Thursday, May 31, 2007

Kesedaran & Keinsafan.....

salam ceria buat semua....

bagaimana anda hari ini?...
sudah pasti ceria & hebat ataupun buat-buat ceria dan buat-buat hebat...

apapun situasinya...pastikan ianya berdasarkan keikhlasan di dada....

saya sering mengingatkan.... jangan sesekali jadi seorang yang hipokrik.... jangan jadi pengadu domba seperti isteri abu lahab....jangan jadi seorang yang masih bermain dengan hawa nafsu yang tiada kesudahannya....

jadilah seorang yang tenang dan yakin....
jadilah seorang yang ceria dan hebat....
jadilah seorang yang redho dan diredhoi...
jadilah seorang yang senantiasa terus memanjat tangga nafsul-nafsul di atas tingkatan 'qonaah'....

pelik tapi benar....

manusia sering gagal dan terus leka dengan diri sendiri yang serba kekurangan...
manusia sering lupa 'taubat' Nabi Allah Yunus tatkala Baginda di telan ikan nun...

ingat kisah Nabi Allah Yunus tersebut?....

Nabi Allah Yunus ada sedikit ego dan tidak boleh menerima keputusan undian yang menetapkan Baginda harus di 'buang' ke laut (untuk meredakan gelora laut).... namun setelah diundi sebanyak 3 kali....keputusannya tetap terletak kepada nabi Allah Yunus...

akhirnya Baginda akur walau dalam hatinya ada sedikit ego dan tidak boleh menerima....

dipendekkan cerita.....

Baginda akhirnya bertaubat di dalam perut ikan nun tersebut.... dan kalimah taubatnya amat 'femes' dan kita sering melafazkannya (namun ramai dan sangat ramai yang tidak mengerti atau mendapat pemahaman dari pengertian kalimah tersebut....)

kalimahnya ialah "La ila Ha Illa Anta Subhanaka, Wa inni kumtum minas zolimin..." bermakna "Tiada Tuhan selainMu Ya Allah, Maha Suci Engkau dan sesungguhnya aku tergolong ke dalam golongan yang menzalimi diriku sendiri...."

kalimah ini adalah zikir yang bertenaga tinggi..... terutamanya bagi yang memahami... namun bagi yang 'loroi' ajer...main hapal ajer, suka saya katakan.....sudah-sudahlah..... tingkatkanlah sedikit pemahaman tentang Islam.... tingkatkanlah sedikit pemahaman tentang Tuhan dan para nabi & rasulNya....

Nabi Allah Yunus telah melakukan kesilapan..... dan akhirnya Baginda akur, ikhlas dan menerima kesilapan tersebut....(sudah tentu walau pada mulanya Baginda meletakkan status Baginda sebagai nabi serta 'tidak mungkin' Baginda silap.....) dan terusnya Baginda bertaubat......sedar dalam keinsafan tersebut..... dan mengakuinya....dan sudah tentu peristiwa tersebut menajdi pengajaran buat semua....

kita?.....

kalau dah buat silap....tidak kira dengan sesiapa....dengan anak, isteri, ibu bapa, majikan, bos besar, bos kecik, rakan taulan...... agak-agak boleh ker menerima kesilapan itu dengan lapang dada dan melafazkan salam kemaafan buat mereka?..... cakap senang kan...namun tak ramai yang mampu melakukannya..... kerana????

kerana ego yang meninggi.......

akibatnya jadilah si luncai...... maka terjunlah dengan labu-labunya....ke dalam 'kawah redho'.... dan ke dalam jurang 'justifikasi-justifikasi' yang bersalut nafsu-nafsi.....

sedikit saranan.....leburkanlah tembok ego itu.... kerana tembok ego tersebut adalah halangan terbesar kita untuk mengenali diri.....halangan terbesar kita untuk mengenali Allah....halangan terbesar kita untuk megenali para kekasih Allah.... dan sudah tentu halangan terbesar kita untuk berubah....

moga mendapat ilmu serta kefahaman....

wasalam

Wednesday, May 30, 2007

3 Hari Yang Amat Padat....

salam ceria buat semua...

masa saya menulis ni.... tamatlah sesi 'quality time' bersama anak-anak yang bercuti sekolah....sekaligus bersama isteri menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke tiga belas....

untuk anak-anak....dari hari isnin lepas, mereka saya bawa ke ioi mall dan (actually) saya tinggalkan mereka bersama isteri sementara saya menyiapkan kerja-kerja penting di firma saya sebelum bercuti...

pagi isnin tu, bersama mereka 'sarapan' di NZ Wangsa Maju.....
petang ambil mereka dari ioi mall dan terus ke tom yam selayang untuk dinner (hajat untuk membawa mereka menjamah 'sea food' tidak kesampaian kerana isteri rupanya 'menindik' aliah di ioi mall (aliah, anak perempuan kami).... so takut 'gatal' hinggap di telinganya....maka sea food menjadi tom yam...anyway aliah hanya makan bubur sahaja....

hari selasa pula...seperti yang telah lama saya janji dengan abang, angah dan acit... saya bawa mereka ke selayang bowl..... isteri ikut sama... dan kami sekeluarga (yang main boling hanya 4 orang saja... saya, isteri, abang-anak sulung dan angah....) sesekali saya beri peluang pada anak ke tiga, acit yang berumur 6 tahun untuk 'merasa' bowl bola seberat 6 paun itu..... akibatnya dia tergelincir dan bola ke longkang.... balik boling, berkejar untuk hantar abang-anak sulung untuk tusyen (dia akan menduduki upsr tahun ini).....

hari ini, rabu (hari ketiga)...juga seperti yang dijanjikan, saya bawa mereka pergi memancing....(walaupun saya bukan kaki pancing dan masih terkial-kial memikirkan bagaimana nak lepaskan ikan dari mata kail, bila terkena nanti...).... so destinasinya ialah....laut....

saya dan sekeluarga bertolak dari ulu yam...dan menuju ke morib..... mmmm..perjalanan ambil masa 2 jam untuk ke sana... dari rumah, pukul 10 lebih..dan sampai buat kali pertamanya saya ke morib dalam pukul 12.30pm.....

pasang khemah, bentang tikar....dan tunggu 'air naik @ pasang'.... dalam pukul 3, air mula pasang dan saya siapkan joran untuk mereka....menukar umpan dan mengganti 'batu' yang terputus dek kena gigit oleh ikan.....

kami pulang lebih kurang pukul 7 malam...sampai di ulu yam semual dalam pukul 9 malam....

saya tatapi wajah semua anak-anak yang kepenatan....nampak kepuasan di wajah mereka...

alhamdulillah.....
syukur pada Allah yang mempermudahkan segala urusan saya.....

dan saya berjanji kepada mereka....sebaik abang habis 'exam' upsr.... kita akan ber'camping' di batu empat, port dickson selama 3 hari 2 malam.....

.....nampaknya umpanan menggena....dan syaratnya, mereka perlu score at least top 5 dalam setiap peperiksaan atau ujian yang dihadapi....

esok?... insya Allah....kerja-kerja yang menambun sudah menanti di pejabat.....

esok adalah esok....entah tiba entah tidak....
wa i ma nya.... kita kena berikan yang terbaik...pada saat dan ketika ini.... dan bukannya berjanji untuk ok esok atau minggu depan atau bukan depan... kerana itu adalah saranan agama.... dan sejajar dengan "hari ini hendaklah kebih baik dari semalam..... dan esok hendaklah lebih baik dari hari ini..." barulah tidak jatuh ke kawah 'redho' atau masuk ke dalam golongan yang disumpah 'celaka'....

bagaimana anda hari ini?...... jom muhasabah dan buat swot analysis...... kerana nada sendiri kengkadang tak tahu dan perlukan 'teman' untuk menjadi cermin akan prestasi anda..... kalau sendiri 'suluh'....takut syiok sendiri.....

wasalam

Tuesday, May 29, 2007

Ilmu Mantiq....Kambing masuk ke kandang Harimau....mengembek ke mengaum?

salam buat semua....

ilmu mantiq adalah salah satu jurusan atau disiplin ilmu yang melibatkan kiasan lebih dari 1 lapis.....

cth: kita berasal dari tanah..... (mana bolehkan?...kita berasal dari sperma atau air mani yang hina...macamana boleh timbul kita berasal dari tanah?)

timbulnya ialah kerana kita ini keturunan Nabi Allah Adam dan semua beriman dan percaya bahawa Nabi Allah Adam dijadikan oleh Allah di syurga dari pada tanah.... lebih 'precise'..7 jenis tanah dari 7 benua....

ok....pendek jer soalan saya pada anda semua?....

kalau seekor kambing masuk ke kandang Harimau.... adakah dia perlu mengembek atau kena ikut Harimau mengaum?....

maka kalau ikut peribahasa Melayu lama.... untuk selamat dan menjaga adab tata susila...kita hendaklah mengikut resam atau tatacara sesuatu 'kandang ' itu...

saya juga yakin kambing tadi akan berusaha untuk belajar mengaum dengan sebaik mungkin.... dan 'worse case scenario' si kambing ni sengau sikit dalam ngaumannya.., saya kita harimau tadi akan terima juga..... rather than dia kata.... hey rimau, akau memang tak boleh nak mengaum...boleh tak kau mengembek?....

mmmm....rasanya kambing tu tak lama kut....

pertama;... kena baham dek rimau....

kedua;... sikap degil dan tak mahu berubah..dan sudah pasti berlawanan dengan Firman Allah tentang sikap yang perlu diubah sendiri bukan kena tunggu Tuhan untuk ubahkannya....
sila refer surah Ar-Rad....

ketiga;...kambing ni 'bodoh sombong'....masuk kandang harimau....boleh pulak nak harimau tu mengembek macam dia..... apa barangggg....

moralnya....perubahan perlu dalam kehidupan..sebagaimana masa yang terus berjalan dan berubah-rubah setipa detik dan ketika.... cth:..pukul 3 petang hari ini tidak sama dengan pukul 3 petang semalam.... dari segi 'pukul'nya serupa... tapi, keadaan, situasi dan lain-lain..memang tak akan sama....

so?... check diri balik...tengok perjalanan hidup kita.... adakah kita 'move forward' atau rupanya kita duduk berpusing-pusing dalam satu bulatan...yang kita sangka ianya perjalanan yang lurus.... penat memang penat tapi.....tak kemana pun....

wasalam

29 May 1994 - 29 May 2007........= plus minus 13 coloful years

salam semua....

alhamdulillah syukur... hari ini ialah ulangtahun ke 13 perkahwinan @ pernikahan saya dengan isteri tersayang...
syukur ke hazrat Illahi, rezki yang bertambah, urusan yang dipermudahkan, dan di kurniakan dengan 4 orang zuriat (3 lelaki dan 1 perempuan)...yang semuanya sihat, insya allah....

terus terang....kalau ikut sifir saya.... perkahwinan saya kini sudah masuk ke 'cycle' 3 tahun yang ke lima.... dan ianya amat berwarna warni.... warna-warnanya kini lebih kepada melihat anak-anak membesar...memantau pelajaran mereka dengan sebaiknya.... hubungan suami isteri pula.... lebih kepada pertambahan kepercayaan antara satu sama lain... dan kami lebih matang dalam setiap keputusan yang dibuat...

namun....dalam kesibukan mengendali progam demi program latihan untuk para pelanggan, urusan pejabat yang makin hari makin menimbun.... saya benar-benar 'kepenuhan masa'....@ kepadatan yang amat..... dan dalam menimbang-nimbang untuk memastikan masa utk Tuhan, Diri & Keluarga 'balance'.... saya sering 'tidur dalam jaga'.....

anyway.... atas Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 286...... saya akur, dan sesungguhnya 'sa miaq na wa atoq na....'...

Ya Tuhan....permohonan ku ke hazratMU..agar dipermudahkan segala urusan hayat & mati ku...sesungguhnya..terlalu banyak yang telah KAU kurniakan...dan terlalu sedikit pula yang Aku balas...

Ampunilah HambaMU ini...

tmndesakaloi
uluyambaru
11.22pm
29may07

Monday, May 28, 2007

SYUKRAN WARGA PETRONAS CARIGALI - MAINT. DEPT.

salam buat semua peserta program "Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat dan Organisasi Cemerlang' Petronas Carigali yang diadakan di D'Ark Training Resort, Janda Baik, Pahang pada Khamis, Jumaat & Sabtu lepas...

Anda semua hebat-hebat belaka!!

Jumpa lagi....insya Allah...

Bila Waktu Saya Tiba-tiba terhenti....

hari ini....

terasa amat memenatkan...
dan waktu seolah-olah terhenti...
tenaga hilang begitu sahaja...
peluh kesejukan terasa hingga ke tapak kaki...

waktu saya seolah-olah terhenti...
saya perlu memperlahankan rentak tetiba...
dalam keadaan dunia berputar amat laju...
dan dalam keadaan saya yang biasa dengan rentak ini...

hari ini....

saya menerawang semula ke zaman Rasulullah....
melihat-lihat jika ada Sahabat Baginda yang selaju saya...
atau laju saya ini tidak cukup laju..
dan terpikir saya bagaimana rentak jihad itu?...

adakah Sahabat menurut rentak Rasulullah atau...
Rasulullah terpaksa mengikut rentak Sahabat?
adakah Imam yang Empat menurut rentak si murid atau...
simurid mengikut rentak Imam Muktabar itu?...

saya pening kejap....
saya telan sedikit habuk kesan geseran 'brek pad' kerana melakukan brek mengejut tadi...
saya sedikit mamai kerana bau pad getah bergeser dengan disc tayar memang tengit sikit menyucuk hidung...

dan saya terus bermunajat...agar rasa 'malas' itu muncul dalam diri....
dan saya sering bersyarah dengan para peserta program saya bahawa saya sanggup mengajar si'kurang cerdik' berbanding nak mengajar si pemalas....

mmm.... malas saya bukan malas nak menimba ilmu...

malas saya hanya sekadar 'malas nak layan'... itu ajer...

sekian rapuan saya untuk hari ini...

jumpa lagi...

Monday, May 21, 2007

Musim 'Rumahtangga' Bergelora.....gggrrrr...

salam semua...

wahhh..tajuk gempak sikit...

bukan aper.... semenjak dua menjak ni, saya banyak menerima kes-kes berkenaan dengan rumahtangga yang bergelora...

ada yang dah berkahwin 21 tahun; isteri mahu failkan penceraian...
ada yang baru kahwin 8 tahun; suami dah cari 'girlfriend' baru...
ada yang dah kahwin 13 tahun; suami mula 'minum' dan berpacaran dengan wanita kabaret (gro lah tu)...

saya pun memulakan teori atas kes-kes itu; ibaratnya musim rumahtangga bergegar kot sekarang ni....

utk kes 1; si isteri sudah tak tahan dengan sikap suami yang menuduh beliau 'pelacur' dan mula mengungkit kisah-kisah lama...
saya kenal suami dan isteri tersebut..... sedih jugak...tapi lepas selidik lebih jauh..ianya 'merely' kes tak cukup duit perbelanjaan.....

utk kes ke 2: saya kenal suami dan hanya kenal isteri sikit-sikit ajer.... dan lepas selidik lebih jauh.....ianya lebih kepada 'queen control'.... suaminya baik sekali dan ikut sahaja cakap isteri...tapi akhirnya, 'tak tahan' tahan jugak kerana terlalu diikat.... dan paling best, si suami ni begitu gembira sekali dengan teman wanita barunya dan wanita itu sanggup bermadu.....mmmmm..

utk kes ke 3; saya kenal suami dan isteri sekali.... dulu sewaktu diperkenalkan kepada pasangan ini, saya lebih fokus kepada suami yang berperwatakan agak 'ranggi' sedangkan sudah ada 2 anak..... masa tu saya tak mahu 'terjah' lebih-lebih kerana menghormati pasangan itu... dan selepas 5 tahun tak jumpa.... cerita yang sampai tidaklah mengejutkan saya sangat.... dan saya lihat si isteri masih menjaga bentuk badan dan penampilan utk suami rangginya yang (mungkin demand tinggi).... namun, itu rupanya tak cukup bagi si ranggi ini..... so si isteri sekarang hanya menanti takdir... dalam masa yang sama sudah punya 4 anak dan masih menanti suami pulang pukul 3 pagi....

hujung jatuh..... ke tiga-tiga kes di atas, merujuk kepada 'pemahaman' tentang islam dalam diri masing-masing.... dan sudah tentu ilmu rumahtangga serta penekanan tentang tugas dan tanggungjawab masing masing.... di dalam rumahtangga....

apa kesudahannya?.... kita tunggu dan lihat nanti...

wasalam

Saturday, May 19, 2007

Merempoh Tembuk Kegusaran...

salam hujung minggu buat semua....

semasa menulis ini... saki baki keletihan perjalanan jauh 2 hari lepas masih lagi terasa...

rabu malam lepas saya ke kertih terengganu untuk bertemu dengan wakil petronas carigali pada keesokkan harinya...

saya dan sahabat saya, saudara Roy bertolak dari kuala lumpur pukul 12.05 tengah malam rabu itu dan tiba di kertih dalam pukul 4.15pagi....

sesampai di kertih kami terus mencari lokasi pejabat petronas carigali tersebut (untuk memudahkan kami datang keesokkan harinya...actually thats another 4 hours to go...)...jumpa ajer..terus kami melaksanakan misi kedua iaitu untuk mencari hotel 'utk landing kejap...'

dijadikan cerita....semua hotel di kertih penuh...... kami disarankan oleh 'penjaga kertih lodge' utk ke Paka..... kami terus ke Paka lebih kurang 15km ke utara.... sampai di sana.... juga penuh..hanya satu bilik yg kosong...itupun berstatus 'suite'..yg akan merobek rm270 utk 4 jam ajer kami nak lepak....

so...we decide to head down to kemaman....

Allah Maha Besar.... sahabat saya memang dah lentok maut dengan dengkurannya yang menjadi 'musik' pemanduan saya sejak dari KL lagi.... saya pun dah tak larat lagi.... kereta yang dipandu terhuyung hayang kiri dan kanan.... saya pun terlihat satu 'signboard' Masjid Jamek Kemasik..... terus saya decide utk singgah ke masjid itu....

set alarm pada hp utk bangun esok.... dan tidur..........

esoknya kami bangun, terus bermandian di tempat mandi masjid itu dan terus bersiap utk ke pejabat petronas carigali....

badan segar 'kena air masjid'....muka pun sekali tengok 'putih' melepak macam kena tepong gomak.....

teringat saya pada satu soalan sahabat di ofis sebelum bertolak.... "nanti nak tidur hotel mana?..."...sahabat saya Roy jawab ringkas....."kita orang tak kisah...tepi jalan pun ok..."...

so?.... memang tepi jalanlah 'hotel' kami..... namun...bila pikir-pikir balik.... apalah sangat perjalanan hidup ini.... janganlah 'carried away' dengan kebendaan atau meterialistik.... kayuh ajer...buat yang terbaik...kalau dah usaha dan jawapannya tidur dalam kereta dan mandi air masjid...maka terimalah....

dan atas itu...dengan izin Allah...kami memperoleh tugasan dari petronas carigali sebaik selesai 'presentation' tersebut....

mereka memang begitu berminat dan 'looking forward' utk hadiri sesi team building 'islamic value approach' ini....

kami merempoh tembok kegusaran yang ada sebelum bertolak ke kertih....

apa kegusarannya?... kegusarannya ialah firma saya tidak 'renew' registration dengan petronas...so atas sebab itu...harapan besar utk 'tak dapat' itu ada... tapi kami redah juga tembok itu.... kami telah berjanji utk melakukan 'presentation' kepada pihak petronas.....soal dapat atau tidak dapat..itu kami berserah namun atas dasar dakwah dan jihad...kami teruskan....

dan atas satu keyakinan....hanya kepada Allah.....dengan izinNya...kami akan bersama-sama warga kerja petronas carigali berkampung di D'Ark Resort Janda Baik selama 3 hari minggu hadapan..... utk satu program bertajuk "Peribadi Mantap, Kerjaya Hebat dan Organisasi Cemerlang'..... yes..its an islamic value approach kind a program...

its gonna be a simple, straight forward but full of 'how to understand' islam and adapt it to ourself...via various session of role play, presentation, projects, jungle trekking, compas marching etc...

islam itu mudah, tapi tak semudah yang disangka....
mudah bagi yang memahami..tapi janganlah dipermudah-mudahkan...

wasalam

Tuesday, May 15, 2007

Setiap Lepas Kesusahan ada Kesenangan....= Reward Will Come Later..

salam semua.....

kalau kita susuri surah 'Alam Nasyrah'..kita akan temui sepotong ayat yang diulangi sebanyak 2x iaitu.....fainnama'al usriyusro.... innama'al usriyusro...

bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...

mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...

sebabnya ialah....kita sering mengatakan sesuatu usaha itu sukar, susah, perit dsbnya sebelum kita mahu menggerakkan anggota kita untuk melaksanakan tugasan tersebut... dan tidak kurang juga antara kita yang sering 'mengintai' apakah balasan, upah atau reward yang akan kita dapat sebaik selesai melaksanakannya...

memang tidak dapat dinafikan...dewasa ini, itulah 'formula' atau 'sipir' apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara.... dan tanpa kita sedari, ianya amat bertentangan dengan saranan Rasulullah malah ianya ialah ikrar Baginda yang sepatutnya menajdi 'doktrin' perjalanan hidup ini iaitu; 'Samiaqna Wa atoqna...' maknanya..kami dengar kami patuh....

sudah jelas, nyata dan terang sekali iaitu; lakukanlah setiap tugasan itu dengan sempurna, bersungguh dan berikan yang terbaik dilandaskan dengan penuh keikhlasan...maka balasannya akan muncul....

kita sering 'frust' bila rasa dah berikan yang terbaik tetapi balasannya hanya 'ciput'...mengapa ya?.... sebab kita dari awal lagi telah meletakkan 'nilai' kepada pekerjaan kita sedangkan 'nilai' itu sepatutnya datang dengan 'qadar' Allah...

rasa dapat upah RM100.00 tapi rupanya dapat RM30.... dan kita jadi marah.... sebab kita rasa dah bagus...sangat bagus tetapi kita lupa...bagus kita hanya dinilai oleh pihak kedua dan bukannya kita....bagus kita kan dinilai oleh 'cermin' yang kita lihat...

saudara-saudari....

buat saja setiap tugasan ini dengan sebaiknya...insya Allah...'reward' akan datang dengan otomatik...
dan serahkan kepada Allah 'jumlah'nya...dan terimalah dengan dada yang terbuka.. kerana menerima dengan dada yang terbuka, kita akan dapat memperbaiki diri...muhasabah diri....

dan isya Allah dari upahan RM30 tadi akan meningkat ke RM 150...sedangkan kita ingat kita akan dapat RM100.... barulah sejajar dengan 'wamai yat taqillah....'

jumpa lagi...

wasalam

Antara Bodoh dan Malas...

salam semua....

saya sering menimbulkan isu ini.... iaitu si bodoh dengan si malas....

dan saya sering menyatakan dalam setiap program saya... sekiranya yang hadir itu merasakan diri mereka bodoh....insya allah saya akan tunjuk jalan dan ajar mana-mana yang termampu.....

tapi..sekiranya mereka rasa mereka malas..... maka saya juga akan menunjukkan pintu untuk mereka berjalan keluar dari program saya.... sebab sudah tentu saya tidak akan dapat memberikan sebarang pengajaran kepada si pemalas....

bodoh boleh di ajar dengan syarat ada kesungguhan....
malas...apa yang nak diajar?...dah dia malas....

apa beza antara bodoh dan malas?....

bodoh adalah keadaan seseorang yang 'lewat' atau 'tertinggal keretapi' dalam pencarian ilmu....
manakala malas adalah sikap yang berada di aras paling bawah sekali.... dan ianya sama seperti sifat-sifat amarah (marah, riak, sombong, takbur, hasad dengki dsbnya...)

kalau ikut tingkatan warna diri...ianya adalah warna merah dan lokasinya ialah di root point atau 'buntut'....

begitulah kedudukan malas tersebut....

ingat...bodoh boleh diajar...tapi kalau malas...sendiri mau ingat....

so orang malas...sila bangun dari tidur.... dan lakukan senaman otak....lakukan pernafasan dalaman... dan mai sini opis saya...saya ajar Reiki...(itu pun kalau nak....hehehehhee)

wasalam

Hambatan Energi...

salam semua...

bertemu lagi kita di ruang siber ini...
terima kasih kerana terus mengunjungi blog saya..
doa saya anda semua dalam kesejahteraan Illahi hendaknya...insya Allah..

hujung minggu lepas saya bersama-sama 'orang-orang kuat' Hicom Yamaha Manufacturing di Dorani bayu Resort untuk satu program "One Solid Family"...

orang-orang kuat Hicom yang saya maksudkan ialah terdiri dari ceo dan barisan kepimpinan Hicom Yamaha dan juga Presiden Kesatuan Sekerja bersama barisan pimpinannya....

mmmm...satu program yang menuntut 'kekuatan' mental, emosional, spiritual dan fizikal selama berlansungnya 3 hari 2 malam...

saya memang sukakan cabaran...dan setiap tugasan dalam mengendalikan program-program ini 'terhadir' bersama cabaran-cabaran di dalamnya...

di dorani....memang cabaran yang diharungi agak 'hebat' juga...

hebat dari satu segi iaitu hendak meng'syncronize' tahap pemikiran dari seorang ceo hingga ke line operator'...jauh jurang tu....

anyway..segalanya saya serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya....

dan saya?.... terus berjihad...terus berdakwah....selagi hayat dikandung badan....

insya Allah kita akan bertemu dalam satu program nanti...

wasalam

Saturday, May 05, 2007

16 hari perjalanan 'tasauf'...

salam semua.....

hampir kira-kira 16 hari saya tidak meng'update' blog ini....

nak kata sebab sibuk kerja.... ya..ianya salah satu alasan atau jawapan yang 'mungkin' munasabah....

nak kata sebab 'tak da masa'... mmmm...ada jugak sedikit masa yg hanya menyempatkan saya untuk menjengok 'kalau-kalau' ada 'komen' yang perlu diberi input....

sedia maklum dengan 'cap' atau topi yang saya harus pakai.... 'cap' sebagai trainer, 'cap' sebagai cfo, 'cap' sebagai master trainer, 'cap' sebagai pengarah operasi firma saya bersama rakan kongsi... tak termasuk cap sebagai suami dan bapa..... juga anak dan abang tua dalam keluarga....

sibuk kerja?.... mmmm..biasa tetapi teramat sibuk kerana 'perpindahan ofis' ke lokasi baru membuatkan banyak perkara-perkara yang menerima nasib 'tak sempat' untuk dijengokkan'...

hari ini, hampir 75% urusan perpindahan selesai...dan saya menjangkakan urusan tersebut akan mencapai 100% pada hujung minggu depan....

malam ni (upps..pagi ni - masa menulis ni jam di lap top tunjuk pukul 1.06am....) seluruh warga rumah saya (anak, isteri..telah lama diulit mimpi..... saya me'nala-nala' remote astro untuk mencari 'channel' yang akan menemankan telinga saya sambil menjeling-jeling ke skirin tv jika ada yang menarik pandangan.... dan saya terhenti di channel 4, sebab ternampak itoh mohamad dan blues gangnya menerusi rancangan dari studio 1....

oh ya.....

di atas segala kesibukan yang saya nyatakan di atas....16 hari yang lepas juga saya telah mengalami satu perjalanan yang sangat istimewa... suka saya mengelarnya perjalanan tasauf....

saya kan cuba kongsi perjalana itu nanti....

tapi, apa yang nyata...pandangan, pemikiran dan tindakan saya mendapat 'kesan' dari perjalanan ini....

jumpa lagi...

Thursday, April 19, 2007

The Great King Salahudin @ Saladin Al-Ayubi....

salam....

Salahudin Al-Ayubi adalah seorang Raja dan Panglima Perang Islam yang berjaya menawan Kota Palestine dalam peperangan salib....

Betapa kehebatan Baginda tiada tolok bandingannya sehingga kini....

apa hebatnya?....

antaranya;

1) Baginda memberhentikan peperangan ketika ketua pihak musuh (King Richard) jatuh sakit.
2) Baginda menghantar 'tabib' Baginda yang terbaik untuk mengubati King Richard.
3) Baginda hanya meningggalkan 1 dinar 47 dirham sewaktu Baginda meninggal dunia dan jumlah itu tidak mencukupi untuk membeli kain kafan Baginda.
4) Banyak lagi....

susurilah perjalanan seorang Raja yang hebat lagi Sufi ini dalam proses kita menyucikan diri dan mencari diri yang hilang....

saya titipkan beberapa kisah baginda di sini....

saya juga teringat sedutan filem Kingdom Of Heaven di mana Baginda di tanya oleh ketua kafir tentang apa kepentingannya Palestine bagi Baginda?... jawapan pertama Baginda ialah...'tiada apa-apa....'..... dan jawapan kedua apabila kelihatan ketua kafir itu tidak berpuashati dengan jawapan pertamanya....Baginda mengatakan...Palestine adalah segala-galanya...(di mana Baginda merujuk betapa perjuangan memenangi Perang Salib itu sebenarnya cukup bererti buat Umat Islam dari segi mempertahankan kesucian kota tersebut dan memberi motivasi dan tenaga tahap tinggi untuk mereka di masa hadapan)....

malangnya, kini umat Islam terus diperkotak-katikkan....

dan kemenangan Sultan Salahudin Al-Ayubi @ Saladin itu adalah merupakan kemenangan 'terakhir' buat umat Islam...dari segi fizikal, spiritual, mental dan emosional....

begitulah.....dan kini umat Islam ternanti-nantikan bilakah akan munculnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan Umat Islam yang terkontang-kanting....

soalan saya.... apabila munculnya Imam Mahdi....siapakah yang mengenali beliau dan seterusnya meng'ia'kan beliau????

sama-samalah kita nantikan.....

nanti sahaja?.....dengan tak buat apa-apa?..... jangan..jangan.... Allah sedang memerhati kita....

jom hayati 'trailer' filem Saladin (filem animasi yang dibuat di Malaysia dengan kepakaran tempatan....made in malaysia for the world...)



yang ini adalah clip-clip Sultan Salahudin Al Ayubi (juga termasuk aktor yang melakonkan watak Baginda dalam Kingdom Of Heaven...)

Brave Man with Brave Heart...facing the Real World...

salam....

yes...it takes only Brave Man with Brave Heart to face the Real World....

sound track dari filem Brave Heart...cerita benar tentang seorang pahlawan Scotland yang berjuang menentang penjajah dari England....

Mel Gibson menjadi Sir William Wallace.....

saya tengah 'mengorek' kisah-kisah pahlawan-pahlawan Islam untuk dipersembahkan di sini....

sambil tu...dengar lagu...imbas-imbaslah ke padang pasir.....'imagine' bagaimana beribu-ribu pahlawan Islam yang gugur dalam perjuangan menegakkan syiar di atas muka bumi ini....

Wednesday, April 18, 2007

Reiki dan Ketenangan....




salam semua....

maaf kerana ada 'laps' yg panjang dari posting yang lalu....
saya agak sibuk dengan firma latihan saya..... menyediakan segala keperluan untuk 'team building', kursus-kursus 'soft skills' & 'public seminar' (21 April 2007)...
tidak termasuk kerja-kerja pejabat yang semakin 'menimbun'....

apapun...semuanya itu adalah ibadah & jihad....dan wajib dilakukan dengan bersungguh-sungguh hanya kerana Allah s.w.t dan seterusnya bertawakkal dan redho dengan ketentuanNya...(remember...the reward will come later....= surah alam nasyrah)

sedikit cerita pasal Reiki.....

satu masa dahulu apabila saya membuat keputusan untuk mempelajari Reiki, ianya adalah lebih kepada ingin menambah ilmu di dada dan di samping itu ilmu itu boleh dimenafaatkan buat semua....

saya membuat sedikit 'penyiasatan' tentang apa itu Reiki?...

dan saya bercadang untuk mempelajari ilmu Reiki ini dari seorang Reiki Master Teacher yang saya kenali melalui rakan saya...

soalan pertama saya buat Reiki Master Teacher itu ialah.....: 'ada sebarang 'Mantra' ke tidak?..... kerana saya akan terus menolak sebarang unsur yang boleh membuat wujudnya percanggahan aqidah....

jadi jawapan yang saya dapat ialah; tiada sebarang mantra dan ianya amat mudah...'a piece of cake' untuk dipelajari dan diamalkan....

mmmmm....thats good enough for me to enroll for the course...
saya terus masuk 'weekend class' tu dan terus mendapat 'Advance Level cert'....

dan saya terus amalkan Reiki itu terus menerus, on & off selama 2 tahun sebelum saya membuat keputusan untuk mengambil Master Certification.

ok....itu cerita ringkas....

so, apa yg saya dapat dari Reiki ini?...

melalui Reiki, saya rasa lebih tenang, ianya merupakan satu disiplin ilmu yang menuntut 'konsentrasi', 'minda yang lapang & tenang', 'baik sangka', dan paling menarik ialah 'unconditional love'....

'unconditional love' itu saya terus kaitkan dengan sabda Rasulullah yakni; "Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri...."

mmmm.... ini paling menarik.....

dan saya juga teringat cerita 'End Of Days' lakonan Arnold.... di mana dalam cerita itu, Arnold gagal dimusnahkan oleh Azazeel kerana........kerana mempunyai 'Pure Heart'....

apa 'Pure Heart' tu?.... ia adalah hati yang tulus, mulus, suci dan murni.... kata orang biasa...'hati bersih'....

jadi....disiplin ilmu Reiki ini secara tidak lansung menuntut pengamalnya senantiasa melakukan 'check list' atau muhasabah diri dalam konteks keimanan, ketaqwaan, ketenangan diri dan yang sewaktu dengannya....

alhamdulillah.... dalam kesibukan ini saya diberi kesempatan oleh Illahi untuk mengadakan kelas-kelas Reiki; Level 1, 2 dan 3 @ Advance.....cuma belum ada masa untuk mengadakan kelas Master Level..... kerana kelas Master Level menuntut penumpuan yang lebih dari segi persediaan fizikal, spiritual, mental juga emosional...

khusus buat student Reiki saya dan pengamal Reiki umumnya.....; untuk mendapat keputusan maksimum dalam penggunaan teknik Reiki, saya suka sarankan agar anda sentiasa menenangkan fikiran, relaks, cool dan 'control breathing'....kerana tenaga Reiki yang kita kesan antara dua tapak tangan kita, tenaga Reiki yang kita salurkan kepada pihak ketiga samada secara 'hands-on atau 'hands-off' atau secara 'long distance' akan lebih memberi kesan yang 'kuat' apabila kita berada dalam ketenangan...

dan lebih-lebih lagi cerita 'ketenagan jiwa' ini telah Allah suratkan di dalam Al-Quran...."Wahai jiwa-jiwa yang tenang lagi yakin, masuklah ke dalam syurgaKU dan masuklah ke dalam kumpulanmu..dalam mana engkau redho dan diredhoi...."...

jadi?..... tiada yang mustahil....dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

'take it easy' but make sure the Faith is in you....

wasalam

Friday, April 13, 2007

'Membersihkan diri luar dan dalam'.......

salam jumaat buat semua

saban hari kita sering melakukan kesilapan, kemungkaran dan kemunafikan...secara sedar ataupun tidak sedar....

pelakuan kita itu sedikit sebanyak akan mengakibatkan 'bencana' ke atas diri kita...

kesinambungan peristiwa 'kemusnahan' ini Allah tunjukkan kepada 'bencana' yang berlaku di atas muka bumi ini...

keruntuhan bukit bukau yang diselengara secara salah...
keruntuhan bangunan yang dibina atas dasar 'rasuah'...
keruntuhan moral dan akhlak umat manusia samada orang biasa atau berpangkat...
keruntuhan institusi kekeluargaan yang dibina atas dasar cinta pada mulanya....
keruntuhan institusi organisasi atas dasar tiada kasih sayang di dalamnya dan penuh dengan hasad dengki...
dan banyak lagi contoh yang kita ketahui setiap hari....

perkara-perkara ini berlaku atas dasar manusia yang sering alpa dari melakukan muhasabah pada setiap detik dan ketika....

manusia terus-terusan bergelumang dengan nafsi-nafsi yang meruntun diri tanpa henti....
manusia terus lalai dan leka dari terus menimba ilmu....
manusia terus rasa 'dah cukup' dan berbangga atas pencapaian 'sementara' yang tidak sebesar mana...
manusia terus berbangga dengan 'material'....

terlalu sedikit yang melakukan muhasabah diri dan bergerak kehadapan untuk memajukan diri sendiri...

manusia juga lupa bahawa diri itu terkandung 'beberapa diri' lagi....
melalui 'ilmu mat saleh' kita di dedahkan dengan diri dalaman dan luaran sahaja atau 'physical & spiritual'....benar tapi kurang kemas...

diri kita terdiri dari beberapa diri lagi.....

antaranya diri sebenar diri....atau roh kecil
nyawa atau roh besar....
diri yang tersendiri atau nafsu....
dan diri luaran yakni diri fizikal....

dan ianya menpunyai pecahan-pecahan lagi....

mengenali diri-diri tersebut akan memungkinkan kita meneruskan kehidupan dengan baik malah cemerlang...

dalam melakukan kerja-kerja membersihkan diri ini.... perlulah diingat, kerja-kerja tersebut haruslah dilakukan dengan penuh istiqomah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam....
kerja pembersihan itu mestilah dilakukan dengan penuh kesungguhan...
kerja pembersihan itu mestilah dilakukan dengan cara yang betul....
yang penting kerja itu perlulah dilakukan dengan penuh keikhlasan...

pastinya kerja-kerja pembersihan itu perlulah mendapat tunjukajar dari yang arif iaitu guru-guru yang pakar, faham dan yakin akan segala teknik-teknik tersebut....yang telah melalui perjalanan itu serta bertanggungjawab penuh di atas pengajarannya.....

bukan guru-guru yang hanya bermain madah dan teka teki lalu meningggalkan kita dalam pertanyaan yang tak sudah...

perlu juga diingat, kerja-kerja pembersihan ini hendaklah meliputi pembersihan dalaman dahulu dan pembersihan luaran selepasnya....

selepas benar-benar bersih..kita akan dapat menyaksikan pergerakan 'aura' yang mantap di sekeliling tubuh seseorang itu...

saya ingin berkongsi foto aura di bawah.....

lihat perubahan aura diri seseorang itu.....

perubahan itu berlaku atas 4 elemen: mental, emosional, spiritual & fizikal....
kalau diri dah bersih..cantiklah auranya...
kalau masih kotor dan kalut....maka merah atau kehitaman auranya..

nanti saya akan terangkan 'bacaan'nya.....

Tuesday, April 10, 2007

Khas buat suami isteri yang 'tension'.....

salam semua....

sedangkan lidah lagi tergigit....
inikan pula suami isteri....

kekurangan digalas dengan kemaafan....
kelemahan diturap dengan keimanan...
kelebihan disambut dengan kesyukuran...

sama-sama mendokong istana yang dibina dengan penuhkasih sayang....

insya allah......



jangan gaduh gaduh yer....nanti tidur kandang kuda....

Teringat...Malam Bulan Di Pagar Bintang.....

salam semua....

dalam kekalutan dunia hari ini...janganlah kita 'carried away' dengan -ve energy tu yer...

sesekali bersantailah....




"suara-suara ni ada macam-macam....."
"yang garuk-garuk tu suara usmanuk macam subang....".... pendekar mustarjo...

Everything i do, i do it for YOU....

salam semua....

ingat cerita 'Robin Hood'?...

jom dengar lagu Brian Adam....
bila dengar bebetul part 'everything i do, i do it for you....' teringat saya lafaz iftitah kita....

anyway enjoy the clip...

Adakah kita sudah cukup FOKUS dalam hidup?

salam semua....

selalunya antara kegagalan dalam setiap perancangan yang kita lakukan adalah kurangnya atau tiada lansung daya tumpu atau fokus terhadap apa yang kita lakan itu...

bagaimana untuk memberikan tumpuan?...

sebenarnya tumpuan adalah 'tenaga'...dan ianya amat 'kuat' sehingga boleh menghancurkan apa sahaja yang kita tujukan.....

mari kita belajar untuk fokus.....

lihat foto bulatan biru di bawah....


tumpukan penglihatan anda tepat ke tengah-tengah bulatan biru itu.....tumpukan selama 3 minit....

selepas itu anda akan dapat satu bulatan putih yang bergerak-gerak 'mengikut' tumpuan mata anda.... bulatan putih itulah merupakan tenaga tumpuan anda....

buat latihan ini setiap hari sekurang2nya 3 atau 5 kali.....

ianya akan membantu anda dalam memberikan penumpuan dalam setiap pekerjaan...

dan jangan sesekali menggunakan 'tenaga' tumpuan ini untuk perkara2 yang tidak baik... kerana kesannya juga amat buruk....

selamat mencuba...

'Untouchable'...antara filem Inggeris yang saya minati....

salam semua...

antara banyak filem-filem yang saya tonton....(filem Inggeris), filem Untouchable adalah antara yang saya minati....

menerusi filem itu saya terus meminati Kevin Costner (heronya), dan Robert De Niro (Al-Capone)....dan terus 'memburu' filem-filem lakonan mereka....

apa ceritanya filem ini?....

ceritanya perihal penjenayah yang paling dikehendaki oleh kerajaan US masa itu, Al-Capone....teramatlah dahsayt dan ganasnya mamat seorang ni....

dan Eliot Ness ialah polis yang menjejaki Al-Capone...

filem ini dikuatkan lagi oleh lakonan Sean Connery dan Andy Garcia yang memang 'cemerlang' dalam lakonan masing-masing...

moral yg saya dapat dari filem ini ialah; kesungguhan seseorang dalam menjalankan tugasan yang diberi, perihal teamwork dan kasih sayang....

mari nengok 'trailer'nya....



"never stop fighting until the fighting is done"....Al-Capone

Al-Capone on TEAM vs Individuals....

sedikit sedutan dari filem 'untouchable'...

its about one man achievements & team work...
member of the team who fails.... had their baseball bat on the head!!...



and..if we are too 'angry' with somebody, do not do 'sily things'..or you'll get 'killed'...

Thursday, April 05, 2007

Blogger Malaysia kena register...???



salam semua....

sempat mengikuti berita tentang cadangan seorang Timbalan Menteri agar semua blogger perlu 'register' sebelum boleh ber'blogging'....

ntahlah...aper-aper lah.....

cuma saya teringat tentang kata-kata Khalifah Saidina Umar Al-Kattab apabila beliau dilantik menjadi Khalifah..... beliau berpesan agar beliau ditegur apabila melakukan kesilapan dalam pemerintahannya.....

dahsyat sungguh kisah seorang Khalifah, sahabat Rasulullah dan di kalangan 10 yang dijanjikan syurga...

blogger ibarat 'nyamuk'..... just saying-out their opinions....intention?...take the positives ones..... pedulikan yang tak betul.....

kan melayu ada 'sayings'.... berani kerana benar...takut kerana salah....

saya mulanya pikir jugak 'Blog' yang saya gunakan ini servernya di luar negara.... so tak terkenalah kiranya..... tapi itu sekarang...esok lusa ntah sapa yang tahu....

nasihat saya pada kerajaan Malaysia... pedulikan sahaja blogger yang 'melalut' dan menjaja cerita tak benar.... just prove it with your action after action....

at the end of the day, people will decide.... mereka boleh timbangkan mana betul mana tak benar...

tak perlulah sibuk atau melatah.... buat 'derq' ajer....

sebab manusia ni boleh 'jatuh menyampah'.... dia boleh menyampah pada blogger-blogger yang 'melalut'....dan dia boleh juga menyampah pada 'undang-undang' yang ntah apa-apa....

so....semua dah pandai-pandai kan kan kan....belajar pun sampai luar negeri atau peringkat universiti....

so?...contribute lah back to rakyat as best as you can.... kalau tak boleh ikut Saidina Umar pun....jujurlah pada diri sendiri.... bukan kerana apa-apa hasrat atau niat yang berselindung....

wasalam

Ahmadinejad 'score point' ; Blair terus angkuh....



salam....

saya berpeluang mengikuti berita Al-Jazera sebentar tadi (12.35am) dan 'terpaku' apabila berpeluang menyaksikan berita berkenaan 'hadiah' Iran kepada Britain iaitu pelepasan kesemua 15 anggota marin yang 'menceroboh' perairan Iran.

dalam satu majlis keraian di mana 3 tentera laut Iran menerima pingat di atas kejayaan 'menangkap' penceroboh itu....ucapan Presiden Iran, di penghujungnya membuatkan ramai hadirin terpaku....

Ahmadinejad antaranya berkata 'Pembebasan ini adalah satu hadiah buat Britain dan ianya adalah sejajar dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w....'

beliau di lihat bersalaman dengan semua marin British itu dan peristiwa itu di saksikan lebih 50 wartawan dan jurugambar....

saya hanya boleh katakan: bijak sungguh Presiden Ahmadinejad ini...dalam ketegangan situasi di Asia Barat terutamanya kes nuklear, beliau memberikan tamparan kepada pihak Barat dengan cara yang cukup berkesan...iaitu membalas tindakan 'ganas' barat dengan 'fatonah' Islam....

sedang barat sibuk hendak menyerang Iran....(nampak macam pengganas).... Iran pula menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan....

dan sudah tentu Presiden Ahmadinejad 'score point' di kalangan rakyat negara barat berbanding Presiden (US) dan Perdana Menteri (Britain) mereka yang terusan berfikiran 'pengganas' iaitu menyerang & terus menyerang negara Islam...

---------------------------------------



saya turut berpeluang melihat Blair memberikan ucapannya, (setelah 20 minit jurugambar & wartawan menunggu beliau dan penasihat2nya menyediakan 'speech')...

tiada terima kasih kepada kerajaan Iran...
terima kasih hanya kepada kuncu barat & UN...
dan memberitahu rakyat iran bahawa Britain tidak berprasangka terhadap rakyat Iran..(nampak macam pasrah nak 'cucuk' rakyat Iran agar salahkan Ahmadinejad)
tiada lansung keluar nama Ahmadinejad...

dan sungguh angkuh serta tidak menghormati Negara Islam Iran....

begitulah kita....(islam)...terus diperkotak-katikkan.....

sampai bila?......

Friday, March 30, 2007

Assalamualaika Ayyuhan Nabi Warohmatullah Hi Wabarakatuh..



Matahari Semakin Hampir....



salam semua....

cuaca yang tidak menentu sekarang....
emosi yang turun naik sekarang....
kemalangan jalanraya yang kerap berlaku setiap detik sekarang...
gempa bumi yang sering berlaku...
tsunami kecil dan besar yang berlaku sana sini...

adalah seiring dengan alam yang sedang mencari keseimbangan...

diri kita juga adalah 'alam' yang sering ditimpa berbagai-bagai perkara....

itu biasalah....jgn sedih, pening & risau....

redah ajer...berikan yang terbaik.... insya Allah....selamat dunia akhirat...

wasalam

Nasyid Taubat-Hada...

Yes...I did it My Way.....

salam semua....

lagu ni, lagu Frank Sinatra....
lagu ni digemari oleh ramai orang...termasuk saya...

saya suka lagu ini kerna perjalanan hidup yang saya lalui...
suka duka zaman bekerja dan berniaga....
suka duka berkawan...
suka duka berlawan...
suka duka turun naik bank nak pinjam duit...
suka duka jumpa 'orang-orang' kaya mintak tolong...
suka duka mintak tolong dengan 'rakan' yang lari jauh....
dan berbagai lagi....

anyway....suka saya kongsi lirik ni masa awak semua 'play' lagu ni kat sebelah tu...lagu ni Frank Sinatra berduet dengan Pavaroti...utk meremangkan lagi bulu roma...

hayatilah kerna ia penuh makna....

My Way


And now, the end is near;
And so I face that final curtain.
My friend, I'll make it clear,
I'll state my case, of which I am certain.

I've lived a life that's full.
I've traveled each and ev'ry highway;
And more, much more,
I did it, I did it my way.

Regrets, I've had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
I saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
And more, much much more,
I did it, I did it my way.

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.

I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
Not to say the things that he truly feels;
And not the words of someone who kneels.

And the record shows I took the blows -
And did it my way!

Wednesday, March 28, 2007

Apa Kata Anda???



salam...

video di atas adalah salah satu dari beribu-ribu video yang ada di channel-channel di internet....

dan yang paling menarik....ianya adalah video anak bangsa kita...

apa kata anda?....

dan di satu sudut atas sebuah bukit.... para penguasa semakin rakus menimbun harta...
anak bangsa?.....lantak koranglah.....

kata saya?.... Rasulullah meratap melihat anda wahai anak-anak ku...

wasalam

Memahami Kehidupan.....



salam semua....

hidup dan kehidupan adalah 2 perkara yang berbeza...
hidup memberi erti kepada 'nyawa' manakala kehidupan membawa maksud perjalanan seseorang itu meniti usianya....

persoalan yang sering timbul....mengapa aku hidup di muka bumi ini?
persoalan yang juga sering timbul.... mengapa kehidupan aku ini kosong dan tidak bermakna...

persoalan pertama timbul ketika seseorang itu berhenti sejenak dan bertanyakan kepada diri akan hakikat hidup....ianya lebih kepada pencarian diri yang sebenar diri... persoalan ini sering timbul apabila seseorang itu merasakan dirinya 'kerdil' serta rasa keseorangan dan mula mencari Penciptanya....

persoalan kedua timbul setelah seseorang itu merasakan tenaga untuk meneruskan kehidupan semakin pudar dan dirinya semakin penat mengemudi perjalanan hidup ini....

untuk menjawab kedua-dua pesoalan tersebut, maka kita perlulah kembali mengenali apa maknanya syariat, tarikat, hakikat & makrifat....

syariat adalah kerja tubuh badan atau perlakuan...
tarikat ialah perjalanan yang kita lalui atau ambil...
hakikat ialah asal usul kejadian atau makna...
makrifat ialah menuju kepada hazrat Illahi...

dan rangkuman ke empat-empat unsur tersebut ialah tasauf...

dalam memahami kehidupan, kita tidak boleh lari mengelak atau memilih salah satu sahaja... kita perlu membawa ke empat-empat unsur tersebut...dan dalam menghalusi ke empat-empat unsur tersebut maka semestinya kita adalah dalam perjalanan tasauf...

tasauf?... ya....

dan dalam tasauf...jihad adalah istilahnya.... berjihad melawan hawa nafsu...berjihad mengembalikan diri ke asal.... sebagaimana kita datang dulu-dulu lagi....

ilal liqoq...

wasalam

Rancangan Realiti......cukup-cukuplah....




salam semua...

pening pening pening.....
ntah aper aper.....ntah aper aper...

menyaksikan fitnah-fitnah yang masuk ke rumah di masa kini.... melalui peti televisyen saban hari...

wang ringgit berterabur menderu masuk memenuhi kantong-kantong tauke-tauke rancangan realiti melalui undian sms...

ya...sudahlah ter'laro'.... habis wang pula...

itulah hakikatnya dunia akhir zaman....

lagi ditolak....lagi menggoda....lagi dihalau...lagi mendayu datangnya....

kemana akhirnya cerita ini?....

anak-anak muda terus hanyut...... melebihi anak-anak muda yang begitu bersemangat menaikkan jati diri.....

saranan saya...cukup-cukuplah bertungkus lumus melalaikan anak-anak bangsa...
saranan saya...cukup-cukuplah dengan pembaziran tenaga dan wang ringgit itu...

binalah bangsa dengan acuan yang baik bukannya lalaian....

begitulah....

Muhasabah Diri...

salam semua...

pernah dengar orang kata camni? 'jgn suka menuding jari kepada orang, sedangkan 3 jari menuding ke arah kita (tanpa kita sedari)'...

begitulah kira-kiranya...

kita selalu melihat silap laku orang lain dan amat jarang sekali kita mahu melakukan checklist atau muhasabah diri...

muhasabah yang bagaimana perlu kita lakukan?

muhasabah yang sebaiknya ialah memeriksa diri kita dari peringkat niat, lafaz dan perbuatan.... kita mulakan dengan memeriksa niat kita seharian....niat dalam hati sebaik sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu....

kemudian kita 'check' balik segala lafaz tutur kata kita.... pastikan ianya menepati atau menuruti niat di hati tadi....

dan akhirnya kita 'check' gerak laku perbuatan kita, adakah ianya 'seiring' dengan niat serta lafaz tadi....

setelah kita dapat menye'iring'kan ketiga-tiga perkara tadi, maka insya Allah...perjalanan hidup ini akan jadi lebih mudah dan begitu pasti...

seringkali kita gagal menye'iring'kan ke tiga-tiga perkara itu tadi dan seringkali kita menerima akibat yang akan membuatkan kita sengsara....

dan sudah pasti ianya sejajar dengan apa yang Allah firmankan kepada seluruh hambaNYA yang berupa peringatan iaitu, "manusia itulah yang melakukan kerosakan di atas muka bumi itu..."

dan jangan sesekali kita lupa amaran Allah iaitu agar kita berusaha mengubah nasib kita sendiri dan bukannya duduk meratapi nasib diri tanpa melakukan apa-apa...hatta kita telah melakukan apa-apa, kita seharusnya terus berusaha sehingga ke sakaratul maut sekalipun.....

begitulah ceritanya...

muhasabah senang di ucapkan....namun melakukannya amat payah sekali....

lakukanlah muhasabah diri, walaupun kita menemui banyak sekali kekurangan...namun jgnlah rasa bersendirian kerana Allah & Rasul bersama orang-orang yang benar...

wasalam

Monday, March 26, 2007

Wimax.....apalah cerita..?????



salam....

hujung minggu lepas, sabtu petang lebih tepat, saya membelek-belek akhbar.... dan tertarik kepada ruangan berita perniagaan akhbar 'the star'...

ceritanya perihal DiGi yang gagal mendapat lesen 'wimax'....

wimax ni aper dia yer?... wimax ni adalah gelombang jalur lebar yang akan memungkinkan para 'internet surfer' menikmati kemudahan internet tidak kira di mana sahaja.... bunyinya mudahkan...

ya memang mudah...as long as ada signal dan paling penting kita pengguna mendaftar atau subscribe pada syarikat-syarikat yang ada lesen wimax tu.... kira nanti macam 'pre-paid' lah....

cerita pasla digi ni dah berjalan lama....sejak digi gagal dapat lesen 3G, para pengguna dan pemegang sahamnya masih yakin dengan kemampuan digi untuk mendapat lesen wimax....

mereka yakin dengan keupayaan digi (yang di support oleh gergasi telekomunikasi dunia: Telenor) dalam mengendalikan perkhidmatan 3G atau wimax....

namun, digi gagal mendapat kedua-dua lesen itu tanpa sebarang alasan yang kukuh.... tapi banyak pihak meletakkan kegagalan itu kerana beberapa sebab; pertama, digi perlu merendahkan pemilikan sahamnya kepada 49% dan menjual kepada syarikat tempatan selebihnya....(dahulu saham tempatan digi dimiliki oleh Datuk Vincent Tan dari Berjaya).... sebab yang lain antaranya, mereka mahu digi bergabung dengan syarikat telekomunikasi tempatan yang dapat lesen 3G tapi tak berkeupayaan untuk melakukan perniagaan...

so, berbagai-bagai cerita dan sebagainya....

saya lebih melihat kepada faktor teknologi dan pemacuan ke arah negara maju menjelang 2020....

beberapa syarikat tempatan yang mendapat lesen ala 'wimax' telah gagal, hatta yang paling besar sekali...

apa kisahnya?.... saya lihat hanya satu... syarikat kita 'tidak mahu belajar' dari yang pandai....

digi telah terkehadapan dalam banyak perkara dalam bidang telekomunikasi ini.... dengan teknologi edge nya... pengguna digi terus boleh bertenet dengan baik selagi menerima 'signal' digi.... dan edge digi ini telah mendahului syarikat2 tempatan yang hanya sibuk dengan 'worker union', naik gaji, ambil alihan dsbnya....

siapa yang jadi mangsa?.... sudah tentu pengguna...

so, gagalnya digi dalam mendapat lesen wimax adalah satu lagi petanda bahawa kita tidak mahu belajar dari yang pandai....

sebab?.... sebabnya..biasalah kitakan orang malaysia....penuh dengan sifat PHD... dalam keadaan menjadi luncai, pak pandir & lebai malang....

begitulah....

berapa ramai Einstien yang kita dah lahirkan?....
atau berapa ramai anak-anak bohsia dan rempit yang dah kita jumpa dalam tong sampah?...

begitulah..... ntah aper-aper.....bila ada peluang belajar dengan yang pandai...tak mahu...yang disibuknya...siapa akan kaya....

so penutupnya ialah, Mr. Martin Lundal-ceo digi rasanya tak kisah kalau ada syarikat tempatan yang nak 'take over' 100% pun saham digi.... belilah...harga RM18.00 satu saham.... kalau mampu.... sebab mana ada yang free sekarang ni....

anyway...... all the best digi....

Melakukan sesuatu 'ibadah' dengan penuh 'passionate'..

salam semua...

bagaimana hujung minggu anda?
pastinya 'best'....walau meletihkan....

pelik juga yer...hujung minggu sepatutnya kita dapat rehat...namun hujung minggulah banyak aktiviti-aktiviti yang harus kita lalui....

hingga menjadikan isnin kita begitu 'meletihkan'...

apapun yang kita lakukan....ianya merupakan satu ibadah jika kita melakukannya kerana Allah s.w.t.... dan sesungguhnya ibadah itu pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan titik peluh kita yang gugur....

nasihat saya, utk diri saya dan semua...

lakukanlah ibadah-ibadah itu dengan penuh 'passionate' serta 'love to do it'... bukan dengan sambil lewa atau terpaksa...

kerana hasilnya berbeza...sangat berbeza sekali....

dan kita akan 'pelik' kerana ibadah yang dilakukan dengan penuh 'passionate & love' memberikan hasil yang terbaik dan semestinya sangat 'mengimprove'kan diri dari semua segi...

mari muhasabah diri.....& all the best.....

Saturday, March 24, 2007

Maaf yer....tengah 'angin' melayan lagu-lagu 'faberet'....

salam...

maaflah semua....
sebab saya byk post lagu-lagu....
bukan aper.... mendengar lagu juga adalah satu terapi....esp utk mereka-mereka yang 'warna peribadi'nya putih dan merah jambu....

ok...meh dengar lagu faberet saya masa 'muda' dulu....

dire strait....sultan of swing...


mariah 'kari' & boyz2men



paul anka & frank sinatra.....my way



whitney houston....i will always love you



selamat berlibur.....di hujung minggu....

To All My Sahabat........

dalam perjalanan saya 'ke sini'....
saya banyak bertemu manusia-manusia yang berkategori kawan, lawan dan sahabat....

ada yang hanya mahu ketawa bersama....
ada yang ketawa di depan dan menikam dibelakang.....
ada yang kejap kawan kejap lawan...

dan yang paling pasti, yang berkategori 'sahabat' tak sampai pun 5 orang.... that is real....

yang lain.....'nasib koranglah'....nak berlakon dan mengambil kesempatan ker... 'aiman' tak kisah....

anyway...buat sahabat-sahabat saya.... saya dedikasikan satu lagu utk anda semua...

terima kasih kerana berada di sisi di saat suka dan duka...berkorban jiwa dan raga...
terima kasih juga kerana menjadi pendorong sepanjang masa...
terima kasih kerana memahami diri ini, luar dan dalam....

Buat Insan yang bernama 'Noor Aini'.....

Noor Aini bererti Cahaya Mataku...

lagu ini ialah buat insan yang selama ini telah terpilih untuk menjadi cahaya mataku...

Ya....Mungkin 'juga' Nanti.....

salam semua....

janganlah bersedih.....
'mungkin' Tuhan mahu menguji kita....
'mungkin' kita sedang memperolehi ilmu-ilmu NYA....

so?...jangan banyak tanya.......'lalu' dan 'hadapi' sahaja ujian-ujian itu....
insya allah, pada penghujung satu-satu episod itu ada ilmu untuk kita fahami dan seterusnya yakini akan corak kehidupan yang memang pasti.....semestinya pasti...

so...'ambik' satu lagi lagu hadiah dari saya buat semua insan-insan....yang 'mungkin' kita akan bertemu satu hari nanti.....

Made In Thailand.....

salam semua.....

memasuki hari ke 13,871 dalam kehidupan ini....begitu meng'asyik'kan....
terasa 'tua' pun ada....
terasa makin 'matang' pun ada....
terasa 'makin berani' pun ada....
terasa 'dahagakan cabaran' pun ada...

bak kata orang siam.... 'arai tarai mi.....'

org siam?.... ya saya ada darah siam...
dari mana?... dari sebelah ibu saya.... ibu saya berasal dari Ayuthtaya, Thailand..kira-kira 60 kilometer ke utara Bangkok....
setiap dua tahun..kami adakan kunjungan ke sana... ramai juga sepupu-sepupu saya di sana....
bolehke mereka cakap melayu?..... hanya 2 orang sahaja (yang datang ke Malaysia dan bersekolah di sini, sebab pakcik saya tak mahu hubungan terputus....)
so camner saya berkomunikasi dengan mereka?..... apa lagi saya cakap siamlah....

anyway..... jom kita dengar satu lagu siam...... buat 'halwa telinga'.... sambil-sambil men'tenet'....

have fun!...

Friday, March 23, 2007

Happy Birthday to Me........



today i am wishing myself a 'Happy Birthday'....

great to be 'alone' celebrating my +- 13,870 days or 332,880 hours or 19,972,800 minutes or 1,198.368,000 secs in this world....

syukur alhamdulillah atas segala RahmatNYA...
syukur alhamdulillah atas segala TaufiqNYA...
syukur alhamdulillah atas segala HidayahNYA...
syukur alhamdulillah atas segala-gala urusan yang dipermudahkanNYA...
syukur alhamdulillah atas segala RezqiNYA...
syukur alhamdulillah atas segala amanah-amanahNYA...

tiada apa yang ku pinta melainkan RedhoMU ya Allah...

apa maknanya titis hujan itu bagi ku?..... tidak lain tidak bukan ianya adalah Rahmat Allah bagi yang mengetahui....

apa maknanya cahaya itu bagi ku?.....tidak lain tidak bukan ianya adalah Petunjuk Allah bagi mereka-mereka ke arah jalan yang benar....

Wednesday, March 21, 2007

Mencintai yang dicintai.....


salam ceria buat semua...

hari dah masuk 2 Rabiul Awal 1428 hijriah.... lagi 10 hari iaitu 12 Rabiul Awal, kita akan bersama-sama seluruh umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah dan Kekasih Allah...

sebagai ummat Baginda, sudah pasti kita semua akan terasa kerinduan yang amat apabila tibanya tarikh tersebut...

menyusuri kelahiran Baginda....antara peristiwa yang berlaku ialah padamnya obor kerajaan Rom yang telah lebih 500 tahun tidak pernah padam....

dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang menjadi bukti kebesaran Junjungan Kita itu...

sudah pasti, Rasulullah adalah seorang insan yang begitu dicintai oleh umatnya... Bagindalah yang akan memberi syafaat kepada seluruh umat manusia di padang Mahsyar kelak...dan sudah tentu syafaatnya itu akan diberikan kepada umat Baginda terlebih dahulu...

cuba kita sama-sama renungkan 'peranan' kita sebagai umat Baginda.... selain daripada menggantung 'frame' Allah & Muhammad di rumah...apakah peranan lain yang telah kita laksanakan?.....

adakah kita telah benar-benar kenal Baginda?.... atau kita 'lebih' menggenali penyanyi pujaan kita melebihi Baginda?....

sama-samalah kita lakukan muhasabah diri....fokuskan kepada peranan kita sebagai umat Baginda yang begitu 'diiri hati' oleh para Sahabat.... mengapa saya kata iri hati? kerana pernah dalam satu majlis Baginda disoal oleh para Sahabat, "Wahai Rasul Allah, siapakah di antara kami yang kuat imannya?..." Baginda menjawab "Mereka yang kuat imannya ialah umatku di akhir zaman...kerana mereka tidak pernah berjumpa denganku namun mereka beriman kepadaku".....

adakah kita beriman kepada Baginda?...iman dalam konteks mempercayai, membenarkan dan memperakui sebagaimana kita mengucap dua kalimah syahadah setiap detik dan ketika...

mereka-mereka yang sentiasa melakukan muhasabah diri lalu melaksanakan rancangan demi rancangan untuk merubah sikap kepada yang lebih baik sejajar dengan 'contoh' yang telah diberi oleh Rasulullah, sudah pasti akan menerima 'syafaat' kelak...

tiada janji yang lebih benar selain janji Allah s.w.t....
apa janji Allah itu?.... janji Allah ialah barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad KekasihKU, dengan sekali selawat dan salam...maka AKU dan keseluruhan malaikat akan berselawat ke atas orang itu dengan sepuluh selawat....

apa lagi yang tidak cukup dengan diri kita?...

segala-galanya telah dihamparkan oleh Allah buat hamba-hambaNYA....

namun, hamba-hambaNYA terus lalai dan leka....

hilang dalam kefanaan dunia.....

lupa untuk memberi cinta kepada yang dicintai....

cubalah untuk mencintai yang dicintai....

moga ketemu jalan kembali....

wasalam

Tuesday, March 20, 2007

1957 - 2007 = 50 tahun kemerdekaan...




salam semua...

31 Ogos 2007 nanti, genaplah 50 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan...

saya lahir 12 tahun selepas merdeka... walaupun saya tidak dapat merasakan 'bahang' kemerdekaan itu namun saya dapat merasakan 'tekanan' tuntutan 'kesamarataan' oleh masyarakat pada tahun 1969... ini kerana pada tahun kelahiran saya tercetus satu peristiwa yang merobah hala tuju komposisi 'majmuk' rakyat negara kita iaitu peritiwa 13 Mei...

sebagai 'pengisi' kemerdekaan dan pewarna kemerdekaan yang dicapai oleh datuk nenek mak ayah kita semua, saya amat bersyukur kerana berjaya menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang 'berperanan' dari dulu sampai sekarang...

mmmm...nanti kita cerita pasal 'pengisian' kemerdekaan di posting yang lain yer...

hari ni nak cerita pasal foto syiling di atas.... maaf kerana foto itu 'sedikit blur'... motif saya berkongsi foto itu ialah.... saya menerima syiling berkenaan di tol kesas tempohari...

ceritanya ialah...syiling itu adalah syiling yang dikeluarkan pada tahun 1967... 2 tahun sebelum saya lahir....kira-kira 40 tahun sudah ia berkitar dari tangan ke tangan, mungkin dari perlis hingga sabah syiling itu telah meronda....

lama yer...
ya memang lama....

saya terpikir juga, siapa yang menjaga syiling?...bank negara?...pasti ada pegawai yang memantau 'circulation' syiling-syiling, yang mana perlu dilupuskan, yang mana perlu diteruskan....

penghujungnya.... setelah 50 tahun kita merdeka....masih banyak yang kita perlu pelajari lagi...

ilmu Allah itu jika mahu dinisbatkan dengan kebesarannya, ambillah seluruh lautan di dunia ini dan pena-pena untuk menulis segala ilmu itu adalah terdiri dari pohon-pohon kayu di seluruh dunia...masih belum mencukupi lagi untuk menzahirkan semuanya...

maha suci Allah.... Allah maha besar...

teruslah berjihad menuntut ilmu....

wasalam

Monday, March 19, 2007

Buta IT vs Tak Takut Tuhan...???

salam semua...

saya menerjah ke blog sahabat saya suhaimi sulaiman dan tertarik kepada posting terbaru beliau...

ianya perihal 'ketakutan' orang-orang yang 'buta' IT....
sudahlah buta, cuba membutakan 'rakyat jelata' pula...

IT atau khususnya 'dunia internet' adalah dunia tanpa sempadan....bebas sebebasnya....
di dalam dunia inilah kemajuan di zaman millineum diukur...sehingga ada istilah 'buta IT'....istilah yang merujuk kepada 'ketinggalan' zaman seseorang itu apabila dia 'gagal' meng'equip' dirinya dengan pengetahuan IT...

dan banyak juga suara-suara si buta IT ini melaung kesana kemari akan betapa 'jangan mempercayai internet' kerana banyak fitnah ada di dalamnya...

fitnah?...

bagi saya senang ajer.... macam kita baca sebuah buku.... baca punya baca...isinya tak 'best' sangat...so apa kita buat?... kita letak tepilah buku itu...
sama macam internet....bila kita dapat cerita yang 'pelik'....atas dasar ingin tahu manusia semstinya mereka akan terus mengorek-gorek berita selanjutnya....

namun dalam menimbang-nimbang perkara yang ada di internet itu... diri kita sendiri sudah ada alatan timbangan utk meletakkan kebenaran dan kebohongan sesuatu perkara itu....

kata orang 'tiada angin masakan pohon bergoyang'..... so kalau tiada mata yang memerhati sudah tentu tiada cerita dsbnya....

lagi satu, tahap pendidikan negara kita adalah antara yang terbaik di dunia...so atas alasan itu, sudah pasti rakyat negara ini amat arif dengan isi kandungan sesuatu cerita yang kita dengar....

jadi kat sini saya nak kongsi satu para dari posting itu; pandangan seorang Datuk, iaitu Datuk Wong Chun Wai..... dan sebagai seorang melayu....saya sedikit 'malu' bila pandangan ini menuju kepada kepimpinan melayu kita....

“….. There is no need to take criticisms badly. Some of our politicians or bureaucrats seem incapable of handling such brickbats, preferring to hear things that they want to hear only. Instead of addressing the issues concerned, some have reacted negatively and with intolerance. To suggest that bloggers have an anti-national agenda simply implies that some of us are still not logged into blogsphere. Some have yet to see the importance of the New Media, assuming that bloggers are all political commentators, without understanding that many travel writers have embraced the new medium for their writing.


From food reviewers to motoring journalists, many have chosen blogging to gain a bigger audience to complement the print and electronic media that they work in.


It’s a new world but it is still not too late for some of our politicians and bureaucrats to check out blogsphere....”



janganlah takut pada internet, blogspot dsbnya....
berani kerana benar..takut kerana salah....
cuba kita buka kisah para sahabat dulu-dulu....ambil iktibar....

kesiankan....
apalah nak jadi.....
takut kepada diri sendiri...
tidak malu kepada Tuhan...
tidak segan pada Rasulullah...

peduli apa yer?.... belasah ajer..kubur masing-masing...

sedih sekali....

4 hari di Kota Bharu....

*sempat bertemu pelukis tersohor kelantan....ismail kadir...

*acit sedang 'mengorek-gorek pasir...takut nak join abang2 dia yang bermain ombak..


*angin senja yang membelai...keheningan desa permai...ku terkenang...

salam semua...

rabu minggu lepas saya saya bertolak pulang ke Kota Bharu...
pulang ke sana atas beberapa perkara...

pertama menghadiri majlis tahlil nenda isteri saya..
kedua 'menamatkan' siri 'kesedihan' isteri saya (yang begitu sayangkan nendanya itu)...
ketiga...bawak anak-anak 'tukar angin'.... sebab cuti sekolah... (sempatlah ke pantai irama, bachok 2 kali...mandi laut dan bermain 'wau' dengan mereka...)
ke empat...'unwind' diri saya yang begitu sarat dengan hal-hal pejabat...

buat semua.... selamat ketemu kembali....

wasalam

Tuesday, March 13, 2007

Al-Fatihah untuk Nenda Isteri Saya....


dari Allah kita datang...
kepada Allah kita kembali...

mendapat berita dari Kota Bharu, nenda kepada isteri saya telah pun kembali ke rahmatullah pagi tadi...

Al-Fatihah buat beliau, semoga Allah merahmati beliau....

Monday, March 12, 2007

Irama Padang Pasir Yang Mengoncang Jiwa....

salam semua....

seringkali diri ini mencari 'apa penyudahnya' kehidupan ini...
kita tahu syurga, kita tahu neraka.... dan apakah yang ada di antaranya?
diri kita...mana tuju dan arahnya?

diri ini?... apa natijahnya kehidupan yang kita harungi ini?
bagaimana dengan 'pengurusan nafsu'? atau 'peperangan' yang Rasul sarankan ke atas nafsu?....

sun szu (seorang panglima perang china) pernah berkata, untuk menang satu-satu peperangan....kita perlu kenal diri kita dan kita perlu juga kenal 'musuh' kita...

kalau kita hanya kenal diri....peluang menang hanya 50-50...
kalau kenal musuh kita.........peluang menang juga 50-50...

kita kenal ker diri kita ini?.... atau hanya kenal nama ajer...atau setakat tahu kita ni 'hamba allah'?....

cukup ker kenal diri camtu?.... rasa cukup 'kut'.....

apapun.... kita kena kenal diri.... kenal pencipta kita....
dan dalam proses itu, perlulah ada guru... guru zahir....guru yang nyata....tidak boleh kita tiada guru dalam belajar ini..... kerana guru akan menunjuk arah...

cerita pasal guru?... nanti bab lain pulak yer...

apapun; mari kita hayati satu irama 'padang pasir' yang boleh mengoncang jiwa dan sanubari...



sambil dengar.....lakukan 'deep breathing exercise'.....

wasalam

Sesuatu Yang Tidak Ternilai Harganya.....

salam semua....

saya begitu 'teruja' apabila setiap kali menerima 'pemberian-pemberian' dari sesiapa sahaja tanda 'keseimbangan alam'....

terbaru saya menerima sesuatu yang istimewa dari seorang yang juga istimewa; beliau istimewa kerana semangat serta kekuatan untuk menjadi yang terbaik, beliau juga istimewa sebab 'mahu terus belajar' untuk jadi hebat....

syukran jazilan buat nur...

---------------------------

buat sifu yg bnyak mbawa sinar dalam hidup saya, walaupun tak sesedap kata2 semangat sifu untuk saya, terimalah..

kembara aku dalam gelita
mencari setitik sinar
dihujung kelam itu
satu cahaya menuju bahagia

ku gapai ikuti cahaya itu
lantas ku sedari hikmahnya
mgenali sifu bagai satu harapan
memimpinku ke arah keyakinan

pernah dulu aku tewas
pd permainan takdir
namun kini aku bangkit
untuk mgindahkan jalan hidupku
tegak aku di sini
kerana sayang NYA
Tegarnya aku di sini
kerana kasihNYA
dan kini...
maluku bertempat
Yakinku bersebab..
semangat ku kian berkobar

Terima kasih sifu..
membawa diri ini ke arah sinar
walau ku tahu banyak likunya
namun sekarang
aku yakin dan pasti untuk
terus melangkah...


--------------------------------

wasalam

Sunday, March 11, 2007

Tahniah Buat Bergu Badminton Malaysia....


salam semua...

saya nak ucap tahniah kepada pasukan bergu badminton negara yang baru memecahkan rekod 25 tahun 'gersang' gelaran Juara Bergu All England...

di set kedua...saya perhatikan 'suntikan semangat' dari jurulatih mereka, Rexy Maniaky.... dari gerakan mulut dan sedikit suara yg kedengaran....Rexy melaungkan, 'satu-satu'...dan 'berani!!'...

ketika itu kedudukan mata ialah 18 untuk pasukan Malaysia dan 17 untuk pasukan China...

dari segi motivasinya.... Rexy sebagai jurulatih sudah pasti mahukan anak didiknya berjaya dan sudah tentu Rexy telah turunkan segala ilmu di dadanya agar kejayaan milik anak didiknya....

dan apabila anak didiknya sudah ada digelanggang.... Rexy tidak dapat lakukan apa-apa lagi, segalanya terletak di bahu anak didiknya.....beliau hanya mampu memberi 'laungan' semangat dan sedikit tips....itupun sudah dikira terlambat...dan saya tengok Rexy tak banyak menggangu anak didiknya.... dia hanya memberi 'motivasi'...

......begitu juga dalam membimbing anak-anak, pasangan, murid-murid.....

......cikgu, guru, tok guru, pensyarah, jurulatih dsbnya hanya boleh melihat, berdoa dan memberi kata-kata motivasi, ketika muridnya menduduki 'peperiksaan'.... terpulanglah kepada anak muridnya memberikan yang terbaik....dan sudah tentu hasil peperiksaan itu adalah 'milik' anak murid itu sendiri.....

..apa yang guru miliki?...kalau guru itu ikhlas lillah hi taala..... sudah pasti darjat @ makam nya diangkat oleh allah kerana berjaya menyempurnakan tugas sebagai Hamba Allah dan Khalifah dengan sebaiknya....

begitulah sedikit sebanyak.....

apapun TAHNIAH buat Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong!.... kerana memecahkan rekod 25 tahun itu (walaupun ada pihak yang macam tak nak rekod tu pecah...)...

ingat....orang-orang hebat sentiasa memecahkan rekod setiap hari.... dan bukannya buat rekod dan tanam niat agar takda org lain boleh pecah rekod dia...(kan P.H.D tu....)......PHD ni kat negara lain rakyat dia susah nak dapat title tu....tapi kat Malaysia.....banyak orang ada title PHD......dari Jalan Chow Kit hinggalah ke Putrajaya....

wasalam

Thursday, March 08, 2007

Lets Enroll The ARP Program...






Rasuah Yang Melanda Negara....




salam....

mari kita berkongsi perihal rasuah.....

Rasuah
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.


faham?....

ya, suka saya menambah..rasuah adalah ibarat memakan daging mentah diri sendiri...

rasuah memusnahkan diri...
rasuah memusnahkan keluarga...
rasuah memusnahkan masyarakat...
rasuah memausnahkan negara....

tetapi rasuah telah menjadi perkara biasa di sini....seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku....

dan dalam kecoh-kecoh cerita rasuah dalam negara kita sekarang,....sudah tentu ramai yang kecut perut....tidak kurang juga yang menangguk di air keruh..... lebih-lebih lagi dalam masa rakyat negara sedang 'sibuk' dengan pelbagai bencana sana-sini...

wang-wang terus bolos ke saku mereka-mereka yang berkuasa tetapi hilang maruah diri...

jawapan mereka ringkas....kubur masing-masing.....

dan jawapan saya juga ringkas..........' tanggung sendirilah....hidup kat dunia pun bukan bertuhan....'

sedih...tapi itulah masyarakat kita sekarang....

Sedikit 'sibukkss'...


salam semua...

maaf kerana menunggu 'benda' baru dari saya...
bukan aper, saya sangat sibuk menyediakan beberapa 'training proposal' serta mengendalikan kursus 'Tenaga Tinggi' ARP buat satu organisasi dalam tajuk "Kemahiran Komunikasi Yang Efektif @ Effective Communication Skills"...

buat nur yang bersemangat... saya hadiahkan sebuah sajak buat anda...

Perjalanan Ini....

Perjalanan ini satu penentuan
Memilih dalam kesamaran yang pasti
Pahit maung harus dihadapi
Walau ianya datang setiap hari

Perjalanan ini bukanlah pilihan
Harus diteruskan dalam kesamaran
Kerana kita insan terpilih
Dari lautan manusia yang sesat

Perjalanan ini adalah muktamad
Tiada undur harus terus
Kerana dalam kesamaran ada cahaya
Cahaya yang kelam tetapi jelas

Perjalanan ini penuh teka teki
Perlukan ilmu untuk pasti
Perlukan faham untuk berdiri
Perlukan yakin untuk sebati

moga terus tabah, yakin dan istiqomah...

wasalam

Monday, March 05, 2007

Tahniah buat adik Nadiah Amirah Jamil...

salam buat adik Nadiah Amirah Jamil..
salam buat semua....

sapa adik Nadiah Amirah Jamil?....

ya adik Nadiah adalah pemecah rekod Nor Amalina...
rekod aper?...rekod kecemerlangan dalam SPM...

adik Nadiah berjaya memperolehi 19A1 dalam keputusan SPM yang akan diumumkan pada 12 Mac 2007.

doa saya beliau akan 'dapat' biasiswa ke universiti yang 'terbaik' dan hanya 1,800 orang sahaja yg layak untuk biasiswa tersebut...

adik Nadiah sebelum ini menjadikan Nor Amalina sebagai 'idola'nya... dan akhirnya beliau dapat 'menandingi' idola beliau...

tahniah sekali lagi buat adik Nadiah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails