Tuesday, December 02, 2008

Bangkit dari 'tidur'

salam semua...

foto di atas hanya sekadar ingatan betapa kejadian kita dari setitis mani sehingga ke mati adalah merupakan satu perjalanan yang sangat istimewa..

istimewa kerana setiap proses evolusi itu berlaku dengan tepat sekali formulasinya dan sudah tentu ianya merupakan bukti kebesaran Allah Azza Wajalla...

namun setelah kita membesar, amat jarang sekali kita dibawa oleh ibu & bapa untuk melihat kembali asal-usul perjalanan hidup ini untuk dijadikan pedoman dan pegangan serta mendapat kefahaman tentang apa yang tersirat serta apa yang tersurat...

masa-masa yang kita luangkan dibangku persekolahan juga turut membawa kita pergi jauh dari mengenali hakikat sebenar kejadian..

ilmu-ilmu yang diajar terlalu banyak dikaitkan dengan ilmu sains yang sememangnya merujuk kepada formulasi-formulasi yang menuntut logika sepenuhnya... sebab itu kita boleh saksikan betapa ramai ahli-ahli sains yang membelakangkan ilmu agama serta memilih untuk hidup tanpa tuhan...

pengajian tasauf atau sufi terlalu ekslusif pada jangkaan semua lalu ianya semakin terpinggir hingga kepinggirannya itu diambil alih oleh mereka-mereka yang bersifat mahu mengambil kesempatan dengan mengajar ilmu-ilmu songsang yang kununnya berlandaskan ilmu tasauf...

perjalanan para nabi yang terdahulu terutamanya Rasulullah s.a.w bukan menjadi satu pedoman untuk maju, malah ianya hanya sekadar menyedapkan halwa telinga terutamanya pada hari keraian seperti Maulud Nabi...

selain dari hari tersebut, kita tidak betah mendengar putaran-putaran kisah agung Baginda Muhammad s.a.w...

sedangkan kita saban waktu menyebut nama Baginda dalam salawat... kita semestinya tahu betapa besarnya hikmah salawat tersebut tetapi kita tidak memahami mengapa kita perlu mengucapkan selawat...

begitu juga kaitan kita dengan Baginda Rasulullah s.a.w... siapa kita di hati Baginda?

tidur yang panjang ini akan terus-terusan kita dengkuri jika tiada niat dan seterusnya perbuatan untuk bangun darinya...

tidur yang panjang inilah yang membuat kita lalai, leka dan terus hanyut dibaham kehidupan fatamorgana yang ada di hadapan kita sekarang...

tidur yang panjang ini jugalah yang membuatkan kita sering tewas dalam 'berjihad' memerangi hawa nafsu...
dan lebih malang lagi, jihad memerangi hawa nafsu itu telah disalah ertikan sehingga menyiksa jiwa serta raga seorang yang mahu digelar syuhada...
malang mereka kerana tidak mengenali diri serta 'musuh' yang perlu diperangi itu...

bangun dari 'tidur' merupakan satu tuntutan agama... bangun dari 'tidur' yang nyata itu merupakan satu jihad...
dan sememangnya tidak ramai yang sanggup berjihad.. kerana bagi mereka cukuplah apa yang telah ada... tidak perlu lagi nak bersusah payah berperang dan berjihad...
dan mereka-meraka ini telah dikisahkan di dalam Al-Quran dan pelbagai surah yang menerangkan betapa sikap berpura-puraan yang ada dalam diri mereka ini kerana 'mabuk harta, pangkat dan kemewahan'...

bolehkah kita pastikan kita akan terus berjihad jika sudah ada sebungkah intan seberat satu kilo di dalam rumah kita? tidak takutkah kita jika kita keluar berjihad nanti, ada yang datang mencuri... atas adalah kita boleh rasa senang dalam peperangan tanpa memikirkan intan tersebut barang satu saat?...

begitulah kita yang sering mengenepikan Allah... malah jatuh ke tahap syirik kerana cintakan dunia barang sesaat...

bangunlah...
bangkitlah...
masa itu tiada di dalam genggaman kita...
entah esok..
entah lusa..
entah sekejap lagi...

wasalam

Monday, December 01, 2008

Adus Air Asia Flight No. 6324


salam semua...

2 keping foto di atas saya ambil di 'stesyen kapalterbang' tambang murah LCCT, Sepang.
terperanjat jugak saya melihat begitu ramai sekali beratur di kaunter check in di sana tadi..

suasana yang agak kelam kabut memeningkan pasukan polis bantuan yang sibuk men'scan' luggage-luggage utk di bawa (ke dalam perut kapal & atas kapal terbang)..

alhamdulillah, seluruh ahli keluarga saya selamat 'berlepas' ke kota bharu dengan flight no. 6324 yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.40pm tapi biasalah, ada kelewatan dan kapalterbang tersebut meninggalkan sepang dalam pukul 2.30pm

dalam pukul 3.20 saya mendapat panggilan telefon dari anak saya mengatakan mereka telah selamat mendarat ke kota bharu dan sedang menanti luggage yang keluar dari perut pesawat..

sepuluh minit selepas itu, anak saya menelefon mengatakan bahawa beg-beg mereka tidak ada..

adus...

tunggu punya tunggu...tunggu punya tunggu, sampai habis keluar semua luggage, beg-beg mereka takda...

maka teruslah anak saya bersama ibunya membuat lapuran...(kesian jugak, dalam kena dukung baby, kena lari sana sini..)

saya di kl, terus masuk ke laman web air asia dan juga buat report...

teringat saya semasa check-in tadi... kami check-in di kaunter R37 tetapi kena masukan beg-beg ke kaunter R68...

kelam-kabut juga saya menyumbat beg-beg mereka ke kaunter R68 tu...

officer-in charge di kota bharu cuba nak trace luggage tu setelah menerima lapuran dari anak saya..
katanya ada 2 lagi flight dari kl akan tiba ke kota bharu dan dia akan call 'jika' luggage kami sampai...

risau jugak saya... tapi kerisauan itu perlu direndam dengan air sejuk agar ianya tidak menjadi api yang membara...
apapun setakat posting ini dibuat, masih belum ada call dari kaunter air asia di lapangan terbang kota bharu...

kesian bebudak... semua baju mereka ada di dalam beg-beg tersebut...

mudah-mudahan mereka akan dapat luggage mereka as soon as possible..insya Allah...

air asia oh air asia...
memang kau murah (tapi mahal sikit dari firefly yang terbang pakai kipas tu..)
tapi tolonglah jangan buat begini lagi...

mmm.. di sebalik kesusahan ada kesenangan...
apa kesenangannya?... sama-sama lah saya pikirkan...

wasalam

Friday, November 28, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa : SRK KGV, Seremban


kira-kira sebulan yang lepas, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita... perbualan kami lebih kurang begini...

"helo, itu mirza ker?"..tanya suara wanita di copong speaker hand phone saya..
"ya, betul..ini mirza cakap.." balas saya... "siapa sana?..." soal saya balik...

"ingat tak?, ini hazida..." kawan sekolah KGV dulu...

"isk...mintak maaf..memang saya tak ingat..." balas saya balik...
"alah, dalam kelas tu ada 2 orang budak perempuan ajer yang rambut panjang..." saya salah seorangnya..." beria-ria wanita itu cuba menghentak kotak memori saya...

"maaflah hazida... saya betul betul tak ingat.."

perbualan yang atas tu telah memulakan siri-siri jejak kasih... maka akhirnya pada 16 haribulan november yang lepas... batch saya ketika sekolah rendah..........ya sekolah rendah pada tahun 1976 hingga 1981 bertemu semula setelah kira-kira 27 tahun terpisah....

majlis di adakan di sekolah kami di ampangan seremban berdekatan dengan gedung lalang...

pastinya dijemput guru besar dan semua guru-guru kami... ada beberapa guru yang hadir termasuk guru besar...

cuma saya jer tak dapat hadir... atas urusan isteri bersalin...

kini rakan-rakan yang dah bertemu semula itu, semuanya mengimbau kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu...

memang beberapa rakan terlalu kuat memorinya sehingga boleh ingat mentol tandas yang tak menyala-nyala (tak ditukarkan beberapa tahun) sehingga kami tamat darjah enam..

kisah 'bumi hijau' yang mana kami kena tanam sayur di tepi sekolah dan bila dapat hasil boleh bawak balik sawi & kangkong yang ditanam, termasuk kacang panjang...

kisah main galah panjang bawah bangsal basikal, kisah main konda kondi... semuanya mengembalikan kami ke zaman tersebut...

sangat dahsyat bila memikirkannya.... dahsyat dari segi kekuasaan Allah yang berkuasa menemukan, memisahkan, dan menemukan semula... semuanya di tangan Illahi...

apapun, kat atas tu adalah foto-foto kami yang berjaya mendapat 5A... ramai kan... dan kesemuanya berjaya masuk kesekolah berasrama penuh...

cuba teka di mana saya...
kalau berjaya..ada hadiah misteri menanti...

wasalam

Wednesday, November 26, 2008

Tenaga Positif & Negatif (Part 1)



salam semua...

suka saya berkongsi sedikit tentang tenaga positif atau negatif yang ada pada diri dan sekeliling kita serta kajian oleh Prof. Dr. Emoto tentang bagaimana air itu sebenarnya dapat merakam segala tenaga ini.

video-video yang lain boleh disaksikan di sini..

moga dapat mencetus minda anda untuk terus mencari ilmu-ilmu selagi hayat dikandung badan..

wasalam

Tuesday, November 25, 2008

Anda Pernah 'Terkena'? Sedih tapi inilah hakikat warna kehidupan..



salam...

mungkin anda pernah menonton ini di youtube.. dan mungkin anda pernah bertemu dengan 'wealthy person from malaysia' ini untuk berubat...

saya tak mahu komen lelebih.. namun masa saya belajar reiki dulu, cikgu reiki saya tu pernah cakap, 'ustaz' @ 'prof' @ 'dr' arief ni pernah belajar reiki dan merupakan seorang reiki master, namun setelah beliau jadi reiki master, beliau 'mencipta' kaedah rawatan sendiri iaitu cakra alam...

apapun, seperti yang saya selalu katakan, sekiranya sesuatu perkara itu jatuh ke dalam kategori 'too good to be true' maka perlulah sedikit berwaspada ya...

biasalah orang melayu.. kalau ada sikit ciri-ciri 'kesaktian' semua minat.. sampai nak naik kelangit melalui 'teko' besar pun orang percaya...

tepuk dada tanyalah sendiri...
nabil raja lawak pun cakap... 'lu pikirlah sendiri'...
jangan sampai terkena...

wasalam

Friday, November 21, 2008

Melunas Janji-Janji Yang Termeteri...

salam semua....

cuti sekolah datang lagi...
sebelum cuti anak-anak giat bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan..

sebagai bapa saya sering memantau prestasi anak-anak dalam setiap peperiksaan mereka..
yang bersekolah ada 3 orang, semuanya lelaki maka motivasi dan dorongan untuk anak-anak lelaki ini sudah pastinya 'hadiah' atau apa sahaja yang berbentuk fizikal dan bukannya emosional..

anak perempuan, kita boleh saikologi dari sudut emosional tetapi lelaki.. perlu tetapkan 'target' dan pastikan mereka mencapainya untuk mendapatkan imbuhan...

maka dipendekkan cerita..

2008 menyaksikan, anak pertama saya (tiada masalah dalam pelajaran sebab memang dia seorang yang scorer) tetapi kedudukan kelasnya adalah di kelas ke tiga... maka cabaran saya pun bermula..

saya mencabar beliau untuk membuktikan bahawa beliau juga setanding, malah lebih hebat dari rakan-rakan beliau yang sama-sama belajar semasa di sekolah rendah dahulu... (anak saya 'miss que' dan tidak berjaya mendapat 5A walaupun dia merupakan 'faveret' untuk mendapat 5A dalam upsr tahun lepas...

maka strategi saya meliputi 4 elemen, mental, emosional, spiritual dan fizikal terhadap anak saya ini... dari awal tahun lagi saya telah membangkitkan semangat beliau untuk bangkit dan berjuang sehingga berjaya..

saya akui memang satu usaha yang hebat... dia memang sedikit down tapi cuba cool... yelah rakan-rakan yang mendapat 5A semua berjaya ke asrama penuh, tinggal dia yang bersekolah di sekolah harian biasa...

alhamdulillah... 2008 memang tahun yang gemilang buat beliau... beliau terus score straigth A dalam setiap mata pelajaran dan setiap peperiksaan dan ujian...

sudah tentu ada umpannya....
umpannya bukan saya yang letak... saya hanya tanya dia apa yang dia mahukan? sekiranya target beliau berjaya di perolehi...

jawapnya handphone... saya tanya jenis apa? dia jawap macam hp mak long dia... mmm itu music express nokia...

saya pun telan air liur....(dalam hati.. berapa harganya pulak....) takpalah... saya akan usahakan... so jawapan saya pada anak saya ringkas... abang capai target tu... abah akan belikan hand phone yang abang nak... deal & set...

alhamdulillah.... abang berjaya dengan cemerlangnya...



hadiah untuk abang (anak pertama) yang berjaya straight A dalam ke semua peperiksaan sepanjang tahun 2008.





ni pula hadiah untuk anak ketiga (acit) yang berjaya dapat tempat lima teratas dan juga naik ke kelas utama..

acit ni prestasinya 'flip-flop' sepanjang 2008... awak tahun memang terer..top ten.. tapi bila nak akhir-akhir tahun..merosot dengan dahsyatnya sehingga dapat no. 26..

maka saya pun memulakan 'rejim' belajar paksa (saya kalau boleh tak nak paksa-paksa anak-anak yang baru di peringkat awal ini) namun, kemerosotannya membimbangkan.. mungkin terlalu banyak menengok astro ceria agaknya...

maka 'rejim belajar paksa' ini saya lakukan 2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun yang lepas... selama 2 minggu, saya memantau dengan ketat proses ulang kaji acit (dan angah), setiap hari kena buat ulangkaji dan buat test-test exam...

alhamdulillah, acit berjaya dan memang dia dah lama idamkan gameboy tu... maka saya kata ok.. no problema.....

tahniah acit... lain kali jgn tengok kartun bebanyak...

yang ni hadiah untuk anak kedua (angah) kerana berjaya mendapat tempat pertama dan juga berjaya naik ke kelas utama... misi beliau tahun 2009 ini ialah 5A dalam upsr...

angah ni dia ada sikit inferiority complex... dan kurang yakin pada diri sendiri walaupun saya lihat dia berpotensi untuk cemerlang...

guru tusyen dia juga risau dengan prestasi beliau yang turun naik...

akhirnya saya laksanakan sesi pembelajaran 'rejim' (sama dengan acit) untuk angah... dan memang memeranjatkan... cikgu tusyen pun tersangat gembira apabila dapat tahu angah dapat tempat pertama dan naik ke kelas utama...

tahniah angah... dan si angah ni imbuhan yang dinantikan ialah psp... (saya ingat murah... adus... makan maggie jawapnya... :-)

anyway, tahniah angah... abah memang tahu angah boleh punya...

satu soalan saya pada angah bila dia dapat keputusan peperiksaan beliau... amacam ada rasa puas tak... ada rasa best tak?....

dia cuma mengangguk dan tersenyum ..... ya lah abah... memang best rasanya..

so saya beritahu angah.. untuk berjaya sebenarnya tidak susah... yang susah ialah untuk mengekalkan kejayaan ... cuba kita lihat Lee Chong Wei dan Nicole David... mereka terus-terusan berlatih dan berlatih...

maka angah juga perlu terus-terusan buat exercise sehingglah semuanya jadi 'finger tip'... atau bahasa mudahnya, sampai kita jadi master of our subject...


ni pula hadiah bonus untuk semua...(kecuali bapanya yang akan drive kerana ada tugasan di kl)

perjalanan pergi balik ke kota baru sempena hari raya korban ini..(tapi dengan Air Asia yer..)

cerita nak flight ni pun cerita janji lama..

maka kebetulan pula isteri baru melahirkan anak ke lima kami... maka eloklah sekiranya baby itu tidak 'penat' dalam perjalanan pulang ke kota bharu...(kesian jugak jika balik ke sana naik kereta, tentu meragam....)

apapun, 'they all deserve them' sebab bapak dia orang ni selalu 'outstation' pergi mengajar...

sengaja ambik flight siang (pergi dan balik) agar anak-anak tu boleh lihat pemandangan dari udara betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ini...

saya harap mereka gembira...
kerana kegembiraan mereka adalah kegembiraan saya...
(perlahan-lahan saya usap rambut di kepala saya...mmmm.. belum botak lagi.. heehehe )

apapun...

syukur ke hadzrat Allah yang telah mengurniakan segala-galanya...taufiq, hidayah, rahmat dan rezki...kepada saya & seluruh hamba-hambaNya...

Ya Allah...

terlalu banyak yang Engkau anugerahkan kepada ku...
terlalu sikit yang aku balas...
ampunkanlah dosa-dosa ku...

Long Distant Energy Transfer utk Saudara Mubin Kamal

salam...

saya mengajak anda yang mengamalkan Reiki agar dapat menyalurkan Long Distant Energy untuk saudara Mubin Kamal yang kini berada di hospital Pantai, Bangsar.

Mubin seorang pemuda yang sihat.. beberapa minggu lepas beliau mengadu kepada saya tentang urin beliau yang mengandungi darah...

saya menyuruh beliau pergi melakukan 'check-up' untuk mendapatkan maklumat lebih..

keputusan check-up tersebut menunjukkan beliau mengalami bengkak pada buah pinggang sebelah kiri dan saluran tersumbat...

seminggu selepas itu beliau masuk ke hospital besar kuala lumpur dan di tahan di wad sana..
setelah seminggu beliau di sana, beliau dikejarkan ke hospital pantai setelah doktor di hkl gagal mengesam punca penyakit beliau...

dan dua hari lepas, sms beliau membuatkan saya sebak... "abang saya kanser..."

masya Allah... terkedu & termenung seketika saya... memori terus menyingkap helaian-helaian kisah-kisah beliau yang lalu bermain di kepala saya...

seorang pemuda yang baik, berhemah, sering membantu ramai orang.... itulah mubin...

apapun... tiada penyakit yang tiada ubatnya...
saya yakin mubin akan kembali pulih... tiada yang mustahil, insya Allah...

sama-samalah kita menadah tangan, mohon doa agar beliau sembuh...
sama-samalah kita menyalurkan energi berfrekuensi tinggi buat beliau, mudah-mudahan ikhtiar ini akan membantu beliau untuk menghadapi virus kanser tersebut...

mubin... bersabarlah..
mubin... yakinlah...
mubin... insya Allah...

wasalam

Thursday, November 20, 2008

Hitam Putih Kehidupan...



mmm.... hitam putih kehidupan dari Dato' Sheila Majid...

so...what's the color of our life? black white or full of colors?..

semoga terhibur...

Orang 'Siam' Yang Sentiasa Kreatif


salam semua...

semalam semasa saya menyusuri jalan kuching, saya terlihat sebuah kenderaan yang agak 'pelik'..
pelik kerana ianya ialah sebuah trak 'pick-up' yang telah diubah suai menjadi 'box van'...

melihat kepada plat kenderaan tersebut, saya jadi kurang pelik kerana ianya ialah kenderaan dari negara jiran, Thailand.

rakyat Thai memang sajak dari dulu lagi terkenal dengan 'innovasi' mereka, dari meniru barangan-barangan terkemuka sehinggalah menghasilkan barangan sendiri yang pelik-pelik...

saya berkesempatan ke Thailand beberapa kali (memandangkan keluarga sebelah ibu ada ramai di sana), saya juga pernah melawat 'disneyland thailand' sebuah taman tema yang meniru disneyland sebenar di Amerika.

apapun, ke'kretivitian' rakyat Thai ini patut dicontohi oleh rakyat negara kita... bukan mencontohi pick-up truck ini... tetapi mencontohi minda kreatif mereka yang sering terus-terusan melahirkan sesuatu yang baru dari masa ke semasa...

wasalam

Rais Yatim : Jgn Lukakan Hati Melayu....

salam semua....

bila Menteri Luar, Dato' Seri Dr. Rais Yatim kata;

"Laungan ketuanan Melayu seharusnya dilihat daripada sudut kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas serta tanggungjawab mahupun disiplin politik.

Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti terkandung dalam peruntukan 153 Perlembagaan atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi – ini semua belum menjamin kekuatan semula jadi, jauh sekali mendaftarkan kekuatan Melayu itu sendiri,’’

ikuti kisah dan kata-kata beliau seterusnya di sini...

saya rasa ramai orang-orang melayu akan terluka dengan nasihat dan kata-kata Pak Rais Yatim ni.. sebab ramai yang masih berpegang kepada konsep ketuanan melayu yang merujuk kepada definasi melayu adalah tuan di bumi tanah melayu yang telah ditukar nama ke malaysia ini.

orang melayu memang tuan di tanah melayu..
orang melayu juga sangat hebat bersaing untuk mendapatkan kecapaian pegangan ekuiti 30% yang masih belum-belum dapat setelah memegang tampuk pemerintahan selama lebih 50 tahun..

apa strategi pemimpin melayu untuk melihat orang melayu mencapai 30% itu?
kita lihat banyak agensi-agensi yang ditubuhkan untuk menjaga serta mengembeling semua resources untuk memcapai target 30% tersebut, namun hasilnya masih diperkatakan sekitar 16 - 20% sahaja...
yang kita boleh nampak ialah segelintir orang-orang kaya melayu yang berbanglow besar, yang berjalar kereta masing-masing, yang menghantar anak-anak ke sekolah international dsbnya...

orang melayu lain, duduklah kat kampung jaga ayam itik....

apapun... Pak Rais Yatim bukanlah setahun dua menjadi pemimpin orang melayu.. beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting negeri & negara...

jadi apa yang keluar dari mulut beliau adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau dalam sepak terajang politik tanahair...

tepuk dada tanya kemana kita lepas ini?

wasalam

Politik Melayu; Politik Wang?

salam semua...

melayari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir...nyata sekali kekecewaan beliau terhadap rasuah, suapan untuk jawatan dan berbagai-bagai lagi yang wujud dalam partai melayu bergelar UMNO...

saya yakin beliau amat arif tentang selok belok perjalanan partai bekas pimpinan beliau itu..
apatahlagi beliau kini bukan lagi menjadi ahli UMNO setelah keluar dari partai tersebut kerana kecewa dengan cucu ulamak, Perdana Menteri sekarang, Pak Lah.

boleh kita baca keluhan dan isi minda beliau yang telah diterjemahkan di dalam satu artikel di dalam blog beliau di sini

saya malas nak beri komen tentang apa yang berlaku sekarang kerana kita semua telah arif tentang fanomena politik tanahair..

membaca akhbar sinar semalam, ada keluhan dari seorang doktor... beliau kata, beliau dah letih dengan perjalanan politik partai UMNO kerana senarai yang akan bertanding akan sudah tentu menjadi pemimpin-pemimpin utama negara...mana mungkin kita mampu bersaing di peringkat global sekiranya senarai tersebut melibatkan calon-calon yang terlibat dengan politik wang atau rasuah atau sogokan?

ikuti sedutan tulisan Tun di hujung artikelnya dan kita sama-sama menghayati apa maksud tersirat dan tersurat yang ada...

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.


sebagai seorang rakyat malaysia yang mendukung perlembagaan negara yang berdaulat dan mahukan negara yang mantap serta hebat bersaing di pentas dunia sudah tentu saya akan terus memerhati, mengamati dan cuba memahami perjalanan setiap sektor atau elemen atau komponen yang melibatkan pembentukan sebuah negara yang kita impikan....

dan saya percaya setiap bangsa yang hebat itu ada tunjangnya...

tunjangnya ialah keyakinan diri, kewarasan mental, kestabilan emosi, kekuatan semangat dan bersih fizikalnya luar dan dalam...

untuk mendapat kekuatan tersebut... kita perlu kembali kepada hakikat kejadian sebagai hamba Tuhan...

apa tugas kita di dunia ini...
dan kemana kita akan kembali dengan berbekalkan segala maklumat atas tingkahlaku serta perbuatan malah percakapan nanti... untuk disoal jawab dan dipertanggungjawabkan...

setiap orang dari kita adalah pemimpin @ khalifah...
adakah kita telah melunaskan tanggungjawab kita yang sebenarnya?
sebagai hamba Tuhan?
sebagai ayah ibu?
sebagai ketua di pejabat?
sebagai pemimpin masyarakat?
sebagai pemimpin negara?

akan sampai masanya nanti..insya Allah..
tetapi masa yang sampai itu tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan barang satu saat...
dan ketika itu, mulut kita terkunci rapat kerana dengan mulutlah badan kita binasa...

wasalam

Wednesday, November 19, 2008

Pure Heart vs Pecah Amanah

salam semua...

suka saya berkongsi dengan semua akan sebuah 'peringatan' untuk semua kakitangan di firma saya.

peringatan ini 'keluar' setelah salah seorang dari kakitangan telah 'berhenti' dengan kerelaan sendiri setelah mengaku terlibat dalam kes pecah amanah..

moga semua mendapat secebis iktibar dari peringatan ini...




Salam to all,

As everybody had known, our friend had left the company.
He had tender his resignation yesterday, and yesterday was his last day with us.

He is a classic case of a highly ambitious personel but had fallen apart due to 'self miss-management'.

We sometime think that we can manage & lead an excellent life all the way; yes indeed we can but we always forgot that 'money' is not everything.
We teach people about siddiq, amanah, tobligh & fatonah, but we fail to understand, comprehend, embrace & adapt the attitudes to ourself.

Our friend fall apart and miss-manage his precious life due to money & woman.
We also believe that our friend is a good slave to God (as he always perform his prayer) and he is a trainer.
We always think that why he cannot handle himself and let his nafs take control his innerself.

This is about sincerity.

First & foremost, we must sincere to our Almighty God.
Then we must sincere to ourself.
Later we must sincere to our family & others.

If we say that we are sincere to God but in actual fact, we have this doctrine; without money or woman we cannot live…. Then we are the great-great liars.
And we might have fall into the 'syirik khafi' trap.

If we say that we are sincere to ourself but in actual fact, we do not perform our ibadah (works etc) accordingly but claims that we had perform tremendously…then we are a stupid liars.

If we say that we sincere to others but in actual fact, we has no balls to lead them, guide them to straight path (instead we follow their crocked path)…then we are the worst than animals.

So, everything is about sincerity…. It's about pure heart…

And SCA is not the place for people that got no Pure Heart…
Because, without pure heart, you definitely won't survive here…
Sooner or later, you yourself will vaporize in the thin air…

We pray our friend will find his pure heart out there…insya Allah.

We are not any God to put any sentences to anybody… but that 'anybody' who's the one who put sentences to themselves.

Regards & wasalam

Tuesday, November 18, 2008

TNA @ Training Needs Analysis

salam semua...

lama jugak tak berkesempatan mencoret buah minda kat sini..
maaflah ya...
bukan apa, saya dalam proses menyiapkan kertas-kertas serta soalan-soalan yang berkenaan dengan TNA untuk sebuah syarikat.

TNA ni antaranya ialah merupakan satu proses untuk mengenalpasti jurang atau gap di antara expectation dan current performance.

TNA ini juga akan mengenalpasti program-program latihan yang bersesuaian dengan kakitangan satu-satu organisasi tersebut...

proses TNA melibatkan soal selidik, analisis serta cadangan untuk jangkamasa satu tahun kehadapan yang mana ianya perlulah sejajar dengan visi, misi, perancangan jangkamasa pendek atau panjang sesebuah organisasi tersebut..

tugasan akan berlansung selama 3 minggu tanpa henti bermula minggu hadapan dan target TNA report itu siap pada minggu ke tiga disember nanti..

insya Allah saya akan menulis sekiranya ada waktu terluang...

apapun, salam hormat buat anda & tersayang...

Sekolah Agama Teknik & Vokasional

salam...

melayari malaysiakini, saya terbaca berita tentang cadangan kerajaan negeri selangor yang mahu mewujudkan sekolah agama teknik & vokasional.

sangat baik cadangan tersebut dan apatahlagi saya setuju kerana ianya membabitkan usaha kearah meningkatkan lagi ilmu pengetahuan anak-anak kita... dan moga-moga ianya mendapat kemudahan sejajar dengan konsep 'berjaya di dunia & akhirat'...

ikuti seterusnya di sini

Monday, November 17, 2008

Analisis UPSR oleh Dato' Kadir Jasin

salam semua....

saya tertarik dengan analsis Dato' Kadir Jasin tentang prestasi peperiksaan terutamanya sekolah kebangsaan...

SEPERTI biasa, media massa hilang akal (went crazy) menguar-uarkan kecemerlangan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Yang mendapat lima A itulah yang diuar-uarkan.Begitu jugalah dengan keputusan peperiksaan-peperiksaan yang lain. Pelajar yang berjaya dan cemerlang itulah yang diuar-uarkan, diceritakan kisahnya dan dihebahkan nasihatnya.

Tidak salah mengiktiraf kejayaan. Lagi banyak diuar-uarkan, lagi baik untuk menaikkan semangat dan menjana motivasi.

Tetapi kita juga wajib mengiktiraf bahawa yang menjadi masalah bukan murid atau pelajar yang cemerlang. Yang menjadi masalah adalah mereka yang gagal atau rendah prestasinya.

Beberapa tahun lalu, saya membuat analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan membandingkan tiga buah sekolah di Lembah Klang. Semuanya sekolah biasa atau sekolah harian.

Sebuah di kawasan kelas menengah dan profesional pelbagai kaum di mana komposisi muridnya mencerminkan kepelbagaian kaum dan dua buah sekolah lagi di kawasan majoriti Melayu yang bertaraf ekonomi sederhana dan rendah.

Dalam semua aspek dan mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, Inggeris serta Agama Islam, sekolah campuran pelbagai kaum memperoleh pencapaian yang lebih tinggi.Hatta pencapaian bahasa Melayu dan Agama Islam pun hambar di sekolah majoriti Melayu – sebuah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Petaling Jaya.Majoriti murid sekolah pelbagai kaum itu pergi ke sekolah dengan bas, dihantar oleh ibu bapa dan berjalan kaki.

Kebanyakan murid dua sekolah majoriti Melayu itu pula ke sekolah berjalan kaki, menunggang motosikal atau naik bas sekolah. Kurang sekali yang dihantar oleh ibu bapa.

Berbalik kepada keputusan UPSR tahun ini, mendapat lima atau enam A bagi sekolah campuran di Bukit Damansara, Taman Desa, Bukit Bandaraya dan Petaling Jaya adalah perkara biasa.

Mendapat dua atau tiga A di sekolah sekitar Taman Datuk Harun, Kampung Medan, Ampang dan Gombak adalah satu kejayaan.

Apatah lagi di sekolah-sekolah kampung dan pedalaman.Kalau selepas 51 tahun merdeka, para pendukung pendidikan kita masih gagal menyeragamkan pencapaian pendidikan di bandar, bagaimanakah mereka mampu membawa kecemerlangan ke kawasan luar bandar dan pedalaman?

Kini bukan zaman dulu kala lagi.

Kalau zaman saya mula bersekolah pada tahun 1954, kita bolehlah memberi alasan bahawa sistem pendidikan masih kuno kerana kita belum merdeka.

Memang sistem pendidikan kita waktu itu kuno. Di tempat saya di Kedah, lebih banyak sekolah pondok (atau madrasah) daripada sekolah biasa.Di sebelah rumah saya ada dua pondok – Pondok Haji Abdul Rahman yang pro Umno dan Pondok Haji Abdullah yang pro Pas.

Selepas 51 tahun merdeka dan semua Perdana Menteri adalah bekas Menteri Pelajaran (kecuali Tunku Abdul Rahman Putera), kita tidak boleh lagi menerima alasan dan keadaan di mana sekolah luar bandar lebih rendah tarafnya daripada sekolah di bandar.

Begitu pun apa halnya dengan sekolah bandar yang kaum terbesar muridnya adalah Melayu, tetapi masih hambar pencapaiannya?

Kalau keadaan ini kita terima sebagai kebetulan, maka janganlah kita mengeluh kalau ramai murid yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal itu akhirnya menjadi mat dan minah rempit.

Ingatlah, bukan murid dan pelajar cemerlang yang menjadi masalah. Masalahnya adalah murid dan pelajar yang buruk pencapaiannya.

Hal ini yang perlu kita atasi segera. Pihak sekolah juga janganlah memberi tumpuan kepada murid yang cerdik sahaja dan mengabaikan yang lemah.

Pengasingan kelas antara murid pintar dan lemah memang elok, tetapi jangan sampai mengabaikan kelas yang paling mundur hanya semata-mata kerana mengetahui murid di kelas itu lemah dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

untuk tulisan sepenuhnya di
sini

saya malas nak komen lelebih sebab dah tulis bahagian saya di bawah.
yang ada kuasa & diberi mandat oleh bangsa samada secara sukarela atau paksa rela atau ugutan kenalah mainkan peranan.
jangan asyik pikir periuk nasi sendiri sahaja...

wasalam

Friday, November 14, 2008

UPSR 2008; Tahniah & Syabas

salam semua...

tahniah & syabas buat semua pelajar-pelajar Tahun Enam yang baru menerima keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lepas...

tidak kira apa juga keputusan yang anak perolehi, syabas dari saya kerana anak telah berjaya melepasi satu ujian tahap pertama dari segi perjalanan akademik anak...

janganlah risau jika yang dapat 5A tetapi tidak dapat ke asrama...
janganlah risau jika 'trial' dapat 5A tetapi peperiksaan yang sebenar tidak dapat...

tidak mengapa... kerana perjalanan anak-anak masih jauh...

jika dulu semua berebut-rebut mahu masuk asrama... tapi kini, jika kita amati prestasi sekolah-sekolah berasrama (penuh, separuh penuh dsbnya), kita dapati peratusan pencapaian mereka telah dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah harian biasa...

saya sendiri 'produk' sekolah berasrama penuh dan saya sendiri berpengalaman melihat rakan-rakan yang 'gagal' dalam mengadaptasi perjalanan sistem sekolah berasrama lalu kecundang.. mereka kecundang samada dari segi merosotnya prestasi dalam pelajaran dan ada juga yang kecundang dari segi keruntuhan akhlak...

apapun, ibubapa perlulah menerima hakikat tentang betapa anak-anak perlu bimbingan sepenuhnya (dari segi memantau prestasi anak-anak di waktu usia peringkat awalan ini)...

saya juga 'bertemu' dengan beberapa pelajar yang memang 'terdedah & didedahkan' dengan soalan-soalan 'spot' (kununnya spot tetapi istilah sebenar ialah soalan bocor) dan mereka berjaya ke asrama namun prestasi mereka merosot lalu dibuang dari asrama...

saya juga bertemu dengan ibubapa yang 'memburu' soalan-soalan bocor yang selalunya mereka perolehi dari pusat-pusat tusyen yang mahu menjaga imej pusat tusyen (lalu menggunakan segala 'avenue' untuk memperolehi soalan-soalan spot ini...

untuk anak-anak yang tak dapat soalan spot... biarlah ya...
rakan-rakan awak yang dapat soalan spot lalu dapat 5A itu akan 'suffer' kerana kejayaan mereka bukanlah kejayaan 'real'... dan sudah pasti mereka akan menghadapi kesukaran nanti..

apa yang perlu di buat sekarang ialah... belajar bersungguh-sungguh dan tetapkan matlamat untuk menebus kembali 'ke'terer' an anak-anak di sekolah menengah nanti...

so cuti ni... main tetap main... tapi jangan main berlebih-lebihan... ingat tahun depan anak akan memulakan dunia baru di peringkat menengah..

selamat berjaya bagi yang berjaya betul-betul...
selamat berjaga-jaga bagi yang berjaya dengan bantuan soalan spot...

tidak dapat dinafikan, negara kita kini sedang mengalami keadaan di mana berlaku ketidak seimbangan dalam melahirkan tunas-tunas harapan bangsa...
ketidak seimbangan berlaku apabila elemen spiritual dan emotional diketepikan dalam sistem pendidikan anak-anak...

sebab ceritanya.... anak kau dapat berapa A? anak kau masuk sekolah asrama mana? anak kau tak dapat soalan bocor ker? anak kau dapat masuk u mana? dsbnya...

dan anak-anak yang pandai itu perlu diterap elemen spiritual dan emosional dengan baik agar;

- tiada yang 'bersekedudukan' dengan bebas bila besar nanti,
- agar tiada yang minum arak macam minum jus oren,
- agar tiada yang menengking ibubapa bila bercakap,
- agar tiada yang tidak tahu solat subuh berapa rakaat,
- agar tiada yang berjalan dapan orang tua tanpa menundukkan sedikit kepala dengan meminta izin,
- agar tiada yang kenyang dengan rasuah yang tidak digelar rasuah tetapi hadiah

perhati-hatikan sekeliling...
tepuk dada tanya diri... kemana penghujung hidup ini...

wasalam

Thursday, November 13, 2008

3 Hari 2 Malam di Al-Islam Medical Centre, Kampung Baru, KL

salam semua...

alhamdulillah, semua urusan menyambut kehadiran zuriat @ amanah Allah ke lima saya & isteri selamat & dipermudahkan...

ya selama 3 hari 2 malam, saya berkampung di Al-Islam Medical Centre (dulu dikenali sebagai Kampung Baru Medical Centre @KBMC)...

wad 103 menjadi lokasi saya & isteri serta baby berkampung...

hanya ada satu jendela yang mengadap bahagian tepi hospital dan menyajikan panorama rumah-rumah lama kampung baru berlatar belakangkan bangunan ke empat tertinggi di dunia dan menara berkembar tertinggi di dunia KLCC...

kelihatan juga Menara Kuala Lumpur....

burung yang menemani kami setiap hari... bersiul dan menyampaikan berita gembira akan rahmat Allah buat hamba-hambaNya yang terus redho dalam kehidupan...

bangunan tambahan yang akan menempatkan klinik-klinik kesihatan Al-Islam Medical Centre sedang dalam pembinaan... asyik juga saya memerhatikan pekerja-pekerja indonesia menyiapkan rangka bumbung sehinggalah mereka menutupnya dengan aliminium 'foil'? sebelum memasang genting...
ya, mereka bekerja tanpa sebarang alat-alat keselamatan... mmm.. demi mencari sesuap nasi di bumi malaysia yang bertuah ini...
insya Allah saya akan 'kembali' aktif setelah menyelesaikan beberapa lagi urusan program latihan yang telah tersusun sejak selepas hari raya lagi...
apapun, di mana sahaja anda berada... salam sejahtera buat anda semua..
moga terus memperoleh rahmat serta kasih sayang Ilahi... insya Allah..

Tuesday, November 11, 2008

Amirul Azeez

salam buat semua dari Amirul Azeez....

maaf kerana 'hilang' untuk beberapa ketika...
sebenarnya saya menemani isteri di saat-saat kelahiran Amirul Azeez...

Alhamdulillah, Amirul Azeez selamat 'muncul' di dunia ini pada hari Isnin 10 November 2008 yang lepas selepas waktu Zuhur....

Amirul Azeez adalah zuriat ke lima kami dan 'Amirul' yang ke empat... maka tercapai hasrat kakak beliau (Aliah) untuk jadi 'kakak'...

Syukran Jazilan atas doa kalian semua...
Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Insya Allah kami (saya, isteri & baby) akan pulang ke rumah esok (rabu) setelah urusan berkhatan selesai tengahari tadi dan sengaja mahukan baby 'rehat' sehari lagi di hospital...

Wasalam

Friday, November 07, 2008

Wednesday, November 05, 2008

Presiden Barrack Obama...

salam semua...

akhirnya penantian berpuluh-puluh tahun rakyat berkulit hitam amerika syarikat untuk melihat presiden negara mereka 'sekulit' dengan mereka membuahkan hasil.

Barrack Obama menewaskan John McCain dalam pilihanraya presiden amerika syarikat malam tadi (waktu malaysia).

Barrack Obama adalah berdarah campuran, bapa dari kenya dan ibu dari kansas, amerika.

sebenarnya bagi saya kemunculan seorang 'color' dari kalangan masyarakat amerika menjadi presiden dan bukannya 'white' telah lama kita tontonkan melalui siri televisyen seperti 24 dan beberapa filem lagi.

soal utamanya adakah amerika akan berubah? berubah dari prinsip asas mereka sebagai 'polis dunia'?
adakah amerika akan mengubah dasar luar negaranya? terutama campurtangan di negara-negara seperti afganistan, iraq, iran, korea utara dan lain-lain?

dan paling mencabar, adakah amerika akan pulih dari krisis kewangan paling dahsyat yang sedang mereka alami lalu mengakibatkan ekonomi dunia terjejas?

kita juga dengar tentang 'militan-militan' kulit putih yang ditangkap beberapa minggu yang lepas di amerika apabila mereka mahu melancarkan siri pembunuhan ke atas Obama.. militan yang mengelar diri mereka 'the white militan' ditangkap bersama senjata-senjata sofistikated ketika berada diperingkat akhir operasi mereka...

apapun 'wave' atau gelombang perubahan kini melanda dunia...
tekanan yang diberikan oleh golongan marhain yang telah lama tertindas oleh golongan kapitalis nampaknya tidak boleh dibendung lagi oleh mana-mana kerajaan..

apabila ramai telah pandai menggunakan otak... otak yang dah lama berkarat dengan menerima segala sogokan golongan kapitalis untuk terus berkuasa, kini telah pandai membuat pilihan dan tahu merangka masa depan...

kini rakyat amerika mahukan sinar baru... rakyat amerika mahukan kerajaan yang lebih prihatin dan lebih menitik beratkan soal dalam negara dan bukannya sibuk dengan aktivit kepolisian dunia yang mereka cipta..

ada yang optimis amerika akan melalui satu zaman perubahan melalui pimpinan baru ini.. dan ramai juga yang yakin amerika akan terus mengekalkan dasar-dasar luar negara mereka demi membendung kemaraan kuasa-kuasa dunia yang lain seperti china, india dan iran..

masa terus berlalu... usia terus lanjut...
cerita-cerita idealistik terus didendangkan menjadi halwa telinga setiap hari...

kita di sini... sedikit sebanyak akan menerima tempias akan perubahan dasar amerika yang akan mungkin berlaku...

apapun, pilihan rakyat amerika adalah muktamad.. mereka mahukan pembaharuan.. dan pembaharuan yang mereka sudah lakukan ini menunjukkan satu perubahan yang amat ketara sekali...

ketara?...

ya.. sebuah negara yang didominasi oleh kulit putih kini diperintah oleh seorang kulit hitam...
satu soalan yang tidak boleh diketepikan oleh kita... bolehkah golongan yahudi menerima kulit hitam sebagai rakan selimut mereka?

tahniah Barrack...dan jangan lupa..susur galur anda adalah islam...

wasalam

Friday, October 31, 2008

Tentang Pembunuhan & Kehakiman...

salam...

sekadar peringatan sesama kita....

tentang bunuh membunuh....


Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 29
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.


Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 30
Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api Neraka dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).


tentang penghakiman...

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 58
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 135
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


kecelaruan akan bertambah-tambah apabila kita terus-terusan tidak mahu atau menolak atau terus mencari alasan untuk tidak mahu kembali kepada Al-Quran & Hadis sebagai pedoman dan sumber kehakiman dalam kehidupan...

dan sebagai seorang yang beriman, mengambil Al-Quran & Hadis adalah secara 'total' dan bukannya separuh-separuh...

mudah-mudahan mendapat hidayah..

Kes Altantuya : Razak Baginda kini bebas...


salam..
setelah hampir dua tahun keluar masuk mahkamah & penjara kerana menghadapi perbicaraan kes pembunuhan model mongolia, Altantuya Sharibu..
hari ini Razak Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam..
cerita selanjutnya ....sini
razak tersenyum gembira dalam pada ramai yang menangis penuh makna...

Thursday, October 30, 2008

Satu Saat Yang Paling Berharga Di sisi Allah...


Al-Fatehah untuk adik Mustakim Minsawi.....
Beliau telah terkorban semasa mengejar peragut..
Moga Allah Mencucuri Rahmat ke atas beliau...

ya... adik mustakim telah berpeluang melunaskan 'one second' atau satu saat dalam kehidupan beliau dengan melakukan ibadah yang terpuji di sisi Allah...

berita ihsan dari the star...




Snatch thieves kill brave teen
By STEVEN DANIEL

KUALA LUMPUR: A brave teenager who went to the aid of a snatch theft victim ended up dead after falling from his motorcycle when it was kicked by one of the suspects.

Mustakim Minsawi (pic), 17, a Form Five student, had just finished his part-time job at a fastfood restaurant in Bangsar at 5am when he and colleague Mohd Ridzuam Mohd Hussain witnessed the crime.

“After our breakfast at a shop in Dataran Merdeka at around 5.45am, we were about to leave when we saw two people on a motorcycle dressed as policemen approaching a couple by the sidewalk and demanded to check the woman’s IC,” Mohd Ridzuam said when met at the Kuala Lumpur Hospital morgue yesterday.

He said when the woman was looking in her purse, one of the men snatched it. They then sped off.

Mustakim and Mohd Ridzuam each jumped on their motorcycles and gave chase for about 2km.
“We didn’t wear our helmets because we were planning to use it to throw it at the thieves when we got close,” he recalled.

Mohd Ridzuam said suddenly, two men on another motorcycle came out of nowhere near the Dayabumi building and one of them kicked Mustakim, causing him to fall.
Mustakim’s head was bleeding profusely and he was rushed to Kuala Lumpur Hospital but succumbed to his injuries at about 6.10am.

Mustakim’s parents and four other siblings were too distraught to talk to reporters at the hospital.

TAKVA @ Taqwa @ Taat (Kepada Allah)

salam semua...

saya sempat menonton satu filem turki yang bertajuk 'TAKVA' atau 'Taqwa'...
alhamdulillah ada 'subtitle'.. kalau tak pening ke sudah nak memahamkan..

dvd takva ni saya beli bulan lepas.. dan baru sempat menontonnya beberapa hari yang lepas..

kisahnya berkisar kepada seorang yang senantiasa menjaga ibadahnya dan sangat taat @ bertaqwa kepada Allah..

kemuncak kepada kisah Takva ini ialah apabila beliau (pelakon utama) diuji dengan berbagai-bagai ujian dalam kehidupannya...

antara ujian yang dihadapinya ialah kesenangan hidup, bertemu dengan khalayak yang lebih mencabar, wanita cantik, pertimbangan antara dosa & pahala dll..

saya 'tampal' trailer cerita tersebut utk semua...

sangat baik ditonton oleh mereka-mereka yang ingin menjadi 'extra ordinary' sebagai hamba Allah...

teringat saya kepada nasihat @ pesanan 'guru' kepada watak utama ini...

nasihatnya ialah 'untuk jadi seorang yang luarbiasa...kita kenalah jadi manusia yang biasa' atau dalam bahasa inggerisnya "to become extra ordinary person, you be an ordinary person"

hikmahnya... tak perlulah kita nak berlakun dalam menjalani ibadah kehidupan ini.. apa yang perlu kita buat ialah, lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan sepenuh penyerahan ke hazrat Allah...

kerana 'lakunan' hanya bercorak sementara dan akan memakan diri sendiri...

selamat menonton...

Wednesday, October 29, 2008

Cili Padi Akar : Harga Minyak & Indeks Komposit

salam...

saya sesekali mengikuti dengan dekat tentang keadaan ekonomi dunia & negara kita...

semua maklum bahawa dunia sekarang sedang mengalami kemelesetan ekonomi.. dan pakar-pakar ekonomi dunia membuat rumusan tentang apa yang belaku sekarang sebagai 'lebih teruk' dari the 'Great Depresion' yang berlaku pada tahun 1930.

pada tahun tersebut ekonomi dunia hampir tidak bergerak dan ramai yang jatug bangkrap.

negara kita tidak terkecuali dari apa yang berlaku hari ini..

jika kita mengikuti indeks pasaran saham (saya selalu menjengok indeks tersebut sebagai salah satu indikasi tentang keadaan ekonomi semasa), hari ini indeks komposit kuala lumpur berada pada tahap 860 mata... jatuh banyak berbanding keadaan yang ok (iaitu sekitar 1200 mata)..

harga minyak dunia juga telah jatuh dengan teruk sekali (kini berada pada tahap 65 dollar amerika se tong)...

pengusaha-pengusaha stesen minyak banyak mengeluh kerana penurunan harga minyak dilakukan secara mendadak tanpa sebarang notis awal (mereka meminta notis sekurang-kurangnya 3 hari) dari kerajaan... saya simpati dengan mereka kerana sewaktu saya menjaga rangkaian retail dahulu, sebarang penurunan harga yang mendadak akan mengakibatkan 'wakil penjual' atau dealer menanggung kerugian...

anyway... dalam keadaan yang tidak menentu sekarang (ekonomi).. dengan keadaan harga barang pengguna yang masih pada tahap 'degil' (tak mahu turun-turun).. semua rakyat amnya memang menantikan penurunan harga minyak...

kalau ikut sifir mudah.. harga minyak sepatutnya turun lebih banyak lagi..malah sepatutnya turun ke paras RM1.50 seliter..

kalau langkah penurunan ini dilakukan dengan 'lambat'.. maka kesan-kesan penurunan harga tidak akan dirasai.. dan sudah tentu harga barangan juga tetap kekal pada tahap tinggi sama seperti harga minyak di paras RM2.80 dulu...

langkah-langkah penampanan ekonomi masih tidak didengari.. ada ataupun takda...
pembatalan pembelian helikopter yang bernilai berbilion ringgit dengar khabar dah di'cancel'... eloklah... tapi itu cerita atau perancangan yang belum melibatkan wang lagi...

bagaimana pula dengan perbelanjaan yang 'real', yang kita hadapai setiap hari?... sudah tentu seperti yang saya katakan sebelum ini... minyak... dengan harga minyak yang rendah..kita secara lansung boleh bernafas dan terus berbelanja (dengan berhemat...) jika tidak..ekonomi rumahtangga kita akan 'jem'...

bila ekonomi rumahtangga jadi 'jem'.... perlahan-lahan, ekonomi negara juga akan 'jem'...

timbang-timbang dan pikirkan... jgn asyik nak melayan sapa jadi calon, berapa ribu masyuk dsbnya...

wasalam

Tuesday, October 28, 2008

Heppi Deepavali..


buat semua kaum India saya ingin mengucapkan 'Heppi Deepavali' buat anda & keluarga..
maaf kerana kelewatan (saya berada di luar kawasan sepanjang hujung minggu)...
apapun, semoga anda gembira di samping yang tersayang...

Friday, October 24, 2008

Musim Hujan : Berhati-hatilah...

salam jumaat yang berbahagia buat semua...
pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat...
sedang asyik menikmati pemandangan kehijauan serta kabus-kabus di kiri kanan jalan ulu yam - selayang/sungai tua, banyak kereta yang berselisih 'mengangkat lampu tinggi @ beaming'...
biasalah tu..kalau dapat isyarat sebegitu, pasti ada kemalangan di hadapan...
soalnya, teruk atau tidak kemalangan yang berlaku hanya akan diketahui apabila saya melalui kawasan kejadian nanti...
nah... bila lalu ajer kat situ... kelihatan 2 buah kenderaan, satu terbalik di tengah-tengah dan satu lagi dah tersandar kat tebing bukit...
dan lokasinya, 'selekoh S' berhampiran kawasan tadahan mata air di puncak bukit sempadan mps dan mdhs...
selekoh itu memang selalu berlakuk kemalangan.. dan berdasarkan pengalaman selama 7 tahun lebih berulang alik dari ulu yam ke pejabat... selekoh itu memang akan mengundang kemalangan apabila hujan lebat...
dan dari pengalaman saya.. pemandu yang terlibat itu sudah pasti terdiri dari kelompok yang 'baru berpindah' ke ulu yam atau batang kali kerana masih belum mahir lagi tentang selekoh-selekoh 'maut' di sepanjang perjalanan 25 kilometer tersebut (ulu yam - sungai tua/selayang)...
apapun.. tidak kira di mana sahaja anda berada... berhati-hatilah... samada anda memandu kereta, lori, menunggang motosikal atau berbasikal atau jalankaki di musim tengkujuh ini...
apa sahaja boleh berlaku... dan paling penting... tataplah wajah kesayangan dengan penuh kasih sayang setiap kali mahu melangkah keluar mencari rezeki... kerana... mungkin itulah kali terakhir kita menatap wajah mereka...
lenyapkan segala kemarahan, dendam, kebencian...
isilah dada dengan penuh rasa kasih sayang... kerana kita tidak pasti, adakah kita akan hidup atau bernyawa lagi di saat selepas ini...
wasalam




Wednesday, October 22, 2008

Sabar & Ikhlas dalam Perjalanan Hidup

salam...

dalam meniti perjalanan kehidupan ini, kita seringkali bertemu dengan banyak rintangan-rintangan yang perlu kita hadapi...

ada rintangan yang begitu mudah untuk kita lepasi...
ada rintangan yang begitu payah untuk kita lepasi...

namun atas rahmat Tuhan Robbil Alamin, kita akhirnya berjaya melepasi setiap rintangan-rintangan itu dengan jayanya...
yang menjadi saksi ke atas kejayaan kita mengharungi rintangan-rintangan tersebut ialah diri kita sendiri selain saksi utama yakni Allah s.w.t...

caramana kita melepasi rintangan-rintangan tersebut, terpulanglah kepada masing-masing...
ada yang berupaya melepasi setiap rintangan dengan kemudahan...
ada yang berupaya melepasi setiap rintanagn dengan penuh kepayahan...

apa yang pasti, parut calar serta luka akibat dari susahpayah menghadapi rintangan tersebut menjadi 'tanda' dan bukti buat kita...

namun yang paling penting ialah ilmu yang kita perolehi dari setiap rintangan yang kita hadapi dan ilmu yang kita amalkan atau gunakan dalam menghadapinya...

perjalanan hidup ini ialah satu perjalanan yang memungkinkan kita asyik serta lupa asal usul kejadian kita...
perjalanan hidup ini juga ialah satu perjalanan yang memungkinkan kita menjadi seorang insan yang terpuji...

caramana kita mengurus diri dalam perjalanan ini merupakan satu kepentingan yang paling utama kerana ianya menjadi alasan atas kejayaan kita mengharungi setiap rintangan yang ada...

kita pernah dengar tentang perkara 'sabar'...
kita pernah dengar tentang perkara 'ikhlas'...

sabar & ikhlas adalah merupakan 2 perkara yang berbeza...
sabar berada pada tahap emosi diri, manakala ikhlas berada pada tahap spiritual diri...

ingat tentang 4 elemen diri? mental, emosional, spiritual dan fizikal?
ya... sabar & ikhlas berada pada tahap yang 'invisible'... tak nampak namun sesekali ianya terzahir melalui tindak-tanduk fizikal atau perlakuan kita...

tidak ramai di antara kita yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi... dan tahap kesabaran yang tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh seseorang yang benar-benar ikhlas...

sijil, diploma, ijazah, master serta phd tidak memungkinkan diri kita mempunyai sifat sabar... kerana sabar ialah hasil dari 'kuliah rohani'...

ramai di antara kita yang solat 'patuk ayam'... hanya sekadar bersolat dan tidak mengerti maksud solat malah tidak memahami erti sebenar solat...

tahapan pertama kita bersolat ialah; solat merupakan satu perkara wajib dan mesti dilakukan oleh setiap orang islam kerana ianya adalah rukun agama apatahlagi ianya terletak ditangga kedua penting dari lima perkara yang kita ketahui...

tahapan kedua kita bersolat ialah; melakukan solat dengan penuh ikhlas dan disertai dengan sifat 'ihsan' iaitu 'perfection' atau excellence atau melakukan 'dengan terbaik'... bukan melakukan sebagai syarat solat sahaja...

tahapan kedua ini ialah hakikat penyembahan... kita sebagai hamba dan Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta setiap makhluk dan tidak Allah jadikan kita semua melainkan untuk beribadah kepadaNya...

tahapan ketiga kita bersolat ialah; hilang di dalam kenikmatanNya... inilah yang dikatakan khusyuk di dalam solat... kenikmatan yang disertai dengan perasaan kecil, perasaan hamba, perasaan kekasih, perasaan pengdambaan hanya kepada yang Satu, perasaan pengharapan kepada yang menciptakan...

begitulah sebahagian dari kisah atau episod dalam perjalana hidup...

tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini tanpa mendapat sebarang ilmu untuk kita amalkan...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini tanpa mendapat kefahaman tentang diri dan pencipta...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini dengan hanya sekadar berlakun sahaja...
tiada gunanya kita meniti perjalanan hidup ini dengan hanya sekadar berkulit tanpa berisi... cantik diluar namun buruk dan hanyir di dalam...

kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita adalah hamba-hamba yang diciptakan oleh Allah untuk beribadah...
perjalanan hidup ini adalah ibadah...

dan dalam ibadah perlulah ada sabar & ikhlas...

moga mendapat kefahaman...

wasalam

Friday, October 17, 2008

Bertasbih & Berselawat 1000x

salam...

suka saya berkongsi satu kisah tentang Nabi Daud a.s....

pada satu ketika sedang Nabi Daud duduk seorang diri, beliau terlihat seekor ulat yang lalu berhampiran baginda...

lalu terlintas di hati Baginda tentang persoalan kehidupan...
persoalan tersebut dilontarkan kepada ulat tersebut...
Baginda lalu bertanya kepada ulat tersebut seolah-olah ulat itu mampu mendengar soalan Baginda...
"Agaknya apakah yang kamu kerjakan sebagai ulat ya?" soal Baginda...

masya Allah... dengan izin Allah, ulat tersebut mampu berkata-kata...

"Tugas aku di waktu siang hari ialah melafazkan tasbih ke hazrat Allah sebanyak 1000x manakala berselawat ke atas Muhammad Rasulullah sebanyak 1000x"...

Nabi Daud terus terkejut dan amat menginsafi diri Baginda lalu bertaubat...

begitulah antara kisah yang suka saya kongsi untuk memajukan diri kita semua...
kita semua amat arif tentang kehidupan di dunia ini... kita belajar setinggi yang kita mampu.. namun di selitan kehidupan kita... kita lupa tentang 'hakikat pengabdian' dan tujuan kita hidup di dunia ini...

cuba kita lihat di sekeliling kita... saksikan semua kejadian Tuhan kecuali manusia...
mereka semua mempunyai tugasan masing-masing dan mereka tetap (istiqomah) dengan tugasan tersebut...

apatah lagi kita tahu.. mereka tidak berupaya seperti hebatnya manusia... kejadian lain semuanya tidak dilengkapi dengan akal serta nafsu...

akal menjadikan manusia itu hebat... hebat sebagai insan atau hebat sebagai makhluk perosak..
akal kurniaan Allah adalah salah satu senjata untuk melawan hawa nafsu...
dan pertimbangan akal inilah yang menetapkan keimanan sebagai kayu pengukur diri manusia itu...

iman terkandung di dalam hati... maka jika buta hati kita... rosaklah diri kita...
ada banyak proses penyucian yang boleh kita lakukan untuk menyucikan hati yang kotor..

antaranya beristigfar... dan melaksanakan taubat nasuha...
lalu meneruskan kekuatan diri dengan melaksanakan tasbih serta mengucapkan selawat kepada kekasih Allah yakni Muhammad Rasulullah...

kita sudah jauh terpesong dalam arus kecanggihan duniawi...
dan apa yang pasti, masa tidak menunggu kita... dan buat masa ini.. masih ada ruang untuk kita kembali...

insya Allah... tergolonglah kita kedalam golongan mereka-mereka yang tenang lagi yakin yang memperoleh janji kemenangan serta syurga Allah...

wasalam

Thursday, October 16, 2008

Putuskan Harapan pada manusia....

salam...


sejak manusia mula mengenal kehidupan dunia...
manusia mula lupa asal usul mereka...


dunia menjanjikan segala-galanya...
dan dunia juga menjadi saksi manusia-manusia itu merana...


tidak Aku jadikan jin & manusia itu untuk beribadah kepadaKu.. itu Firman Tuhan di dalam Al-Quran, kitab suci, namun amat ramai yang tidak ketemunya...


bagi yang solat walaupun ramai yang lalai dalam solatnya... ungkapan iftitah atau affirmation atau akujanji dengan tuhan ini kita tidak tinggal menyebut ....innnas solati, wanusuki.... lillah hi robil alamin...

maksudnya pun ramai antara kita yang arif... sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah Tuhan Sekelian Alam...


namun sebaik memberikan salam pada akhir solat... kita pun mula mengingkari ikrar malah mensyirikkan Tuhan kita...


antara syiriknya ialah meletakkan harapan selain dari Allah...
dan paling banyak, kita sering meletakkan harapan kepada sesama makhluk....

kita ketak harapan kepada anak, isteri, ibu bapa, rakan serta sanak saudara... juga bos, rakan-rakan dan ramai lagi...


dan sudahlah kita 'menyeleweng' dari ikrar kita, harapan yang kita letak kepada hamba-hamba tadi kebanyakkannya mengecewakan diri kita...

akibatnya, kita jadi orang yang putus harap... meratap seorang diri mengenang nasib dsbnya...


lebih teruk, kita 'berani' bertanya dengan Tuhan, mengapalah nasib aku menjadi begini... harapkan suami, harapkan saudara mara, harapkan isteri, harapkan kawan dsbnya...akhirnya aku kecewa....


saya berani mengatakan.... jika kita meletakkan harapan kepada selain dari Allah maka cepat-cepatlah bertaubat dan beristigfar... sebelum kita memasuki ke dalam satu gaung yang penuh dengan kehinaan...


kepada sesama makhluk, talian yang ada ialah 'janji'... bukan harapan...
janji kena tunaikan, kalau rasa tak boleh tunai kena 'negotiate'...

suka saya beri contoh begini;
kita berhajat sesuatu dari seseorang rakan (mohon bantuan beliau untuk dapatkan kerja)..
dan sebagai rakan, beliau pasti atau sekurang-kurangnya akan berkata, insya Allah aku cuba atau tak sebut insya Allah pun dia akan kata, aku akan tolong rekomenkan...

kita pun mula 'berharap'..
ditakdirkan kita tidak memperoleh kerja yang kita impikan atas 'bantuan' kawan tadi...

maka hampir 100% kita kecewa dan putus harap....

di sinilah kita akan masuk 'gaung'.... dan kalau datangnya kemarahan (hilang sabar) maka akan 'menduakan tuhan'lah jawabnya...

sebenarnya; setelah kita melakukan ikhtiar (memohon bantuan rakan tadi) kita sepatutnya terus bertawakkal dengan Tuhan dan menyerah/berserah sepenuhnya kepada bantuan Ilahi... bukannya berharap rakan itu tadi...

harapan perlu diletakkan ke atas Ilahi sepenuhnya... berdasarkan keupayaan dan ikhtiar yang telah kita lakukan...

kita selalu berkata... Allah Maha Mengetahui... kenapa kita tidak boleh terima faktor kegagalan memperoleh pekerjaan itu dengan ketentuan Ilahi...

cubalah kita belajar meletakkan seluruh jiwa & raga kita hanyalah kerana Allah Taala, bukan rakan-rakan... sejajar dengan iftitah kita...

mengapa jiwa kita boleh berbolak-balik dan melawan Tuhan?...

jawapannya ialah kerana kita tidak faham maksud kehidupan, kita tidak faham erti hamba dan Tuhan, kita tidak faham maksud usaha yang terbaik, kita tidak faham maksud ibadah @ wanusuki yang kita lafazkan...

dan akhirnya kehidupan kita hanyalah sekadar menanti untuk mati dan berserah sahaja....

lupakan kita kepada surah Ar-Rad ayat 13?.. tentang Allah yang tidak akan mengubah kehidupan atau sikap kita melainkan kita yang mengubahnya sendiri?...

cuba ambil beberapa minit dengan melakukan muhasabah diri...
tanya diri tentang perjalanan kehidupan kita...?
apa yang kita faham tentang rukun iman...?
apa yang kita faham tentang kiamat dan hari pengadilan?
apa yang kita faham tentang syurga & neraka...?

dan apa yang kita faham tentang Tuhan Robbul Jaleel...?


wasalam

Penenang Jiwa - Imam Al-Ghazali

salam semua...


pagi tadi saya le perpustakaan negara di jalan tun razak...

misinya nak pulang buku-buku yang dipinjam sebelum hari raya lagi (15 buah buku).

dan seperti selalu, saya akan pulang & buat pinjaman apabila ke sana...

namun, pagi ni..niat saya untuk pulang semua 15 buku-buku tu dan hanya nak pinjam dalam 3 buah sahaja...

bukan apa... tempoh 6 minggu untuk menghabiskan kesemua 15 buku tu memang mustahil..

lagipun saya meminjam untuk sekadar melakukan rujukan diri dan staf di pejabat (jika mereka berminat dengan tajuk-tajuk yang saya pinjam...)

tapi...rupanya pagi tadi saya 'gagal' untuk memujuk hati agar pinjam 3 buah buku sahaja... kesudahannya saya tetap meminjam 15 buah buku lagi.... dan pinjaman kali ini banyak berkisar kepada judul tentang diri, kisah para nabi, hadis sahih bukhari dsbnya...

namun paling bersyukur, saya dapat meminjam buku karangan Prof. Yusuf Qardhawi berjudul "Fiqh Keutamaan"...

buku ini mula mengamit saya semasa menanti giliran isteri saya dipanggil masuk bertemu doktor di Kampung Baru Medical Centre (kini Al-Islam Medical Center)...

saya tertarik kerana buku tersebut berkisar tentang 'priorites & secondaries'... dan sudah tentu ianya sarat dengan selitan fakta-fakta dari kitab suci serta hadis-hadis...

dan sudah tentu saya tidak sabar-sabar untuk membaca, mencungkil intipati, meniti pengertian serta mendapat kefahaman buku di atas... Penenang Jiwa oleh Imam Al-Ghazali...terdapat 111 bab di dalam buku tersebut.. jumlah mukasurat 438....

insya Allah... insya Allah

Tuesday, October 14, 2008

Ayat-Ayat Cinta @ The Verses Of Love

salam semua...

antara filem-filem yang dihidangkan sepanjang aidil fitri ini... saya sangat teruja dengan filem ayat-ayat cinta, sebuah filem yang diadaptasikan dari novel yang sama judulnya.

novel tersebut saya dengar begitu laris jualannya dan saya turut menjengok sinopsis novel tersebut...

maka malam tayangan filem itu, saya mengambil peluang untuk menontonnya dengan hajat mahu membandingkan novel dengan garapan filem tersebut oleh pengarahnya...

memang banyak yang ditinggalkan (tidak dimasukkan ke dalam filem)...

kalau nak bagi rating, saya beri 3 bintang sahaja untuk filem tetapi 4 bintang untuk novel.

apapun, tahniah untuk pembikin filem terutamanya penulis novel yang berani mengenengahkan selitan cerita yang sarat dengan emosi, permainan minda, tekanan rohani dan bolak balik fizikal..

di bawah saya selitkan 'trailer' filem tersebut...

Saturday, October 11, 2008

Kemelesetan Ekonomi : Tolong Berhati-hati....

saya bukan ahli ekonomi mahupun pakar dalam bidang itu...
tapi masa mengaji kat universiti dulu..ada jugak belajar subjek ekonomi...

saya pernah mengalami situasi kemelesetan ekonomi sebanyak 2 kali sebelum ini...
kali pertama pada 1987-88
kali kedua pada 1997-98

dan kini pusingan 10 tahun kemelesetan itu datang lagi...

nak tahu basic ekonomi ni mudah ajer...

jangan pi tengok ekonomi dunia... tengok ekonomi keluarga dahulu...
mula-mula kira berapa pendapatan kita (ini ada basic dan ada tambahan)
pastu kira perbelanjaan kita.. (ini basic dan akan turun naik ikut keadaan)
pastu kira hutang-hutang kita...(ini komitmen - tak boleh tidak kena bayar)

kemudian tolak pendapatan dengan kos-kos yang ada...

tengok hasilnya... merah ke hitam?...

kalau merah... ekonomi keluarga kita memang parah...
kalau hitam banyak (lebih 30%) pendatapan... alhamdulillah
kalau hitam tapi ada sikit bakinya... kena jaga-jaga...
kalau bakinya sifar... maka kita menghadapi 'stagflasi'... situasi yang buat kita tak boleh buat 'silap' sikit... kalau silap baki jadi merah dan boleh mendatangkan kemarahan atau angin satu badan... (sebab mana nak cekau duit bayar itu ini...)

kos kehidupan kini memang menjadi igauan setiap dari kita...
semuanya naik...
sifir mudah... minyak naik semua naik...
minyak turun...semua tak akan turun...

semalam semasa dalam perjalanan pulang saya sempat mendengar 'info di era' dan buletin di sinar...

katanya minyak dunia kini diperdagangkan pada USD82 setong...
keadaan ini berlaku akibat kurangnya permintaan kesan dari ekonomi dunia yang muram...

saya teringat kata-kata presiden iran (semasa minyak naik ketahap tertinggi USD 145 setong - yang mengakibatkan negara kita juga mengelabah baikkan harga minya sebanyak 78sen).. kata Ahmadinejad.. minyak dunia mencukupi... dan kenaikan ini hanyalah bersifat sepekulasi... spekulasi yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan 'jangka pendek'... (ala-ala jenis hit and run..)

saya juga teringat akan lapuran petronas... yang menyatakan hanya 20% hasil minyak dijual ke pasaran bebas... dan 80% hasil telah terpaksa di jual kepada 'agent-agent' dalam negara yang mengaut untung (kerana mereka telah mengikat kontrak dengan petronas untuk beli pada harga kurang dari USD50 setong)... kaya dan bertuah agent ni kan...

oleh kerana perjanjian 'mengarut' di antara petronas dan agent ini (sama seperti perjanjian TNB dengan IPP - pengeluar tenaga persendirian) maka kesan yang dahsyat di alami oleh rakyat...

so 'in directly' rakyat yang sepatutnya mendapat 'kebajikan' dari kerajaan, rupanya terpaksa menanggung kesengsaraan membayar pada harga tinggi demi memastikan agent-agent ini untung besar & terus untung...

setelah naik 78 sen dan turun sebanyak 15 sen (10sen sebelum pilihanraya permatang pauh dan 15 sen selepas rakyat menuntut janji)... kita kini menanti berapa sen akan turun lagi...

seperti yang saya katakan... harga barang tetap tidak akan turun... sekurang-kurangnya minyak tu perlu diturunkan, jika tidak boleh rendah dari RM1.97 dulu.. sekurang-kurangnya sama seperti sebelum mengelabah dulu...

tapi takda pulak cerita pasal minyak ini... (adakah ianya tidak penting?) atau semua masih sibuk tak habis-habis berpolitik?...

memang betullah kajian antarabangsa tentang senario politik di negara kita... kajian itu menunjukkan negara kita ini adalah di antara negara yang paling aktif dari segi politiknya...

kita sendiri boleh saksikan setiap hari di media-media tanahair... tak habis-habis cerita politik...
mengekalkan kekuasaan, jawatan, kekayaan dsbnya...

apa yang pasti, rakyat terus menderita... dan paling mengerikan... semua dan penat, muak dan menyampah....

balik kepada tajuk.... cuba-cubalah berjimat bermula dari sekarang... walaupun perit, paksakan diri untuk bekorban... kerana?

kerana apabila kita mengalami kesusahan... takda sorang pun akan datang bawak beras ke rumah kita.... sebab?... sebab pilihanraya lambat lagi...

wasalam

Shocking No. 2 - "Shocking Malaysia"

memeranjatkan...

kerja 'separuh masa' dan memperoleh gaji RM7,500 sebulan...

memang menarik tapi 'tarikan' ini pada saya hanyalah "too good to be true..."
foto ini saya rakam pada hari rabu 8 october 2008 semasa dalam perjalanan ke ofis.
lokasi iklan ini ialah di beberapa tiang di sepanjang MRR2 area uk perdana ke pandan indah...

dan semasa pulang pula, saya terlihat iklan yang sama (kali ini dari arah yang bertentangan) lokasi berdekatan ampang poin... pendapatan itu menjadi RM7,500 seminggu...

pergh...

saya percaya memang ada kerja yang memberi imbuhan seperti berikut.. namun imbuhan seperti itu selalunya diiklankan secara eksklusif bukannya di tepi-tepi jalan... melainkan ada 'fishy business behind it...'

anyway... ingat... tiada yang 'too good to be true' melainkan setelah mengukur diri dan tahu kemampuan diri maka usaha perlu keras dan berterusan...maka insya Allah akan memperoleh limpahan rezeki yang kita 'sangka' termasuk juga yang tidak disangka...

yang tidak disangka tu memang kita tak sangka... dan tak ada pun dalam minda... kalau ada pikir sebarang imbuhan tu, maka tak termasuklah rezeki tu dalam ayat 'wamai yat takillah....'





Shocking No. 1 - "Shocking Malacca"

"astaugfirullah..." itu lafaz pertama saya bila terlihat berita ini...
mamak newspaper stall tu pun mengeleng kepala bila saya cakap " shah rukh khan dapat datuk???"
"tak taulah encik... malaysia punya orang pun ramai boleh kasi itu title..." kata beliau..

beberapa titipan minda menyelinap ke dalam kepala saya... antaranya..

1) apa alasan bagi datuk pada mamat ni?

2) dah habis ke orang malaysia yang patut dapat datuk?

3) kalau ye pun nak bagi artis title datuk...malaysia pun banyak artis yang belum dapat datuk... kasilah depa..

4) pastu... sapa yang minat sangat kat shah rukh khan ni... ketua menteri melaka (tun khalil yaakob, bekas menteri besar pahang tu)ke isteri beliau?

5) apa jasa shsh rukh khan pada melaka khususnya dan malaysia amnya?

dan akhir sekali...

6) apa nak jadi dan apa yang ada dalam kepala segelintir pemimpin melayu islam di malaysia ni?

masya Allah....

teringat Firman Allah yang lebih kurang bermaksud.. "mereka-mereka itu memilih untuk mengingkari Aku, maka aku pusingkan hati mereka mengikut kehendak mereka..."

Wednesday, October 08, 2008

Syukran Jazilan atas ingatan...

sebelum terlewat...

saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas semua ucapan serta doa yang dihantar melalui sms dan juga kad ucap selamat kepada saya dan keluarga bersempena Eid Al Mubaraq ini..

doa saya anda sekeluarga akan terus memperoleh Taufiq, Rahmat serta Kemudahan dari Nya.. insya Allah...

Cerita Hari Raya lagi....

salam semua...

masih lagi berlegar kepada cerita di sekitar hari raya...

dalam sibuk melihat anak-anak kecil keluar masuk rumah beraya... saya ter'imbau' ke zaman saya 'kanak-kanak' dahulu...

masa dulu memang zaman beraya 'sakan'...
lepas ikut ibubapa ke rumah sanak saudara serta jiran... (memang memenatkan tapi best sebab dapat banyak duit raya...) saya dan rakan-rakan sekolah 'round' beberapa kampung di sekitar rumah - untuk beraya dengan kawan-kawan sekolah dengan berbasikal...

mmm... duit raya masa tu biasalah.. 10 sen, 20 sen.... kalau masuk rumah 'orang kaya'..dapatlah 50 sen...

50 sen tu memang besar masa tu... boleh beli 'air oren' botol... sebab 'ice cream' malaysia pun masa tu 5 sen... (termasuk yang ada asam boi)...

kini... duit raya 'syiling' takda lagi... paling kurang pun..mesti seringgit...
itu untuk anak-anak yang tidak dikenalilah...
kalau anak saudara mara atau anak buah... paling kurang mesti letak 2 atau 3 ringgit... atau anak buah yang rapat kena hulur 10 ringgit...

teringat 'jenaka' seorang sahabat beberapa hari sebelum raya hari tu.. saya tanya dia, dah tukar duit raya ke belum?... sebab masa tu saya mahu ke bank untuk menukar duit raya... dia pun kata belum lagi, maka dia pun nak kirim saya untuk tolong tukarkan...

saya kata ok... nak tukar berapa?

dia jawab...tolong tukarkan 100 duit 50 sen...

isk..saya tanya apahal pulak 50 sen?

takpa.. dia kata.... nanti masa aku bagi bebudak ni duit 50 sen, aku akan kata... "maafkan pak cik nak... pak cik sebenarnya nak bagi 1 ringgit.... tetapi sebab .....(nama pemimpin politik) tak turunkan harga minyak, maka pakcik terpaksa bagi 50 sen... kalau anak nak marah, marahlah dia tu"

wah..sampai gitu sekali kata saya?....

sahabat saya itu serius.... tapi beberapa saat kepas tu dia pun ketawa.... hahahahahaa...

takdalah..kau tukarkan aku 1 ringgit 200, 5 ringgit 100 dan 10 ringgit 200....

tapi kau bayangkan kalau kita buat macam tu.... sahabat saya tu menambah...

saya pun terdiam... ini 'ala-ala' perang saraf... ya.. 'long term' punya perang saraf...

Tuesday, October 07, 2008

Harga Minyak...Apa Cerita?.. "Mau Naik Manyak Cepat.. Bila Mau Turun?"

salam,

artikel ni saya cut dari blog rakan & paste di sini...posting orinya di sini (cakap tak serupa bikin) - thanks mav.

ianya fakta tentang harga minyak...
memandangkan ramai akan sengsara (lebih dahsyat lepas raya ni)
maka soalannya... bila nak turun harga minyak?
---------------------------------------------------------------------------------

On July 3, 2008, crude oil price shot up to US$145.85.
On May 21, 2008 it was traded at US$130.28.
On March 2008 it was traded at US$109.85.
On Jan 7, 2008 it was traded at US$97.91.
On Jan 2008, motorist pays RM1.92 per litre for petrol.

Now, October 6, 2008 the crude oil price is US$90.41.
That means the price of crude oil has dropped by 38.01% since July 3.

On June 5, 2008, the government increase the price of petrol from RM1.92 to RM2.70 per litre. That's 40.63% increase.

Now the price of petrol has been reduced to RM2.45 (since September 25, 2008) - the increase is reduced to only 27.60%.

But the crude oil has dropped 38%.

In simple arithmetic, the price of petrol should be reduced by 73sen (from RM2.70), i.e. it should be RM1.97 per litre.

Could the government please adjust it accordingly?

----------------------------------------------------------------------------

yang kita semua tahu... harga barang-barang yang dah naik masa minyak naik dulu tu tak akan turun lansung..

so 'at least', turunkanlah harga minyak ni... sekurang-kurangnya kuranglah kebencian yang terpeluwap di dalam dada-dada golongan para marhain...

wasalam

Tuan Haji Mohd Said Al-Linggi

salam syawal buat semua....

'demam' raya masih menyeliputi kita semua..

masing-masing dengan kisah-kisah raya yang berwarna-warni...

jika ada warna yang 'kurang ceria', janganlah jadikan ianya satu halangan untuk kita tidak bergembira pula...
anggaplah ianya satu episod dari jutaan episod di sepanjang perjalanan kita ini...

saya & keluarga beraya di seremban... rumah mak saya...
programnya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya...

mula berada di seremban pada separuh hari, hari 'mantai'...
'kunun'nya nak membantu mak 'memesin' kelapa di kedai... (aktiviti ini selalu saya lakukan sejak kecil lagi...kerana kebiasaannya hari mantai ni ramai yang datang beli kelapa dan saya selalu bantu mak memesinnya)....

rupa-rupanya saya dah ketinggalan zaman....

adik saya kata "bang, mana ada mesin-mesin kelapa lagi.... sekarang orang beli santan siaplah.."
mmmm.... betul juga.......'zaman dan berubah...'

anyway..

sebaik selepas solat..aktiviti mengadap memohon ampun pun berjalan lancar..

hari raya pertama saya dan keluarga hanya duduk di rumah menerima kunjungan sanak saudara dan jiran-jiran...

hari raya kedua... memulakan kunjungan ke rumah saudara...

hari raya ketiga...barulah saya ziarah makam... ya makam Tuan Haji Said di Seremban...
di sanalah bersemadi ramai ahli keluarga saya dan sanak saudara saya...


Makam Almarhum Tuan Hj Mohd Said Jamaludin Al-Linggi

(Khalifah /Pengasas Tarekat Ahmadiah Idrisiyah di Asia Tenggara)


Almarhum Tuan Haji Mohd Said Jamaludin Al-Linggi ialah moyang kepada saya (salasilah melalui isteri beliau di Thailand - beliau mempunyai 4 orang isteri, salah seorangnya di Thailand) dan bapa kepada Almarhum Sheikh Hj. Ahmad Mohd Said, Mufti Negeri Sembilan yang pertama (bapa kepada SS Dato' Mufti Sheikh Murtaza Sheikh Ahmad- Mufti Negeri Sembilan kini...)

membawa anak-anak ke makam dan bercerita mengenai salasilah datuk nenek serta moyang mereka bagi saya adalah satu kemestian buat kita, agar mereka tahu asal usul keturunan dan dapat menjadi panduan untuk 'mencarta' objektif kehidupan mereka...

bersyukur kerana di atas rahmatNya, saya berada di dalam talian 'mereka-mereka' yang alim.. namun atas dasar 'iman tidak boleh diwarisi'... saya juga memikul tugas serta amanah yang lebih besar untuk 'mengisi' serta melaksanakan tugasan atas soalan... "what is next?" buat diri saya...

begitu juga nasihat serta guidance saya kepada anak-anak... dan selalu mengingatkan mereka.. tentang.. ya..moyang, datuk, nenek semua keturunan baik-baik belaka... bagaimana pula dengan kita?.... jangan sampai kita menjadi 'fitnah' buat mereka.... sama seperti umat islam yang mengaku Muhammad Rasulullah sebagai Nabi & Rasul serta menjadi petunjuk tetapi tidak mahu mengikuti segala sunnah Baginda...

maka selalulah bertanya pada diri...."what's next?.."

Allah Hu Akhbar...Allah Hu Akhbar....Allah Hu Akhbar...Walillah Hilham...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails