'....takut syiok sendiri.....

wasalam

Tuesday, May 29, 2007

Ilmu Mantiq....Kambing masuk ke kandang Harimau....mengembek ke mengaum?

salam buat semua....

ilmu mantiq adalah salah satu jurusan atau disiplin ilmu yang melibatkan kiasan lebih dari 1 lapis.....

cth: kita berasal dari tanah..... (mana bolehkan?...kita berasal dari sperma atau air mani yang hina...macamana boleh timbul kita berasal dari tanah?)

timbulnya ialah kerana kita ini keturunan Nabi Allah Adam dan semua beriman dan percaya bahawa Nabi Allah Adam dijadikan oleh Allah di syurga dari pada tanah.... lebih 'precise'..7 jenis tanah dari 7 benua....

ok....pendek jer soalan saya pada anda semua?....

kalau seekor kambing masuk ke kandang Harimau.... adakah dia perlu mengembek atau kena ikut Harimau mengaum?....

maka kalau ikut peribahasa Melayu lama.... untuk selamat dan menjaga adab tata susila...kita hendaklah mengikut resam atau tatacara sesuatu 'kandang ' itu...

saya juga yakin kambing tadi akan berusaha untuk belajar mengaum dengan sebaik mungkin.... dan 'worse case scenario' si kambing ni sengau sikit dalam ngaumannya.., saya kita harimau tadi akan terima juga..... rather than dia kata.... hey rimau, akau memang tak boleh nak mengaum...boleh tak kau mengembek?....

mmmm....rasanya kambing tu tak lama kut....

pertama;... kena baham dek rimau....

kedua;... sikap degil dan tak mahu berubah..dan sudah pasti berlawanan dengan Firman Allah tentang sikap yang perlu diubah sendiri bukan kena tunggu Tuhan untuk ubahkannya....
sila refer surah Ar-Rad....

ketiga;...kambing ni 'bodoh sombong'....masuk kandang harimau....boleh pulak nak harimau tu mengembek macam dia..... apa barangggg....

moralnya....perubahan perlu dalam kehidupan..sebagaimana masa yang terus berjalan dan berubah-rubah setipa detik dan ketika.... cth:..pukul 3 petang hari ini tidak sama dengan pukul 3 petang semalam.... dari segi 'pukul'nya serupa... tapi, keadaan, situasi dan lain-lain..memang tak akan sama....

so?... check diri balik...tengok perjalanan hidup kita.... adakah kita 'move forward' atau rupanya kita duduk berpusing-pusing dalam satu bulatan...yang kita sangka ianya perjalanan yang lurus.... penat memang penat tapi.....tak kemana pun....

wasalam

29 May 1994 - 29 May 2007........= plus minus 13 coloful years

salam semua....

alhamdulillah syukur... hari ini ialah ulangtahun ke 13 perkahwinan @ pernikahan saya dengan isteri tersayang...
syukur ke hazrat Illahi, rezki yang bertambah, urusan yang dipermudahkan, dan di kurniakan dengan 4 orang zuriat (3 lelaki dan 1 perempuan)...yang semuanya sihat, insya allah....

terus terang....kalau ikut sifir saya.... perkahwinan saya kini sudah masuk ke 'cycle' 3 tahun yang ke lima.... dan ianya amat berwarna warni.... warna-warnanya kini lebih kepada melihat anak-anak membesar...memantau pelajaran mereka dengan sebaiknya.... hubungan suami isteri pula.... lebih kepada pertambahan kepercayaan antara satu sama lain... dan kami lebih matang dalam setiap keputusan yang dibuat...

namun....dalam kesibukan mengendali progam demi program latihan untuk para pelanggan, urusan pejabat yang makin hari makin menimbun.... saya benar-benar 'kepenuhan masa'....@ kepadatan yang amat..... dan dalam menimbang-nimbang untuk memastikan masa utk Tuhan, Diri & Keluarga 'balance'.... saya sering 'tidur dalam jaga'.....

anyway.... atas Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 286...... saya akur, dan sesungguhnya 'sa miaq na wa atoq na....'...

Ya Tuhan....permohonan ku ke hazratMU..agar dipermudahkan segala urusan hayat & mati ku...sesungguhnya..terlalu banyak yang telah KAU kurniakan...dan terlalu sedikit pula yang Aku balas...

Ampunilah HambaMU ini...

tmndesakaloi
uluyambaru
11.22pm
29may07

Monday, May 28, 2007

SYUKRAN WARGA PETRONAS CARIGALI - MAINT. DEPT.

salam buat semua peserta program "Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat dan Organisasi Cemerlang' Petronas Carigali yang diadakan di D'Ark Training Resort, Janda Baik, Pahang pada Khamis, Jumaat & Sabtu lepas...

Anda semua hebat-hebat belaka!!

Jumpa lagi....insya Allah...

Bila Waktu Saya Tiba-tiba terhenti....

hari ini....

terasa amat memenatkan...
dan waktu seolah-olah terhenti...
tenaga hilang begitu sahaja...
peluh kesejukan terasa hingga ke tapak kaki...

waktu saya seolah-olah terhenti...
saya perlu memperlahankan rentak tetiba...
dalam keadaan dunia berputar amat laju...
dan dalam keadaan saya yang biasa dengan rentak ini...

hari ini....

saya menerawang semula ke zaman Rasulullah....
melihat-lihat jika ada Sahabat Baginda yang selaju saya...
atau laju saya ini tidak cukup laju..
dan terpikir saya bagaimana rentak jihad itu?...

adakah Sahabat menurut rentak Rasulullah atau...
Rasulullah terpaksa mengikut rentak Sahabat?
adakah Imam yang Empat menurut rentak si murid atau...
simurid mengikut rentak Imam Muktabar itu?...

saya pening kejap....
saya telan sedikit habuk kesan geseran 'brek pad' kerana melakukan brek mengejut tadi...
saya sedikit mamai kerana bau pad getah bergeser dengan disc tayar memang tengit sikit menyucuk hidung...

dan saya terus bermunajat...agar rasa 'malas' itu muncul dalam diri....
dan saya sering bersyarah dengan para peserta program saya bahawa saya sanggup mengajar si'kurang cerdik' berbanding nak mengajar si pemalas....

mmm.... malas saya bukan malas nak menimba ilmu...

malas saya hanya sekadar 'malas nak layan'... itu ajer...

sekian rapuan saya untuk hari ini...

jumpa lagi...

Monday, May 21, 2007

Musim 'Rumahtangga' Bergelora.....gggrrrr...

salam semua...

wahhh..tajuk gempak sikit...

bukan aper.... semenjak dua menjak ni, saya banyak menerima kes-kes berkenaan dengan rumahtangga yang bergelora...

ada yang dah berkahwin 21 tahun; isteri mahu failkan penceraian...
ada yang baru kahwin 8 tahun; suami dah cari 'girlfriend' baru...
ada yang dah kahwin 13 tahun; suami mula 'minum' dan berpacaran dengan wanita kabaret (gro lah tu)...

saya pun memulakan teori atas kes-kes itu; ibaratnya musim rumahtangga bergegar kot sekarang ni....

utk kes 1; si isteri sudah tak tahan dengan sikap suami yang menuduh beliau 'pelacur' dan mula mengungkit kisah-kisah lama...
saya kenal suami dan isteri tersebut..... sedih jugak...tapi lepas selidik lebih jauh..ianya 'merely' kes tak cukup duit perbelanjaan.....

utk kes ke 2: saya kenal suami dan hanya kenal isteri sikit-sikit ajer.... dan lepas selidik lebih jauh.....ianya lebih kepada 'queen control'.... suaminya baik sekali dan ikut sahaja cakap isteri...tapi akhirnya, 'tak tahan' tahan jugak kerana terlalu diikat.... dan paling best, si suami ni begitu gembira sekali dengan teman wanita barunya dan wanita itu sanggup bermadu.....mmmmm..

utk kes ke 3; saya kenal suami dan isteri sekali.... dulu sewaktu diperkenalkan kepada pasangan ini, saya lebih fokus kepada suami yang berperwatakan agak 'ranggi' sedangkan sudah ada 2 anak..... masa tu saya tak mahu 'terjah' lebih-lebih kerana menghormati pasangan itu... dan selepas 5 tahun tak jumpa.... cerita yang sampai tidaklah mengejutkan saya sangat.... dan saya lihat si isteri masih menjaga bentuk badan dan penampilan utk suami rangginya yang (mungkin demand tinggi).... namun, itu rupanya tak cukup bagi si ranggi ini..... so si isteri sekarang hanya menanti takdir... dalam masa yang sama sudah punya 4 anak dan masih menanti suami pulang pukul 3 pagi....

hujung jatuh..... ke tiga-tiga kes di atas, merujuk kepada 'pemahaman' tentang islam dalam diri masing-masing.... dan sudah tentu ilmu rumahtangga serta penekanan tentang tugas dan tanggungjawab masing masing.... di dalam rumahtangga....

apa kesudahannya?.... kita tunggu dan lihat nanti...

wasalam

Saturday, May 19, 2007

Merempoh Tembuk Kegusaran...

salam hujung minggu buat semua....

semasa menulis ini... saki baki keletihan perjalanan jauh 2 hari lepas masih lagi terasa...

rabu malam lepas saya ke kertih terengganu untuk bertemu dengan wakil petronas carigali pada keesokkan harinya...

saya dan sahabat saya, saudara Roy bertolak dari kuala lumpur pukul 12.05 tengah malam rabu itu dan tiba di kertih dalam pukul 4.15pagi....

sesampai di kertih kami terus mencari lokasi pejabat petronas carigali tersebut (untuk memudahkan kami datang keesokkan harinya...actually thats another 4 hours to go...)...jumpa ajer..terus kami melaksanakan misi kedua iaitu untuk mencari hotel 'utk landing kejap...'

dijadikan cerita....semua hotel di kertih penuh...... kami disarankan oleh 'penjaga kertih lodge' utk ke Paka..... kami terus ke Paka lebih kurang 15km ke utara.... sampai di sana.... juga penuh..hanya satu bilik yg kosong...itupun berstatus 'suite'..yg akan merobek rm270 utk 4 jam ajer kami nak lepak....

so...we decide to head down to kemaman....

Allah Maha Besar.... sahabat saya memang dah lentok maut dengan dengkurannya yang menjadi 'musik' pemanduan saya sejak dari KL lagi.... saya pun dah tak larat lagi.... kereta yang dipandu terhuyung hayang kiri dan kanan.... saya pun terlihat satu 'signboard' Masjid Jamek Kemasik..... terus saya decide utk singgah ke masjid itu....

set alarm pada hp utk bangun esok.... dan tidur..........

esoknya kami bangun, terus bermandian di tempat mandi masjid itu dan terus bersiap utk ke pejabat petronas carigali....

badan segar 'kena air masjid'....muka pun sekali tengok 'putih' melepak macam kena tepong gomak.....

teringat saya pada satu soalan sahabat di ofis sebelum bertolak.... "nanti nak tidur hotel mana?..."...sahabat saya Roy jawab ringkas....."kita orang tak kisah...tepi jalan pun ok..."...

so?.... memang tepi jalanlah 'hotel' kami..... namun...bila pikir-pikir balik.... apalah sangat perjalanan hidup ini.... janganlah 'carried away' dengan kebendaan atau meterialistik.... kayuh ajer...buat yang terbaik...kalau dah usaha dan jawapannya tidur dalam kereta dan mandi air masjid...maka terimalah....

dan atas itu...dengan izin Allah...kami memperoleh tugasan dari petronas carigali sebaik selesai 'presentation' tersebut....

mereka memang begitu berminat dan 'looking forward' utk hadiri sesi team building 'islamic value approach' ini....

kami merempoh tembok kegusaran yang ada sebelum bertolak ke kertih....

apa kegusarannya?... kegusarannya ialah firma saya tidak 'renew' registration dengan petronas...so atas sebab itu...harapan besar utk 'tak dapat' itu ada... tapi kami redah juga tembok itu.... kami telah berjanji utk melakukan 'presentation' kepada pihak petronas.....soal dapat atau tidak dapat..itu kami berserah namun atas dasar dakwah dan jihad...kami teruskan....

dan atas satu keyakinan....hanya kepada Allah.....dengan izinNya...kami akan bersama-sama warga kerja petronas carigali berkampung di D'Ark Resort Janda Baik selama 3 hari minggu hadapan..... utk satu program bertajuk "Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat dan Organisasi Cemerlang'..... yes..its an islamic value approach kind a program...

its gonna be a simple, straight forward but full of 'how to understand' islam and adapt it to ourself...via various session of role play, presentation, projects, jungle trekking, compas marching etc...

islam itu mudah, tapi tak semudah yang disangka....
mudah bagi yang memahami..tapi janganlah dipermudah-mudahkan...

wasalam

Tuesday, May 15, 2007

Setiap Lepas Kesusahan ada Kesenangan....= Reward Will Come Later..

salam semua.....

kalau kita susuri surah 'Alam Nasyrah'..kita akan temui sepotong ayat yang diulangi sebanyak 2x iaitu.....fainnama'al usriyusro.... innama'al usriyusro...

bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...

mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...

sebabnya ialah....kita sering mengatakan sesuatu usaha itu sukar, susah, perit dsbnya sebelum kita mahu menggerakkan anggota kita untuk melaksanakan tugasan tersebut... dan tidak kurang juga antara kita yang sering 'mengintai' apakah balasan, upah atau reward yang akan kita dapat sebaik selesai melaksanakannya...

memang tidak dapat dinafikan...dewasa ini, itulah 'formula' atau 'sipir' apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara.... dan tanpa kita sedari, ianya amat bertentangan dengan saranan Rasulullah malah ianya ialah ikrar Baginda yang sepatutnya menajdi 'doktrin' perjalanan hidup ini iaitu; 'Samiaqna Wa atoqna...' maknanya..kami dengar kami patuh....

sudah jelas, nyata dan terang sekali iaitu; lakukanlah setiap tugasan itu dengan sempurna, bersungguh dan berikan yang terbaik dilandaskan dengan penuh keikhlasan...maka balasannya akan muncul....

kita sering 'frust' bila rasa dah berikan yang terbaik tetapi balasannya hanya 'ciput'...mengapa ya?.... sebab kita dari awal lagi telah meletakkan 'nilai' kepada pekerjaan kita sedangkan 'nilai' itu sepatutnya datang dengan 'qadar' Allah...

rasa dapat upah RM100.00 tapi rupanya dapat RM30.... dan kita jadi marah.... sebab kita rasa dah bagus...sangat bagus tetapi kita lupa...bagus kita hanya dinilai oleh pihak kedua dan bukannya kita....bagus kita kan dinilai oleh 'cermin' yang kita lihat...

saudara-saudari....

buat saja setiap tugasan ini dengan sebaiknya...insya Allah...'reward' akan datang dengan otomatik...
dan serahkan kepada Allah 'jumlah'nya...dan terimalah dengan dada yang terbuka.. kerana menerima dengan dada yang terbuka, kita akan dapat memperbaiki diri...muhasabah diri....

dan isya Allah dari upahan RM30 tadi akan meningkat ke RM 150...sedangkan kita ingat kita akan dapat RM100.... barulah sejajar dengan 'wamai yat taqillah....'

jumpa lagi...

wasalam

Antara Bodoh dan Malas...

salam semua....

saya sering menimbulkan isu ini.... iaitu si bodoh dengan si malas....

dan saya sering menyatakan dalam setiap program saya... sekiranya yang hadir itu merasakan diri mereka bodoh....insya allah saya akan tunjuk jalan dan ajar mana-mana yang termampu.....

tapi..sekiranya mereka rasa mereka malas..... maka saya juga akan menunjukkan pintu untuk mereka berjalan keluar dari program saya.... sebab sudah tentu saya tidak akan dapat memberikan sebarang pengajaran kepada si pemalas....

bodoh boleh di ajar dengan syarat ada kesungguhan....
malas...apa yang nak diajar?...dah dia malas....

apa beza antara bodoh dan malas?....

bodoh adalah keadaan seseorang yang 'lewat' atau 'tertinggal keretapi' dalam pencarian ilmu....
manakala malas adalah sikap yang berada di aras paling bawah sekali.... dan ianya sama seperti sifat-sifat amarah (marah, riak, sombong, takbur, hasad dengki dsbnya...)

kalau ikut tingkatan warna diri...ianya adalah warna merah dan lokasinya ialah di root point atau 'buntut'....

begitulah kedudukan malas tersebut....

ingat...bodoh boleh diajar...tapi kalau malas...sendiri mau ingat....

so orang malas...sila bangun dari tidur.... dan lakukan senaman otak....lakukan pernafasan dalaman... dan mai sini opis saya...saya ajar Reiki...(itu pun kalau nak....hehehehhee)

wasalam

Hambatan Energi...

salam semua...

bertemu lagi kita di ruang siber ini...
terima kasih kerana terus mengunjungi blog saya..
doa saya anda semua dalam kesejahteraan Illahi hendaknya...insya Allah..

hujung minggu lepas saya bersama-sama 'orang-orang kuat' Hicom Yamaha Manufacturing di Dorani bayu Resort untuk satu program "One Solid Family"...

orang-orang kuat Hicom yang saya maksudkan ialah terdiri dari ceo dan barisan kepimpinan Hicom Yamaha dan juga Presiden Kesatuan Sekerja bersama barisan pimpinannya....

mmmm...satu program yang menuntut 'kekuatan' mental, emosional, spiritual dan fizikal selama berlansungnya 3 hari 2 malam...

saya memang sukakan cabaran...dan setiap tugasan dalam mengendalikan program-program ini 'terhadir' bersama cabaran-cabaran di dalamnya...

di dorani....memang cabaran yang diharungi agak 'hebat' juga...

hebat dari satu segi iaitu hendak meng'syncronize' tahap pemikiran dari seorang ceo hingga ke line operator'...jauh jurang tu....

anyway..segalanya saya serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya....

dan saya?.... terus berjihad...terus berdakwah....selagi hayat dikandung badan....

insya Allah kita akan bertemu dalam satu program nanti...

wasalam

Saturday, May 05, 2007

16 hari perjalanan 'tasauf'...

salam semua.....

hampir kira-kira 16 hari saya tidak meng'update' blog ini....

nak kata sebab sibuk kerja.... ya..ianya salah satu alasan atau jawapan yang 'mungkin' munasabah....

nak kata sebab 'tak da masa'... mmmm...ada jugak sedikit masa yg hanya menyempatkan saya untuk menjengok 'kalau-kalau' ada 'komen' yang perlu diberi input....

sedia maklum dengan 'cap' atau topi yang saya harus pakai.... 'cap' sebagai trainer, 'cap' sebagai cfo, 'cap' sebagai master trainer, 'cap' sebagai pengarah operasi firma saya bersama rakan kongsi... tak termasuk cap sebagai suami dan bapa..... juga anak dan abang tua dalam keluarga....

sibuk kerja?.... mmmm..biasa tetapi teramat sibuk kerana 'perpindahan ofis' ke lokasi baru membuatkan banyak perkara-perkara yang menerima nasib 'tak sempat' untuk dijengokkan'...

hari ini, hampir 75% urusan perpindahan selesai...dan saya menjangkakan urusan tersebut akan mencapai 100% pada hujung minggu depan....

malam ni (upps..pagi ni - masa menulis ni jam di lap top tunjuk pukul 1.06am....) seluruh warga rumah saya (anak, isteri..telah lama diulit mimpi..... saya me'nala-nala' remote astro untuk mencari 'channel' yang akan menemankan telinga saya sambil menjeling-jeling ke skirin tv jika ada yang menarik pandangan.... dan saya terhenti di channel 4, sebab ternampak itoh mohamad dan blues gangnya menerusi rancangan dari studio 1....

oh ya.....

di atas segala kesibukan yang saya nyatakan di atas....16 hari yang lepas juga saya telah mengalami satu perjalanan yang sangat istimewa... suka saya mengelarnya perjalanan tasauf....

saya kan cuba kongsi perjalana itu nanti....

tapi, apa yang nyata...pandangan, pemikiran dan tindakan saya mendapat 'kesan' dari perjalanan ini....

jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails